hai assalammualaikum

Tidur Lena dengan Baju Tidur Raja Ema - " Oh Sayang , Engkaulah Jejaka Idaman, Aku Yang Menanti, Menyanyangiiii "...wah gitu..kauu..nyanyi dulu baru ade feeling nak buat entry ni..hahahha...siap pasang lagu lagi...hahaha..tau tak lagu apa ni..lagu ni sesuai la dengan produk yang nad nak kongsikan..hehee...Lagu bertajuk " Jejaka Idaman" yang dinyanyikan oleh Raja Ema..


Raja Ema merupakan pelakon dan penyanyi yang mempunyai suara yang merdu dan wajah yang cantik walaupun umur sudah meningkat. Nak tau rahsia kecantikan Kak Ema kenela tanya dia sendiri..hehee..nad jumpa die semasa Sidang Media OMG Fest 2014... Mempunyai senyuman yang manis, periang dan peramah. Best bila tengok dia dah bercakap, sebab bila die bercakap dia akan tergelak..hehe..kita yang dengar ni pun suka je...

Lenannyaaa tidur dengan baju Raja Ema.....
Kebanyakan artis sekarang dah mula berniaga untuk cari pendapatan sampingan sedikit. Macam-macamla artis jual dari pakaian, makanan dan produk kesihatan, tapi bagi Raja Ema, berlainan sedikit bila dia terfikir nak jual baju tidur...you see..ade ke orang nak jual baju tidur macam kak Ema buat...ko ingat baju tidur ada satu pesen je ke..." Tiada lagi baju kelawar, tukarla kepada baju tidur yang bercorak ni"...heheheheheh...


Dapatla nad satu baju tidur kak Ema ni..tapi sedihh siotttt, takde saiz nad..baju tidur ni ikut saiz, diesebabkan aku kecik comel, saiz S dah habisss...huaaaa...takpe...demi nak mencuba baju kak Ema, nad amik saiz XL sebab nak bagi kat mak..hehehee...sebelum tu nad cuba dulu..hahaa.sebab nad tak dapat baju tidur ni...takpe kalau sempat pergi OMG FEST 2014 nanti. nad nak beli baju tidur ni..sebab masa ni ade sale..hehe..90%..ehhe..Kak Ema akan berniaga di sana dengan beberapa artis lain.. nad dapat pakai baju jele...seluar besar sangat...wah, warna merah gitu kauuuu... bulat kang mata ayah nad bila tengok mak pakai baju ni kang..hahahahaha....silap-silap mak pulak nyanyi lagu "Jejaka Idaman " dekat ayah...hahaha.....tak sabar nak bagi dekat mak...



Baju ni siap dengan seluar, satu set dan pelbagai corak dan warna yang ada. Baju yang diperbuat daripada kain satin, lembut dan sejuk..laki kau rasa pun peluk taknak lepas...hahaahha..aummmmm....oopssss..dan baju ni tak ketat pun..selesa je pakai...


Kalau korang nak, korang boleh pergi ke 
OMG FEST 2014 (SINI )
Intagram : @rajaemasleepwearcollection

macam-macam pilihan ada...semoga kak Raja Ema terus success...
hai assalammualaikum

Wonder Glow Membantu Mengatasi Masalah Kulit Muka - Wonder Glow adalah produk kecantikan yang membantu menyelesaikan masalah kulit muka. Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd telah memulakan perniagaan pada tahun 2010 dengan  seterusnya mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perniagaan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan pelbagai produk kecantikan seperti krim pemutih, krim anti penuaan, krim kecantikan wajah, dan minuman kecantikan dari dalam.

Produk Terbaharu Wonder Glow

Ini adalah antara produk keluaran wonder Glow. Produk TERBAHARU keluaran Wonder Glow. (Sebelum ini telah ada lebih 30 produk lain). 

