PLAYGROUND FARIZA

in , by Nadia Johari, 03:20:00
hai assalammualaikum

Khemah Kanak-kanak

Sejak nad kemas rumah ni, ada la juga ruang khas tempat permainan Fariza ni. Kalau tak, dekat tilam je la tempat dia bermain. Bila ada ruang, mestila terfikir nak bubuh apa. Tiba-tiba terfikir untuk beli khemah kanak-kanak, sebab pertama, biar barang mainan dia masuk dalam khemah tu. Kedua, biar dia main dalam khemah masa nad buat kerja. Tu la yang nad fikir bila nak beli khemah kanak-kanak.

Lepas tu, nad cuba usha dekat facebook, buat status kot ade orang jual murah. Ramai cadangkan beli dekat Mr Diy dan Ikea. Nad pun selidik, ok khemahnya macam ni. Tak puas hati, usha dekat instagram. Macam biasa cari dengan hastag..mudah..hehehe..taip je #khemahkanak..hah keluar la macam-macam. Sebab tu bagusnya ada hastag ni.

Bila dah keluar banyak, mula la penin nak pilih mana..hahaha. Jadi, pandai-pandai kaula pilih. Macam nad, memang pilih yang murah, berkualiti dan bagus. Mula-mula nampakla khemah kanak-kanak yang satu jenis, ada pulak jenis kayu. Nad fikir mesti Fariza boring kalau ada satu jenis je. Kalau ayu, time dia ngamuk, kang jatuh khemah tu..seriau kita fikir..haaha..

Khemah kanak-kanak pilihan nad

Scroll lagi, akhirnya nampak yang ada tiga jenis. Khemah, terowong dan tempat basketball. Dah rasa itu ok, tengok harga pulak..hah!!!..dalam masa yang sama kena jimat yee...haishh..keluar duit, takpela demi kegembiraan anak..huhuhuhu...

Dah selidik semua, puas hati, harga pun ok. Jangan beli dulu, bagitau suami, ok ke tak barang ni untuk Fariza. Apa-apa kena tanya mr mafia juga, walaupun yang keluar duit nad..hahaha. Dia kata ok, baru proceed dm peniaga tu dan berurusniagala...eh dah macam tips membeli isteri pulak..hahaha..boleh buat entry ni..kihkih..

Nad ni jenis tak sabar,nasib baik peniaga tu nampak dm nad. Bila cakap khemah kanak-kanak ni ada lagi tak..harga memang sekian-sekian..siap postage ye..Peniaga pun cakap ye..huhu..gumbira hati..esoknya, nad pun bank in. Nad bank in hari ahad, selasa dah sampai barang tu. Guna abx ekspress.

Sampai je, terus buka tunjuk dekat Fariza. Suka dia na. Muka excited..hahahha. Nasibla rumah ni luas, dah macam taman permainan je..hahaha..boleh tahan besarnya..ni mak pak pun boleh join..hahaha.


Video Fariza syok main dengan Khemah, terowong dia.

Playground Fariza

Khemah kanak-kanak ni bahagi tiga. Basketball, terowong dan khemah. Boleh dicantumkan dan boleh dipisahkan. Jenis mcm ni bagusnya sebab boleh dilipat kalau taknak diguna. Kalau dia ngamuk, dia marah khemah, takda apa pun..hahaha. Sebab plastik. Nad tengok macam tahan lasak jugakla..

Sukanya dia

Sejak ada khemah ni, bagus juga, sebab kadang masa nak buat kerja blog dekat meja, dia layan dalam khemah basketball sambil tengok tv. Kadang main sendiri dalam mainan dia. Kalau nad dah habis kerja, main la dengab dia pulak. Takdanya biar anak main sendiri lama-lama. Kesian..kita jela kawan dia.

