hai assalammualaikum


Kenapa DuckScarves Digemari Walaupun Harganya Mahal?

Kenapa DuckScarves Digemari - Haritu nad dapat hadiah daripada kawan mr mafia, dia bagi nad tudung Duck. Nad post je dekat facebook, semua macam woww je..hahaha. Siapa yang taknak dengan DuckScarves ni kan. Semestinya nak, tapi disebabkan harganya yang mahal, terpaksa la diaorang tengok je..Mana yang mampu beli, ya beli kan, ada je orang sanggup beli DuckScarves ni dengan harga RM800. Kalau orang bagi hadiah, macam nad ni, mestilah terima dengan hati terbuka..hahaa.


Harganya tu boleh beli berpuluh helai tudung atau shawl dengan harga murah tau..hahaa. Kalau beli ikan, barang dapur cukupla untuk beberapa bulan.

DuckScarves keluaran Fashionvalet, pengasasnya ialah Vivy Yusof, seorang yang cantik dan berjaya. Nad tengok Vivy ni dalam tv memang bgus dalam kerjanya. Team yang bekerjasama dan selalu buat aktiviti untuk team dia. Tak heran kalau tudung dia mampu terjual walaupun harga yang mahal.


Ok, nad pun dah cuba pakai Tudung Duck ni, memang best sangat. Tak lembut, mudah dibentuk dan terletak elok je dekat kepala. Corak pun cantik je. Tapi tu la jarang..hehee.

Cara pembungkusan dia pun menarik dengan kotak berwarna ungu. Kemas elok je kan. Siapa yang tak tertarik.

Tetiba usha instagram Duckscarves..hahaha..mampu tengok je la..Terima kasih kepada yang memberi.




hai assalammualaikum

Cara Kemas Baju Dalam Almari - Almari ni memang dah ada masa nad kawin dengan mr mafia. Bilik ni pun memang khas untuk pengantin. Tak sure ni bilik arwah mak mertua atau siapa?, sebab masa masuk dalam rumah ni bilik ni memnag dah dihias dan siap dengan set perabot bilik tidur ni. Jadi, memnag kitaorang tak beli almari, katil semua tu. Dah ada ni pakai jela. Nad cuma cantikkan, letak jela barang makeup semua..hahaa.
hai assalamualaikum


Berjaya Pisahkan Fariza Dengan Susu Badan - Teringat nad masa mula-mula dapat Fariza, mula menjadi ibu, zero berkenaan susu badan. Masa mengandung, ada la nad baca berkenaan cara susukan anak denagn betul. Tapi, biasalah, baca dengan realiti tu lain ok..hehee. Bila dah beranakkan Fariza, terus nurse suruh susukan dia. Terkial-kial hah. Tapi nurse dekat situ ajar nad, dan lama-lama nad pun ok susukan Fariza. Setiap ibu, mesti nak susukan anak denagn susu badan, ada yang tak dapat, jangan salahkan mereka. Mereka dah buat sebaik mungkin.

Nad ingat lagi, mula-mula tu memang susu tak keluar dengan banyak. Tapi nad teruskan juga susukan Fariza dengan susu badan. Selama sebulan, Fariza masih menangis, menangis dan menangis setiap malam. Penat badan dan otak masa tu..dh la pengalaman pertama jadi mak. lepas sebulan, nad bagi dia susu botol. Ya dia minum. lepas tu masuk dia 3 bulan, nad ambil minuman supplement, tiba-tiba nad boleh rasa " breast" penuh air. Jadi keras. Tanya kakak, akak cakap tu susu ko la tu. Uitt...hahahaa..Apa lagi terus susukan Fariza. Masa dia tengah menyusu pun boleh rasa susu tu mengalir..hehee.

Akhirnya nad berhentikan dia susu botol, terus nad susukan badan. Sampai la umur dia 3 tahun. Alhamdulillah, dapat susukan anak dengan susu badan.

Masa nad disahkan mengandung, ramai cakap suruh biasakan Fariza denagan susu tepung guna botol susu. Pernah juga nad bagi, kadang nak, kadang taknak, tapi banyaknya taknak. Dia masih nak susu badan. Bila tak dapat meraung. Nad pula masa tu jiwa tak kental. So tawakal, bagi je susu badan walaupun menagndung. Alhamdulillah semua ok sampailah adik dia keluar..hahaa..

