CEMBURU DENGAN ANAK SENDIRI

in , , by Nadia Johari, 02:31:00
hai assalammualaikum

Cemburu Dengan Anak Sendiri

Pergh tajuk, takleh tahan. Kalau cemburu dengan pakwa atau suami ade perempuan lain boleh la gak. Ni dengan anak pun nak cemburu..hahahha. Nak buat macam mana, sifat cemburu dah memang ada dalam diri manusia. Kalau takde sifat tu, maknanya tak sayang la orang tu. Kan orang cakap, kalau cemburu tandanya sayang..hahaha..


Kalau macam kita, bila dah boleh berfikir, mestila ada benda yang kita gemar kan. Macam tu jugakla, budak dah masuk setahun ke atas. Dah tau berfikir, dah tau mana yang dia suka dan tak suka. Bukan setakat barang mainan dia, tapi orang yang paling rapat dengan dia pun, dia akan pilih mana dia lebih suka ikut.

Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah Lebih Berjaya

Biasalah, pernah dengar kan, anak perempuan lebih rapat dengan ayah. Sikit-sikit cari daddy die. Daddy pun layan jela, dah anak dia kan. Yela didikan seorang daddy kan berbeza dengan mommy dia. Bila ada masa terluang, mestila main dengan anak. Lepas tu, bila jumpa kawan, mesti nak bawak anak. Anak pulak jenis memang suka membontoti daddynya je..Kira Fariza ni teman jela daddynya ke mana sahaja.



Bila keluar, terkinja-kinja nak ikut daddy dia. Padahal, mommy dia pun nak keluar juga. Sekarang Fariza dah pandai jalan, semestinya la daddy akan pegang tangan anak..yang ni memnag jeles weiii.hahaha..Dulu bercinta bukan main care lagi pakwa kita ni kat kita, sekarang dia jalan tak hirau kita. Yela dah ade awek baru..Mommy pun jalan sendiri-sendirilaa..


Masa makan pun, boleh pulak dia pergi ke daddy dia. Nak mintak daddy dia suap. Bila mommy nak suapkan dia tak mau. Melainkan waktu tu, daddy dia takda, baru terhegeh-hegeh mintak mommy suapkan..eee..gigit kang.

Cemburu nad pun bukannya cemburu gila-gila..hahaha. Nad sebenarnya suka tengok bila mr mafia dengan Fariza. Nampak keakraban anak dengan daddy. Yela, mr mafia kadang sibuk bekerja, bila ada masa, itu jelah yang ada untuk anak beranak ni bersama. ( eh mommy pun nak bersama tau..bukan masa tutttt je bersama..hahaha)..

Lagipun dengar -dengar macam anak rapat dengan ayah lebih berjaya..hehehe..kalau betul alhamdulillah...hah rapatla nakk..rapatt..

Pernah terbaca, bapa bunuh anak sendiri, kerat anak disebabkan cemburu dengan anak tersebut rapat dengan isteri. Allahuakbar, sampai macam tu sekali. Mungkin isteri dia tak layan langsung isterinya atau..ermm entahla. Biasalah kita ni perempuan, ada je kejenya. Nak.masak, jaga anak, kemas rumah, lipat kain, sidai kain, buat itu ini, lepas tu penat. Kadang tak terlayan suami. Nak taknak suami kena paham tugas isteri. Lagi baik ringankan beban isteri. Kalau sengaja abaikan tu lain ceritala ye dak.

Cemburu manja-manja gitu..


PETUA HILANGKAN SAKIT TEKAK ATAU BATUK

in , by Nadia Johari, 12:53:00
hai assalammualaikum

Tips Hilangkan Sakit Tekak Nak Demam Atau Batuk

Haritu ngadu dengan mak, sakit tekak macam nak demam. Biasalah, cuaca dekat kampung dahla sejuk, lepas tu hujan pulak. Macam mana tak rasa nak demam. Memang waktu tu tekka dah perit, badan dah nak panas. Tercari-cari gak ubat batuk, tapi tak jumpa.

Lepas cakap dengan mak, terus mak bagi petua..Hanya dua benda je, nad buat alhamdulillah, dua hari je dah baik..