Khusyuk bermain

Dapatla nad siapkan update blog. Dapat jugakla du entry..hahaha. Tapi kadang datang boring dia, nak taknak, kita layan jela. Anak oiii..penat keluarkan dari perut. Layan jela. Anak lagi penting. Oh lupa, membebel tak tentu hala, nad nak bagitau harga khemah ni cuma RM85 termasuk postage. Mayb tengom.kawasan kot sebab dia guna pos airpax/abx dan nationwide. Kalau rumah korang boleh guna pos ni mungkin include postage. Kalau korang nak beli boleh terjah instagarm www.instagram.com/fezababyshop.

hai assalammualaikum

Barang Kemas Perak Sadur Emas

Sebut je emas, tersenyum lebar kaum wanita ni kan..hehee. Dulu suka ikut mak pergi kedai emas. Tengok, pilih barang kemas, memang rambang mata. Tak kisah la rantai emas, gelang atau cincin. Nad ni jenis tak kisah tentang barang kemas, sama ada emas tulen atau tiruan. Asalkan ia nampak cantik di mata apabila dipakai. Sekarang ni pun, nad tengok, ramai yang suka barang kemas yang jenis ukir nama lepastu sadur emas,eh cantik pulak! Sekali imbas nad tengok sebijik macam emas sebenar!

hai asslammualaikum

Hah!!, nad ni dah macam pindah rumah je, walaupun rumah ni dah lengkap dengan semua, tapi disebabkan banyak barang sampai rasa sempit je rumah ni. Perasaan seorang perempuan yang suka nampak kemas, memang akan perhati je benda apa yang patut dan tak ptut ada. Lagi-lagi bahagian dapur..huhuhu. Walaupun arwah mak mertua nad dah buat cantik kabinet kitchen, tapi paham-paham jela, barang orang tua ni, mesti banyak kan. Habis semua dah tak muat nak masuk barang lain. Sudahnya nak belila rak yang sesuai letak barang tapi jimat ruang.
hai assalammualaikum

Tawaran Diskaun Istimewa Jelajah Iran

Nad suka tengok mereka kaki travel jalan sana sini. Selalunya orang tengok package yang murah untuk melancong. Waktu tu masih ada masa untuk simpan duit. Nad pun suka travel sebenarnya. Tapi, banyak benda penting lagi nak dibuat dengan duit sekarang. Insyallah akan tercapai jugak nak melancong ke luar negara nanti.

Trip ke Iran 4 Musim Dalam 1

Nad nak bagitau, siapa yang teringin pergi ke Iran, korang boleh pergi dengan package yang murah ni. Harga asal RM 7999 tapi ada diskaun jadi RM 4999. Pergh!!, murah dah tu. Google apa yang menarik di Iran, masyallah, cantiknya tempat-tempat dia. Iran terkenal dengan kekayaan sejarahnya dan menjadi antara tempat tamadun dunia dan Islam.Dengan package yang ditawarkan, korang bolehlah pergi melancong ke Iran dan kongsikan pengalaman korang pergi sana nanti.Teruja pulak nad tengok tempat dan tawaran yang diberi.

Dengan harga RM4999, untuk 8 hari 7 malam, korang akan dibawa melawat di Tehran, Shiraz (Persopolis), Yazd, Isfahan and Kashan. Siapa yang suka melancong tu, mesti ada yang teringin nak melancong ke Iran. Bertolak pada 2 Mac 2017.

pakej jadual

PAKEJ JADUAL

Day 1- Ketibaan dan pemindahan ke hotel dan rehat (di Tehran Hotel).
Day 2- Melawat Istana Golestan, havieng makan tengah hari di 13.00 dan pergi Bazaar tradisional Tehran dan shoping sehingga 17.00. Berdoa tentang 18.00 di Masjid bazar, dan makan malam di Tehran Hotel.
Day 3- Selepas sarapan pagi pada jam 9.00 akan Tochal, salah satu perlindungan gunung dan Valey yang paling indah dengan salji. Bermain dan mendaki salji dan bermain kereta kabel. Makan tengah hari di 14.00 dan kembali ke gunung dan mendaki di atas salji pada 16.00. Kembali ke Tehran dan berdoa dengan Imam Zadah Saleh mengenai 18.00 kemudian melawat Bazaar Tajrish dan makan malam di Theran Hotel pada 19.00.
Day 4- Bangun tidur pada jam 6.00 dan bergerak ke lapangan terbang dan terbang di sekitar jam 8.30 sehingga 10.00 untuk Shinaz. memindahkan hotel, melawat Shahcheragh Saint.

