Showing posts with label review produk
Al'Ard Minyak Zaitun Palestinian Premium Organik Extra Virgin Pilihanku - Selalu nad tengok rancangan memasak, mesti ada penggunaan minyak zaitun dalam masakan. Yela, banyak kebaikan minyak zaitun ni sebenarnya untuk tubuh badan kita. Penggunaan minyak zaitun ni digunakan secara meluas bukan setakat untuk masakan, malah kecantikan dan perubatan. Dalam banyak-banyak minyak zaitu di pasaran, minyak zaitun pilihan nad ialah minyak zaitun Al'Ard Palestinian Premium Organik Extra Virgin.

Selama ni nad fikir, minyak zaitun ni untuk masak sahaja, rupanya ada minyak zaitun yang boleh diminum terus. Tu pun nad tau dari kawan yang selalu berkongsi tentang kebaikan minyak zaitun ni. Bagus kita amalkan minyak zaitun ni sebagai suplement harian kita. Tak perlu ubat suplement kapsul atau campuran tu semua, gantikan dengan minyak zaitun ni untuk cegah sebarang penyakit. 
 hai assalammualaikum

ProVita Secret Desire Kini Berwajah Baru, Ready-To-Drink - Baru-baru ni, nad ke pelancaran produk  Secret Desire iaitu ProVita. Produk ini telah diperbaharui dengan formulasi dan packaging baru yang memudahkan korang untuk mengamalkannya. Dahulu ProVita dalam bentuk serbuk, kini ia dalam bentuk cecair dan boleh diambil di mana-mana sahaja.

Secret Desire yang telah ditubuhkan sejak 2014 telah diusahakan oleh Rozita Baharom atau dikenali sebagai Che Ta telah mengeluarkan pelbagai jenis produk kosmetik dan skincare dan kini mempunyai lebih daripada 40 produk. Produk yang terbaru adalah ProVita.
hai assalammualaikum

Sambal Goreng Kentang Wak Awi - Bila waktu-waktu mengandung macam ni, memang asyik nak makan je. Pagi makan, tengahari makan, petang makan, malam pun kena makan. Memang mulut asyik nak kunyah je. Tak dapat makanan berat, dapat makanan ringan untuk buat kudapan pun dah ok. Asalkan perut terisi dan senang hati..hahaha.

Orang cakap masa mengandung ni la nak makan, makan jela. Tapi berpada la ye. Makanan sihat kena pun kena amik. Eh kita dah amik info tau masa Hari Bayi Tollyjoy haritu..hehehe..


Sambal Goreng Kentang Wak Awi

Selalunya waktu petang,nad akan makan makanan ringan seperti buah, kuih. Tapi kadang stok buah habis, nak pergi kedai beli kuih malas. Jadinya kena ada simpan stok makanan yang boleh dimakan terus. Selain biskut atau roti, ni salah satu kudapan yang nad suka iaitu kerepek. Orang jawa suka sangat makan ni. Sambal goreng kemtang. Nak buat memang senang, tapi jenis malas, beli jela..hahhaa.


Suka sangat dengan sambal goreng kentang Wak Awi  ni sebab rangup, sedap dan pedas. Rasanya macam kerepek pedas. Bahannya yang ada sambal cili, ikan bilis, kacang tanah dan kentang. Memang makan sambil tengok tv, asyik mengunyah je..hehehe. Anak kita, Fariza pun layan makan. Dia memamg  makan pedas. Terbaik..sedap..mr mafia pun cakap sedap.

Sambal goreng kentang Wak Awi ni boleh dimakan macam tu sahaja atau makan dengan nasi. Tapi nad lebih suka makan macam tu sahaja buat kudapan. Korang pun boleh bawak pergi berkelah ke, pergi ofis atau mana-mana sahaja.

Sedangkan masa nad pos dekat ig pun kawan nad cakap sambal goreng kentang ni sedap. Jadi kalau korang nak, korang boleh order call atau whatsup no 011 33405275 ( Wak Awi )..





hai assalammualaikum

Akhirnya, pasangla juga penapis air jenis tong besar ni. Penapis ni bukan untuk minum tu, tapi penapis jenis tong besar yang digunakan untuk seluruh rumah. Jadi seluruh air dalam rumah dalam keadaan yang bersih dan tak kotor. Yela, kita mana tau air yang mengalir dekat paip ni macam mana.