TAK SAMPAI 5 MINIT DAH TIDUR

in , by Nadia Johari, 02:16:00
hai assalammualaikum

Dekat Kampung Tidur Cepat Dan Lena


Untuk pengetahuan korang, nad masih lagi bercuti dan berehat dekat kampung. Takpe lama-lama sikit dekat kampung..hehehe..Nanti dah balik bandar, rutin harian dah bertukar. Jadi kita rehat puas-puas.

Sejak balik kampung, nad dah lama perasan, Fariza mudah tidur dan lena. Kalau macan dekat bandar, waktu tidur tak tentu. Lagi kalau dia tidur awal lepas maghrib, tengah malam bangun, mesti la tidur lewat. Yela mata dah segar. Waktu tu la dia nak main. Lagi satu,  dekat bandar dia akan main sekejap je, lepas tu nangis nak merap, nak melekat dekat mommy dia.

Berbanding dekat kampung, dia akan bermain, main dan main. Waktu tu memang dia tak ingat mommy dia, tak ingat nak merap dan tak ingat nak susu cap gantung..hahaha..melainkan dia betul-betul nak. Kalau dia dah tidur lepas maghrib, tengah malam bangun, lepas tu ajak la tidur semula, dia akan senang tidur..tak sampai 5 minit pun. Sedangkan waktu tu mata die memang segar dan nak bermain..eh mudahnya.

Tapi bukan setakat anaknya, maknya pun boleh terlelap awal..hahaha..Mungkin dekat kampung sejuk, takde bunyi bising sangat. Nampaknya kene mintak daddy pasang aircond la..hahahha..baru dia tidur lena..
hai assalammualaikum

Bawak Anak Pergi Event


Selalunya kalau pergi event, nad memang takut nak bawak Fariza sekali. Pertama, takut dia buat bising dan meragam. Kedua, takut tempat yang nak pergi event tu, tak boleh bawak budak, yela takut menganggu. Selalunya memang nad suruh mr mafia yang jaga. Tapi, haritu, dua event nad bawak Fariza pergi event. Sebab mr mafia kerja. Nak taknak kena bawak juga Fariza.

Walaupun nad tau perangai Fariza ni ok, bila dekat event, ( waktu tu ada daddy dia ) nad tak berapa risaula. Sebab mr mafia boleh tengokkan. Tapi ni nad sendiri. Nad nak kena jaga dia, nak kene jaga perangai dia bagi diam. Waktu yang sama, nad kena buat kerja nad sebagai blogger. Yup, memang bukan mudah. Kalau anak dah besar, boleh berfikir takpela gak. Ni baru setahun, apa dia tau, ada benda kat depan mata yang best, atau dia pegang sesuatu yang melalaikan dia, barulah dia diam.


Memang mencabar. Masa nad bawak Fariza pergi event, dalam hati harap-harap dia baik. Tak meragam, atau menangis. Tak menjerit kebosanan. Alhamdulillah..waktu event tu dia baik. Semua terkejut sebab dia tak bising..hahah..event fashion show kot..hahaha..setakat orang lalu lalang atas pentas, budak mana suka..nasib dia tak kisah..hahaha. Ada nad selitkan dia dalam video masa ambil fashion shaw..tapi mana ntah video tu..hahaha



Satu lagi event, sebab santai..ok lagi. Lagipun ada kawan, dia suka bila ada kawan. Pastu lepas, jalan sana sini. Alhamdulillah, dua-dua event dia tak ganggu. Tak ganggu kerja nad juga.

Kalau orang lain boleh, takkan nad tak boleh kan..banyak mommy blogger yang nad jadikan inspirasi bila bawak anak pergi event. Tapi ada yang bertuahla, ada pembantu untuk jaga anak diaorang. Lepas tu anak diaorang ada yang susu botol. Fariza sebab dia masih susu badan. Dan tak suka dengan susu botol. Kadi terpaksa la nad bawka dia ke hulur hilir.

