hai assalammualaikum
Program " Kembali Ke Sekolah " Oleh McDonald's Dan RMHC Beri Semangat Murid Memulakan Sesi Persekolahan 2020 - Kita semua tahu, betapa pentingya pendidikan dalam kehidupan. Pendidikan yang baik akan melahirkan anak-anak bangsa yang cerdas, berkarakter dan bermoral. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, mereka tidak terlepas untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka dan menghantar ke sekolah walaupun mereka tidak berkemampuan, kerana bagi mereka,dengan adanya pendidikan, anak-anak dapat mengubah kehidupan mereka. Namun, disebabkan ketidakmampuan dari segi ekonomi, mereka tidak mampu hendak membeli baju, kasut dan beg sekolah. Bagi meringankan beban dan memberi dorongan serta semangat anak-anak ini ke sesi persekolahan 2020, pihak McDonald's dan RMHC telah melancarkan Program " Kembali Ke Sekolah ".
Program “Kembali ke Sekolah”, yang merupakan program kerjasama dengan Kementerian Pendidikan akan membantu 30,000 kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara daripada golongan yang berpendapatan rendah dan miskin bandar di Malaysia.
Dengan memanfaatkan kekuatan jenama McDonald’s atau disebut juga sebagai ‘Scale for Good’, sumbangan RM3 juta berjaya diraih tahun ini bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar, untuk persediaan menghadapi tahun persekolahan yang baharu.
“McDonald’s Malaysia percaya bahawa aspek pendidikan merupakan perkara yang amat penting dan perlu dititikberatkan. Kanak-kanak ini merupakan generasi masa hadapan negara, dan kami percaya setiap daripada mereka berhak menerima sokongan sewajarnya untuk berjaya. Kami amat memahami beban perbelanjaan persekolahan yang perlu ditanggung ibu bapa dan penjaga pada setiap awal tahun persekolahan. Semoga sumbangan ini membolehkan mereka menarik nafas lega,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
Setiap pelajar ini akan menerima pek “Kembali ke Sekolah” yang merangkumi sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan beg sekolah dengan nilai sumbangan RM100 setiap seorang. Program ini bagi menggalakan pelajar ini lebih bermotivasi untuk persiapan ke sesi persekolahan 2020 nanti dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Selain itu, ia dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan mereka untuk ke sekolah.
Kanak-kanak dan ibu bapa daripada golongan miskin bandar tidak perlu risau mengenai sumber kewangan untuk membeli pakaian seragam dan kasut untuk ke sekolah. McDonald’s dan RMHC ingin melaksanakan tanggungjawab dengan menghilangkan kerisauan yang dihadapi oleh ibu bapa dan seterusnya membolehkan anak-anak dapat memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan. Dengan cara ini, dapat kurangkan sedikit beban ibu bapa.
Nampak muka kegembiraan pelajar-pelajar sekolah rendah ini apabila menerima baju, kasut dan beg baru.
Pelaksanaan program “Kembali ke Sekolah” pada tahun ini merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh McDonald’s Malaysia dengan nilai tajaan RM3 juta. Pada tahun 2018, McDonald’s Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” kepada 17,000 murid sekolah rendah dengan nilai tajaan RM1.7 juta, berbanding tahun sebelumnya melibatkan 6,000 murid dengan nilai tajaan RM1.2 juta. Program ini merupakan komitment berterusan McDonald’s Malaysia dalam mewujudkan impak positif terhadap masyarakat di lokasi ia beroperasi
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat McDonald’s Malaysia ini juga seiring dengan 9 Teras Pencapaian Setahun yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Manfaat untuk Pelajar B40 dan Murid sebagai Tonggak.
“Membantu golongan masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia dan kami amat gembira dengan sumbangan yang turut dihulurkan oleh rakan-rakan niaga, para francaisi, warga kerja dan pelanggan kami. Dengan bantuan pek “Kembali ke Sekolah” ini, wang yang sepatutnya digunakan ibu bapa untuk membeli barangan keperluan persekolahan boleh dibelanjakan untuk perkara mustahak lain. Maklum balas positif daripada guru-guru dan ibu bapa kanak-kanak yang terlibat sebelum ini, menjadikan kami lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik dan membantu lebih ramai kanak-kanak pada tahun ini,” tambah Azmir yang juga merupakan Presiden RMHC Malaysia.