1). Wonder Glow Black Series -  Terdiri dari 3 set penjagaan wajah:
 -  Wonder Glow White Diamond Set  
 -  Wonder Glow Gold Black Set  
 -  Wonder Glow Silver Black Set

a) Wonder Glow White Diamond Set



 RM130.00

 KANDUNGAN SET:

  1. WONDER GLOW DAY WHITE DIAMOND SERIES
  2. WONDER GLOW NIGHT WHITE DIAMOND SERIES
  3. WONDER GLOW BAR SOAP DIAMOND
MANFAAT PRODUK:
  • 10x kesan pencerahan dan vitamin C.
  • 45++ SPF - Iaitu mengawal cahaya matahari yang sangat terik sebanyak 45 kali ganda, sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada cahaya matahari selama 5 - 6jam.
  • Mencerahkan dan menyerikan wajah.
  • Menghilangkan pigmentasi yang tebal.
  • Menghapuskan jerawat dengan berkesan
  • Mengecilkan pori - pori wajah
  • Menghaluskan kulit secara semulajadi
  • Anti Penuaan dan Awet muda yang unggul
  • Mengandungi kombinasi hebat 'glutathione vitamin C infusions' dan collagen agar kulit sihat bercahaya dan bersinar.
  • Diperkaya dengan AHA untuk memperbaharui sel kulit mati dan menjadikan kulit cerah dan bersinar.     

b) Wonder Glow Gold Black Set


                                                                  

   RM120.00

KANDUNGAN SET:

  1. WONDER GLOW DAY GOLD SERIES
  2. WONDER GLOW NIGHT GOLD SERIES
  3. WONDER GLOW BAR SOAP GOLD
MANFAAT PRODUK:
  • 5x kesan pencerahan dan vitamin C.
  • 35++ SPF iaitu mengawal cahaya matahari yang sangat terik sebanyak 25 kali ganda, sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada cahaya matahari selama 4 - 5 jam.
  • Mencerahkan dan menyerikan wajah.
  • Menghilangkan pigmentasi yang tebal.
  • Menghapuskan jerawat dengan berkesan
  • Mengecilkan pori - pori wajah
  • Menghaluskan kulit secara semulajadi
  • Anti Penuaan dan Awet muda yang ungul
  • Mengandungi kombinasi hebat 'glutathione vitamin C infusions' dan collagen agar kulit sihat bercahaya dan bersinar.
  • Diperkaya dengan AHA untuk memperbaharui sel kulit mati dan menjadikan kulit cerah dan bersinar


c)  Wonder Glow Silver Black Set


RM99.90

KANDUNGAN SET:

  1. WONDER GLOW DAY SILVER SERIES
  2. WONDER GLOW NIGHT SILVER SERIES
  3. WONDER GLOW BAR SOAP GOLD
MANFAAT PRODUK:
  • 3x kesan pencerahan dan Vitamin C.
  • 25++ SPF iaitu mengawal cahaya matahari yang sangat terik sebanyak 25 kali ganda, sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada cahaya matahari selama 4 - 5 jam.
  • Mencerahkan dan menyerikan wajah.
  • Menghilangkan pigmentasi yang tebal.
  • Menghapuskan jerawat dengan berkesan
  • Mengecilkan pori - pori wajah
  • Menghaluskan kulit secara semulajadi
  • Anti Penuaan dan Awet muda yang unggul
  • Mengandungi kombinasi hebat 'glutathione vitamin C infusions' dan collagen agar kulit sihat bercahaya dan bersinar.
  • Diperkaya dengan AHA untuk memperbaharui sel kulit mati dan menjadikan kulit cerah dan bersinar


 2) Wonder Glow V-Shape Serum



Fungsi Serum V-Shape:

  1. Membentuk wajah lebih tirus dan v-shape
  2. Kulit menjadi lebih glowing
  3. Memadamkan cela parut di wajah dengan berkesan
  4. Meresap jauh ke lapisan kulit untuk menjadikan kulit lebih anjal, tegang & lebih muda berseri.
Cara penggunaan:
  • Sapukan dengan rata serum v shape tersebut ke wajah anda. Cara sapuan hendaklah disapukan keatas untuk mempercepatkan proses serum masuk ke dalam liang roma.
  • kesan akan terlihat selepas 7 hari dengan pemakaian yg kerap, jika penjagaan makan dan pendedahan kepada cahaya matahari terkawal, kesannya akan lebih menyerlah.
  • Seeloknya dipakai pada waktu sebelum tidur atau waktu pagi selepas muka dibasuh bersih.
  • Pakai sebelum krim malam atau siang (jika ada).
  • Cuci selepas 6 jam
Kandungan : - Ekstrak guarana, Zingiber zerumbet and persimmon :

  • Membantu pelepasan lemak berlebihan
  • Membantu mengalirkan cecair yang berlebihan
  • Mengekalkan ketegangan kulit
- Vitamin A, C, & E.
- Collagen.