Saya mommy blogger..maaf kalau terpaksa bawak anak ke event.
hai assalammualaikum

MAHA 2016 Dapat Sambutan Hangat Daripada Pengunjung


Memang rugi siapa tak pergi Maha 2016 haritu. Nad sendiri rasa rugi, kenapa sedangkan nad pergi ke Maha 2016??? Sebab nad tak pusing habis apa yang ada dekat Maha Maeps Serdang waktu tu. MAHA 2016 telah melabuh tirainya pada 11 December 2016 baru-baru ini di MAEPS, Serdang Selangor. Kalau masa boleh diputar balik, nad akan habiskan satu hari dari pagi sampai ke malam dekat Maha 2016 haritu.

Boleh baca entry nad di MAHA 2016 di SINI.


Tema Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) kali ini ialah " OUR Food OUR Future",  telah mendapat sambutan hangat daripada pengunjung untuk datang ke situ pada tahun ini. Dikatakan seramai 3.7 juta pengunjung yang hadir..fuh..kau nampak masyarakat marhain datang ke MAHA 2016 kali ni.


Walaupun cuaca panas, hujan, orang tetap datang untuk merasai dan melihat sendiri apa yang ada di MAHA 2016 kali. Yang datang dari pelbagai golongan, muda dan tua, pelbagai bangsa, sama-sama menghangatkan suasana dia MAHA 2016.



Macam-macam aktiviti, pameran, yang menarik yang disediakan di MAHA 2016. Memang nampak perbezaannya, kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya. Yup, nad pernah pergi sebelum ni, memang aktiviti yang sama ada di Maha iaitu buah-buahan, pertanian, pameran, produk, dan taman-taman. Tapi untuk MAHA 2016 kali ni, benda baru seperti Kampung Mok Cun, Kampung Durian Upin dan Ipin, Festival Muzik, Laman padi,  dan Laman Perikanan. Nad sempat ke Kampung Mok Cun je untuk terbaru ni.

Paling menarik bila ada lembu sado..hehehe..


Selain itu, menariknya lagi ada penginapan untuk pengunjung bermalam di MAHA 2016 dengan harga berpatutan. Iaitu di Nafas Cube. Penginapan berkonsepkan kontena, tube dan khemah.

Nampak kan, macam-macam benda yang disediakan di MAHA 2016 kali ni. Tak sia-sia pergi.


Tahniah kepada pihak penganjur yang menjadikan MAHA 2016 lebih meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Harap tahun depan buat lagi lain daripada lain..hehehe..Nad dah siap-siap untuk pergi ke MAHA seterusnya..huhuhuhu..


hai assalammualaikum

Hanie Foundation: Makeup Menjadi Mudah Dan Pantas

Kelmarin nad dah terima barang yang di tunggu. Apa lagi, barang makeup la..hehehe..Memandangkan foundation nad dah nak habis, jadinya kenala cepat-cepat tambah stok. Foundation benda penting kena ada dalam koleksi makeup. Sebab dengan foundation la boleh tutup segala cela dekat wajah..huhuhu.


Kalau sebelum ni, nad pernah guna foundation jenis cecair, sebab jenis cecair ni memang best, dia tutup segala cela dekat muka. Nak sapu dekat muka pun mudah, tapi kalau salah pilih, akan berminyak muka, macam nad dulu la. Sebab tu nad takut nak guna jenis cecair ni. Tapi, bila tengok Hanie Foundation ni, nad tertarik pula. Walaupun foundation ni jenis cecair.

Nad baca testimoni, bukan sahaja sebagai makeup untuk menutup cela, malah mampu merawat kulit muka kita. Part tu yang nad tertarik..Muka nad memang sensitif sikit, pakai makeup yang tak sesuai dengan kulit, mesti naik jerawat. Sebab tu nad sekarang hati-hati pilih barang makeup. Sekarang proses nak baikpulih muka. Seronok dengar yang foundation pun boleh rawat muka. Sambil makeup sambil merawat..


Bahan berkualiti yang terkandung dalam Hanie Foundation seperti serbuk mutiara, jojoba oil, kolagen, dan vitamin E..mampu merawat kulit. Pulak tu ada SPF 35. Kulit kita ni pun kena ada perlindungan daripada cahaya matahari. Memang sesuai sangatla guna Hanie Foundation ni.