Untuk hari seterusnya boleh tengok dalam gambar. Memang macam-macam aktiviti yang korang akan jalankan. Nak pergi sini berkumpulan. Untuk package RM4999 ni, group akan bertolak pada 2 Mac 2017. Tempat adalah terhad korang..cepat-cepat..4 musim dalam 1 tu..siapa taknak kan.


PAKEJ TERMASUK
Penerbangan Antarabangsa dan Domestik
Full Board Menu
7 malam menginap di hotel 4 bintang
Bayaran masuk
VIP Bas -privatedEscorted Bercakap Bahasa Inggeris Guide.

Tempat menarik di Iran

Bestnya Iran, Tengok gambar yang diberi ni. Cantik sangat. Semuanya ni diatur oleh Fahmey vacation Club. En Fahmey ni akan bukan setakat bawa ke Iran, ada tempat lagi yang korang boleh tengok dekat facebook dia Fahmey Vacation Club. Kalau korang nak pergi ke Iran ni, korang boleh contact En Fahmey di no 019- 315 0995.


hai assalammualaikum

Aloevera Fresh Soothing & Moisturising Gel

Sememangnya kita tau tumbuhan Aloevera banyak kebaikannya. Hampir 100%  pokok Aloevera mengandungi air. Bahagian pelepahnya mengandungi gel yang mempunyai banyak kegunaan dan khasiat dari segi kecantikan dan kesihatan. Jayaone Cosmetic telah mengeluarkan satu produk terbaru mereka mereka iaitu Aloevera Fresh Soothing & Moisturising Gel.

ALOEVERA FRESH SOOTHING & MOISTURISING GEL

Fungsi Kandungan Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel

- Rosemary Leaf : Anti bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit
-Green Tea Leaf : Antioksidan
-German Chamomile Flower / Leaf : Melegakan dan melembutkan kulit
- Aloe baradensis Leaf : Melembutkan dan melembapkan kulit
- Byungpul Extract : Membaiki dan melegakan kulit
- Licorice Root : Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit
- Mulberry Root : Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit
- Artemisia Absinthium (wormwood) Extract : Anti bakteria dan melegakan kulit

Sentuhan Kasih Sayang Bersama Aloevera Fresh soothing & Moisturising Gel

Harga RM 19.90

Masa nad dapat, cantik je dibungkus dengan kotak yang berlove-love. Ada maksudnya. maksudnya sentuhan kasih sayang kita dengan orang yang kita sayang tak kira, mak, ayah, suami, anak atau adik beradik. Kawan pun ia juga. Bila adanya Aloevera Fresh soothing & Moisturising Gel, bolehlah buat urutan dan sentuhan kasih sayang dengan mereka. Urutan dan sentuhan ni bukan sahaja mampu meredakan kesakitan, memberikan kelegaan malah dapat melembapkan kulit dengan penggunaan Aloevera Fresh soothing & Moisturising Gel ni.

Urutan kasih sayang dari anak kepada mak

Ni lah tangan yang dari kecil sampai nad besar tak berhenti melakukan sesuatu. Mak!!..ye, ni lah tangan mak. Nampak kasar dan semakin berusia. Untuk hilangkan penat lelah dia, nad buat urutan sedikit dengan menggunakan Aloevera Fresh soothing & Moisturising Gel ni. Terasa lega mak. Mak pun suka, sebab dia kata produk ni sangat bagus. Sampai terlena hah bila dapat urutan lembut dari si anak.

Sentuhan manja

Dekat Fariza pun nad beri sentuhan kasih sayang bersama Aloevera Fresh soothing & Moisturising Gel. Sentuhan ibu kan sentuhan yang memberi ketenangan kepada si manja. Urutan memberikan si manja berasa selesa dan selamat. Disamping mengalakkan deria rangsangan dan perkembangannya. Sentuhan sebegini mampu merapatkan lagi hubungan dengan anak.

