IRMA DAN ABBY ABADI BERSAMA SUAMI

in , by Nadia Johari, 14:51:00
hai assalammualaikum



Bila tengok suami Irma Hasmie sejuk je mata memandang ni ha..dahla hensem..kiut miut..alhamdulillah..Irma kini bahagia bersama suami tercinta dan anak lelaki sulung mereka...jodoh Allah siapa yang tahu kan..

Tidak mengambil masa yang lama untuk menerima lamaran Reza, pertemuan pertama semasa mengerjakan Umrah pada 14 Februari lalu itu telah membuka hati Irma Hasmie untuk diikat dengan ikatan pertunangan yang suci."Pertemuan saya dan dia di hadapan Kaabah memang tidak dirancang. Kerana di situlah saya berjumpa dan mengenali ibunya dan Reza yang ketika itu turut mengerjakan Umrah bersama.

"Saya dapati, Reza seorang yang mempunyai personaliti serta cara komunikasi yang bagus.Malah saya sendiri selesa bila bersamanya,"luahan hati Irma Hasmie.

Bukan sahaja suami Irma malah bila tengok suami Abby Abadi pun..haishh..cair seh..( nad jangan ngengada..awok dah de tunang)..muka bersih..suci je..senyum pun manis je..tu la oranng cakap jodoh Allah telah tentukan..kita jaga sebaik mungkin pasangan kita..=)


Setelah lima tahun menjanda, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi akhirnya  
bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. "Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.

"Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.


Dalam pada itu, beritahu Abby lagi, Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
"Saya dapat rasakan perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi," ujarnya.


Baru Abby yang tengok..bila nad tengok pun..adoiiii...semoga jodoh diaorang berkekalan sampai bila-bila..amin

SEBENARNYA APA YANG TERJADI?

in , by Nadia Johari, 12:18:00
hai assalammualaikum

ok nad akui nad jarang dah baca gosip-gosip artis ni.."yeke"..lagi-lagi bulan puasa ni..hohoho.."poyo tul dak ni"..ermm..nad sibuk bekerja..then internet hanya dpat guna dekat opis je..bila balik rumah sewa tak dapat on9 disebabkan line tak berapa bagus..so kebanyakan cerita dekat facebook nad tak banyak tau sangat..then arini macam banyak terluang nad baca blog..dan nad terjumpa kes Farid Kamil dan Diana Danielle


sebenarnya apa terjadi kat diaorang plak ni..diaorang tinggal kat amerika pun sebab ape ye??..nad baca tadi mak mertua Farid Kamil iaitu mak kepada Diana tidak merestui perkahwinan mereka..aikk terkejut plak..masa perkahwinan tu ok je nengok..takde apa-apa..pastu siap kalau nak jumpa cucu kene jumpa Farid Kamil dulu takut jadi apa-apa..konfius..apa yang terjadi sebenarnya..kalau korang nak baca lebih-lebih baca ni ada-syarat untuk ibu mertua farid kamil. pastu boleh explain apa kontroversi mereka ini..hoho..

BBQ RAMADHAN BERSAMA KELUARGA

in , by Nadia Johari, 14:58:00
hai assalammualaikum

BBQ Ramadan - saat bersama dengan keluarga merupakan suatu saat yang menggembirakan dan dinantikan. Ahli keluarga akan pulang ke rumah ibu bapa masing-masing untuk berkumpul beramai-ramai pulang. Begitu la yang dilakukan oleh keluarga Johari.. Bagi anak-anak Johari yang tinggal jauh ,hari minggu mereka akan ke rumah ibu bapa untuk berkumpul bersama-sama. Keluarga Johari akan menjadi meriah apabila melakukan sesuatu aktiviti sama ada di luar rumah atau di rumah..harini kenapa ayat nad lain macam je..skema je..hahaa..macam nak buat karangan cerita pasal keluarga saya..hehe..



