Showing posts with label shooting
Fariza Shooting Untuk Video MV Lagu Raya - Tuah anak kan, tiba-tiba rezeki dia dapat masuk dalam video MV Lagu Raya. Macam tu la bila kerja mommy pun buat review produk dalam bentuk video, anak kena selit dalam video tu, lepas tu orang lain nampak kebolehan anak, terpanggil untuk shoot video sendiri..hehee. Okla, pengalaman dia kan. Kisahnya, nad tengah scroll Instagram, tiba-tiba dapat DM Inbox dari Dalin Lienda. Dalin ni tengok video job Lexus nad dengan anak. Lepas tu dia nampak dan DM. Dia tanya " dalam video tu anak nadia ke?"..nad jawab "aah"

"Okay macam ni"
" Saya tengah siapkan MV Raya "
" So saya perlukan talent kanak-kanak perempuan"
" Sikit ja part kanak-kanak"
" Tu tengok video review nadia"
" Macam ngam je"
" Nadia ok ke kalau anak nadia jadi talent kanak-kanak perempuan tu?"
hai assalammualaikum

Nadia Johari Dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia - Untuk kali kedua masuk siaran dalam televisyen. Syukur alhamdulillah. Sokongan daripada suami, keluarga dan rakan semua. Ni semua rezeki daripada anak. Kali ni nad masuk dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.


Ada nad bagitau sebelum ni, nad ada shooting untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia sebelum ni kan. Hah, siaran dah keluarpost hari Sabtu lepas pada 22.4.2017 jam 8 pagi. Waktu tu nad ada photoshoot pulak, jadi mintak family tolong rekodkan. Terima kasih dekat anak buah yang tolong rekodkan..hehehe..


Korang boleh tengok full video dekat atas tu..hehehe..


Kali ni nad tak ditemuramah, nad jadi model sahaja memperagakan baju Feedmilk. Baju Feedmilk ni baju ibu yang menyusukan anak. Baju Feedmilk #selamberselak memudahkan ibu untuk menyusukan anak, mereka tak kira di mana sahaja.


Macam nad, masih nyusukan Fariza, masalah utama semestinya baju. Kalau sebelum ni pakai baju tshirt, mudahla selak-selak, tapi nampak aurat badan kan. Lepas tu pakai baju nursing jenis zip dan button. Memang susah sebab kadang dia stuck, terkena dekat pipi anak..Lepas tu ada kawan perkenalkan baju Feedmilk ni. Sejak tu nad suka dengan baju Feedmilk ni. Sebab dia selak je, takde zip takde button. Korang boleh baca SINI. Nad pernah buat, entry berkenaan baju Feedmilk ni.

Baju Feedmik ni memang cantik. Untuk mereka yang tak menyusukan anak, pun boleh pakai.. Designnya dari yang lain. Masa nad memperagakan baju ni, nad pun dah jatuh hati..haishh..hehehe..tengah simpan duit nak beli baju Feedmilk ni.

Ada seorang ibu dah ada 40 helai baju Feedmilk. Fuh, hebat betul..siap dia bawak datang butik..hehehe..


Terima kasih staff Feedmilk zakiyyah, sebab percaya dekat nad dan beri peluang untuk memperagakan baju Feedmilk.Terima kasih wartawan dan jurukamera Selamat Pagi Malaysia TV1..
hai assalammualaikum

Shooting Selamat Pagi Malaysia TV1 - Sehari sebelum shooting nad dapat whatsup dari seorang staff ni, cakap sudi . Mau tak terkejut, sebabnya nak shooting esok hari...hahaha..tu pun buka whatsup dalam pukul 2 petang. Swbab telefon satu lagi tengah cas. Balas whastup dia, cakap setuju, nasib baik dia cakap ok..hahhaha..

Masa tu nad tanya la apa kene buat. Kene temuramah ke apa??..live ke??..Dia cakap tak, rakaman je..fuh nasib dah ade pengalaman rakaman ..hehe..Dia cakap nad akan jadi model gayakan baju Feedmilk. Kena tukar-tukar baju..okla macam tu..

Mak-mak dengan suami pun ada

Esoknya pergi dekat tempatnya dekat Shah Alam Alam Avenue 2. Lokasi shooting di Feedmilk. Rupanya bukan nad seorang je, ramai lagi ibu-ibu yang ada untuk shooting ni. Shooting ni berkenaan baju Feedmilk. Takdelah nad gugup sangat bila ramai-ramai ni kan...hahhaa..

Temuramah seorang ibu tentang pakaian feedmilk

Model kami berdua..hahaa..

Nad ingat nad kena temuramah, tapi tak..hah!! Lagi bernasib baik..hahaha..ibu lain yang kena temuramah. Nad jadi model je..kihkihkih..Boleh tahan juga, kena tukar baju tu, baju ni..Baju Feedmilk memang cantik dan selesa. Nad dah terpegun tengok. Baju Feedmilk ni baju untuk ibu menyusukan anak..hehee..