Semua dia ada..fuh lengkap. Tak payah dah nak tepek concealer, bedak bagai. Memang makeup pun tak sampai 5 minit weiii...Sebelum ni nad ambil masa nak makeup sebab berlapis-lapis pakai foundation semata nak tutup cela, sekarang, tengok je gambar dekat atas sebelum dan selepas pakai Hanie Foundation..kebabom kau..

Memang best pakai Hanie Foundation ni. Teksturnya ringan, macam tak pakai foundation. Muka nad tak berminyak, tak bercapuk, kira halus je. Muka pun nampak cerah dan glowing. Memang dia tutup semua cela dekat wajah. Takda nampak pun..fuh..Hanie Foundation ni tahan 24 jam.


Foundation ni takda banyak warna, maksudnya macam medium, light atau dark. Dia ada satu jenis je ni. Walaupun satu jenis, Hanie Foundation ni sesuai untuk semua jenis kulit. Hanie Foundation, botolnya comelnya je, ringan pulak tu. Mudah dibawa kemana-mana.


Foundation ni jenis tekan. Jadi korang kena tekan perlahan-lahan untuk keluarkan cecair foundation tu. Jangan tekan kuat-kuat, kang terkeluar, dah membazir. Lagi satu, jangan tekan terlalu banyak. Nanti jadi putih giler muka weii..haha.

Pertama kali pakai, tak tau pulak foundation ni jenis pekat. Punyalah kita tertekan banyak, dah tekan banyak, kita pun sapu semua dekat muka, habis putih muka kita oii..dah macam opera cina. Korang tekan sikit je, sikit jee macam dalam gambar..sikit tu pun dah boleh cover seluruh muka. Best sangat, kalau sikit macam ni, boleh tahan berbulan-bulan. Jimat weiii.. Korang boleh sapu dengan tangan, span atau brush. Macam nad suka sapu pakai span. Taknak tangan comot.


Hanie Foundation ni tahan 24 jam. Melainkan korang pergi cuci muka untuk solat, hilanglah foundation tu. Jangan risau, Hanie Foundation sangat mesra wudhuk. Jadinya mudah untuk dicuci ketika hendak solat.

Haishh korang tu yang dah jadi mak, ibu ,mommy, kalau nak bersiap mestila nak kena cepat kan, jadi nad sarankan gunalah Hanie Foundation ni. Yang nak makeup simple, nak pergi kelas atau kerja atau jalan-jalan nak siap cepat, sapu je Hanie Foundation ni, terus nampak cantik. Harga cuma RM80 je..tapi boleh tahan berbulan-bulan.

Psssttt...ni lah rahsia kecantikan muka nad..hahaaha..

Jangan risau, Hanie Foundation selamat digunakan. Dah dapat kelulusan dari KKM. Ni nombor NOT KKM Hanie Foundation: 161002133k. MUA artis pun pakai foundation ni. Hanie Foundation dah setanding dengan produk lain ok..terlaris di pasaran gitu.

Makeup pantas, Tak Sampai 5 Minit!!!


Ni video nad pakai Hanie Foundation. Maafla pertama kali buat video..Sesaje nak cuba. Lampu pun suruh anak buah pegang.hahaha..Tiga jenis barang je, selalu nad buat 1 minit je, ni sebab depan video, bercakap lagi, tergugup sekejap, jadinya 3 minit..hahaha. Selalu 3 minit siap eyeshadow, eyebrow bagai...hehehe..

Bila tang bersiap, nadlah kena cepat bersiap. Pernah sekali, lambat bersiap, terus bapak dengan anak tertidur dekat kereta tunggu mommy bersiap..hahaha. Sekarang dah mudah dah..Tak sampai 5 minit, dah siap dengan Hanie Foundation.