Sebenarnya, jenis penapis macam ni, rumah mak ayah nad ada. Dekat kampung ayah pasang sebab air kotor sangat. Selalu tengok ayah bersihkan air, memang kotor giler. Nad pulak memang tak terfikir nak pasang dekat rumah sendiri. Sebab apa? Sebab penapis jenis macam ni harganya riban-riban tau. Memang kitaorant tak pernah survey pun penapis air ni.

Sampailah suatu hari tu, ada budak datang, offer pasang penapis air ni untuk tempoh 7 hari tempoh percubaan. Dia desak punya desak suruh nad ambik juga. Nad mulanya taknak, tapi lepas tu panggil mr mafia, dia bincang dengan budak tu, akhirnya dia setuju pasang penapis ni untuk tempoh 7 hari percubaan.


Masa pasang ni semua percuma. Dari pasang, sampai la selesai pasang. Bagus pekerja ni, ramah pulak tu. Orang Melayu kita weii..Masa tu dia bagi cakapla, kelebihannya penapis tong air ni sikit-sikit, kita iyakan jela. Kita tengok 7 hari tu. Selepas penggunaan 7 hari tempoh percubaan, nad tengok okla air, bersih. Macam rumah nad guna tangki air untuk semua saluran air, macam sinki, bilik air, bilik jamban.

Lepas 7 hari, orang tu tak datang-datang, risau juga nad. Eh kang terlebih hari kena bayar pulak. Tungu punya tunggu, akhirnya dia datang juga. Rupanya dia pergi ek Sungai Buloh. Lagi sekali, nad suruh mr mafia pergi bincang dnegan dia, nak atau tidak penapis air ni...hahaa..nak suruh nad memang tak tau la. Walaupun sebenarnya memnag bagus pasang penapis air tong ni. Yela boleh tapis air dari segala kekotoran dan kekaratan.



Dah bincang-bincang, akhirnya mr mafia decide nak ambik penapis air ni. Nad tak kisah pun, yang bayar dia..haaha. Lepas tu budak ni ajarla cara nak bersihkan air. Ada kunci dia untuk penapis air ni bila nak cuci. Besar kunci dia. Boleh dicabut, untuk simpan, jadi selamat. Bila nak cuci, ambil kunci dia, pusingkan sampai ke wash, nanti dia keluarla airnya.

Budak tu cakap, nak bersihkan air paling bagus seminggu sekali. Tu kalau keluarga ramai. Macam nad, keluarga 3 orang je dalam rumah, jadi buatla 2 minggu sekali. Waranti 10 tahun.

Sejak pakai ni, air dalam rumah sejuk je..bersih je. Okla tu kan..Tapi kalau nak minum air kenala masak dulu ye. Ni bukan penapis air dalam rumah..hehe..


hai assalammualaikum

Kalau sebelum ni, nak pakai inai, pakai yang dekat pokok. Sebab inai dekat pokok ni suci, semulajadi, takde bahan kimia. Punya gigih petik inai lepas tu menumbuk sampai lumat. Nak bagi merah petuanya letak nasi, letak air. Hah!! macam-macam la. Kalau sebut inai, mesti fikir kawin, asal kawin mesti nak pakai inai. Yela baru nampak oh, yang ni la pengantinnya...hahaa. Tiba-tiba teringat nad kawin pakai inai daunla. Sekarang, nak pakai inai, bila-bila pun boleh.

Nad suka pakai inai, sebab macam fefeling baru kawin..hahaha..tapi nak menumbuk tu la yang malas. Boleh berpeluh ketiak tau menumbuk inai sampai lumat tu..hahaa. Kadang teringin pakai inai yang orang jual tepi jalan tu dekat kedai kecik, tapi disebabkan teringat gambar tangan gelembung disebabkan inai yang pernah dipostkan dekat facebook, terus lupakn jela..huhu!!..Kita tak tau inai dia datang dari mana, bahan yang digunakan apa..walaupun nampak cantik tapi taknak menyesal dikemudian hari, lupakan jela!!! Sebab tu masa kawin, nad tak ambil orang yang lukis inai-inai tu walaupun dalam hati teringiinn..


