hai assalammualaikum
Kerjasama Perintis Penjagaan Kesihatan Untuk Meluaskan Akses Kepada Diagnosis Kanser Paru-Paru Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Secara Percuma - Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group telah bekerjasama sekali lagi dan berganding tangan dengan tiga buah pusat rawatan kanser swasta terkemuka; Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat Perubatan Sunway untuk menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Kerjasama ini akan meluaskan lagi akses untuk orang ramai menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih (Qure.ai) di klinik penjagaan utama dan jika perlu, siasatan lanjut akan dibuat dengan imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) di ketiga-tiga hospital penjagaan tertier yang disebutkan tadi.