Aloevera Fresh soothing & Moisturising Gel mampu berikan kesegaran pada kulit tanpa meninggalkan rasa melekit. Gel ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk sebagai pelembap, penyegar, pelindung sinaran matahari dan juga sesuai digunakan untuk tubuh badan dan rambut. Banyak kegunaan satu bol gel Aloevera ni. Bagus, tahan lama mengikut penggunaan kita. Gel ini amat sesuai untuk semua jenis kulit serta kulit sensitif
Bagi kulit kering, sapukan gel pada waktu pagi dan malam untuk mendapat keputusan yang lebih memuaskan.

Sila layari laman sosial Jayeon untuk mendapatkan informasi lanjut tentang produk ini :

Jayeon membawa maksud "nature'" dan "kind" dalam bahasa Korea. Ia merupakan brand peribadi wanita untuk mendapatkan kecantikan ideal. Dengan keunikan kecantikan mereka, Jayeon Cosmestics Sdn Bhd melancarkan Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel produk terbaru mereka pada Disember 2016 yang lepas.

Website: www.jayeoncosmetics.com
Facebook: www.facebook.com/jayeoncosmetic
Instagram: @jayeoncosmetic

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Yeong Huey Miin
E-mail: hueymiin@jayeoncosmetics.com

DAH PANDAI MERAJUK DAH

in , by Nadia Johari, 22:28:00
hai assalammualaikum

Dah Pandai Merajuk Dah

Dah lama dia tunjuk perangai merajuk dia ni sebenarnya. Harini baru dapt cerita. Biasalah, budak, kalau tak dapat apa dia nak, memang merajukla. Merajuk bukan setakat nangis, tapi dia akan baring dekat lantai, menangis dan tolak-tolak badan dia..Kadang tu, baring dekat lantai dan tutup muka. Mulalh nangis macam kena dera..hahaha. Pertama kali tengok dia buat merajuk macam tu, nad gelak..hahaa..cakapla "awat comel sangat hang merajuk ni"..yela pertama kali merajuk baring dekat lantai..

Bila merajuk, baring atas lantai..protess..

Selalu tengok anak buah, bila dah cecah usia dua tahun gitu, tak taula kalau anak buah tu merajuk awal gak macam Fariza, kita tak nampak kan. Ni anak sendiri, bila tengok depan mata, perangai lain-lain datang, seronok giler..hahaha.

Merajuk Pergi Ke Tilam

Dan haritu, lupa bila, masa nad nak masak, dia merajuk sebab tak dapat lepas pergi dapur, disebabkan ada pagar. Nak tau dia merajuk pergi ke mana, bukan dekat lantai, kali ni dia merajuk pergi ke tilam..hahaha. Cari tempat yang selesa sikit..hahhaa. nad tengok pun dah gelak. Tak dapatla nak ambil gamabr, sebab bila nampak kita mesti nak ikut dan berhenti merajuk dia. Bila kita tak bagi datang dapur, patah balik pergi tilam dan baring lepas tu nangis..hahhaha. Kenapa awak comel sangat..cerdik betul..

Banyak gimik budak ni...

Pernah nad curi-curi tengok dekat dapur, kadang sajer je buat suara menangis, padahal, tenagh tengok depan tv sambil keluarkan suara nangis. "huaa..huaa..huaaa"..Lepas keluar kartun dia, senyap, lepas tu joget..cakap sorang-sorang..hahaha. Selalu perhati je ape dia buat dekat dapur kalau nad nak masak. banyak gimik budak ni.

Lepas masak nampak mak dia, senyum sengih sampai ke telinga. Siap-siap angkat tangan nak mintak dukung..huh!!!..nasib anak mommy..last-last mommy bagi kiss dia puas-puas..dia redha..hahaha..Haishh.,banyak betul moment dia..