sebenarnya pada hari ahad bersamaan 19 Ramadhan nad sekeluarga ada membuat BBQ Ramadhan. Apabila idea dah datang daripada salah seorang adik beradik, kitaorang akan bincang tarikh, apa yang nak dibeli. kebanyakannya nad akan follow je..haha..lagi-lagi bab makan besar-besar ni, memang takleh tinggal. so sebelum hari ahad, semua adik beradik dah ada dekat rumah mak ayah. hari ahad tinggal prepared je. Menu pada hari ahad ialah ayam, ikan, udang dan kerang. Perkara baiknya nad yang sponsor, almaklumla baru dapat bonus..haaa masa ni la diaorang nak merasa duit adik diaorang..ok fine..hahaa..


dan setiap seorang akan diberikan tugas.. haloo takleh goyang kaki je tau..tapi keje nad takda berkaitan BBQ ni..hahaa..nad keje lap tingkap..yela..dah nak raya..amik mood der..yang wat BBQ ni kakak dan abang nad, abang ipar dan anak buah yang rajin..hoho..kitaorang mula start bakar pukul 4..yela..tempat pembakaran kecik je..nak bakar banyak..so start awal..oo tergugat weeii..

dah bakar..fuh baunyer menusuk di kalbu..besar-besar ayamnya...hohoho

udang dan kerang bakal dibakar pulak...


hahhaa..kitaorang ada penjaga..jangan bagi orang masuk jalan..hahhaa..anak buah nad ni..dah macam guard je..alih2 mata die tertutup duduk kat kerusi ni..hhaha..dah la duduk tengah jalan.. dan jam kul 7.30..mulala tak sabar nak meratah. bunyi azan je terus baca doa dan melantak..hahaa..memang kenyang..riuh satu rumah..weee..
hai assalammualaikum

sebelum itu nad ingin mengucapkan salam Nuzul Quran kepada semua umat manusia..hari ini hari Jumaat..tapi dah tengah malam ni.jam dah menunjukkan pukul 1.05 minit..maknanyer hari ini hari sabtu..hahahha..hari ni nad cuti..berderetla sampai hari ahad..huhu..betapa syoknyer dapat cuti..inila orang kalau makan gaji..dapat cuti itu adalah satu nikmat yang tidak boleh disia-siakan..hehee...rehat sepuas-puasnya untuk badan minda dan otak..


sangat seronok hari ini dapat kad raya lagi daripada seorang blogger lagi...blogger dari Kuala Lumpur ni..kalau tak silap nad la..hehe..blogger ni memang femes memes la..sekali dia lekat sampul kad raya tu ketat daaa..guna gam gajah ke..hehhehe..nak tau sape..jeng..jeng..jeng


ni la abang hensem yang beri nad kad raya tu..hehehe..blogger Uzair Othman..siap dah pakai baju melayu tu..tak sabor nak raya ler tu..hehee..ni kad raya kedua nad terima daripada blogger..huhuhu..suka..suka..suka..ohh tengok pantun Aidilfitri dia..nad pun nak berpantun jugakla..hehe

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

hehhehe..lagi dua minggu nak raya weeiii..jom terjah blog abang hensem Uzair ni..

AKIBAT KEKENYANGAN

in , by Nadia Johari, 21:26:00
hai assalammualaikum..

oh sangat memalukan..rasa nak tutup muka je dengan selimut..dengan bantal..hahahha...punya yakin buat status..tapi dah tersalah type..hahahha...takpe status yang menceriakan semua orang selain membuat orang terpikir....hhohoho...


aiyak salah taip nak cakap alter jadi auto...adeh..kes perut dah lenyang..semua nyer jadi tak kene..hahaa


DIA DAH BERUBAH SIKIT DAH

in , , by Nadia Johari, 16:49:00
hai assalammualaikum

Dia dah berubah..memang dia dah sangat berubah..berubah sangat-sangat dan nad menyukainya..dia nampak lebih kemas dan teratur..dia dah tak nampak begitu serabut seperti sebelum ini..mana yang nad rasa tak perlu pakai nad dah buang..mana yang perlu adjust lagi nad akan adjust...belum siap sepenuhnya..ok saya suka..saya sukaa...thanks kepada orang tu yang dah merubahkan dia..huhuhu...


sebenarnya blog nad dah berubah..hahaa..ape ye yang berubah...ok nant nad buat entry penuh untuk perubahan blog ni..tunggu na..nak buat keje jap..daaaa..