Program “Kembali ke Sekolah” merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia pada tahun 2019.
“Pihak Kementerian amat menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia ini. Sesungguhnya, hal ini seiring dengan komitmen Kementerian bagi menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang, termasuk dari segi barang keperluan dan kelengkapan persekolahan,” kata YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.
“Sesungguhnya, kemiskinan dan kesempitan kewangan merupakan salah satu masalah sosial yang menjadi faktor keciciran murid di sekolah rendah dan menengah. Pelaksanaan program “Kembali ke Sekolah” oleh pihak swasta seperti McDonald’s Malaysia merupakan satu nilai tambah yang wajar diteruskan dan ia juga merupakan salah satu contoh kerjasama awam-swasta yang amat dialu-alukan oleh pihak Kementerian, demi kebaikan masyarakat. Saya juga berharap program ini menjadikan kanak-kanak daripada golongan ini lebih yakin diri untuk ke sekolah,” tambah YB Teo Nie Ching lagi.
Program ini juga turut mendapat sumbangan daripada beberapa pihak antaranya Kerry Ingredients Sdn Bhd, Visa Worldwide Pte. Limited, Honda Malaysia Sdn Bhd, Kumpulan Hartanah Selangor Bhd, Aladdin Pacific (M) Sdn Bhd, Glades Guppy Packaging Malaysia Sdn Bhd dan Huhtamaki Foodservice Malaysia Sdn Bhd.
Penyampaian pek “Kembali ke Sekolah” juga akan diadakan secara berperingkat di negeri-negeri lain di seluruh negara sehingga penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s yang terdiri daripada pelbagai program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Harap program ni diteruskan demi manfaat masyarakat golongan yang kurang berkemampuan. Harapan juga, supaya ramai sektor swasta tampil membantu bagi meneruskan lagi usaha murni seperti ini.
Jom, kita menderma!! Seikhlas Sumbangan Menyinari Masa Depan Anak-Anak
Banyak kan manfaat yang dilakukan oleh pihak McDonald's dan RMHC untuk menceriakan anak-anak yang kurang berkemampuan. Jadi, jom korang sama-sama kita buat sumbangan. Sumbangan boleh dibuat di tabung derma yang terdapat di kaunter semua restoran-restoran McDonald's. Hah, ada duit sikit, boleh masukkan dalam tabung tu. Setiap derma yang korang buat, dapat menyinari mereka yang memerlukan.
Kalau nak buat sumbangan melalui transaksi secara online pun boleh. Boleh layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ . Semua dihujung jari. Sumbangan ikhlas sangat bermakna tau. Banyak program yang dijalankan oleh pihak McDonald's dan RMHC (Ronald McDonald House Charities).
Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
Program " Kembali Ke Sekolah " Oleh McDonald's Dan RMHC Beri Semangat Murid Memulakan Sesi Persekolahan 2020 - Kita semua tahu, betapa pentingya pendidikan dalam kehidupan. Pendidikan yang baik akan melahirkan anak-anak bangsa yang cerdas, berkarakter dan bermoral. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, mereka tidak terlepas untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka dan menghantar ke sekolah walaupun mereka tidak berkemampuan, kerana bagi mereka,dengan adanya pendidikan, anak-anak dapat mengubah kehidupan mereka. Namun, disebabkan ketidakmampuan dari segi ekonomi, mereka tidak mampu hendak membeli baju, kasut dan beg sekolah. Bagi meringankan beban dan memberi dorongan serta semangat anak-anak ini ke sesi persekolahan 2020, pihak McDonald's dan RMHC telah melancarkan Program " Kembali Ke Sekolah ".
Program " Kembali Ke Sekolah 2019 " Oleh McDonald's Dan RMHC Beri Semangat Murid Memulakan Sesi Persekolahan 2020
Baru-baru ini, McDonald’s Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah melancarkan program “Kembali ke Sekolah” 2019 di Sekolah Kebangsaan Klang Gate Kuala Lumpur. Program ini sudah bermula sejak 2017 lagi dan ini merupakan tahun ketiga program ini.Program “Kembali ke Sekolah”, yang merupakan program kerjasama dengan Kementerian Pendidikan akan membantu 30,000 kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara daripada golongan yang berpendapatan rendah dan miskin bandar di Malaysia.