hai assalammualaikum

Ulangtahun Johnson's ke 125 : Johnson's Baby Of The Year Contest Kembali - Nad tau, ramai dikalangan parents pengguna produk Johnson's ni. Produk ni boleh didapati di mana-mana sahaja. Produk yang dah dikenali dan diyakini amat sesuai untuk anak kita. Hah!!, ni nad bagitau, Johnson's ada buat satu contest khas untuk si manja anda. Mudah sahaja, hadiah pun lumayan. Selalu kita kerap ambil gamabr anak kan, hah!!, ni peluang  untuk ambil gmbar dan menang.
hai assalammualaikum

Pagi Yang Mengejutkan Dengan Binatang Yang Menggelikan Ini - Macam biasa, bangun pagi, nad akan terus menuju ke dapur, nak kemas dan buat sarapan. Bila melangkah ke bahagian dapur, nampak suatu benda hitam dengan ekor panjang tepat memandang wajah ni. Jantung berdegup laju, sebab dia pandang tepat ke arah nad, seperti nak menerkam nad..terus nad patah balik ke ruang tamu dengan berjalan perlahan-perlahan.


Dengan cepat, terus nad capai telefon. Telefon mr mafia yang ada dekat atas rumah..hahaha..Sebab tangga ke atas tempat laluan binatang tu..Tak berani la nak lalu situ. Takut lagi pulak, kalau lalu dia lari..ah!!..sudahh..Telefon mr mafia, cakap " abang, ada cik T ni..abang turun pelan-pelan, nanti dia lari "..Dengan pantas, terus mr mafia turun dengan perlahan-perlahan..


Trus dia gelak, " hahaha, dah matila "..ceh..menakutkan betul..boleh pulak dia mati macam tu, mengadap muka kita macam nak makan orang je. Seram siott..Elok pulak dia mati macam tu..euwww..Dahla buat jantung kita laju je bergerak..errrr...Macam manala nad juga yang mengadap binatang ni depan-depan..hishh..mr mafia tanya ' Bila sayang sedar ".." masa nak pergi dapur la buat air "..

Walaupun dah mati, nad masih geli lagi..eee..kot-kot dia hidup ke, saja-saja buat mati..kang melompat tak pasal-pasal..arrghhh tidaakk..Tapi nasib baik dah mati..


Ni la tikus yang masuk rumah nad haritu..Kalau cik T masuk, memang huru hara rumah ni..Cara kita orang matikan tikus, Mr mafia perangkap dia dengan  letak ikan bilis dan racun. Lepas tu tengok laluan dia datang dari mana. Mata nad ni memang power, hahaa..mesti akan nampak binatang ni. Nad tau dia lalu ikut mana dan bagitau dekat mr mafia. Jadi pandai-pandai dia nak letak makanan dengan racun tu dekat mana.

Seekor dah mati, dan jumpa lagi seekor, mati juga. Memang ada dua ekor haritu masuk rumah..Seram tau kalau Cik T ni masuk rumah. Haritu samapi masuk ruang tamu..euwww..kita tak tidur wak. Pasang lampu nak tidur..Tapi Cik T ni dah mati. Kat sini banyak lagi Cik T ada..Jadi makanan kene masukkan dalam bekas tertutup, tak boleh main letak je..Jadi kena la cari tupperware, tupperware..hahaa..
hai assalammualaikum

RASAI KESEDAPAN DAN KEHANGATAN MAKANAN BERSAMA BON CHILI
Bon Chili Spicy Sprinkle Level 15 Original

Sarapan Pagi Roti Telur Bersama Bon Chili - Haritu nad ada dapat Bon Chili daripada rakan blogger, masa tu dia la yang tolong hantar durian crepe. Pertama kali nampak produk Bon Chili ni, sesuai untuk  mereka yang suka makan pedas, nak dapatkan perasa pedas dalam makanan atau rasa makanan tu tak cukup pedas, boleh tambah Bon Chili ni dalam makanan.