Inai Daun Asli Murah : Hennaart By Mila

Sekarang dah tak risau, dah ada inai ready made yang bahannya daripada pokok dan tiada bahan kimia. Murah pulak tu. Sekarang boleh pakai inai, nak lukis ke ape ke. Inai ready made dari Mila ni memang boleh dipercayai, sebab Mila ni kawan nad juga. Inai ni memang 100% daun inai daripada pokok yang dah diadun tanpa menggunakan bahan kimia. Proses dia sama macam kita buat, tapi dia dah dimasukkan siap-siap dalam tiub bentuk kon. Jadi mudah nak digunakan. Tinggal picit je, buatla apa bentuk dekat tangan, biarkan, dah kering lama, basuh tengokla merah ke idokkk...hahaa..Bagusnya inai dari Mila ni sesuai untuk yang ada ekzema..hah!!..jadi takda bahaya pun.

Macam jiran nad, dia selalu pakai inai, sebabnya kuku dia dah tak cantik dan rosak. Jadi pakai inai, nampak cantik je, takde nampak kuku rosak. Inai dari Mila ni juga boleh merawat kuku yang rosak. Inai pokok kan, banyak bagusnya. Nad suka bau inai pokok, segar je, wangi jeee...Kadang lepas pakai inai, masa tidur pun boleh cium jari kita..hahaha.

Sebelum guna, kenalah masukkan ke dalam peti ais dahulu. Kalau nak guna kena tunggu dia cair, pastu baru boleh guna. Lupa nak tanya tujuan kenapa masuk peti ais..mungkin sebab inai dari pokok, nak bagi sentiasa segar la kot.



Ni anak buah yang tolong buatkan. Kalau nad buat sendiri memang tak jadila dengan Farizanya yang suka mengusik. Lukis la apa-apa yang nak lukis. Nasib baik anak buah kita ni kreatif sikit. Selalu dah dia main-main inai ni.

Mila kata, pakai tebal-tebal lepas tu balut. Tujuan balut ni nak bagi inai sentiasa lembab dan lambat kering, jadi inai dapat meresap lebih lama pada jari dan buatkan kuku warna akan jadi lebih pekat..Wrna inai Mila ni bergantung pada darah kita. Lepas pakai, tunggula lama sikit, biar betul-betul kering.


Tadaaa..ni la hasilnyaaa...Merah tak, merah takk..wihuuuu..Macam nak kawin je..hahha..

Inai Mila ni pun boleh digunakan untuk rambut. Hah!! korang yang suka kaler rambut, pakai inai Mila ni, suci, semulajadi. Tak yah risau pasal kimia ke apa, sebab memang takda. Boleh sahaja bawak sembahyang.

Nak tau harga berapa?? Murah je weii!!..RM10 je satu kon ni..huhuhu..Satu tiub boleh pakai untuk 10 jari. Jimat gilerr!!..Lagi jimat beli 5 kon terus sebab free postage bebeh!!...pada semuaaa yang berminat, segala pertanyaan cara guna ke korang boleh contact mila dekat 
Website: Blog Mila Ahmad
Facebook: Mila Ahmad
Instagram: Hennaart_bymila
Sms/whatsapp : 012-2531649.

Berita baik jugak untuk bakal-bakal pengantin diluar sana, Mila ada buat servis lukis inai pengantin terus ke rumah anda tau. suka tak? Untuk area batu pahat dan seangkatan dengannya dialu-alukan. Bukan takat pengantin je mak bapak pengantin adik beradik sepupu sepapat jiran sebelah kiri kanan klu nak berinai pun boleh..