Kenalpasti barangan asli daripada Wonder Glow

Highlight terdapat produk tiruan Wonder Glow. PASTIKAN PELEKAT HOLOGRAM DI BAHAGIAN BELAKANG KOTAK UNTUK MEMASTIKAN PRODUK ORIGINAL DARI WONDER GLOW COSMETICS


Testimoni daripada pengguna 


Ramai yang dah cuba dan menunjukkan perubahan yang positif.








Sesiapa yang ingin jadi agen 


WONDER GLOW Cosmetics Malaysia Sdn Bhd sedang mencari printis dan bakal usahawan untuk menjana pendapatan lumayan dengan menjadi  Stokis Negeri, Sub Stokis, Agen Kiosk, dan Agen Mobile untuk  produk kecantikan kami. Stokis dan pengedar tunggal dicari seluruh Malaysia! Kami mengeluarkan super krim penyeri ultra yang sungguh berkuasa 10 kali ganda! Krim ini mampu menjadikan wajah anda cerah berseri dan putih bercahaya dengan semulajadi. Ia merupakan krim penyeri wajah yang pertama di Malaysia. Kami jamin 100% krim ini dapat menandingi produk pencerahan yang berada dipasaran! Inilah krim yang ditunggu-tunggu oleh semua wanita dan juga jejaka!



Lebih lanjut boleh layari  http://www.wg.com.my/agent-registration

Waktu Urusan Pejabat

Isnin hingga Sabtu,
9.30pagi - 8.30malam sahaja.
*Harap maaf jika selain dari waktu yang tertera diatas tidak akan dilayan.

Untuk Sebarang Pertanyaan:
HQ - [07-7766358]
CARELINE - [016-7995808]

"Perhatian kepada semua ejen yang telah berdaftar, untuk menjaga kualiti produk Wonder Glow Cosmetics, jika pihak ejen telah menerima produk yang mempunyai masalah, hendaklah memberitahu kepada pihak HQ dan juga memulangkan semula produk yang bermasalah tersebut sebaik - baiknya sebelum 3 hari tempoh selepas barangan diterima. Jika lebih dari tempoh 3 hari tersebut pihak ejen gagal memulangkan semula, proses penukaran tidak akan diterima."



Keterangan lanjut boleh layari Wonder GLow
Twitter : WONDER GLOW
Instagram : WONDERGLOW_MALAYSIA

CRAZY RAYA SALES OMG FEST 2014 KEMBALI LAGI

in , by Nadia Johari, 07:13:00
hai assalammualaikum

Crazy Raya Sales OMG Fest 2014 Kembali lagi - Siapa suka shopingg..angkat tangann!!!..mari..marii..nad ada satu berita baik untuk mereka yang suka bershoping. Korang mesti suka tempat ni sebab pelbagai pakaian dan makanan yang akan dijual di sini dengan harga yang berpatutan.. OMG Fest kembalii...Dekat mana!..dekat manaa!...ok sabar...ia akan diadakan di Shah Alam.


OMG Fest 2014 akan kembali dengan tema OMGFest Crazy Raya Sales -Part 2 yang lebih meriah dengan bermacam aktiviti...OMG Fest diadakan bagi memberi peluang kepada peniaga online untuk berniaga dan memperkenalkan produk mereka kepada orang awam. OMG Fest part 2 akan menghimpunkan lebih 200 peniaga-peniaga online dengan produk-produk terkini pakaian, kosmetik dan makanan.




Lebih 20 orang artis akan turut serta....!!!!!!
Antaranya Catriona Ros, Raja Ema, Mawi dan Ekin, Bienda, Zarina Zainuddin, Saida Dan Sairah, Aida Rahim, Afdlin Shauki, Arja Lee, Aida Aris, Nadia Mustafa dan Ramai Lagi

Membeli sambil menderma, itulah sokongan kita kepada rakyat Palestine yang sedang bertarung demi mempertahankan negaranya. Bantu antara satu sama lain, hasil jualan akan didermakan kepada TABUNG GAZA. OMG Fest ( Oh Must Go Festival ) telah dilancarkan dengan kerjasama Muslim Care Youth dan Appslippers Pioneer akan mengadakan pertunjukan fesyen yang bertemakan " Gaza Fashion Expression ". .




