JANGAN MUDAH TERTIPU

in , by Nadia Johari, 00:10:00
hai assalammualaikum

Kalau Lah Betul!! - Alhamdulillah..syukur..menang duit sebanyak ni..hahahahha..Kalaulah betul, dah lama aku kaya..memang seronok aku dapat duit sebanyak ni..makcik kayo..mackik kayo..semua orang aku belanja..tapi masalahanya ni semua TIPU!!!.. Sekarang ni spam berada di mana-mana. Dekat email berlambak lahai spam dengan dari luar negara la..kene tekan linktu ..link ni la..Dapat hadiah la..kalau korang pandai korang takkan tertipu dengan muslihat diaorang ni..kalau korang jenis terdesak memang mudah kene tipu


Berani diaorang guna nama company..ingat senang-senang ke diaorang nak bagi duit sebanyak ni..memang tak la..duit korang yang lesap nanti..haishh..idea orang sekarang macam-macam..semua nak mudah..

Boleh pulak guna duit luar negara..hahaha..lawakla diaorang ni..adehh..udah-udahla buat kerja sebegini..ermmm malas nak tengok..last-last padam je emel macam ni..k bai..huhuhu...
hai assalammualaikum

 Legoland Waterpark - Memandangkan tiket kami masuk sehari je, dan masuk waktu untuk Waterpark adalah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang, kami semua bergegas melakukan aktiviti dalam satu hari. Tu sebab masa sampai korang terus pergi Theme Park, dah selesai, terus pergi water park..Memang ngam-ngam pukul 6 petang die dah tutup. Lain la kalau tiket korang untuk dua hari, bolehla korang usha Theme Park sehari suntuk lepas tu esoknya pergi Water park..tu sebab kami tak puas..hahaa..rasa nak repeat je lagi..haishh..ok dah jangan membebel..jom nak cerita pasal Legoland Waterpark ni..

Tiket masuk Water Park sama tiket nak masuk Theme Park..so korang kene simpan elok-leok la tiket tu.. Habis masuk Theme Park sampai kul 3..jadi kul 4 dah check in hotel..kami bergegas tukar baju lepas tu terus masukWater Park..


Legoland Waterpark ni telah dilancarkan pada 21 October 2013. Taman air bertemakan semuanya lego..memang best ooo..disebabkan terlalu seronokla kami semua tak dapat main semua..hahaha..Kat sini ade locker untuk simpanan barang tapi bak haii..mahal nor..jadi sesiapa yang tak mandi kene pegang la barang kami yang nak mandi ni..hehehee..



Water Park ni pun ada macam-macam tempat.. pertama Build- A-Ralf..yang ni ko relaks je dengan pelampung die jalan sendiri..best..best..


kedua Joaker Soaker..orang dewasa pun tak terkecuali main bende ni..hahhaa..

 Kat sini die ade buat tumpahan air yang banyak..hahaa..Nad penah rasa dekat gambang..tapi kat sini tak dapat..hahhaa..


Lego Wave Tool..tempat berenang, santai semua la..luas dan ade berombak..Dia ada sediakan life jacket untuk mereka yang tak sampai ketinggian..hehee..atau nak berenang ...

Kat sini ade beberapa jenis permainan gelongsor..Ada gelongsor yang naik beramai, naik berdua, naik seorang dan ada yang baring...




Nad naik yang warna merah tu..uu best..ade jugak naik yang beramai..memang syokla...Nak ke sini ke bawak kawan-kawan baru best...

khas untuk kanak-kanak..Imagination Station. Pada satu, kanak-kanak boleh membina jambatan, empangan dan bandar-bandar daripada batu bata DUPLO® dan menguji mereka terhadap aliran air. Pada yang lain, mereka mengawal aliran air dengan mewujudkan corak daripada unsur-unsur LEGO®. Di kawasan lain, yang air muzik berdiri dengan satu siri lubang di atas yang memancut air membolehkan kanak-kanak untuk menjadi konduktor simfoni air mereka sendiri kerana mereka menutup lubang mencipta nota muzik baru.

Kemudahan yang ade dekt sini..
 kedai makanan..main air bukan main lapar kan..boleh singgah sini

Ada tempat pengering baju..

Ini jela nad dapat cerita tentang legoland Water Park..Nad sarankan sampai sini korang main semua..


Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 

2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1 

3) LEGOLAND MALAYSIA : 5 KAWASAN THEME PARK LEGOLAND YANG LAIN PART 2

4)  LEGOLAND MALAYSIA : LEGO STAR WARS MINILAND SALAH SATU TARIKAN DI LEGOLAND


 

BRIM DAH MASUK AKAUN MAYBANKU

in , , by Nadia Johari, 00:55:00
hai assalammualaikum


BRIM Dah Masuk Akaun - Baru nak cerita pasal BRIM..orang lain dah update lama dah..hahaha..nak buat macam mana..sibuk memanjang menguruskan hal rumah ni ha..Tapi nak cerita jugakla kan..kihkihkih..Haritu dekat whatssup semua cakap pasal BRIM.."sape dah dapat BRIM".."siapa dah masuk akaun".."berapa korang dapat"..yang tak boleh blah kawan nad " kenapa aku punya BRIM tak masuk penuh..patut bujang dapat RM350 kan..kenapa aku dapat RM300 je"..adeh..macam-macam ragam..tu tak dapek nak nolong la kalau tak dapat penuh tu..

Pastu nad pun tak terlepas nak tengok dalam bank..nad masukkan dalam bank rimau..so boleh tengok online jele..tak sabar nak tengok dah masuk ke belum..hehee..sekali log in dan isi pasword..tengok jumlah duit dalam tu bertambah..tengok transaction ade tulis perkataan BRIM..alhamdulillah..masuk dah..jadi biar duk diam-diam dalam bank tu..nak kumpul bagi banyak..konon-konon la..hahaha..dari duit mengecik die membesar balik..permulaan tahun baru..azam konon taknak belanja lebih..kihkih..yokyok ooo jela nad..hehehe..simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit..


Meh nak kongsi korang boleh Semak Statut Permohonan samaada korang lulus terima atau tidak..
Bagi mereka yang sudah melakukan Kemaskini Online BR1m 4.0 anda boleh semak status permohonan BR1M 2015 anda secara online melalui website hasil dengan hanya menjawab 2 soalan mudah keselamatan yang telah diisi sewaktu mengemaskini BR1M sebelum ini. anda boleh terus Semak Status Permohonan Br1M 2015 di website yang telah disediakan di linktersebut
hai assalammualaikum


Mojo And Caliph Busker Dapat Tepukan Berdiri Daripada Penonton - Semua bagai tak caya, terpegun, terpesona dengan persembahan Mojo dan Caliph Busker. Terkejut dengan lagu yang dibawa oleh Azmi Saat iaitu vokalis daripada kumpulan Caliph Buskers yang menggantikan Aweera. Suara yang mantap setanding dengan penyanyi asal..perghh.,macam mana orang tak menjerit dan berdiri memberikan tepukan yang gemuruh kepada group merka. Semua bagaikan tidak percaya bahawa penyanyi itu mampu membawakan lagu Roman Cinta dengan baik sekali..

Caliph Busker merupakan penyanyi orang kurang upaya yang buta penglihatan. Masing-masing mempunyai kebolehan bermain alat muzik disamping mempunyai suara yang sedap. Orang cakap jangan pandang pada fizikal, tengok kebolehan mereka..Sebab mereka berbakatla Edry ajak mereka ke AJL29..dan tak sia-siala sebab mereka mendapat persembahan terbaik malam itu. Ia merupakan satu sejarah dan kelainan dalam Anugerah Juara Lagu 29 kali ini.

Caliph Buskers terdiri daripada lima orang iaitu:
  • Nirwan – Guitaris
  • Zaki – Guitaris/Vocalis
  • Azmi Saat – Bassis/Vocalis
  • Fendy – Cajon/Vocalis
  • Rubiana – Shaker/Vocalis
Tahniah Edry..Tahniah Mojo dan Caliph Busker...



Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta




hai assalammualaikum

Legoland Malaysia : Lego Star Wars Miniland - Belum habis lagi cerita dekat Legoland ni..ade banyak lagi..hahaha..pleazz jangan jemu baca ok..yela..mana tau leh wat rujukan masa korang nak pergi nanti..takdelah miss satu pun..hahaha..yang penting sampai sini kene masuk semua..tauu..tauu..masuk je semuaa..hhaahaa..