Jangan lupa TAG & SHARE dgn kawan korang yg nak kahwin tu, sesiapa yang suka berinai nak fefeling pengantin baru pun bole pakai. Lagi yang tukang lukis inai di jari pengantin, korang beli inai ready made Mila ni..selamat tau..




hai assalammualaikum

Pump It Milkbooster Hanya Sapu Sahaja - Alhamdulillah, syukur sangat nad masih menyusukan Fariza yang sekarang berusia 1 tahun 5 bulan. Mungkin nad akan berterusan susukan dia sampaila Fariza bersedia nak minum susu tepung. Sangat indah pengalaman susukan anak ni. Bila dia susu kita, rasa kita sebagai ibu memang rapat dengan dia. Masa mula-mula bersalin, nad ingat mudah je susukan anak, rupanya tak. Nad fikir, disebabkan susu dah ada, anak tinggal sedut je, rupanya menyusukan anak ni memang melalui pelbagai cabaran dan rintangan.





Masalah Penyusuan Yang Dihadapi Oleh Ibu Menyusu

Antara masalah yang berlaku ialah:
1) Terasa sakit dan pedih ketika anak menyusu.
Masa mula-mula anak hisap tu, rasa lain macam la kan. Pulak tu asyik nak merap je kejenya. Mana tak sakit puting kita ni. Nak tak nak kena biarkan bagi dia diam.

2) Puting susu sakit dan melecet.
Ok!!, yang ni paling seram..hahaa. Baru nad tau, masa mula-mula, anak hisap je boleh melecet puting kita. Aduh seriau nengoknya, bila dia nak susu lagi puting yang melecet tu. Sakit oo!!

3) Bengkak susu.
Payudara akan jadi bengkak bila susu kita banyak. Nad ni jenis tak pam susu, jadi akan bengkak la susu ni. Sepatutnya tak elok bagi di abengkak, korang kena pam susu tu, tapi cara nad, nad kejutkan Fariza dan susukan dia.

4) Susu Ibu tak banyak
Memang dilema mak-mak bila susu kurang. Lepas tu sedih sebab tak dapat susukan anak. Yela kita, kalau boleh nak susukan anak kita dengan susu badan ibu ni. Susu ibu banyak khasiat.

5) Stress
Ibu yang menyusukan anak ni sebenarnya tak boleh stress, tapi dah masalah keliling kadang hadir, masalah rumah, masalah kerja, sebab tu susu boleh rudum. Ibu menyusu ni kena relaks, tenang.


Pump It Breastfeeding Survival Kit 

Itulah antara masalah-masalah yang dihadapi ibu menyusu. Nad sendiri pernah menghadapi masalah diatas.  Namun, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan ibu perlu tahu bagi memastikan proses penyusuan berjalan lancar dan ibu tidak mudah berputus asa. Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ni ialah dengan Pump It Breastfeeding Survival Kit.


Apa tu Pump It??

Pump It Breastfeeding Survival Kit digubal oleh kaunselor laktasi bertauliah yang juga seorang ibu yang menyusukan bayi untuk membantu ibu untuk mempunyai perjalanan penyusuan indah. Setiap ibu mahu menyediakan khasiat yang paling sihat yang terbaik untuk bayi mereka

Bila ada masalah penyusuan ni, perkara paling penting korang perlulah kenal pasti dulu mengapa dan apa punca susu  merudum dan cara untuk mengatasinya. Paling penting kena tahu apa hormon-hormon yg terlibat dalam penghasilan susu ibu. PUMP IT adalah satu-satunya milk boosters yg tackle kedua2 hormon penghasilan(prolaktin) dan pengeluaran(oxytocin) susu ibu dgn extrak tumbuhan 100% semulajadi, herba dan bunga berasaskan minyak. Tiada sintetik, tiada parabens, tiada sulfat, tiada tiruan, wangian. Takder bahan kimia dan selamat untuk mommy dan baby.

Fungsi dan Cara Penggunaan Pump It Breastfeeding survival Kit

Pump It ni ada tiga jenis botol iaitu Milk Up, Relax Mama dan Sore Away. Ketiga-tiga jenis ni mempunyai fungsi yang berbeza. Selalunya untuk milkbooster atau untuk bagi susu kita bertambah, korang mesti makan, minum atau telan pil ubat milkbosster kan. Hah!!, Pump It ni, bukan makan, dan bukan minum. Ia hanya sapu sahaja.