Kalau korang berminat boleh layari

HANIE BUSINESS SOLUTIONS
NO 1-31 Jalan Anggerik Perdana 1, Taman Anggerik Perdana 43500, Semenyih,
Selsngor Darul Ehsan
HP : 010-2267854
Hotline : 0102267854/ 0146687854
Contact stokis/agent berdekatan boleh lihat di sini : SENARAI STOKIS DAN AGEN HANIE.FOUNDATION


MENU DI OWLERY CAFE MENGIURKAN

in , by Nadia Johari, 17:23:00
hai assalammualaikum

Owlery Cafe, Sambil Makan Sambil Santai

Haritu nad teringin sangat makan spageti. Dah lama sangat tak makan western ni. Kalau dah teringin, memang nak sangat, kadang boleh bawak sampai mimpi..hahaha..melampau sangat kan. Sebenarnya dah lama teringin nak makan dekat satu cafe ni. Tengok kawan-kawan post gambar makanan dekat cafe tu memang mengiurkan. Tak boleh jadi ni, memang kena pergi.

Alhamdulillah, haritu nad ada duit lebih sikit, terus nad ajak dia makan luar. Nad kalau dah teringin, memang tak berkira bab duit untuk makan. Asalkan kita dapat apa kita nak..hahaha.

Nak pergi cafe ni, mudah je, tekan waze taip Owlery Cafe, nanti sampaila ke.destinasi. Part ni paling lawak, sebenarnya tempat ni dah banyak kali kitaorang pergi, sebab hantar Fariza pergi klinik waktu dia demam. Tak tau pulak, seberang sahaja Owlery Cafe ni. Tu pun husband yang cakap, ni dekat IPD Ampang tu ke??. Nad jawab la, ahak..mr mafia pun cakap kenapa tak bagitau awal, ada jalan lain, patut macam kenal jalan ni. Paham-paham jela waze kalau bawak, nak elak sesak, macam mana..hahaha..


Padahal tempat dekat dengan rumah..Tanya nad, memang nad tak ingat jalan la..melainkan jalan serupa je jalan, nad ingatla..haha..maafin isteri mu wahai suamiku. Dah sampai ke Owlery Cafe. Perut pun dah lapar sangat waktu tu. Jom tengok menu nad order.


Ni cara nak order. Ade kertas dan menu. Menu dia macan kelendar daa...hahaha..bagus, lain dari yang lain.


Ni la yang nad order..Dah nad cakap, nad tak berkira bila.dah teringin..hahaha..Pinggn dia besar oii..Memang puas hati makan. Kenyang sampai ke malam..hahaha.



Untuk air nad order Banana Milkshake untuk mr mafia dan Oreo Chocolate Milkshake untuk nad. Sekali slurpp, pergh terbaik air dia.


Kalau manis sangat, jangan risau, ada air kosong. Ingat botol apela ni..hahaha.


Ngidam spageti carbonara, tapi macam takde je, sekali nampak King Prawn Pesto. Pergh udang dia besar oii..Nad hantu seafood ok..memang terbaik makanan ni. Sedap sangat. Memang rasa dia, huishh takleh cakapla, sedap giler..Yang penting ade spageti..haha..


Grilled Lamb Company. Nama dasyat betul..hahaha. Ni untuk mr mafia. Dia memang suka kambing. Grilled Lamb dekat sini tak liat dan lembut je. Makan pun puas. Tak sia-sia makan dekat sini. Kuah dia pun pekat dan sedap. Mr mafia pun suka. Dia kata not bad..hahaha..


Bila dah datang sini, nampak semua makanan sedap. Nad order lagi iaitu Chicken Burritos. Perut ni waktu tu nak makan je. Tak puas dengan spageti makan ayam yang disalut dengan roti ape ntah..hahah. ada sos dia. Sedap weii..lembut je bila masuk mulut.


Lepas makan, semestinya nak cuci mulut gitu..hahah. Dah lama teringin makan brownies. Kat sini ada acam-macam jenis dessert, tapi nad order Brownies with aiskrim. Pertama kali makan brownies, rupanya manis sangat. Okla ada aiskrim, boleh cover manis tu. Mr mafia takleh telan, takpe nad yang habiskan..hahaha.

Kesemuanya nad bagi 10 bintang untuk Owlery Cafe ni. Dekat sini Makan Asian jugak disediakan seperti nasi goreng dan noodle. Kalau korang nak tahu antara keunikkan menu disini lagi adalah diorang ketengahkan hidangan ikan rebut goreng digandingkan pula dengan nasi goreng, telur mata dan keropok. Memang cukup lengkap hidangan yang mengenyangkan untuk semua peringkat umur.