Selain Mini Land Legoland, Lego Star Wars Miniland juga merupakan salah satu daya tarikan di dalam Legoland. Lego Star Wars ni dalam Theme Park. Jadi masa korang jalan nampak patung Star Wars hitam, hah dekat situlah Lego Star Warsnya. Lego Star Wars ni terletak dalam bangunan yang berhawa dingin dan mempamerkan lebih daripada 2,000 terkenal model LEGO Star Wars dan adegan ikonik dari semua enam episod dan Star Wars.  Memenuhi watak-watak kegemaran anda seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan legenda Sith Lords, semua dibuat daripada batu bata LEGO®. Satu pengalaman yang luar biasa untuk seisi keluarga.




Tarikan ini mempunyai tujuh scene dari enam filem Star Wars dan The Clone Wars  siri animasi dengan terperinci. Secara keseluruhan, tarikan yang mempunyai lebih daripada 2,000 model LEGO dibina untuk skala 1:20 menggunakan 1.5 juta LEGO batu bata.





Lego dalam bentuk Star Wars semuanya disertakan dengan bunyi, pergerakan dan kesan pencahayaan untuk mewujudkan satu pengalaman yang realistik dan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Memang macam real pun..huhuhu...





Pameran ini terdiri daripada tujuh bilik setiap adegan dalam cerita Star Wars. Siapa yang follow cerita Star Wars ni pasti taula kan cerita berepisode ni. Yang pertama anda akan berjalan ke dalam cerita Star Wars Episode I: The Phantom Menace, dengan megah Naboo Royal Palace menjulang lebih Pertempuran Naboo antara Naboo, Gungans dan Droids pertempuran 'Persekutuan Perdagangan.




 
Bilik seterusnya akan membawa anda ke Geonosis (dari Episode II: Attack Of The Klon), Kashyyk dan Mustafar (Episod III: Revenge Of The Sith), Tatooine (Episode IV: A New Hope), Hoth (Episod V: The Empire Strikes Back ), Endor (Episode VI: Return Of The Jedi), dan akhirnya, Christophsis (dari Star Wars: The Clone Wars ciri animasi).

Amacam menarik kan..masuk dalam sini kene usha semua.. Mesti singgah Lego Star Wars Miniland ni..tau..tau..tauu...

 
 
Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 

2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1 

3) LEGOLAND MALAYSIA : 5 KAWASAN THEME PARK LEGOLAND YANG LAIN PART 2

 
hai assalammualaikum

Joe Flizzow Dan Sonawan Juara AJL 29 - Pentas Akhir Anugrah Juara Lagu 29 telah melabuhkan tirainya semalam. Tapi nad tak sempat nak tengok dari awal sebab balik lewat dari kenduri kawin. Dapat tengok masa DAyang Nurfaizah nyanyi je sampailah ke keputusan AJL 29..takpelah..mintak kawan post kan semula dari awal..hehee..


Seperti yang sedia maklum, malam semalam 18 Januari 2015 telah berlangsung satu majlis berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke 29 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari 2015 .Program ini akan disiarkan secara langsung di TV3 jam 9:00 malam. Sebanyak 12 lagu akan dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu 29 ini yang akan bersaing merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 29. Dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya, AJL29 menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini

Antara 12 finalis yang akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu 29 adalah seperti berikut. 
- Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
- Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
- Romancinta (Mojo)
- Gadis Jolobu (Datuk Hattan dan Waris)
- Lelaki (Najwa)
- Percayalah (Indah Ruhaila)
- Gila (Stacy)
- Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
- Rentak Laguku (Bunkface dan Amy Search)
- Matahari (Hafiz Suip)
- Apa Khabar (Joe Flizzow dan Sonaone) 
- Malaikat (Hazama The Penglipurlara).

Keputusan Juara Lagu AJL 29

Juara AJL 29 : Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
Membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi
 
Tempat Kedua : Shila Amzah – Masih Aku Cinta



Tempat Ketiga : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
 Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga



Persembahan Terbaik : Mojo & Caliph Buskers – Romancinta




Tahniah kepada semua pemenang
hai assalammualaikum

Legoland Malaysia : 5 kawasan Theme Park Legoland Yang Lain Part 2 - hahahaa..maafla..entry legoland belum habis lagi..sebab nak cerita semua apa yang ada dekat legoland ni..kang korang pergi bolehla jadikan blog nad sebagai sumber..hahaa..poyo tak..ok, entry sebelum ni nad ade cakap yang Theme Park ade 6 kawasan tema dan salah satunya nad dah cerita dekat  SINI iaiatu Minil land. Sekarang nad nak cerita 5 kawasan lagi..