DAPAT BONUS RAYA

in , by Nadia Johari, 16:47:00
hai assalammualaikum

macam biasa setiap pagi budak pekerja cemerlang ni buat kerja seperti biasa..hahha..cemerlang sangat..dan pagi tu tibe-tiba bos panggil masuk dalam pejabat dia..ok dalam hati apakah salahku??..apa yang dah aq buat??.memang cuak bila masuk bilik bos walaupun bos sangatla baikk..cakap lemah lembut..cair wanita bila dengar..hahaa..tapi bagiku kalau bos panggil berdebar-debar jantung...


masuk bilik bos..macam biasa dia akan cakap..nadia macam mana keje..ok tak??..nad pun jawab ok..no problem..huhuhu..takleh blah kan..keje nad keje chase payment..kalau tak tau chase payment tu ape..baca ni chase payment..then bos cakap macam mana dengan chase payment..ok..nad jawab la maslah nad hadapi dan die bagi solution..meh baik sungguh bos i tau..untung isteri die dapat lelaki macam tu..hoho..ok nad dah melalut jauh..then my bos buka laci dia..daannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..huhu..nah duit raya untuk you..Ya Allah..syukur..baru 5 bulan keje..dah dapat bonus raya..wihuuu..syok..masyukk..boleh shoping sakan ni..hahaha...terbaikla bos..

DAPAT KAD RAYA PERTAMA DARI BLOGGER S

in , , by Nadia Johari, 16:30:00
hai assalammualaikum..

sekarang mana ada orang main kad raya dah kan, orang sekarang dah taknak membazir beli kad-kad ni, diaorang main sms je, jimat dan mudah dan cepat dihantar. Tapi tak semua macam tu tau, ada gak yang main kad raya lagi sekarang ni untuk dijadikan kenangan atau untuk mengingati peminat. Macam nad la suka mengumpul kad raya yang orang bagi..penuh satu kotak dah..dulu nad pun suka anta kad raya, suka balas balik kad yang orang bagi kat nad..hehe..sebagai tanda terima kasih kepada mereka. Tapi tahun ni tak sempat, takpe nad akan bagi dalam bentuk lain untuk mereka..=)

haa korang kenal tak dalam gambar ni blogger siapa??..hahh teka pat..teka pat..hhehehe...blogger ni dengan nuffnang kawan baik..hahaa..kalau korang nak tau apa-apa apsal nuffnang boleh tanya dia..dia memang pro...hadiah pertama nad dapat daripada blogger diala...baik hati angat..tak sombong dan peramah..rajin update blog..dan feveret warna kitaorang sama..biru..hehehe..okla nad bagitau..blogger ni..blogger shida..hehe..

baru 12 Ramadhan dah dapat kad raya..wahh excited kau..mula-mula pelik jugak surat apa ni..tengok dekat cahaya matahari sebab kalau boleh taknak tengok dulu apa dalamnya..kononya surprise..hahaa..poyo tak poyo..selidik-selidik musykil lagi surat apa..last-last ternampk satu ayat dekat depan sampul..


nampak tak ayat tu..nampak tak..."top komen bulanan blog shida "..yeaaahhh..im so happy...tak sangka dapat kad raya shida, sebab nad dah lama tak terjah blog shida. memang nad dah terjah blog shida semalam.nad tak boleh tak tengok blog shida..memang nad akui banyak segmen yang shida buat nad terlepas sebb tiada masa..hehe..suka sangat-sangat ok..kad raya pertama plak tu..thank you shida...thank you sangat2.

dapat dua lagi..suka suka suka...hehe..
jom tejah blog shida

DAH BESAR DAH AKU..18 JULAI

in , , by Nadia Johari, 13:05:00
hai assalammualaikum...

alhamdulillah, arini masuk 12 Ramadhan kita melakukan ibadah berpuasa. Sekejap je masa berlalu, macam baru semalam je start berpuasa. Begitu juga dengan umur nad, sekejap je dah meningkat umur ini. Macam ku rasa baru semalam start sekolah tadika..hahhaha..over kau nad.. Semakin lama semakin tua nad rasa, tapi tengok rupa takdala tua sangat..hahaha.. Bila tengok badan ku yang kecik dan comel ni seperti umur budak sekolah rendah..hahhaa..suaraku yang comel ini menafikan umur nad dah meningkat..hahhaa..tapi nak tak nak kene sedar..kene lebih matang..yes be matured..jangan jadi kebuda-budakan..lagi-lagi dah jadi tunangan orang..