Masa adik menyusu, dia lagila nak menyusu. Dah macam susukan kembar. Masuk umur dia 4 tahun, mommy terpaksa juga pisahkan Fariza dengan susu badan. Masa tu memnag bagi susu tepung dengan botol. Mula-mula memang dia akan meraung semua tu. Masa ni, jiwa nad dah kental sikit, hahaa..memang nak pisahkan dia denagn susu badan. Jadi nad biarkan dia nangis, lepas tu buat susu botol. Dia tak habis, biarkan, asalkan dia minum sikit. Bila dia penat dia terus tidur, dan esok pagi mesti meraung nak susu. Tapi nad teta buat susu botol. Lama-lama bila dia dah paham tak boleh, dia mintak sendiri susu botol..hahaa. Senang..


Nad buat masa umur dia 4 tahun sebab, usia ni dia dah paham apa kita cakap. Jadi, bila buat selalu dia akan paham dan mintak sendiri. Sekarang dah takda susu badan, hanya susu botol. Yeahhh..adik je ni sekarang tengah menyusu..hehee. Memang orang cakap bagi sampai bila-bila, kalau badan orang tu kuat takpe, nad tak larat dah..hahaa..

Nad takda la buat bubuh apa-apa dekat puting breast sebab takkan menjadi punya. Jadi tunggula dia paham apa kita maksudkan. Masa tu biar dia nangis, sedangkan dia dah besar, nak nangis sampai bila..ehhee. Tu cara nad, cara ibu lain ada juga. So ikut kesesuaian mana korang nak cuba ok.
hai assalammualaikum

Yong Tau Fu Sedap Di Pasar Malam Pandan Jaya - Kalau hari sabtu tak masak, mesti ajak mr mafia pergi ke pasar malam. Pasar malam dekat dengan rumah setiap selalu ada hari Sabtu dan Selasa. Pergi apsar takda beli makanan beria sanagt pun, tapi aklau datang mesti wajib beli Yong Tau Fu abang ni..hahaha. Ni sebab mr mafia yang suka makan yong taufu dia ni, nad ikut je. Lama-lama makanmemang sedap , sebab kuah dia, sambal tu yang mengangkat selera. Lagipun abang ni layan customer ok je.



Anak perempuan dia selalu tolong dia menjual. Berdua jela.




Ni la Yong Tau fu dia. Biasalah Yong Tau Fu kan ada macam-macam jenis yang kita boleh ambil. Hah pilih-pilih..


Kalau macam sesetengah tempat takda sambal, tapi abang ni ada sambal, kuah hitam tu. Lepas tu mr mafia suka mintak sup yang digunakan untuk rebus bahan-bahan ni. Boleh la asing-asing kan kuah.

Memang ramai pelanggan datang kedai dia. Memang sedap.


hai assalammualaikum


Glam Makeup Dengan Althea Makeup

Glam Makeup Dengan Althea Makeup - Hah, ingat tak sebelum ni nad unboxing eksklusif Althea Makeup. Sebagai salah seorang Althea Angels, memang kitaorang la akan rasmikan dulu dan share best atau tidak produk terbaru Althea ni dekat pembaca. Apa yang nad boleh cakap, semua barang makeup eksklusif Althea memang best sangat. Cabaran kitaorang , perlu " menconteng" muka kita dengan Eksklusif Althea Makeup ni. Maksudnya kena makeup la..ehhee..Jadi nad pun dah sahut cabaran tu. Nad memang suka makeup muka ni walaupun tak pakar..ehhee. Tapi tak salah kita mencuba kan. Dalam banyak-banyak gaya, nad pilih untuk buat Glam Look Makeup. Nad gunakan semua produk Althea makeup. Jom tengok.


Korang boleh tengok video tutorial makeup nad buat. Macam nad katakan, nad tak pro tapi nad mencuba..huhu..