RASAI KESEDAPAN DAN KEHANGATAN MAKANAN BERSAMA BON CHILI
Tabur atas roti

Pagi tadi, nad buat roti telur. Mr mafia memang suka pedas, jadi nad tabur je Bon Chili ni atas roti telur tu. Dah jadi pedas. Dia kata sedap Bon Chili ni, terasa kehangatannya oii.. Mana taknya Bon Chili nad dapat ni level 15 original kot. Tersedu-sedu dia makan roti telur tu..hahaa..Mungkin ada lagi pedas..

RASAI KESEDAPAN DAN KEHANGATAN MAKANAN BERSAMA BON CHILI
Mudah digunakan

Bon Chili ni dalam bentuk serbuk cili yang kasar. Mudah sangat nak gunakan Bon Chili ni, cuma tuang je dekat makanan yang korang makan, tak kisahla makanan apa, nasi ke, maggi ke, bubur ke, eh macam-macam yang korang rasa nak bagi pedas, gaul-gaul dan makan..hhehe.. Sebab dia dalam botol yang telah sedia lubang diatasnya. Cuma buka dibahagian lubang tu, dan tuang. Dah taknak guna, tutup balik dan simpan. Sebab dia dalam bentuk serbuk, memang tahan lama la kan.

Dengan saiz botol yang kecik, korang boleh bawak Bon Chili ni kemana sahaja. Pergi berkelah, pergi jalan-jalan, pergi mana-mana lah. Kot korang makan, rasa macam kureng je pedas dia, hah!!, tambah je Bon Chili ni..terangkat kepedasannya..Kaw,kaw pedasnyaa..

Bon Chili ni ada banyak jenis, dan ada banyak jenis level tahap kepedasan dia. Korang tengok jela gambar nad bubuh di bawah ni.

RASAI KESEDAPAN DAN KEHANGATAN MAKANAN BERSAMA BON CHILI
Bonchili Bottle Level 2 Shrimp 2x40g NATIONWIDE

RASAI KESEDAPAN DAN KEHANGATAN MAKANAN BERSAMA BON CHILI
Bonchili Bottle Level 3 Anchovies 2x40g NATIONWIDE

RASAI KESEDAPAN DAN KEHANGATAN MAKANAN BERSAMA BON CHILI
Bonchili Bottle Level 10 Original 2x40g NATIONWIDE

RASAI KESEDAPAN DAN KEHANGATAN MAKANAN BERSAMA BON CHILI
Bonchili Bottle Level 30 Original 2x40g NATIONWIDE


Bon Chili boleh didapati di Pot Boy Groceries. Korang boleh ke
Website : https://potboy.com.my/index.php/o2o-super-deal/bon-chili.html
Facebook: https://www.facebook.com/potboygroceries/
Instagram: https://www.instagram.com/potboy_groceries/




hai assalammualaikum

KFC Crispy Tenders Dunk & Dip - Haritu nad cuba makan menu baru KFC iaitu KFC Crispy Tenders Dunk & Dip. Balik dari shopping barang anak dekat warehouse sale baby, mesti la lapar. Anak cakap nak makan KFC (mommy tak kisah pun ). Demi anak, daddy turutkan jua..hahaa. Jadi, makanlah kitaorang dekat KFC Desa Pandan.

Nampak menu baru KFC Crispy Tenders Dunk & Dip, nak tau macam mana rasa dia. Jadi mintak mr mafia order. Menu ni konon unik la, cicah dengan sos dan celup dengan bertih krup krup..hahaha..ok..


Expectation kau, konon dapat cantik macam dalam gambar ni..kihkih. Tak termasuk sos dengan bertih krup krup dia tu erk..sebba kene buat sendiri..



Realitinya kau dapat macam ni..hahaa..Ok apa lainnya..cuba tengok??..Apa lagi kalau bukan ayam Crispy Tenders dia..tengok gamabr dia potong elok je, panjang. Dah kenapa nad punya macam tak berapa nak potong cantik..lorr..sedihh.. Harga ni RM16.90 untuk dua ketul ayam dan 3 jejari crispy tenders. Sekali dengan coslow, kentang dan air. Ada juga harga RM13.90 untuk satu ketul ayam dan 2 jejari crispy tenders sekali coslow dan kentang.