Alahmdulillah..selama 25 tahun segala cabaran dalam kehidupan dapat nad tempuhi dengan baik, sehingga keperitan hidup dahulu sudah tiada dan kini kegembiraan hanya ada dalam diri ini..Alhamdulillah 18 Julai aritu adalah birthday nad..huaaa..sudah 25 tahun umur nad sekrang..you see, 25 tahun ok..i dont believe that..apa yang nad buat selama 25 tahun ni erk..huishhh macam-macam..baik ada..jahat pun ada..biasalah manusia tak da yang sempurna..hahhaa..kitaran hidup yang membuatkan nad semakin matang, dulu sekolah rendah, pastu menengah, pastu study kat UUM, pastu menganggur tapi alhamdulillah sekarang dah kerja. walaupun tak senang, nad bahagia dengan hidup nad..dan terima kasih kepada keluarga yang meraikan birthday nad..huiii..terharu..huhuhu..


masa hari jumaat nad balik ke rumah mak ayah nak berbuka di rumah. rindu dengan masakan mak. Tak sangka mereka akan sambut birthday anak mereka yang manja ni..hehee.. diaorang nak buat surprise tapi tak menjadi disebabkan mulut anak buah nad..dia bocor rahsia..waa baru nak terkejut..huhuhu..tapi takpe..apepun nad happy dengan semua ni..hehe..aritu mak masak sedap-sedap..mak masak rendang ayam, sayur campur, dan macam-macam lagi..air tangan mak memang the best..gamba tu amik gambar tangan je..hehe..tengah potong kek...

ya saya nadia sudah 25 tahun..dah boleh kawin dahhhhhhh...hahhaha..gatai no..

RESTORAN TUPAI-TUPAI SHAH ALAM

in , , by Nadia Johari, 14:02:00
hai assalammualaikum..


bila teringat balik nad berjumpa dengan blogger-blogger..memang best dan menyeronokkan..pada hari ahad 14 Julai nad dan blogger lain ada membuat majlis berbuka puasa di Restoran Tupai-Tupai di Shah Alam..nak .restoran yang sangat luas..berkonsepkan ala-ala kampung gitu..dikelilingi pokok-pokok yang hijau..sangat nyaman dan selesa..pada hari kejadian seramai 26 orang  telah hadir memeriahkan majlis


 harga bagi setiap seorang ialah RM 39 untuk buffet..menu utama di Restoran Tupai-Tupai ialah steambot yang menjadi pilihan pelanggan...pelbagai makanan yang boleh dipilih oleh pelanggan mengikut citarasa mereka..pilih je..jangan malu jangan segan..korang nak amik banyak mana pun boleh..nak nak makan sampai muntah pun takpa..hehee..semuanya terbaik.


selain itu di Restoran Tupai-Tupai juga mempunyai nasi dan lauk-pauk untuk berbuka puasa..lauk pauk yang sangat menyelerakan dan mengenyangkan perut..hehe..masa ni nad amik nasi, sayur, lauk udang..hehe nampak tak kelaparannya di situ..ada juga menu mee goreng dan kue teow gorang..kalau korang rasa makan steambot tak cukup, korang boleh makan nasi ni..


dan yang bestnyer kat restoran Tupai-Tupai ni, mereka menyediakan pencuci mulut untuk pelanggannya..aiskrim  menjadi menu dessert dan ia sangat digemari oleh semua orang..sangat sedap dan menyelerakan..yela lepas makan berat-berat kita mesti nak sesuatu yang sweet dan simple..aiskrim ni korang nak amik banyak mana pun boleh..nak tambah sampai habis pun boleh..hehe..pelbagai perisa aiskrim ada di situ..so ikut korang nak perisa apa..nak tambah semua perisa pun boleh..hehe..

apa lagi..ajak la kawn-kawan..keluarga..pakwa makwa datang ke sini..
RESTORAN TUPAI-TUPAI
No.2, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2