Pertama sekali, nad pakai Skin Relief Spot Fil Gel. Skin Relief ni diletak di bahagian muka kita yang ada jerawat sahaja. Janganla tepek semua muka, sebab skin relief gel ni bila dipakai ia akan jadi tegang, macam gam. Guna sedikit sahaja, bagi mengeringkan jerawat dan melindungi kulit itu serta membuatkan solekan diterapkan tanpa ada kesan. Bestnya, ia juga boleh rawat jerawat kita, kerna ia mengandungi minyak pokok teh dan campuran Centella dan daun pinus mengekstrak kemerahan yang tenang, merawat jerawat. Jadi masa pakai makeup tu dia kasi tutup jerawat..hah!!..




Selepas tu nad apply  Flawless Creamy Concealer Althea. Concealer Althea ada 4 jenis warna iaitu Vanila, Ginger, Honey dan Mocha. Nad pakai di bahagian mata yang panda, bahagian hidung, bahagian ada jerawat, dan juga buat sebagai shading di bahagian rangka tulang pipi..Nad pakai semua nak tengok macam mana hasilnya..

Hasilnya woww sangat. Althea Flawless Creamy Concealer ni memang best sangat tau. Menariknya sebab ia full coverage, yang mana semua bekas jerawat, dan jerawat tak nampak langsung. memang menakjubkan..ehehe.Kulit nampak licin dan sekata je. Formula concealer ini dibuat dengan Aquaxyl untuk melembapkan dan memperbaiki kesihatan keseluruhan kulit, sementara sifatnya yang tahan lama memastikan ia tetap di wajah anda sepanjang hari.




Seterusnya, kita conteng bahagian mata pulak. Eyeshadow Pallete Sunrise & Moonrise. Cantik sangat warna dia tau. Pakai je mana-mana dan blend. terus jadi cantik..ehehe. Eyeshadow ni mudah diblend dan warna dia memang sangat pigment tau. Ikutla cara nak blend macam mana. Sunrise & Moonrise! merupakan kerjasama Bunga Citra Lestari. Bunga Citra Lestari adalah penyanyi Indonesia yang telah menghiasi layar di seluruh Asia Tenggara. Dia juga ikon kecantikan dan fesyen yang memancarkan gaya, kecantikan dan kewanitaan.

Macam nad, first nad ambil #1 shimmery nude, lepas tu apply #2 matte light brown, seetrusnya #5 rich brown bagi buat bahagian tepi sahaja. Lepastu ambil #8 cool puprle letak dibahagian tepi..Last sekali ambil #4 metallic gold, letak di tengah-tengah. Bagi nampak mata berkilau gitu.


Macam mana, ok tak..ehhee..Nampak glam tak. Nad belajar dari youtube..hehee. Korang dapatkan Eyeshadow Pallete Sunrise & Moonrise ni tau.





Memang kalau boleh nak pakai semua, tapi nanti over pulak..hahaa.. Nad bagi tambah mata berkelip dengan memakai Spotlight Eye Glitter. Nak bagi namapk berkelip-kelip mata..hahaa. Mula nad fikir nak letak dekat garisan mata tu, tapi jadi lain pulak, terus nad sapu je dekat mata. Lepas tu letak bawah mata. Aarrghh memang pedih la, meleleh air mata..hahaa..sensitif kalau tak pernah pakai..hahaa. Tapi memang lawa. Ada dua warna Gold Light dan pink light. Murah je.



 Last sekali mestilah bahagian bibir. Pergh, Watercolor Cream Tint Althea memang semua warna dia menyerlah..kadang takut nak pakai warna menyerlah-menyerlah ni..hahaa. Tapi tak salah pun pakai, bibir nampak seksi kau..hahaa. Nak pakai sikit-sikit pun boleh. Mempunyai 4 warna yang berbeza #01 Plum Cream, #02 Strawberry Cream, #03 Peach Cream dan #04 Marron Cream. Semua rasa macam buah..hahaa. Nad suka peach..

Dapatkan OFF 10% pada Tint Set Krim Watercolor yang dilengkapi dengan kotak hadiah istimewa! Boleh bagi hadiah  untuk rakan-rakan, keluarga, atau diri sendiri!


