hai assalammualaikum

Majlis Iftar Ramadhan 2014 Di Pak John Steamboat Bersama Ewana Fm Dan Blogger  - Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis entry di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Buat pertama kalinya pada bulan Ramadhan 2014 ni, nad berkesempatan berbuka puasa bersama media, blogger-blogger dan anak-anak yatim di Pak John Steamboat anjuran EwanaFm di E-curve Damansara.

GERMAN JUARA PIALA DUNIA 2014

in , by Nadia Johari, 06:40:00
hai assalammualaikum




German Juara Piala Dunia 2014 - Dari sebelum sahur, masa sahur dan selepas sahur mata duk depan televisyen je sebab nak tengok siapa yang menang Piala Dunia 2014 ni. Nad layan dekat rumah jela sebab gigi tengah sakit, tak larat la nak keluar. Dari pukul 3 sampai la kul 4 separuh masa masih 0-0.. Sambung lagi masa still lagi 0-0 sampaila diberi masa tambahan barulah satu gol dapat dijaringkan oleh pasukan German pada minit 113. Akhirnya masa pun tamat dan German telah memenangi Piala Dunia 2014 dngan German 1 Argentina 0... Muka Messi ketat je takdok senyum pun..huhhuhu...

Pemain German yang menggolkan jaringan ialah Mario Gotze




Maka tamatlah Piala Dunia 2014 ni.. Tak sangka cek dapat tengok sampai habis..hahaha..
hai assalammualaikum




Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 - Seperti yang kita tau Brazil telah tewas dengan kekalahan yang tidak disangka. Brazil telah dibelasah teruk pada perlawanan separuh akhir dengan German. Manakala Belanda juga tewas dengan Argentina. Keputusan akhir menunjukkan German akan berjumpa dengan Argentina di perlawanan akhir Piala Dunia 2014. Pagi ini bersamaan hari Isnin berlangsungnya kemeriahan Piala Dunia 2014 di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro, Brazil . Siapa yang bakal membawa pulang Piala Dunia 2014 bagi kejohanan paling berprestij di dunia. Adakah Jerman atau Argentina? Yang mana satu?

Nad tak pilih mana-mana pun.hanya sekadar tengok..kihkhkh..teman en jejaka mafia tengok rancangan kegemaran dia. Tapi memang best tengok perlawanan bola sepak luar negara ni, salah satunya tengok ketangkasan mereka menendang bola. Dari jauh pun boleh masuk dalam gol. Hebat tak hebat.. Satu lagi cara diaorang mendapatkan bola daripada kawan. Hehe...tu je.. Selalu orang tengok kehenseman wajah pemain tapi nad tak pun sebab nad tak kenal sesiapa..haha..sejak tengok bola ni la baru nad cam sikit-sikt pemain dia..tu pun dengan bantuan jejaka mafia..hehhe..k la nak tengok..bye..anggaran gol 3-1.. Hahahhaa..sukati den je...

TIGA CPUV NUFFNANG ON GOING

in , by Nadia Johari, 15:14:00
hai assalammulaikum



Tiga CPUV Nuffnang On Going - Nad buat blog sebab nak berkongsi pengalaman dengan semua orang, sambil-sambil tu nad jana pendapatan jugak dengan blog. Saja nak cari side income kan. Iklan yang guna ialah Nuffnang. Dulu nuffnang memang tak jalan langsung then bacalah pasal nuffnang dekat blogger lain terutama blogger shida, then dari situ alhamdulillah nuffnang berjalan je, tapi perlu sentiasa berupdate blog ni..heehe..baru masyuk..Hari ni nad tengok nufnang dan ade tiga CPUV On GOing..

Invest Smart Campaign



Invest Smart Campaign merupakan satu inisiatif memperkasakan pelabur yang bertujuan untuk mewujudkan pelabur yang lebih bijak yang berdikari dan mampu membuat keputusan pelaburan yang sesuai untuk mereka. Inisiatif ini akan: Menggalakkan orang ramai untuk mengawal kewangan mereka supaya mereka boleh bertanggungjawab untuk masa depan mereka sendiri dan kekayaan. Melengkapkan pelabur dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang diperlukan untuk menilai dan budi bicara dalam membuat keputusan pelaburan. Menggalakkan penyertaan runcit lebih bijak dalam pasaran modal



Tesco Delivery Lab



Wah sekarang tesco dah buat delivery pulak..senang kan..dah tak payah nak keluar sesak2 pergi beli barang dapur ke atau barang keperluan..hanya pergi online dan order barang yang kita nak. Lepas tu tunggu je barang tu sampai dekat rumah. Dah macam pizzaulak kan..hehe..mudah dan senang..

Tesco Stores

website : TESCO DELIVERY LAB 


Julie's x LINE New Package



Yang ni nad tak sure apa..tapi bila tengok web dekat google nad baru tau ape benda Julie's x LINE New Package ni. Apa yang kita tau, Julies ialah biskut dan line ialah aplikasi media sosial. Julies pengeluar biskut, telah bekerjasama dengan Line aplikasi media sosial  untuk melancarkan satu lagi Julie Line Limited Edition Oat Cookies 25 Collection. Nak baca lebi baca ni http://www.nst.com.my/node/2618 

Alhamdulillah..terima kasih nuffnang..terima kasih yang datang ke blog nad..