Apa lagi, cubalah rasa Mula-mula celup dengan sos BBQ masam lepas tu celup pulak dengan bertih krup krup dia, dan makan..hahaa..Ok rasanya biasa dan tak menepati selera tekak aku. Tak tau, mungkin sos dia tak berapa sedap kot. Masin giler.. Last-last makan dengan sos cili..kihkih..Bertih tu memang rangup..

Nasib ada ayam dengan kentang dan coslow..penyelamat tekak..hahaa..Masing-masing ada citarasa sendiri kan. Lain KFC mungkin buat lagi elok..Rasa nak cuba, pergilah cuba..hehee..


hai assalammualaikum

Kekal Lincah Dan Aktif Dengan Susu Anlene - Susu adalah sumber nutrisi penting dan paling lengkap untuk seisi keluarga kerana membantu tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak serta memperkukuhkan tulang dan otot untuk orang dewasa. Malangnya, rakyat Malaysia dikatakan tidak minum susu yang mencukupi walaupun ia mempunyai banyak kelebihan.

Seperti kita tahu, tulang ni memainkan peranan penting dalam tubuh badan kita untuk kita bergerak. Semakin kita meningkat usia, semakin kita memerlukan susu untuk membantu menguatkan tulang dan otot kita. Pernah terfikir, walau pun usia kita sudah menginjak ke 50 ke atas, tapi kita masih kekal aktif dan lincah seperti mereka yang muda. Masih kuat dan mampu membuat kerja seperti orang muda. Oleh sebab itu, sangat penting bagi kita untuk sentiasa menjaga kesihatan organ-organ ini agar tubuh dapat bergerak dengan bebas dan tetap aktif. Anlene adalah salah satu produk tenusu yang menawarkan manfaat ini, di mana produk tenusu Anlene dirumus khas untuk mengekalkan kesihatan tulang.


Anlene UHT Baru Dengan 50% Lebih Nutrien 

Kalau korang nak tau, Anlene kini keluar dengan pek ready to drink. Mungkin sebelum ni korang tak berapa rajin nak pergi bancuh, nah!!, sekarang dah ada dalam kotak terus minum. Susu Anlene UHT baru dengan 50% lebih banyak nutrien . Ia datang dengan kolagen, protein dan tinggi kalsium dimana, ia dapat membantu dalam penjagaan tulang, sendi dan otot anda. Susu Anlene UHt ni terdapat dalam dua perisa iaitu coklat dan susu.Nad dah rasa, memang sedap dan lazat, lemak berkrim gitu. Memang boleh dijadikan susu harian.

Kempen Susu Anlene ON-THE-GO

Haritu, Anlene ada buat satu kempen, iaitu Anlene ON-THE-GO dimana, ia merupakan kempen untuk  menggalakan seluruh rakyat Malaysia untuk minum susu Anlene bagi sentiasa aktif, lincah dan cergas dalam melakukan sesuatu perkara harian kita.


Kempen ini bermula di setiap KTM yang telah ditetapkan mereka seperti di KTM Wangsa Maju, Hang Tuah, Bandaraya, Pasar Seni dan KTM Mid Valley pada 27 dan 28 Ogos 2018 dan KTM Masjed Jamek, Ampang Park, Bandar Tasek Selatan, Taman Melati dan KL Sentral pada 30 dan 31 Ogos setiap jam 8 pagi sehingga 11 pagi.



Kempen " Dapatkan Sarapan Pagi RM1 Anda " di setiap KTM, bagi menggalakkan seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil sarapan sebelum memulakan kerja. Dengan minum susu Anlene, dan roti 7 days croissant mampu memberi anda bertenaga untuk memulakan kerja. Bagus kan, RM1 je dan boleh bersarapan pagi. Untung mereka yang menggunakan KTM di tempat Anlene ada tu. Sarapan ni sangat penting untuk kita, bukan sahaja dapat tulang yang kuat malah bersemangat untuk melakukan sesuatu. Perut kenyang, hati pun senang, pemikiran pun tenang..hehee..

Sangat mudah bila ada Anlene ON-THE-GO, dimana-mana sahaja boleh minum.


