hai assalammualaikum
'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu', Bayar Dan Menang : Kempen Bulan Taksir Zakat Oleh LZS - Setiap tahun pasti nad akan kongsikan apa aktiviti dan kempen yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor. Orang cakap 'sharing is caring '..gitu. Ini adalah salah satu cara untuk kita ambil tau pasal zakat supaya kita tak lupa untuk membayar zakat dan bagaimana cara untuk membayar zakat. Kali ni nad nak kongsikan dengan korang tentang satu kempen 'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu' anjuran Lembaga Zakat Selangor sempena Bulan Taksir Zakat.
Mesti tertanya-tanya, apa tu Taksir Zakat?
Taksir Zakat ni pembayar zakat dapat mengira sendiri zakat yang hendak dibayar dengan lebih mudah dan tepat.
Zakat apa yang kita perlu Taksir?
Zakat ni ada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kita tau kaedah pembayaran ditentukan mengikut harga beras yang dimakan.
Zakat harta pulak zakat Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Pelaburan, Zakat KWSP dan Zakat Emas. Zakat harta ni la yang kita perlu buat Taksir Zakat.