Suasana di Owlery Cafe

Tempatnya sangat selesa dan bersih. Dekorasi kedai pun sangat menarik dan santai. Semuanya ada corak dan patung burung hantu. Memang tema kedai sama dengan nama kedai. Depan kedai je dah di sambut dengan burung hantu.



Suasana luar kedai.




Suasana dalam kedai. Dekat sini ade tempat duduk dekat bahagian tepi. Kau tengok anak nad bila dah kenyang..macam tu kau..baring terus..haaha

Tempat mainan kanak-kanak


Istimewanya cafe ni, ade tempat zone untuk kanak-kanak bermain. Masuk sini je terus masukkan Fariza dalam ni. Leka betul dia main kau. Mommy dan daddy senang hati nak makan..hahaha. Bila dia lapar, dia akan keluar, bila dah makan, dia masuk.balik..hahaha.

Korang cubalah makan dekat sini. Sedap weiii..Menunya semua sedap. Kalau korang nak datang boleh ke:

Owlery Cafe Dine & Grind ini.
Alamat : No G-6, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, 55100 Kuala Lumpur,
Telefon : 03-42879639
Waktu Operasi : 12.00pm – 12.00am setiap hari (Tutup pada hari Isnin)

Facebook: https://www.facebook.com/owlerycafe
Instagram : @owlerycafe

DIGI PREPAID PENYELAMAT AKU DI KAMPUNG

in , by Nadia Johari, 22:01:00
hai assalammualaikum

Digi Prepaid Best Pek Permulaan Internet

Masalah nad bila balik kampung, mestila asyik fikir pasal internet. Kalau boleh nak pelan internet yang murah, sebab nad pun jarang balik kampung. Jadi pakai mobile data pun sekali sekala. Jadi kalau boleh nak cari internet yang untuk sebulan dengan harga yang murah.

Pernah sebelum ni pakai pelan U..murah memang murah, tapi lama-lama dia ada masalah pulak, boleh pulak dia makan duit topup kita..haremm betul..Lepas tu kat kampung ni hanya boleh pakai maxis je, sebab semua keluarga pakai maxis. Memang line bagus la. Jadinya nad pun pakai maxis..Tapi hanya satu pelan memang tak bagusla, sebab dia pun kadang-kadang boleh pulak penggunaan data dah separuh. Sedangkan baru beli..adoii..penin..

Blogger, tanpa internet memang tak boleh hidup. Yela dengan nak online facebook, instagram, blog lagi.

Kelebihan Digi Prepaid Best

Dan hari tu adik ipar bagitau, pakai digi. Dia kata laju. Nad pun tak tau pulak, sebab dulu masa belajar, pernah guna digi tak jalan pulak. Tapi bila adik ipar cakap laju, tak fikir apa, beli la pelan Digi ni.


Bab-bab nombor, apa yang bagus, nad memang tak pakar. Beli jela asalkan boleh guna. Masa tu mr mafia pun tolong cakap ape yang bagus. Jadi nad pilih Digi Prepaid Best, sebab harga cuma RM8 je. Dan semalam nad balik kampung, cuba guna mobile data Digi ni, yesss..gembira sangat..sebab dia laju..fuh legaa..

Ni yang dapat
- Free 4g Plus internet with daily usage
- Enjoy Free 200mb internet when you spend RM1 in a day.
-  dapat redeem ( limited time offer )
- Free Social Messaging. Always online basic internet for Free.
- 6 sen/30second and 6 sen /sms to best 20 kawan digi
- lain tu 12 sen / 30 second, 12 sen / sms

Mungkin macam mahal, tapi berbaloi untuk nad la. Sebab boleh guna dekat kampung. Blogger nad buat review, dekat mana-mana boleh, jadi internet wajib ada. Tak risau dah bila balik kampung. Masalah internet dah takda. Kalau dekat bandar nad guna unifi..huhu..


GEMUK DEKAT KAMPUNG

in , by Nadia Johari, 13:05:00
hai assalammualaikum

Masakan Mak Memang Sedap


Balik kampung bukan setakat nak rehatkan minda, tapi rindu dengan masakan mak. Dari kecik dah kita rasa masakan mak. Bila tak dapat makan rasa macam ermm..Masak sendiri rasa lain..hahaha..