Pengasas Feedmilk

Ni la dia pengasas Feedmilk, Puan Anis Syuhada. Manis je orangnya..lembut, cantik pulak tu.

Alahai anak kita..kacau je

Tengok-tengok juga baju..pandai naa

Adoii suka buat perangai..hahaa

Fariza, suka benar ada ramai kawan, tapi tetap nak interframe jugak...mana-mana ada dia..hahaha..

Ni la ibu-ibu yang menjayakan shooting..hehe..semua breasfeeding..

Rezeki untuk tahun ni dapat masuk TV1 pulak..Korang jangan lupa tengok ye. Rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1 jam 8 pagi...hehehe...
hai assalammualaikum

Nadia Johari Di Nona TV3 Dalam Segmen Cantik - Ni la pertama kali tengok wajah sendiri dalam TV. Pukul 2 petang dah terduduk depan TV, nak tengok Rancangan Nona. Satu-satu segmen keluar. Satu-satu cerita keluar, menunggu penuh debar bila segmen kita nak keluar ni. Betul ke ada ni?? Wartawan tu cakap Ahad ni??? Tunggu lagi, dan akhirnya, segmen last, iaitu Segmen Cantik, baru keluar kita punya cerita..hahaha..


Bila pengacara tu sebut bab makanan. " bercakap mengenai makanan, secara umumnya kalau seseorang tu kuat makan, tubuh badanya akan lebih cepat berisi, macam yana la kalau tak jaga pemakanan berat badan mesti naik. Tapi ada juga sesetengah orang walaupun makan banyak tapi berat badannya tak naik-naik. Malah masih kekal kurus kering"...hahaha part dia cakap kurus kering tu nad dah tergelak dah..Ramai je orang cakap nad kurus kering, jerangkung, papanla..hahaha..tapi nad tak amik kisah pun.. Sebab badan yang kurus ni ka berpeluang masuk dalam televisyen, TV3 lagi tu..



Yup, nad kalau makan, memang banyak macam ni. Tapi mesti lengkapla, kalau makan nasi mesti ada sayur, ikan atau ayam. Kadang tambah ulaman, atau makanan sampingan lain. Kadang lepas makan, nad suka cari dessert pulak. Kadang tu petang-petang makan kuih. Malam memang makan nasi berlauk juga. Lepas tu nad jenis tengah malam makan-makanan ringan macam coklat. Tak pun makan roti dengan jem coklat..hah!!! Macan tu sekali..hahaha. Mungkin disebabkan nad menyusukan Fariza, jadinya nak makan je. Lagi dengan nad penat, rehat tak cukup.

Tapi sebenarnya dari sekolah lagi berat badan maintain 40kg ke bawah. Sampai la dah kawin dan dah ada anak..hehehe.. Masa pregnant pun cecah sampai 50kg ke atas kot tapi tak sampai 60kg..eh ntahla tak ingat..kene tengok.balik buku pink tu..hehehe..


Kalau makanan dah sedap, memangla kita makan je..hahaha..sampai nampak macam gelojoh kau..kahkahakah!!!


Part paling comel, anak perempuan kita ni sorang ni..hehhee..boleh pulak mulut dia terkumat kamit..kuat makan macam mommynya..hehehe


Time tu nad berpeluang jumpa pakar pemakanan Mrs Boh di KPJ Damansara. Banyak jugakla nasihat yang dia bagi cara untuk naikkan berat badan Antaranya
- makan dua jam sekali.
- minum air milkshake
- tukar cara pemakanan contohnya amik buahan dan yogurt selepas makan nasi tu.
- bersenam
- jumpa doktor buat ujian darah untuk melihat hemoglobin

Tu la antaranya cara nak naikkan berat badan. Mungkin nad kena praktikkan juga. Kena buat satu entry ni..hehehe..


Siaran penuh nad dalam Nona TV3. Siapa yang tak tengok lagi boleh tengok ni..













Macam tu la pengalaman nad masuk tv. Tengok muka sendiri, dengan keluarga. Bukan sahaja keluarga, malah, saudara dan sahabat sekolah, sahabat blogger tengok. Terima kasih korang yang tag dan tonton nad dalam Nona TV3. Ada yang sanggup tengok semata nak tengok nad. Allah terharu sangat. Terima kasih terus support kita. Terus support blog kita. Semoga kita dimurahkan rezeki selalu. Amin. Kita amik ye gambar korang ni..hehee




hai assalammualaikum

Di Sebalik Tabir Shooting Untuk Rancangan Nona TV3 Ahad Ni - Tak tau nak mula dari mana. Taip sikit, padam, taip sikit padam. Sambil menaip sambil senyum...nasib tak gelak kuat, kang anak tengok mommy dia ni dah kenapa gelak sorang-sorang..hahaa..Tengok tajuk pun korang mesti tau kan sebab apa?? Yup selalu tengok rakan masuk suratkhabar, masuk tv, bestnyaa!!!..Bila la time nad nak masuk pulak kan..hahhaha..padahal kita sedar, penulisan kita dekat blog biasa je, siapa la nak baca kan...Dapat masuk suratkhabar muka sipi-sipi pun dah suka,ada entry dekat SINI, inikan pulak muka full kita..hahaa..Tapi tak sangka, ada orang besar memerhati blog kita walaupun cerita tu, cerita suka-suka je..