1. MILK UP 
- Membantu dalam merangsang penghasilan susu ibu melalui herba2 natural
- Merangsang hormon prolaktin yg lebih tinggi untuk menghasilkan lebih bnyk susu
- Boleh digunakan untuk membantu melegakan kesakitan ketika haid

Cara penggunaan:
Hanya Sapukan pada payudara mengelakkan kawasan puting selepas menyusukan atau mengepam atau urutan pada tulang belakang tentang kawasan payudara.

.

2. RELAKS MAMA
- Membantu ibu untuk kekal tenang tanpa stress sekaligus melancarkan pengeluaran susu ibu
- Merangsang hormon oxytocin yg lebih tinggi untuk pengeluaran susu yg lebih lancar

Cara penggunaan:
Mengusap di belakang leher dan tulang di belakang telinga atau gosokkan pada tapak tangan dan sedut.


3. SORE AWAY
- Membantu melegakan masalah puting melecet atau puting luka
- Boleh digunakan untuk menganjalkan payu dara

Cara Penggunaan
Urut pada puting dua kali sehari.


Jangan fikir panjang. Nak bagi yang terbaik untuk anak, kena ada penyelesaiannya. Tak salah mencuba kan. Kalau berminat boleh pergi ke
Website: www.milkwithlove.com.my
Facebook: www.facebook.com/Milkwithlove
Contact: +60127718784







hai assalammualaikum

Zaman canggih ni semua benda pun canggih. Sekarang nak buang lemak pun mudah, tanpa pembedahan yang menyakitkan. Kedatangan teknik pengkonturan badan terkini, dikenali sebagai generasi kedua Cryo-lipolysis oleh Zimmer Aesthetics dengan menggunakan teknologi Jerman-kejuruteraan, generasi kedua Cryo-lipolysis menggabungkan Z Lipo (Cryo-lipolysis) dengan Z WavePro (Shockwave US FDA diluluskan) merupakan satu berita yang mengembirakan mereka di luar sana yang ingin membuang lemak di badan.

Teknologi Cryo-Lipolysis Dari Zimmer Aesthetic

Dr Pablo Naranjo (second from right), Medical Director of Elite Laser Clinic and Key Opinion Leader of Zimmer Aesthetics officiating the launch of Zimmer Z Lipo and Z WavePro products. With him are (from right) Ms Jess Kong, General Manager of Med III Division of Neoasia, Mr Henry Holitschke, Zimmer Area Sales Manager from Germany, Dr Alice Prethima from Ageless Medispa and Clinic, Dr Serina Binti Haji Abdul Latif from The Life Clinic and Dr Chan Boon Khai from TDOX Clinic

Generasi Kedua Teknologi Cryo-Lipolysis Dari Zimmer Aesthetic

Menurut pakar, produk Zimmer ini memastikan jangka masa rawatan yang lebih pendek dan hasil yang lebih cepat untuk semua orang. Bagi mereka yang lebih suka mencapai matlamat badan mereka secara semula jadi, generasi kedua Cryo-lipolysis berjanji untuk membantu mereka dalam mencapai impian mereka.

Dr Pablo Naranjo presenting to the audience on Z Lipo and Z WavePro by Zimmer Aesthetics - the fat-freezing system for non-invasive body contouring and the second generation of Cryo-Lipolysis technique at the media launc recently

Pada pelancaran itu, Dr. Pablo Naranjo, Pengarah Perubatan Elite Laser Clinic memberi penjelasan mengenai bagaimana teknologi baru ini berfungsi. Tidak seperti melakukan pembedahan atau liposuction yang menusuk tubuh serta menyakitkan, Generasi KeDua Teknologi Cryo-Lipolysis Dari Zimmer Aesthetic bukan lah satu proses penyedutan lemak yang merbahaya. Telah mendapat kelulusan pada 2009 dan sangat popular di kalangan wanita dan lelaki untuk mendapatkan tubuh badan yang diimpikan.

Generasi KeDua Teknologi Cryo-Lipolysis Dari Zimmer Aesthetic ini mengabungkan Zimmer Z Lipo (Cryo-Lipolysis) dan Z WavePro (Shockwave) merupakan satu teknik contouring badan terkini menggunakan Jerman Engineered Teknologi.