KEMBAR BUDAK CINA PELAKON KUNGFU

in , by Nadia Johari, 03:20:00
hai assalammualaikum

Bila dia dapat cermin mata dia, mesti dia akan mula bergaya. Sekali sekala je nak bergaya, bukan selalu pakai cermin mata ni. Kalau pergi bercuti ke, pergi mana-mana ke, baru pakai. Ni la namanya Gaya, Mutu dan Keunggulan..hahahhaa. Ni beli pun untuk suka-suka je. saje nak gayakan anak.

Cermin mata pun dah sampai ke hidung

Kembar Budak Cina Pelakon Kungfu

Bila dia pakai, dan kita cakap " wah cantiknya, cantiknya "..mulalah dia kembang dan jalan sini sana. Macam paham je ape kita cakap. Eeee..mommy jugak yang geram. Masa dia pakai spek mata, nad terus teringat dekat seorang pelakon budak cina dalam cerita kungfu tu. Banyak jugak budak tu berlakon. Semua cerita dia best-best. Sebab dia berlakon memang buat orang terhibur. Dahla pemalas, kuat makan, nangis. Hati kering giler bila kena marah ke, kene ketuk kepala ke..hahaha.

Kok Siu Man

Ni la dia pelakon tu..hehe. Kalau korang ingat lagi,banyak cerita budak gemuk ni berlakon dengan partner dia yang pandai berkungfu. Budak gemuk ni namanya Kok siu Man..Haa,yang kurus  tu nama dia Sik Siu Lung. Gabungan dua budak ni memang mantaplah kiranya zaman cerita kungfu budak kecik ni dulu.

Pandai lastik ke tu...

Disuruh senyum..macam tu jela rupa dia..

Hah ni kembar dia sekarang..hahhaa. Tengokla tu..lagaknya la..ish lempang kang..hahaha. Hari-hari kena gomol dengan mommy. Ada je buat perangai yang buat mommy gembira, geram, nak marah..semuala..Memang menguji kesabaran. Kene marah pun buat tak tau je. Tapi, nasibla dia jenis mendengar kata..haishh...

Dari kecik, dari pipi tembam, sekarang dah besar, dah jalan, dah berlari,.Semua kenangan ni nad simpan..Suka tengok balik waktu dia baby..hehee. Punyalah penat berjaga, sekarang alhamdulillah, penat memnag ada, nak buat macam mana. Takkan lepaskan pengalaman ni semua.

KALAU FARIZA MINAT PHOTOGRAPHER

in , by Nadia Johari, 02:16:00
hai assalammualaikum

Tiap kali nampak kamera daddynya, mesti dia nak tekan sana sini. Dia akan perhati apa daddy buat. nanti mula la menyibuk nak join sekali. Bila nad perhati, dia memang tak suka ambil gamabr dengan kamera, tapi dia lebih suka diambil gambar dengan kamera dslr siap lampu. Mungkin sebab lampu tu cahayanya terang, dia akan pandang ke kamera dan senyum.

Kalau Fariza Minat Photographer

Nad tak kisah kalau dia minat dekat photographer. Sekurang-kurangnya, daddy dia ada pembantu, tak pun pengganti daddynya. Barang kamera pun dah ada, takyah susah-susah beli. Kalau dia minat dalam bidang photographer, nad pun boleh tumpang sekaki..hahaa. Yela bolehla tolong ambilkan mommynya gambar dengan product review..hahaha.

Mommy Get ready ye

Tengok je lagak dia, dah macam photographer. Fuh..mommy sukarela jadi model Fariza..hahaa.

1,2,3 ..say cheeseee

Kalau dia minat, harap-harap lepas ni suruh ambil gambar dia on je. "Fariza, tolong ambil gambar mommy".." ok mommy, boleh saje "..jangan dia malas sudah. "Fariza, tolong ambil gamabr mommy".." Mommy ni asyik gamabr je, penat Fariza "..zzzzzzzz...meletop mommy..hahaa.