Masa tu Shury, wartawan nona TV3 massage nad dekat Instagram. Ye!! nad selalu cek message dekat instagram, kot ada job ke ape. Tapi bila terpandang massage ni terkejut giler...Nasib tak jadi gila. Masa dapat tu, terjerit sikit " argghh " sambil senyum..hahaa..Lepas tu terus bagitau suami. Masa tu pulak, nad baru je tukar template blog. huhuhu..Masa tu pulak baru lepas harijadi nad. Shury masage pada 21 July. Tapi lepas dia massage dekat instagram, nad dah bagi no contact semua, lama juga la dia senyap. Ingat tak jadi. Lepas tu 17 Ogos baru dia whatsup nad dan bagitau nak interview. Nad ingat nak interview just cakap je, rupanya dia kata untuk masuk TV3 Rancangan Nona. Tak sangka rezeki dapat masuk tv terus..TV3 pulak tu..Dia dapat tau pasal nad sebab dia baca blog nad berkenaan gembiranya berat badan naik 40kg.


Nad ada post dekat facebook berkenaan nad dapat tawaran untuk shooting dalam rancangan Nona TV3. Terima kasih korang yang ucap..Ni rezeki daripada Fariza, mommy dia tumpang je..hehehe..

Dia cakap " boleh tak shooting hari Jumaat ". Masa tu nad dah gelabah, jantung dah laju, neves sangat. Yela pertama kali nak shooting kot. Takde pengalaman. Ye orang nama Nadia Johari ni memang gugup bila bercakap depan kamera. Taula suara kita bukan lunak, sedap pun. Suara macam kanak-kanak. Malu weyy!!..Tapi takpela, tu tolak tepi, ni kan pengalaman. Sekurang-kurangnya banggakan mak dan ayah , bahawasanya anak dia ni masuk TV.. hahaha..






Masa sampai ni, macam-macam fikir, apa yang nak dicakapnya, macam mana kalau asyik cut je..eh dah macam shooting berlakon pulak..ahhaa.. Nasib baik ni bukan live, mau pengsan kalau live..kohkoh..Tapi nasib baik Shury dengan Krew lain membantu. Takde gugup sangat. Shury kata buat santai je, macam bercakap biasa. Kalau korang nak tau, ni takda skrip ok " NO Skrip "..mau tak gelabah. Spontan, sukati kau nak cakap ape. Masa tu dok fikir ayat apa nak tanya, tapi banyak yang membantu..fuhh lega..

Mintak tips yang berpengalaman, abang Ben cakap buat biasa je. Kak Julia cakap buat kamera macam kawan, dah memang berkawan dah sekarang..hahaha..Tengkubutang pula cakap senyum je selalu, habis senyum dah nad..hehehe..hilang gelisah tu.

Pengalaman shooting ni..hehhee..memang mengujakan. Nad baru tau yang shooting ni kena buat banyak scene. Cuba bayangkan, bila satu scene sebenarnya dia nak tunjuk dekat Pakar Kaunseling Pemakanan tu sahaja, tapi kau dah cerita bagai nak rak, dah selamba, dah terbaik kau buat, tapi sebenarnya part kau tu tak dimasukkan pun. Kena buat scene lain pulak untuk part kau sahaja, masa tu apa kau cakap mulanya dah tak ingat..Kucar kacir dah..hahaha..Ya Allah macam tu rupanya. Tapi tu la pengalaman berharga tau..






Disebabkan dia baca blog berkenaan berat badan nad, jadi scene makan tu kena ada. Part ni kitaorang buat hari lain sebab Shury ada jadual yang tak dapat dielakkan. Part ni memang nad kena cakap seorang la. Tiba-tiba dah biasa bercakap depan kamera, bukan main lancar lagi nad cakap..hahaa..Part makan lagi best...kihkihkih..Part ni akan mucul muka Fariza dengan Mr mafia..hahaa..laki den ni cakap je taknak tunjuk muka, tapi masuk tv nak pulak..hahahaa..


Oh mana nad makan ni, nad ada buat entry dekat SINI. Cubala,sedapp...Terima kasih Shury dan Krew lain, bantu nad. Terima kasih korang yang support nad. Bolehla tengok Rancangan Nona TV3 Ahad ni ye.pukul 2 petang..jangan lupa..malu pula kita nak tengok muak sendiri dalam tv..hahaha..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2