Menurut kajian klinikal yang dilakukan Dr Michael Ingargiola (pakar bedah plastik), dengan lebih daripada 20 artikel yang diterbitkan, rawatan ini telah menjana purata 20 peratus daripada pengurangan lapisan tisu lemak selepas beberapa bulan, manakala trigliserida (asid lemak dan gliserol) akan dihapuskan secara semulajadi melalui sistem limfa dan kemudian diproses oleh hati.

Salah seorang blogger yang sedang menjalankan rawatan buang lemak dengan menggunakan Cryo-lipolisis

Lemak-lemak yang berada di sekitar lengan, pinggang, perut, punggung dan peha sebenarnya boleh dirawat dengan berkesan dan selamat menggunakan teknologi ini dengan penurunan menggunakan tahap suhu yang tidak berbahaya untuk merehatkan sel-sel lemak, ianya memastikan tisu sekitarnya tidak mengalami sebarang kesan luka.

Gabungan generasi ke-2 Cryo-lipolysis oleh Zimmer Z Lipo dan Z WavePro dua mesin estetik inovatif yang direka untuk pembekuan lemak dan badan Contouring dalam rawatan selulit sehingga bertindak di kawasan yang lemak yang keras. Satu produk yang memenangi anugerah tahun ini pada 2016, Z Lipo adalah alat yang sangat serba boleh yang datang dengan tiga aplikator yang berbeza (kecil, sederhana dan besar) yang dioptimumkan mengikut bentuk badan yang berbeza dan saiz.

Keberkesanan Cryo Lipolisis yang menakjubkan

Penggunaan sedutan berdenyut meningkatkan kesan positif ke atas sistem saliran limfa dan metabolisme, dan intensiti boleh ditetapkan kepada salah satu daripada sepuluh tahap yang berbeza yang juga boleh dilaraskan semasa rawatan. Untuk mengelakkan kerosakan pada kulit, pad gel khas diletakkan pada kawasan rawatan semasa proses tersebut.

Sistem Z WavePro US FDA Diluluskan menggunakan Shockwave radial untuk mengetatkan tisu penghubung yang meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kolagen semula pada lengan perut dan atas, serta selulit pada kaki dan punggung.

Z Lipo Lipo Dan Z WavePro
  • Generasi ke -2 Cryo-Lipolysis oleh Zimmer Z Lipo dan Z WavePro
  • Jerman Engineered
  • Kelulusan US FDA pada kombinasi shockwave
  • Lebih rawatan kepada lemak! (oleh kerana terapi kombinasi Cry0-lipolysis + US FDA di luluskan oleh US FDA shockwave yang juga merawat selulit, kulit longgar dan lain-lain)
  • Tiada kesan sampingan yang teruk
  • Bukan Invasif
  • Hanya sedikit ketidakselesaan semasa melakukan rawatan
  • Hasil boleh dilihat dengan cepat
  • Jangka masa rawatan sekitar 60 minit

Jadinya sekiranya anda berminat untuk dapatkan rawatan ini terdapat 5 buah klinik yang menyediakan rawatan ini iaitu:

1. Tdox Clinic 
51B, Jln ss21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor
+60377337768

2. Esadsa House
Lot 5q, uth floor Signature office, The boulevard Mid Valley City, lingkaran syed putra, 59200 KL
+60322878569

3. Ageless medispa & clinic
257 jln maarof, bangsar park, 59000 kl
+60320950458

4. Re plastic surgery clinic
A4-UG1-03, solaris dutamas, jln dutamas 1, 50480 Kl
+60362079004

5. The life clinic
Lot 6-2A jalan batai, damansara heights, 50490 kl
+60328569292

Untuk keterangan lebih lanjut, 
Tentang Zimmer : zimmer-aesthetics.com.sg
Tentang NeoAsia : neoasia.com.sg

hai assalammualaikum

Spray8 Membantu Menyembuhkan Masalah Kulit Dan Luka


Spray8 produk penjagaan luka yang mengandungi ekstrak herba yang mampu merawat kesan terbakar, parut lama, parut pembedahan, luka, mengurangkan bengkak dengan pantas dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru tanpa meninggalkan sisa pada kulit.