Sebenarnya masuk je dalam Theme Park korang akan nampak Lego Technic dulu baru Lego Mini LAnd..tapi nad cerita dulu Miniland..hehee..sebab Mini Land paling banyak gambar..hehee..

2) LEGO TECHNIC


i) Project X Technic Test Site
- Pergh permainan ni memang menyeramkan.. Nad tak dapat naik, bukan sebab takut tapi adala perkara yang perlu dielakkan..hahhaa..Sejenis permainan roller coaster, tapi hanya dibenarkan 1- 4 orang je boleh naik dalam satu kereta. Sebab kereta tu ngam-ngam masuk untuk 4 orang...hehee..Die punya tinggi..jangan tanyala..kita yang tengok pun berderau..hahhaa..tapi memang syok..


kann..kann..syok kann..hehee

ii) Aquazone Wave Race
Korang perlu naik je , lepas tu die berpusing..makin laju kot kalau tak silap..Ade tembak-tembak..boleh tembak orang yang tengah main tu..hahaha..




iii) Lego Mindstorm and Academy

Dalam ni sebenarnya boleh masuk tapi nad tak masuk..sesuai untuk perkembangan budak-budak untuk membina lego..Mak bapak budak pun boleh join..hehhehe



3) Imagination


-  Dekat Imagination ni ade 6 tempat tapi nad pergi beberapa je..yela nak survey tempat lain jugak..kang tak sempat kan..so mana yang nad pergi nad snap je..

i) The Kids Power Tower
- Tengok permainan dia macam duduk lepas tu korang kene tarik ke atas sendiri..hahaha..tengok kekuatan korang..



ii) Lego Studio
 
Dalam ni ade pengembaraan Lego dalam bentuk 4D..waktu dan bayaran boleh dilihat seperti di atas..Tempat ini boleh dimuatkan seramai 500 orang dalam satu masa.

iii) The Observation Tower

Tower ni kita naik  untuk melihat keseluruhan LEGOLAND® Malaysia Resort dan kawasan sekitarnya. Dia akan berpusing 360 darjah dan naik ke atas sampai la die turun balik..fuh bestt oo..

Ni view daripada atas




4) LEGO KINGDOMS

i) Castle stage 
 


 
ii) Dragon Apprentice
- Permainan roller coaster..tapi yang ni tak mencabar sangat..hehee.ade lagi satu yang mencabar..korang lalu dalam castle atas ni..




5) LAND OF ADVENTURE


i) Dino Island
 - mainan yang dekat belakang gambar tu best sangat..tapi kerana masa tak mencukupi tak dapat main..huaaa..cadang nak tukar baju basah untuk pergi Waterpark tapi dekat Waterpark pun banyak mainan..tak dan nak naik tu..Ala mainan yang naik roller coster then masa turun habis basah kene air..hehee..tak pernah naik pun..




ii) Lost Kingdom
Masuk dalam amik pistol yang diletaak dekat situ..Mula-mula pelik ape yang ditembaknya..rupanyan tembak warna merah..entahla..nad punya pistol rosak..hahaa..dapat kosong markah...hahaha

  

6) LEGO CITY
- dekat lego city ade shipyard, driving scholl, and boating school..Naik keretapi tu perlu untuk lihat keliling taman lego ni..hehee..pon..pon..pon..
 



Jangan risau kat sini banyak kemudahan yang disediakan

Antaranya:

● Stroller Rental 
● ATM Machine
● Surau
● Tandas
● Cafe
● Restoran
● Locker Rental
● Smoking Area
● Photo Booth
● Game Booth
● Booth Makanan/Minuman
● Kedai Cenderamata
● Photographer Legoland

Tak habis explore sebenarnya..nak buat macam mana 2 hari 1 malam. Sehari je dapat ronda..tu pun termasuk nak pergi Waterpark..ayoyoyo..Cerita selanjutnya tentang Star Wars pulak...
 

Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 

2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1













© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2