BEKAS SIMPANAN ALAT JAHITAN

in , , by Nadia Johari, 21:32:00
hai assalammualaikum

Bekas Simpanan Alat Jahitan - Walaupun nad ni jarang menjahit, tapi alatan menjahit nak kene ada dekat rumah. Yela apa-apa kecemasan yang koyak macam butang ke, terkoyak kain sikit ke..kan boleh jahit. Benda simple-simple bolehla nad jahit..ingat lagi masa belajar kemahiran masa sekolah jahit butang..kihkihkih..kira ada skill sikit la nad ni dalam jahitan..kohkohkoh..

Alatan menjahit ni bukan nad punya sebenarnya, tapi arwah mummy (ibu mertua) ku yang punya. Mummy memang suka simpan banyak barang, kira semua benda alatan jahitan dia ada. Nad sampai rumah sini, sana-sini barang jahitan mummy, dah takde satu tempat. Jadi nad kasi kumpulkan semua barang jahitan mummy dan susun rapi. Biar semua teratur dan nad pun senang nak cari.

INI SEBAB KENAPA NAMANYA SI PUTIH

in , by Nadia Johari, 01:07:00
hai assalammualaikum

Ini Sebab Kenapa Namanya Si Putih - Kalau dekat rumah nad, senan je nak bagi nama, ikut warna bulu..pastu kalau kaler sama baru bubuh nama lain-lain..tapi untuk Si Putih, kucing kesayangan jejaka mafia ni!..hahaha ramai yang pelik.. Ramai tertanya-tanya kenapa nama dia Si Putih..tengok bulu , warna coklat...warna hitam..hahhaa...sampai tuannya pun macam tak caya macam mana warna die boleh bertukar coklat kehitaman tu..


 Kenapa nama dia Si putih sebab masa kecik bulu die warna putih.. Itu pun nad yang bagi nama, sebab masa die kecik jejaka mafia cakap nak bagi nama apa dekat kucing ni, nad tengok bulu dia putih, jadi putihla nama dia.. Sampai la sekarang panggil putih..haha..die pun tau nama dia putih..hahaa.. Nampak gambar atas tu, yang kecik bulu putih tu la Si Putih..sebelah tu bapak dia..hehhe...see kann kenapa nama dia Putih..


Bila dah besar tetiba tukar warna..hahahha...ajaib..dah lepas ni jangan ditanya kenapa nama di Si Putih..kihkih...
hai assalammualaikum

Pak John Steamboat & Yong Tau Foo wangsa Walk - Hah semalam dah buat entry pasal keluarga makan dekat Pak John steamboat. Pak John Steamboat & Yong Tau Foo ni ade dua cawangan satu di Wangsa Walk dan satu lagi di Ecurve , tapi nad nak review berkenaan Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tau Foo di Wangsa Walk ni. 
hai assalammualaikum

Makan Bersama Keluarga Di Pak John Steamboat - Alhamdulillah...dapat belanja keluarga makan besar hari sabtu haritu, hasil kemenangan aku dalam contest review Pak John Steamboat. Nad kalau dapat rezeki lebih memang akan utamakan keluarga dulu, pergi belanja diaorang makan. Tahun ni keluarga bukan belah nad je, ajak sekali belah lelaki..tapi nasibla belak lelaki ade tiga beradik je..hehhe... Lagi pun mak ayah nad jarang makan steamboat, jadi bagi la diaorang rasa makan stamboat ni macam mana..hahahha..sesetengah mak ayah kurang gemar makanan steamboat..yela deme lebih suka makan nasi, lauk pauk gitu...Nah nad bagi rasa makan steamboat.

BILA BLOGGER BERPOSING DEPAN KAMERA

in , , by Nadia Johari, 18:07:00
hai assalammualaikum

Bila Blogger Belajar Berposing - Haritu nad ade cerita yang kelabbloggerbenashaari ade buat photoshoot kan dekat setapak. Gambar original dah siap..wah semuanya cantik-cantik belaka. Konon debar memasing tak tau posing, sekali depan kamera hah amik kau..semua posing terbaik..hehee...Kelabbloggerbenashaari, siapa tak kenal, kelab ni bukan sekadar blogger malah kami ibarat keluarga. Sesiapa yang nak join kelab ni..tu kene tanya Abang ben la..hehheee..

Bertempat di Mycreativepixel studio, sebahagian ahli kelabbloggerbenashaari telah berkumpul untuk berphotoshoot disana. Inilah pertama kali nad berjumpe dengan sebahagian kelabbloggerbenashaari. Memang happening..jom berkenalan dengan mereka..nak follow blog mereka pun ok..


 
 
http://www.erazfadli.com/


Korang kalau nak berphotoshoot untuk family, kawan-kawan, konvo, prewedding dan sebagainya bolehlah gune khidmat Mycreativepixel Studio ni. abadikan kenangan di sini.. Harga pun berbaloi dan murah..dalam RM 100 untuk sejam..bila lagi nak bergmbar dalam white studio kan..hehe..


 Terima kasih kepada semua penaja yang menyokong aktiviti Photoshoot Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari untuk kali ni...

Penaja Utama Kelab Blogger Ben Ashaari : Cosmoderm
Shawl by Tya Salmid ,
Pin Hijab by Dania Facon
Make up Artist @shazaamalina @wiidaribbon  @etty_garib @yanneskay.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2