Kalau dia suka ambil gamabr,bolehla ajak pergi event. Tolong mommy ambil gamabr..bestnya la kan..hahaha. Berangan dulu takpe..kihkihkih..
hai assalammualaikum

Selalu bercerita pasal baju nursing je kan, hah!!, ni nak cerita salah satu pakaian khas untuk ibu menyusu yang wajib korang ada, iaitu bra nursing atau nursing bra. Sebelum ni, nad tak tau pun nursing bra ni penting, sampaila nad rasa kan sendiri bila ada anak ni, baru tau payahnya bila pakai bra biasa. Jadi, kesimpulannya, sila masukkan dalam list senarai barang yang wajib dibeli untuk ibu mengandung.

Sassy Nursing Bra dati Theshapee

Lepas kejadian yang menyeksakan tu, nad ada beli nursing bra jenis murah je. Memang mudahkan nad nak menyusukan Fariza, tapi ada benda yang membuatkan nad tak selesa. Punyalah usha nursing bra yang best dan murah, susah nak jumpa. Sampaila nad diperkenalkan dengan brand Shapee ni.

Laman web Theshapee

The Shapee adalah sebuah laman web online shopping yang menjual produk dalam kategori maternity dan shapewear seperti Nursing Bra, Shaping Tights, Waist Shaper, Long Arm Shaper dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok sendiri laman web dia www.theshapee.com

Sassy Nursing Bra Beri Keselesaan Ketika Penyusuan

Kalau sebelum ni, nad beli nursing bra memang jenis kain yang tak berapa selesa, yela murah kan, tapi untuk brand Shapee ni, memang best sangat. Dekat Theshapee ni ada dua jenis nursing bra, iaitu Sassy Nursing Bra dan Seamless Nursing Bra. Pilihan nad ialah Sassy Nursing Bra.

Kain selesa, dan bergetah

Ngam-ngam dekat badan kita

Sassy Nursing Bra ni jenis bergetah seakan-akan jenis sport bra. Hah!!, memang betul-betul selesa. Bila pakai tu, dia betul-betul ngam dekat badan kita. Takdela longgar sana sini. Ia diperbuat daripada material nylon dan spendex. Kalau cuaca panas pun selesa je pakai. Sebab dia serap peluh. Tali tu pulak, boleh dibuat silang, ikut keselesaan korang la kan.

Kelebihan Sassy Nursing Bra


Banyak lagi kelebihan Sassy Nursing Bra ni antaranya:
- 3D seamless design (non-wired)
- 360° comfortable support
- Improved non-slip straps for maximum support
- Innovation nursing clip design for convenience + flexibility
- Greater adjustability for versatile
- Removable bra pad for easy replacement
- Full cup design to fit comfortably
- Made by breathable material (nylon and spandex)
- Free extender hook

Sassy Nursing Bra ni banyak saiz, hah korang pilih la mana korang saiz ape.
- S :32B/32C/32D/32E/34B/34C/34D/34E
- M :36B/36C/36D/36E/38B/38C/38D/38E
- L : 40B/40C/40D/40E/42B/42C/42D/42E
- XL:44B/44C/44D/44E/46B/46C/46D/46E

Klip memudahkan penyusuan

Extra cangkuk.

Kalau nak menyusukan baby, mudah je, buka je klip tu, tak perlu tarik bra tu sekali. Cangkuk pulak dia bagi extra kau. Suka giler.

Bra Pad, boleh ditanggal

Menariknya bra Sassy ni, dia ada bra pad. Pad tu boleh dicabut kalau korang tak selesa guna. Tapi bagi nad, takde bra pad, lagi tak selesa..huhuhu..Paham-paham jela, susu bila banyak, kang melimpah keluar habis basah bra. Tak sukanya. Bila ada bra pad ni mudahla, dia serap air tu. Bgaus betul kualiti Sassy Nursing Bra ni dari Theshapee.

Pink Sassy Nursing Bra

Black Sassy Nursing Bra

Sassy Nursing bra ni ada dua jenis warna sahaja setakat ni iaitu warna hitam dan pink. Nad ambil keduanya sebab dah selesa kan..Kita beli untuk memudahkan kita, harga pun mampu milik. Cuma RM55 je oii..Takde la mahal mana. Kualiti pun bagus. Selesa semestinya.