PERBEZAAN BULAN RAMADHAN SEBAGAI ISTERI

in , by Nadia Johari, 23:27:00
hai assalammualaikum

Perbezaan Bulan Ramadhan Sebagai Isteri - Hari ini merupakan hari yang ke 13 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan tahun ini amat berbeza bagiku yang bergelar isteri. Bukan beza sedikit tapi beza banyak sangat..huhuhu.. Kalau dulu nad berpuasa dengan keluarga dan maklah yang sediakan semuanya untuk nad, sekarang berbeza. Kalau dulu jejaka mafia kerap beli makanan tunjuk..yela orang bujang..sekarang tidak lagi..hahha





Menyediakan juadah
Sebelum nad kawin, makla yang sediakan semua makanan sebab masakan mak la paling best..haha..nad cuma tolong mak je mana yang patut..bab-bab menghias ke..bab mengisi makanan dalam pinggan..hah itulah keje apnad..hhehe..tapi lepas kawin ni, nadla yang kene sediakan juadah bersahur dan berbuka. Orang cakap nak pikat hati suami kenelah masak guna air tangan sendiri. Kalau tak sedap pun die akan makan juga sebab isteri die dah penat masak..kahkahkah.. Setiap hari kene pikir juadah apa nak disediakan, nasibla ade banyak resepi dekat internet ni kan..hehe.. Memang bukan senang ooo... Tapi best jugak main masak-masak dekat rumah ni, banyak menu dah cuba.

Bersahur
Kalau dulu sebelum kawin bangun sahur mak lah kejutkan..kita tido lewat pun takpe sebab mak yang kejutkan pasti bangun..sekarang takleh tidur lewat..kalau tidur lewat pun kene set jam. Bangun sahur je kene siapkan semua. Sahur kali ini pula nad yang kene kejutkan suami untuk bersahur..hahaha..memang lain..nak biasakan diri memang susah..lagi-lagi nak bangun dari tido..liat nor..

Berbuka
Dulu berbuka bila makanan dah sedia nad la orang pertama duduk dekat meja..hahhaha..berbuka dengan keluarga..makanan macam-macam..sekarang berbuka dengan suami , berdua sahaja dan makanan takdela banyak sangat sebab duduk berdua je kan..kang beli lebih membazir pulak..walaupun hakikatnya kami berdua kuat makan. Kalau dapat event berbuka dekat luar mesti ajak suami sekali..jadi mana-mana sekarang dengan suami je..aummm..

Berterawih
Dulu berterawih dengan mak sekarang dengan suami. Pergi ke surau bersama suami. Suasana itu memang berbeza dengan orang yang berbeza.

Perasaan selepas menjadi isteri memang berbeza..semuanya isteri kene buat.suami membantu mana yang patut je..hehhe..nak raya ni lagilah excited nak mengemas nak bershoping..nak meriahkan rumah ni yang dulu suram.




TUJUAN AL QURAN DITURUNKAN

in , by Nadia Johari, 16:31:00
hai assalammulaikum




Tujuan Al quran Diturunkan - Marilah kita bersama-sama membaca dan metelaah Al-Quran di masa lapang, sambil membaca Al-Quran di dalam bahasa Arab, marilah kita sama-sama memahami maksud Al-Quran dalam bahasa Arab itu. Tetapi dalam pada itu adalah diingatkan untuk memahami ayat yang tersirat maksudnya adalah perlu kita rujuk kepada ustaz-ustaz tafsir atau kitab tafsir muktabar.

ISTERI NAIK HANTU

in , , by Nadia Johari, 16:17:00
hai assalammulaikum

Isteri Naik Hantu - Keganasan seorang isteri semakin menjadi-jadi..kehormatan terhadap suami sudah tidak diendahkan..dasyat sungguh perempuan zaman sekarang. Bilangan lelaki dera semakin meningkat..adakah isteri pernah amik taekwando atau suami dia seorang yang lemah..itu nad tak tau la..isteri sekarang makin berani kerana isteri sudah hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,..keganasan ini berlaku disebakan faktor kewangan, curang dan perselisihan faham.. Isteri boleh gunakan kekerasan apabila lelaki menunjukkan belang dia..time dia nak pukui hangpa..time ni la hangpa leh bantai dia balik..hahhaha...tu baru betuii..




Harian metro hari ini..kes bila isteri naik hantu disebabkan kewangan. Selalu kita dengar lelaki pukul isteri,kalau isteri pukul lelaki apa mau kata..dunia sekarang lelaki perempuan sama saja..