Nad orang jawa, suami pulak orang melayu. Memang lain sangat makanan orang melayu dengan orang jawa ni. Orang jawa makan manis-manis sikit, macam suami tak suka manis, dia suka makanan pedas. Jadinya bila dekat rumah, makanan kena ada rasa pedas. Penat lidah hari-hari rasa pedas je..huhuhu..

Nad ni dah la semuanya makan, pedas tapi tak berapa pedas la, kicap, kurma, taucu..bila tak dapat makan, allah..teringat-ingat dekat kampung. Apa mak masak, memang nad makan je. Bila dapat balik kampung memang cukup stok makanan..hahaha..


Takde nasi, biskut ada, makanan frozen ada. Bukan dekat bandar takde, ade..cuma dekat kampung ade orang masakkan..hahaha..tu bestnya..kita tinggal makan je. Bukan mak yang masak, anak buah tolong masak.


Fariza pun dah jadi macam mommy dia. Makan, makan dan makan. Siang makan, malam pun makan. Dekat sini, buah memang selalu ada, fariza memang bukan setakat makan nasi, kenyang makan buah. Buah mangga suka betul dia.

Memang nad nak naikkan berat badan dia, sebab nurse haritu pesan datang balik sini kena naik 9kg..hah!! Ni kalau tak naik juga tak tau laa..habis semua di makannya. Perut pun dah membesar..nak bangun pun macam susah..hahaha..

Mehla anak, kita menjayakan berat badan kita sama-sama dekat kampung. Mommy pun nak naikkan berat badan sikit..hahaha..
hai assalammualaikum

Anak Buah Yang Ke 13 Selamat Dilahirkan


Eh, Fariza dah ade adik ke??.. Bila nad mengandung..hahaha..tidakla..Fariza nak ada adik tunggu dia 2 tahun lebih. Boleh dengar arahan mommy dia ni.. Sekarang tunjuk baby pun buat tak tau je..hahah. Masih merap dengan mommy lagi hah. mr mafia duk sibuk tanya Fariza nak adik,. Ingat senang nak jaga..fuhh...Ni sebenarnya anak adik. Adik bongsu.

Pagi tu dapat whatsup group family, cakap adik dah masuk dalam labour room. Dalam beberapa minit, adik ipar cakap selamat dah Liza dah selamat bersalin. Macam biasa kakak-kakak ni suka menyibuk..hahaha. Nak tau anak jantina apa??. Macam mana sakit??? Bila balik???..hahahhaa...makcik-makciknya tak sabar nak tau, duk paksa adij ipar jawab..

Adik sakit awal pagi. Dia cakap, sakit pinggang macam nak berak. Biasalah pertama kali, tak tau rasa nak bersalin. Macam nad la, tak tau rasa nak bersalin tu macam mana. Kata akak ipar , adik boleh tahan lagi masa dekat rumah. Kata adik, sampai hospital dah buka 9cm..hebat tak hebat adik nad..Nad 3cm pun dah macam ulat gonggok..

Adik cakap, kalau tak kena vacum, sebab tak reti nak teran, tapi nurse tolong, akhirya selamat dilahirkan anaknya yang comel macam cina tu..hahaha. Adik dulu masa baby pun macam cina. Dia la lain dari yang lain dari adik beradik. Dah la tinggi, cantik pun dia..hahaha.

Pagi tu bersalin, malam dah boleh balik. Anaknya dah berak, kencing, sihat..bolehla balik. Jeles pulak nad,..hahaha,nad dulu nak balik anak pulak demam, dah demam kena tahan wad pulak. Terpaksa kena tinggal dekat hospital. Paham-paham jela, kena tinggal dekat wad, rasa tak best.


Ni la dia, anak buah yang ke 13. Cucu Johari dan Latipah yang ke 13. Nur Jannah Hanisah. Lahir dengan berat 2.6kg. Kuat nyusu. Bagus budak ni, tidur je. Kenyang tidur, adik pun banyak susu dia. Doakan dia baik dari kuning.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2