Ianya selamat digunakan kerana kandungan menggunakan bahan semulajadi dan tiada unsur- unsur alkohol atau steroid, tiada mengandungi bahan kimia, tiada rasa gatal ataupun pedih dan mempunyai formula penyerapan pantas, ianya adalah penyembuhan yang tidak menyakitkan dan berkesan mengikut kecederaan tubuh badan.

Bagusnya Spray8 ni, ia menggunakan bahan ekstrak kulit manggis sebagai ramuan utama untuk merawat jangkitan kulit dan luka. Ramuan lain seperti ekstrak daun neem yang melegakan kesakitan, anti-virus, anti-bakteria dan macam-macam lagi.

Spray8 untuk kegunaan luar sahaja:
- Merawat parut
- Luka
- Kesan terbakar / melecur
- Ruam-ruam
- Gatal-gatal
- Mengurangkan keradangan dengan cepat

Spray 8 boleh juga digunakan untuk masalah kulit yang korang hidapi seperti :
- Luka Diabetik
- Luka Varikos
- Alergi
- Ekzema
- kudis katil / sel mati
- Melecet
- Luka pembedahan/ bekas jahitan
- Calar
- Kulit rapuh

Kelebihan Spray8
- Membunuh Bakteria Berbahaya
- Mengeringkan Luka Tanpa Keretakan Kulit
- Menggalakkan Pertumbuhan Sel - Sel Baru
- Menggalakkan Pembinaan Kapilari Baru
- Pantas Mengurangkan Inflamasi dan Kegatalan (anti histamin)
- Menghalang Pembentukan Lepuh ( air panas)
Spray 8 sangat mudah digunakan pada bila - bila masa, memandangkan botolnya yang tidak begitu besar memudahkan kita membawanya ke mana-mana saja.

Cara penggunaan



Mudah dan senang. Tidak perlu digoncang hanya bersihkan luka terlebih dahulu, kemudian sembur/ spray Spray8 keatas kulit atau luka, pastikan kena pada semua permukaan luka. Kemudian biarkan ia meresap ke dalam kulit. Untuk kesan lebih cepat gunakan secara berterusan, 3 kali sehari dan alami perubahannya.

Spray8 Keluaran Furley Bioextract Sdn Bhd

Testimoni nad sendiri


Nad ni ada masalah kulit yang tak begitu serius sangat. Dia tak datang selalu, dan bila datang, dia akan tiba-tiba je gatal. Bila dah gatal, mestila nak garu je kan. Garu pulak tak berhenti. Bila dah menggaru, tanpa sedar, memang akan jadi luka dan melecet la tempat tu. Selalunya masalah kulit gatal nad alami dengan bahagian tengah kaki, ala bahagian tulang bonjol kaki tu, apa ntah orang panggil..hahaha. Bila ada luka ni memang lambat hilang la.

Selalunya nad akan guna ubat putih dalam bentuk bekas. Itu pun kalau rajin, nak membuka dan sapu ubat dekat luka. Yela kadang malas la nak sapu-sapu ni..huhuhu. Lagi satu, kadang pakai ubat tu pun tak berkesan, tetap gatal. Lepas tu, nad cubala guna satu produk ni, Spray8. Spray je dekat bahagian luka, gatal dah takda dan luka tu jadi kering. Best juga Spray8 ni..hahaha..kenapala baru jumpa produk ni.

Peringatan
Elakkan tersentuh pada mata. Untuk Kegunaan luaran sahaja. Jauhi daripada kanak-kanak. Hentikan penggunaan jika terdapat kesan alahan.



Spray 8 ni juga telah mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM, Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Hah korang kena simpan satu dekat rumah..memang sangat bagus produk ni. Sesuai untuk seisi keluarga. Harga Spray8 murah je RM 50.00 (100ml) dan RM35.00 ( 50ml). Boleh dapatkan segera di https://store.furleybio.com/spray8 

Korang boleh dapat diskaun RM10 dengan menggunakan kod FBIO-FBV

Korang boleh layari:
Website: https://store.furleybio.com
Facebook: www.facebook.com/furleybio
Instagram: www.instagram.com/furleybio






© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2