Dan tiba2 nad pun cakap dekat suami..
Isteri : meh saya g dera abang..
Suami : sayang nak dera abang..jangan main-main..
Isteri : ok dah boleh agak dan tersenyum
Suami : pikir dua tiga kali dulu nak dera mafia ni..kalau dapat laki yang selalu sebut "hey..hey kau" leh la sayang pukui..
Isteri : dah gelak besar..ahhahah

Walaupun aku ni nampak rockers nampak mulut asyik nak menang je bila cakap tapi ngan suami...ermm..terkaku..hahhaha...mafia dowhhh..

MENU BERBUKA DI BULAN RAMADHAN-SEAFOOD

in , by Nadia Johari, 23:50:00
hai assalammualaikum

Menu Berbuka Di Bulan Ramadhan: Seafood - Nad memang suka sangat-sangat dengan seafood. Orang cakap hantu seafood la. Lagi-lagi udang dan ketam. Tapi tak pernah lagi makan lobster..teringin oo..dengan isinya yang banyak..penuh..dapat makan memang tak hingat benda lain dah..hehhe..Nampaknya bukan nad sorang je suka seafood, laki den juga suka..hahha..senang hidup sebab suami isteri jenis melantak..hahhaa..kalau makanan seafood seperti udang dan ketam kami berdua memang suka bergoreng, kalau masak berlauk guna ikan dan  makanan seafood yang lain.



Amboi banyaknya lauk..duduk berdua tapi macam duduk beramai je..hehe..nak bagi suami kenyang..hehhe...Hari ini berbuka nad masak ikan masam manis, udang berempah, ketam goreng dan sayur. Ayam percik tu en jejaka mafia pergi beli dekat bazar sebab semalam isterinya cakap nak ayam percik tapi semalam tak dapat jadi die carila hari ni..oh sweetnyer my husband..sejak jadi isteri ni best pulak main masak-masak..hahaha..tu lebih masak ni..kihkih..Kami berdua ni kuruih je tapi makan banyak pulak..hahaha.a.da sakanke..kihkih..takdokla..lauk ni kalau lebih boleh buat untuk sahur..tak membazir..

Alhamdulillah..kenyang sudah...


HADIAH COLLECTION MAKE UP DAH SAMPAI

in , by Nadia Johari, 16:46:00
hai assalammualaikum

Collection Makeup - Perempuan dengan makeup memang tak boleh dipisahkan. Makeup dah sebati dalam diri perempuan sebab tanpa makeup perempuan tidak akan rasa gembira dan akan kelihatan pucat. Dengan makeup la perempuan nampak anggun tapi kalau makeup tebal nampak macam hantu..hahaha.. Nad pulak jenis suka mekap simple dan nampak natural. Makeup nad guna hanya bedak compact, eyeliner dan foundation..itu sahaja..tapi kalau ade function nad tambah dengan gincu dan maskara. Nad memang tak reti pakai blushing sebab nampak macam badut..siyesly.hehe..ok melalut dah nad ni..sebenarnya nad aritu ade pergi event makeup keluaran terbaru iaitu Collection Makeup. Collection makeup merupakan makeup luar negara yangbtelah masuk ke Malaysia. Collection makeu memberikan keyakinan untuk bereksperimen dengan warna, halus atau berani, untuk mewujudkan lihat solek mengatakan "Ini adalah saya dan saya menyukainya" wanita.

Gambar terpilih



Masa nad pergi ke event tu, biasalah mesti nak bergambar sakan dan upload dekat laman sosial. Lepas tu sekarang mesti nak kene hastag kan. Nad pun giler bergambar..hahaha..nak buat tu bergambar..nak buat ni bergambar. Kalau nak pose tu, mesti pose macam model..kahkahkah..verangan je..tapi tak sangka la pulak gambar pose yang ntah ap-ape tu terpilih sebagai pemenang gambar untuk Instagram..kihkihkih..dan kalau korang semua tengok semua pandang kamera ,cek sorang je pandang tepi..kahkahkah..tu la rezeki namanya..kihkh..nasib nad tak pkse maut kang mengalahkan duta collection makeup iaitu Nelydia Senrose..kihkhkih

Collection Makeup



Ni la hadiah yang nad terima. Pagi-pagi abang posmen dah hantar. Nad dapat foundation, lipgloss, blushing dan eyeliner.  Terima kasih Collection Malaysia sebab pilih gambarku..hehe..
Didapati : Watson

AL-FATIHAH BUAT DATUK SHARIFAH AINI

in , by Nadia Johari, 05:59:00
hai assalammualaikum

Al-Fatihah Buat Datuk Sharifah Aini - Pagi ini dikejutkan dengan berita kematian seorang penyanyi yang terkenal dan hebat iaitu Datuk Sharifah Aini.Patut nad dah lama tak dengar pasal dia dekat televisyen. Lama juga die tak keluar dekat tv.Tup-tup pagi ni jejaka mafia yang cakap Datuk Sharifah Aini dah pergi ke rahmatullah..Mulanya NAd tak percaya, tapi pagi ni ramai yang post, jadi betul la tu. Al-Fatihah untuk arwah.



"Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar. Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin." sumber

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2