Jadi macam mana tengok nad pakai, ok kan semua Althea Makeup ni. Apa tunggu lagi, dapatakn you alls..
Website : http://my.althea.kr/
Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV

hai assalammualaikum

Tips Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya

Tips Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya - Walaupun nad seorang surirumah, jarang keluar, nad tetap jaga muka, tetap pakai basic skincare routine supaya muka sentiasa cantik berseri. Paling penting jangan lupa pakai moisturizer muka tau, sebab moisturizer tu la buatkan muka kita jadi lembap dan tak kering. Kalau korang ingat atau nampak moisturizer yang nad guna sekarang, moisturizer Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature, nad ada post dekat facebook dan instagram, pernah juga cerita  di blog, boleh tekan link SINI, memang dah jadi peneman setia nad sekarang moisturizer ni. Aqua Whitening Cream ni la rahsia yang buat muka nad sentaisa lembap dan cerah.

Aqua Whitening Cream, berasakan water drop


Kalau sebelum ni, nad kongsi berkenaan produk tu, kali ni nad nak share perubahan yang nad alami setelah sebulan menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni.

Kulit semakin lembap dan Cerah
Kalau sebelum ni, nad memang jarang pakai moisturizer, sebab kebanyakan moisturizer buat muka jadi melekit dan berminyak. Tapi sejak pakai Aqua Whitening Cream, muka nad jadi lembap selalu walaupun cuaca panas terik. Muka dah tak kering dan makin bertambah cerah. Aqua Whitening Cream ni jenis water drop, bila sapu je akan keluar titisan air. Titisan air tu la yang membuatkan muka lembap selalu, dan ia meresap dengan lebih cepat dan tidak melekit.

Muka makin anjal dan glowing

Bila nak keluar, nad tak lupa sapu Aqua Whitening Cream, bagi memberi pelindungan kulit muka dari cahaya matahari. Nak keluar menghadap cuaca panas terik  pun dah tak risau.

Kulit jadi glowing dan anjal
Dengan kandungan Niacinamide; penggunaan konsisten bukan saja dapat melembapkan kulit, ia juga dapat mengembalikan keanjalan kulit dengan mencegah penuaan. Memang setiap hari, nad akan sentuh kulit muka nad, perempuan biasalah, kalau kulit dah cantik nak sentuh je..hehe. Nad rasakan kulit nad bertambah lembut dan tak kasar. Bila muka dah lembap ni, memang dia buat muka makin anjal dan glowing. Kalau sebelum ni, nad buat video pun teragak-agak, tapi sekarang, nak video untuk tutorial makeup ke, atau apa-apa la tanpa pakai makeup pun confident giler..hehee.

Jerawat hilang dan tiada kesan parut
Bestnya, Aqua Whitening Cream ni,juga mampu merawat kulit muka kita. Kandungan ekstrak herba dalam bahan produk ini berupaya membaikpulih dan merawat masalah kulit kering, tona tidak sekata, kulit radang sebab sunburn atau kulit sensitif yang kemerah-merahan (redness).

jerawat, kemerahan hilang sedikit demi sedikit

Haritu, tiba-tiba je jerawat keluar, mungkin nad tertekan, yela dengan kerja, dengan anak lagi dan tak cukup rehat. Nad memang sentiasa pakai Aqua Whitening Cream ni sebab ia juga berfungsi untuk merawat. Setiap hari tak kira siang dan malam nad pakai aqua ni, dan tak sangka, jerawat yang ada ni mengecut dan hilang tanpa meninggalkan bekas pun..seronok giler..yela selalu kan kalau ada jerawat, mesti tinggalkan parut..

Aqua Whitening Cream sebagai asas makeup

Aqua Whitening Cream Sebagai Asas Makeup
Kalau sebelum ni, nad keluar, mesti pakai makeup tebal-tebal sikit, semenjak pakai Aqua Whitening Cream, setiap kali keluar, sebelum makeup, nad akan apply dahulu Aqua Whitening Cream ni jadikan dia sebagai basic makeup. Selain nak lindung kulit  kita dan bagi lembap, Aqua Whitening Cream mampu buat makeup kita tahan lebih lama. Muka pun nampak cantik je, makeup sekata je dari pagi sampai ke malam.

Krim berwarna putih yang ringan dan tidak melekit

Titisan air yang keluar akan meresap ke dalam kulit 

Kandungan utama Aqua Whitening Cream :
Camellia Japonica Seed Oil
- Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah
- Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri !

Bahan utama lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Banyak Kebaikan Aqua Whitening Cream

Fungsi dan Kebaikan Aqua Whitening Cream:
- Memberi kesan kelembapan yang tinggi ke kulit sepanjang hari
- Segarkan semula kulit - Kulit anda berasa sejuk & lembut
- Kawalan lebihan minyak / sebum
- Pemutihan kulit
- Menghidratkan kulit anda.
- Meningkatkan nada kulit yang tidak sekata
- Mencerahkan nada kulit
- Menenangkan kulit sensitif dan kulit yang kukuh
- Pembaikan kemerahan dan kulit terbakar yang rosak
- Bahan semulajadi, tumbuhan, menenangkan kulit
- Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum memakai make up
- Digunakan waktu pagi dan malam

Untuk pengetahuan korang, produk Hansaegee Nature yang berasal dari Korea ini telah lama berada di Malaysia tau. Kebanyakan produk mereka banyak mendapat feedback positif. Nad pakai ni pun sebab nampak feedback kawan-kawan. Nad pun share la pengalaman dan perubahan nad alami ni dekat korang pulak. Setiap skincare yang kita guna mestilah dipakai sekerap mungkin dan konsisten kalau nak hasil yang memuaskan. Memnag nad syorkan moisturizer ni dekat korang.

Hansaegee Nature

Untuk Matlumat Lanjut :
Company name: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





hai assalammualaikum

Gila Gempak Main VR ( Virtual Reality ) Di Air On Park Aeon Shah Alam - Ni salah satu tempat lagi yang korang kena cuba bila pergi Aeon Shah Alam. Kalau nak rasai permainan VR ( Virtual Reality) atau AR ( Augmented Reality ), permainan maya tapi bila pakai penutup mata tu akan jadi nampak macam real ok, depan mata kau. 
hai assalammualaikum

Aktiviti Menyeronokkan Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam - Siapa kata dah jadi mak ni kene duduk rumah, kene dekat dapur je, tak boleh buat aktiviti ekstrem..huhu..Selagi badan kuat, mampu buat aktiviti sahaja, kita mesti buat. Sesekali buat aktiviti yang mencabar best juga. Salah satu aktiviti yang korang boleh buat wall climbing..ehehe..Amacam, ada berani tak!!. Kene cabar diri sendiri la...hehee. 
hai assalammualaikum


Masa Mandi Lebih Menyoronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar : Membersih Sambil Melembapkan Kulit Secara Semulajadi

Sabun Mandi terbaru Carrie Junior Bubbly Bar - Memang budak-budak, kalau nampak sabun mandi Carrie Junior, laju je nak mandi. Yela, sabun dia dengan packaging yang comel, dan berwarna tu memang menarik anak-anak nak mandi. Carrie Junior ada keluarkan produk sabun mandian terbaru, jenis sabun buku. Hah, kalau sebelum ni jenis dalam botol kan, kali ni jenis bubbly bar. Carrie Junior mengeluarkan sabun mandi terbaru iaitu Carrie Junior Bubble Bar.


Kalau dekat botol ada mainan di bahagian belakang, dekat bubble bar ni pun ada mainan yang akan korang dapat. Fariza dapat puzzle tu.

Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar bagi memberi keseronokan lagi mandian anak-anak. Sabun ni buakn biasa-baisa sahaja tau, tapi sabun ni ada lukisan Gajah..hehee. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun, anak tengok pun seronok. dapat pegang gambar gajah tu. Bau dahla wangi.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.

Sebagai ibu bapa, mestilah sentiasa memastikan kulit anak terhidrasi dan dapat melembapkan kulit anak sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.





CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan dengan warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.



Bila ada sabun buku Bubbly Bar ni, anak-anak mesti lebih seronok di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

hai assalammualaikum

Jalan-jalan Taman Botani Shah Alam - Cuti Hari Raya Cina haritu, nad denagn adik beradik lain pergi jalan-jalan di Taman Botani Shah Alam. Lama gila tak pergi, dulu pergi masa zaman bercita kau..ahahhaa. Rancangnya nak pergi sini sebab nak pergi 4 musim tu, untuk February sepatutnya musim salji. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2