Korang yang dah jadi ibu-ibu, bakal ibu, atau belum pun boleh je pakai bra dari Theshapee ni. 100% nad jamin memang selesa sangat. Nad ni rasa nak tambah lagi bra nursing ni dari Theshapee. Tak menyesal kalau beli. Kalau berminat korang boleh beli secara online. Boleh layari;
Website: http://www.theshapee.com/
Facebook: https://www.facebook.com/shapeemy
Instagram: https://www.instagram.com/ShapeeMY/
Youtube: https://www.youtube.com/c/Theshapee
Email: info@theshapee.com
Contact No.: 07-554 7488
hai assalammualaikum

Bila tengok satu iklan di tv, seorang budak asalnya tanya dekat mak dia satu soalan, tapi mak sibuk, lepas tu dibaginya gadget, lama-kelamaan anak dengan gadget 24 jam tanpa henti. Tengok iklan tu memang menakutkan, sebab anak obses dengan gadget. Gadget ni tak salah pun, sebab kadang-kadang gadget ni ada beri positifnya. Tapi, bukan 24 jam kita biarkan anak dengan gadget. mestilah ada masa bersama dengan anak. Kita sebagai ibu bapa yang berperanan kawal anak dengan gadget.

Telefon dia tu, tapi jarang buka..


Kawal Anak Bermain Gadget

Macam nad sendiri, memang dah terapkan dalam hati, taknak bagi dia main gadget sangat. Walaupun kita sibuk, perlu ke nak pandang gadget 24 jam. Sejak ada anak ni, nad memang jarang 24 jam dengan telefon, berbanding sebelum ada anak. Sebab taknak anak terpengaruh dengan tingkah laku kita. Kadang-kadang , ada juga nad bagi dia tengok telefon, sebab nad ada kerja, tapi bukan selalu. Kadang, nad tak bagi langsung telefon masa buat kerja, nad biarkan jela dia nangis. Dia ada mainan dia, jadi bagi je mainan dia yang sebakul tu.

Bila dia marah, dia akan campak mainan dia,..hahaa. Takpela, asalkan bukan telefon dicarinya. Memang nad jarang la tunjukkan Fariza telefon. Dan sampai sekarang, dia tak berapa suka tengok telefon sangat kalau nad bagi. Mula-mula memang ok, sebab dapat layan lagu didi and friends dia, nanti tak sampai setengah jam pun, dia akan campak telefon tu. Boring bagi dia.

Kalau nad main telefon pun, dia bukan jenis main ambil je telefon nad..takk!!..Dia buat hal dia la, melainkan dia terdengar nad buka video kanak-kanak, video kartun atau benda kelakar yang buat nad gelak, dia akan join tengok sekali. Tapi sekejap je. Kalau nad tutup telefon, takda pulak dia menjerit suruh buka telefon.

Sekarang usia dia setahun 3 bulan, mungkin tak berapa paham lagi apa itu gadget, dan tak perlu lagi. Sebab waktu ni dia lebih suka bermain, berlari, berkawan. Mommynya la jadi mangsa. Kat kampung seronokla dia, ramai kawan. Tapi, kita tak tau bila dah besar, yela nampak kawan bergadget, mungkin dia mempunyai keinginan. Dah ada aka fikiran kan.

Tapi, kita sebagai ibu bapa, boleh kawal juga walaupun dia dah besar. Macam mr mafia cerita, kawan dia, anak paling besar dah sekolah menengah kot, tapi ayah dia kawal penggunaan gadget. Setiap hari Ahad sahaja main telefon. nampak gitu..lagi tegas ayah tu cakap, kalau nak gadget, beli sendiri. belajar pandai-pandai dulu. Alhamdulillah anak dia mendengar kata. Semua ni hasil didikan mak ayah kan.

Mungkin kalau Fariza dah besar, memang dah ada gadget, tapi pada masa sama, perlu meluangkan masa bersama...


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2