Showing posts with label temakahwin
hai assalammualaikum

Baju Pengantin Kembang Bawah Macam Puteri - Ada korang tengok baju pengantin pelakon Amyra Rosli yang telah selamat bernikah dengan Amar Baharin. Cantik sangat weeii. Dah macam puteri. Artis ni kalau lawa, pakai baju pengantin yang direka oleh pereka terkenal seperti Rizman Ruzaini memang cantik.




Rekaan baju pengantin untuk Amyra Rosli yang penuh dengan berlian swarovski dan renda Perancis. Memang cantik, baju pengantin gaun kembang bawah, ditambah dengan kain panjang diilhamkan dalam cerita dongeng. Untung jadi artis popular ni, dapat rasa pakaian yang direka pereka terkenal..huhuhu..kalau kita orang biasa, mau bajet lari. Lainla orang tu orang berada..orang kaya.

Sesekali nak imbas balik time nad kawin..hahaa..Haritu dah cerita pasal bridesmaid, sekarang cerita pasal baju kawin pulak. Sebenarnya tak pernah cerita pasal baju kawin nad dekat blog, waktu tu sibuk betul. Sekarang dah ada anak satu baru nak cerita..hahaa..Takpe, boleh throwback kan.. Tema baju pengantin nad semestinya biru. nad kan memang suka biru. Ingat nak juga kain kembang dibawah, tapi takde, dan nad dapat kembang tak berapa kembang sangatla..hahaha.


Tak ingat apa nama butik pengantin ni, tapi butik ni dekat Batu Caves. Nad pilih butik ni masa dekat Event Kawin yang diadakan di Shah Alam. Biasalah, dulu kalau ade event kawin, orang panggil ape ye, lupa la, selalu tengok orang post, lepas tu date, ajak tunang masa tu. Siapa lagi mr mafia la. Tapi pergi sekali je, tu pun dua bulan lagi kot nak kawin..Pilih punya pilih butik dekat situ, itu yang nad pilih sebba tawaran ok.





Datang kedai dia dekat Batu Caves, pilihla baju yang berkenan di hati. Alhamdulillah, ada baju biru yang berkenan di hati..heehhe. Cuma dia straight pastu kembang sikit je dekat bawah. Tak meleret kainnya.


Satu lagi untuk majlis berinai, nad amik kain songket. Yang ni lawa, sebab kain dia meleret, lepas tu designnya memnag unik..Waktu tu mr mafia pun cakap lawa baju ni.

Saje nak throwback.


hai assalammualaikum

Tema Perkahwinan Warna Hitam Dan Putih - Hari Ahad, biasa memang akan ada jemputan perkahwinan. Harini saudara belah ayah, sepupu perempuan nad kawin. Dan haritu, diaorang siap tempahkan satu bas untuk rombongan Klang datang ke kenduri kawin di Ampang.

Sebenarnya rumah nad dekat Kuala Lumpur dekat je dekat je dengan rumah saudara ni, tapi nad tengah bercuti dekat kampung sampai raya haji, jadinya naik bas la ke sana..hhehehe..Lagipun dah lama tak naik bas.


Dah tau tema pengantin warna hitam, sebab sepupu ada post dekat facebook, tapi gambar bawah je, tak full pun. Bercakap pasal warna hitam, mesti ramai tak  berani nak pakai, disebabkan hitam ni kita fikir, panas dan bahangnya lagi-lagi bila di bawah cahaya matahari. Lainla kalau dalam dewan, ada aircond, takde hal nak pakai warna hitam.

Lainnya sepupu nad ni, majlis dibuat di padang. Dengan cuaca yang panas. Kalau pengantin nak pakai, tak salah, dah pilihan dia dan dia rasa selesa kan. Warna hitam boleh digandingkan dengan banyak warna, tak kisah hitam dan merah, hitam dan pink, hitam dan biru, dan macam-macam lagi la. Tapi paling sesuai ialah hitam dan putih.


Nah ni sepupu nad pakai. Sempat ambil gambar time dia berjalan je. Nampak cantik kan. Orangnya pun cantik, jadi sesuai dia pakai hitam dan putih ni. Coraknya ringkas, bentuknya seperti jubah sampai ke bawah, lepas tu ade kain di belakang. Pakaian pengantin lelaki pun simple sahaja. Jadi takde nampak sarat dan tak selesa kan.


Hanya boleh cakap cantik...hehehe..

Haritu pulak kami sekeluarga pakai baju warna hitam..hehehe..


Mak ayah tersayang..



Kakak-kakakku. Masa ni adik kerja, jadi dia tak dapat ikut. Sama tak muka kitaorang..siapa kurus..hahhaa..


Kesayangan saya, mesti kena sama tema..tak boleh lari, kalau hitam, hitamla, kalau biru, birula..hehehe..

Siapa yang berani nak pakai warna hitam, boleh cuba.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2