Seterusnya, Anlene membuat pula roving truck di beberapa lokasi di Klang Valley. Tempat di Shah Alam, Bukit Bintang, Rawang dan TTDI PJ bermula dari 5 hingga 13 September 2018. Masa ni nad sempat kejar Roving Truck Anlene ni di Bukit Bintang..hehee.. Taknak lepaskan peluang..hehee..sebab masa ni dia ada buat promosi untuk susu Anlene.




Ni la dia Roving Truck Anlene tu. Lokasi di sebelah Lot 10, tempat orang ramai kehulu hilir jalan..hehee..Bagus lokasi ni. Masa datang sini, bukan sahaja promosi susu Anlene, malah ada yogurt Anlene.


Masa datang sini, bukan saja dapat merasa susu Anlene, malah dapat melakukan aktiviti " Jump" yang diadakan. Tengoklaaa..kita dapat jump siap dokong anak lagi ok. Hey, budak ni bukan ringan, tapi sebab minum susu Anlene, dapatla kekuatan tu sikit..hehee.. Nampak, tulang kita masih kuat tau. Jadi selalu la amalkan minum susu Anlene untuk kekal lincah macam nad ni ha..hehee..




Korang nampak video di atas, orang tu melompat. Melompat bukan suka-suka,  tapi dia tengah mengisi susu Anlene yang berada di skrin besar tu. Ini adalah cabaran Anlene " Stay Active Stay Agile" dengan membuat lompatan tinggi. Melompat sampai susu tu penuh. Selesai melompat, korang boleh redeem untuk dapatkan susu..


Bestnya, waktu ni ada Stacy Anam tau..Rugi korang tak pergi. Nasib nad terjah Anlene Roving Truck ni dekat Lot 10. Dapat jumpa Stacy Anam..hehe. Korang tau, Stacy Anam ni seorang ibu, isteri, penyanyi dan penari yang hebat. Nampak dia sentiasa kekal aktif dan lincah. Macam mana dia lakukan semua tu, mestilah dia minum susu Anlene. Memang jenis seorang yang peramah dan murah dengan senyuman. Suka kita tengok tau.


Aksi melompat dia, woww sangat..hehee..Lagi bila tengok dia menari dalam tv sambil menyanyi..hebat kan.



Sejak ada Anlene On-The-Go ni, nad dah amalkan minum susu ni. Setiap pagi dan sebelum tidur minum susu Anlene ni. Masyarakat perlu berubah demi kesihatan diri sendiri dan seisi keluarga.Walau berapa pun usia anda, susu yang mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi penting untuk tubuh perlu diambil dengan secukupnya untuk tulang dan tubuh badan kita. Jadikan minum susu sebagai amalan dalam diet harian seperti minum segelas pada waktu pagi dan segelas lagi pada waktu malam. Namun, yang penting jangan berhenti minum susu kerana ia adalah pemakanan lengkap dan seimbang.


JOM MINUM SUSU ANLENE!!!

Untuk keterangan lanjut, boleh layari
Website: https://www.anlene.com/my/ms.html
Facebook: https://www.facebook.com/AnleneMalaysia/





hai assalammualaikum


Aveeno Baby Kini Di Malaysia - Amboi, amboi, amboi, haritu mommy baru je pakai scrub oat dari ST Ives, ni anak pulak pakai. Oat ni memang banyak kebaikannya. Oat bukan budak-budak sahaja boleh makan, sekarang oat untuk melegakan, memulihkan dan melindungi kulit anak kita pun boleh. Pernah dengar produk Aveeno?? Produk ni mengandungi oat di mana ia  memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering,  rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Nad pun pertama kali dengar dan nampak ni..hehee. Bila tengok, nampak menarik pulak..Nad cuba salah satu produk Aveeno iaitu Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream. Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream
(141ml, RM41.42)


Selepas mandi, nad pakaikan Fariza dan Farhanah dengan menyapu Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream  di bahagian badan, kaki dan tangan diaorang. Bila nad pakaikan, memang lembut dan lembap je kulit diaorang ni. Masing-masing berebut nak pakai cream Aveeno baby ni..




Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream mengandungi Triple Oat Complex dan emolien yang kaya untuk melegakan kulit yang kering dan sensitif. Krim ini yang terbukti secara klinikal dapat memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit yang kering dan sensitif. Rumusan ini cepat menyerap dan lembut untuk bayi dan kanak-kanak dengan kulit yang sensitif. Ia juga formulasi hipoalergenik dan bebas daripada pewangi.

Aveeno®, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula jadi. ACTIVE NATURALS – Ramuan daripada sumber semulajadi yang memberikan kebaikan sebenar!  di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit.


Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti-oksida**:

Sejarah Aveeno

Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisar tentang penemuan dan semangat jenama ini. Rahsia alam semula jadi ditemui menerusi kemajuan sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi.

Diasaskan oleh pasangan adik beradik pencipta dan dermawan Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’, bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®.

Aveeno® percaya bahawa oat mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah, membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semula jadi dengan sepenuhnya.

Banyak produk Aveeno ni, dari kegunaan harian, penjagaan istimewa sampailah ke baby. Wah lengkap untuk seisi keluarga. Antara produk Aveeno



Kegunaan Harian:
1. Aveeno® Daily Moisturizing Body Wash  (354ml, RM40.47)
2. Aveeno® Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25)
3. Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion (350ml, RM52.74)

Penjagaan Istimewa
1. Aveeno® Skin Relief Body Wash (354ml, RM45.19) *TANPA PEWANGI*
2. Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion (354ml, RM52.74) *TANPA PEWANGI*

Produk Aveeno Baby® yang boleh didapati di Malaysia :   



Kegunaan Harian
1. Aveeno Baby® Wash & Shampoo (354ml, RM49.91)
2. Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion (227ml, RM41.42)

Penjagaan Istimewa 
1. Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash (236ml, RM49.91) *TANPA PEWANGI*
2. Aveeno Baby® Soothing Relief Moisture Cream (141ml, RM41.42) *TANPA PEWANGI*
3. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Wash (236ml, RM65.00) *TANPA PEWANGI*
4. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Cream (141ml, RM60.28) *TANPA PEWANGI*


Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).





LEPAK STARBUCKS SAMBIL TUNGGU GRAB

in , by Nadia Johari, 21:06:00
hai assalammualaikum

Lepak Starbucks Sambil Tunggu Grab - Haritu, lepas habis event, jalan-jalan shopping mall dulu. Sebelum balik, nampak kedai Starbucks ni. Terus tanya husband, " nak rasa air ni tak "..husband kata ok je, abang tak kisah..okla kita minum dulu sebelum balik". " Tapi sayang tak reti order "..aku jawab..hoho..malu siot kalau ntah air apa-apa aku order..kang tak sedap, melayang duit. " Cuba je la order apa-apa, belajar "..amboii laki kita..hahaha..Nad jarang-jarang sekali masuk kedai Starbucks ni, sebab tengok harga dia, mak aiihh, mahal bebenor..hahaa. Orang cakap untuk orang yang "have2 " je..eh, mana ada..semua orang boleh minum, kot ada yang nak rasa dan cuba kan. Macam nad la..hahaa..nak rasa sedap ke air dia tu.

Memang sampai je tempat order tu, tak tau nak order air ape kau..nama je dah pelik-pelik..rupa air tu lagila tak tau macam mana..hahaha.. Nak taknak order jela..nak cuba kan. Nad pernah dengar orang cakap air Green Tea dekat Starbucks ni sedap, lagipun nad tak pernah lagi minum air Green Tea. Terus je sebut Green Tea. Penjual tu terus cakap, blended ke..terus je " hah , iye "..tergagap-gagap..hahaha. Lepas tu order untuk laki kita pulak..ah sudah, air ape untuk dia ni..

Tengok papan tu, ok pilihlah Caffe Latte. sebab dah biasa dengar minuman ni kan..hahaa..Lantakla rupa ape pun..sebab tu mr mafia punya..hahaa..Dah dia cakap tak kisah apa isterinya order kan..kihkih. Caffe Latte panas untuk suami..Pastu staff tu mintak nama kita, dia tulis dekat botol..benda tu selalu nad nampak dekat gambar orang bila diaorang beli air dekat Starbuck ni. senang , tau dah air ni siapa punya..


Anak pulak nak kek pisang...hah, belilah jugak..kang tak tau dia nak makan apa kang..

Dah dapat terus minum air Green Tea..uitt sedap bak hang..Lemak berkrim gitu..mungkin sebab ada krim atas tu..Tapi sedap, rasa manis teh hijau tu..Nasib pilih air tu..Harag semua RM38.20..hah amik kau..hahaha..


Takpela, sekali sekala nak rasa, okla kan. Sekurangnya dah tau macam mana rasa dia, macam mana nak order.



Post la dekat Facebook, rupanya banyak air dekat Starbuck ni kita boleh rasa. Boleh tambah choc la caramel..Tapi ramai suka java chip..Kenapa masa order tak nampak pun perkataan java ni..ke tu penambahan..hahaa..banyak lagi la..boleh tengok gamabr tu air ape diaorang suka minum dekat Starbucks..

Ada baca twett pasal Starbucks ni, tapi haru, nad sendiri susah nak paham..hahaa..Kenapa nama diaorang ni pelik-pelik..hahaa..Takpe, kot nanti dah biasa, takdela pelik kan..hah!!, terus order je macam mana kita suka..kihkih..

Sambil-sambil minum, book grab nak balik la..hahaa.
hai assalammualaikum

Mexicana Burger Dan Mcflurry Durian Party - Hahaha, makan dah lama, tapi baru nak share dekat sini. Rasanya burger dengan aiskrim ni dah takda..Tapi takpela nak bagitau juga ok ke tak..hehee. Paham-paham jela, Mcdonald ni memang selalu akan ada je yang baru dia..Mehla kita rasai burger Mexicana seperti di Mexico..hahaa..

Haritu sebab rasa nak makan simple je, mals nak makan nasi, jadinya pilihan kami sekeluarga ialah Mcdonald. Fariza pun dah pandai pilih nak makan ape, sikit-sikit nak KFC, sikit-sikit nak Mcdonald. Mcdonald pun sebut KFC..hahaa. Nad pulak memang nak cuba burger Mexicana ni dengan aiskrim durian yang orang lain dah rasa, kita baru tergedek-gedek nak rasa..


Ni la dia set Mexicana Burger , ada burger, air dan kentang. Harga dia RM17.45..Sekali sekala, ni tengok pun dah teringin nak makan burger lagi dekat Mcdonald..hahaa..


Kepingan ayam rangup bersaiz besar itu dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan cita rasa hebat.

Ni burger kedua citarasa luar selepas burger rio. Bagi nad, rasanya macam baisa je, mungkin sebab dia ayam, dan nad memang kurang sikit bila makan daging ayam. Lagipun tak pedas sangat..melainkan letak sos banyak giler dengan lada hitam..hahha..Roti nya lembut..dan nad suka sayuran, memang banyak sayur la..hehee..




Disebabkan, nad orang paling lambat makan aiskrim durian, nah beli besar terus..hahaa..Mcflurry party durian..puas kau..kihkih...Makan sama anak-beranak. Memang terasa isi durian dia. Sekarang dah muncul aiskrim baru, Mcflurry Dinosaur pulak..huhu..
hai assalammualaikum

Rumah Ronald McDonald's Bakal Dibina di HUSM Kelantan - Korang mesti tertanya-tanya, apa tu Rumah Ronald McDonald's kan?? Mana yang pernah dengar, ok la, mana yang belum pernah dengar, macam nad sendiri, ni nad bagitau. Nad sendiri baru tau berkenaan Ronalds McDonald's House Charities semasa menghadiri majlis Kejohanan Golf Amal RMHC di Tropicana Golf & Resort Petaling Jaya. Rumah ini bukan rumah untuk orang bercuti macam homestay ke ape ye, tapi rumah ni sebenarnya, khas untuk waris pesakit yang mana anak mereka mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.


Bayangkan, keluarga tu duduk jauh, nak menginap dekat mana bila anak sakit?  Hotel?, mesti memakan kos yang banyak kan. Nak ulang alik dari rumah, perjalanan jauh, rasa tak berbaloi kan. Ada anak yang perlu mendapatkan rawatan lebih dari 3 bulan, sanggup ahli keluarga duduk dan baring di koridor, demi untuk menemani anak mereka yang sakit tu sebab tiada tempat tinggal. Sebab tu terbinanya Rumah Ronalds McDonald's ni bagi memberi kemudahan tempat tinggal sementara untuk keluarga pesakit kanak-kanak tersebut ketika mereka mendapatkan rawatan. Waris pesakit boleh duduk di Rumah Ronald McDonald's ni bagi meringankan beban dan dekat dengan pesakit selama mana mereka menjalani rawatan perubatan di hospital. Kena sangat dengan sloga mereka " Keeping Families Close "

Latarbelakang RMHC Malaysia 

Rumah Ronald McDonald's ni dah lama wujud sejak 1999 lagi. RMHC pertama telah dibina di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM 20 juta.


Inisiatif-inisiatif RMHC lain yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah program Kembali-ke-Sekolah melibatkan kira-kira 20,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan pemberian kelengkapan sekolah yang baharu untuk sesi persekolahan 2019; program ‘Gift of Smile’ yang menaja kanak-kanak untuk melalui pembedahan sumbing bibir; dan pembinaan lebih banyak Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak istimewa.


Nad tengok rumah ni memang sangat cantik dan banyak kemudahan. Hanya dengan RM5 sehari sahaja, keluarga dah boleh menginap di Rumah Ronald Mcdonalds. Murah kan!!

Semasa majlis tersebut, ada perkongsian sedikit daripada keluarga pesakit dan pesakit sendiri semasa menginap di Rumah Ronald McDonald's ni. Memang sedih nad dengar. Sebab mereka bukan dari keluarga yang senang dan duduk jauh. Nak ulang alik memang  penat ditambah dengan anak-anak yang masih kecil. Ada yang terpaksa tidur dalam kereta semata nak temankan anak semasa buat rawatan. Selepas diperkenalkan RMHC ni, mereka memang lega, dan rasa selesa duduk di situ.


Puan Mimi Faizah Lee Abdullah adalah salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald's pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald's yang disediakan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beliau manjalani rawatan kanser di hospital.

“Proses rawatan yang dilalui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui,” kata Mimi Faizah.


Pesakit bernama Amin pula, berkongsi, duduk di rumah RMHC memang sangat seronok sehingga lupa tentang penyakitnya. Dia pun nampak ibu dia sangat gembira di situ sebab ramai kawan. Nampak kan, RMHC memang membantu mereka memberi keselesaan dan memudahkan keluarga pesakit.

Rumah Ronald McDonald's Kedua Akan Dibina di HUSM Kelantan

Rumah Ronald McDonald's kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan pula dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019 .Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keluarga pesakit yang tinggal disini. Selain bilik keluarga rumah Ronald McDonald's bakal menyediakan kemudahan seperti ruang makan, ruang tv, dan ruang istirehat, dapur, bilik mesin basuh, dan juga taman permainan. Ronald McDonald's turut menyediakan Bilik Sensori bagi membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan deria khas.


Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald McDonald's yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah.

“Sebaik-baiknya kita mahu keluarga ini sentiasa berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberi tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jam perjalanan. Dengan Rumah Ronald McDonald's di Hospital USM, Kelantan yang bakal siap tidak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan dan pemulihan anak mereka di hospital,” kata beliau


Kejohanan Golf Amal RMHC raih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia 

Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah berjaya meraih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan. Naib presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan McDonald’s kearah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memainkan peranan masing-masing kearah kesejahteraan masyarakat.

“Kami sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonald’s. Memastikan keluarga dan anak-anak mendapat  peluang yang lebih baik dalam kehidupan merupakan matlamat kami di RMHC. Setiap sen yang disumbang kepada RMHC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama,” kata Sim.


Jom Sama-Sama Membantu

Bagus kan inisiatif yang dilakukan oleh McDonald's ni. Korang pun boleh turut sama-sama membantu dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Nad tau, ramai yang suka lepak atau makan makanan Mcdonalds ni, nad sendiri suka. Jadi baki duit yang kita beli makanan tu, tak salah masukkan dalam tabung tu kan. Tabung warna merah tu. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal.


Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di sila https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.



© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2