Bagi mereka yang suka menyelam, khas untuk wanita muslim, anda boleh melakukan aktiviti ini kerana anda tidak perlu risau lagi dengan aurat, atau malu untuk menyelam kerana hanya perempuan sahaja yang menyelam tiada lelaki dan aurat juga terjaga. Mari sertai Muslimah Diver , khas untuk penyelam muslimah yang mementingkan aurat. Muslimah Diver juga turut bekerjasama dengan OMG Fest kali ini. Satu penyerahan bendera Gaza akan dibawa turun ke dasar laut di Pulau Tioman pada 15 dan 16 September.

Menurut Pengaraha Urusan OMG fest Ventures, Liza Baharum, sasaran utama acara ini bukanlah sahaja untuk mendekatkan para usahawan online dengan pembeli malah untuk membantu melebarkan perniagaan mereka melalui " Business Matching" dimana dapat mempelajari mengenai bagaiman penagwasan kewangan, pemilihan harga produk serta baudget pemasaran bagi menstabilkan perniagaan jauh lebih depan.


JOM DATANG BERAMAI-RAMAI!!!!!

28 September 2014 ( Ahad )
10 pagi hingga 9 malam
Dewan Raja Muda, Kompleks Belia & Kebudayaan Seksyen 7 Shah Alam

Oh Must Go Festival akan berada di beberapa bandar utama bermula di Johor Bahri, Pulau Pinang, Kelantan dan berakhir di Kuala Lumpur untuk mempromosikan acara ini.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah hubungi Dazrina (012-4269280) atau 
Lieza (019-2796275).

MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR PERAK

in , , by Nadia Johari, 22:37:00
hai assalammualaikum

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Perak - Lepas je kenduri belah lelaki dah selesai, nad sekeluarga dan saudara bergerak nak pulang. Sebelum balik sebenarnya nak jugak tau apa tempat menarik di Perak ni, tapi malangnya tak sempat. Jadi saudara nad cadang pergi ke Kuala Kangsar untuk singgah di satu masjid ni untuk menunaikan solat. Pertama kali nad datang masjid ni, sangat cantik dan besar. Nama masjid ni ialah Masjid Ubudiah.




Masjid Ubudiah merupakan antara masjid tercantik di Malaysia dan senibinanya amat mengkagumkan. Ia antara mercu tanda Kuala Kangsar, bandar diraja Perak.

Masjid ini dikatakan telah dibina sejak zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah 1 lagi, iaitu pada tahun 1910. Namun, pembinaannya tertangguh apabila dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris Shah dan Raja Chulan bergaduh dan menyebabkan semua jubin marmaryang diimport dari Itali itu pecah.


 Sehinggalah pada Tahun 1917 barulah masjid  ubudiah dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada Tahun 1916.  Perbelanjaan pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM220,000.00




Terdapat sejarah mengenai Masjid Ubudiah ni. Semuanya ada diceritakan diatas batu ni.







Masuk je ke dalam masjid, Masyallah, cantik dan luas dengan cahaya lampu yang menyinari setiap ruang.Tambahan pula,Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil  yang berwarna keemasan itu memang cukup menarik. Ruang solat ini juga turut dilengkapi dengan penghawa dingin bagi menambahkan keselesaan para muslimin dan muslimah yang berkunjung untuk beribadah disini.




Masa mula-mula masuk, nad tak perasan ada kolam ni, bila habis solat je dan keluar baru nad perasan. Cepat-cepat nad suruh anak buah amik gambar. Kolam ini dilengkapi air pancut yang memberikan kedamaian kepada pengunjung.



Di sebelah masjid terdapat makam-makam diraja dan kerabatnya. 

CPUV NUFFNANG : JACOB'S SIMPLE PLEASURE

in , by Nadia Johari, 13:26:00
hai assalammulaikum

CPUV Nuffnang: Jacob's Simple Pleasure - Kalau time bekerja, setiap pagi kene bersarapan,sebab bila kerja, perlu ada tenaga lebih. Jadi setiap pagi nad akan minum air milo dan makan biskut Jacob's. Bila hati senang nak buat kerja pun senang..hehee.. Kadang-kadang malas nak keluar pergi beli makanan, makan biskut Jacob,s pun kenyang.

Sebenarnya nad cek nuffnang tadi dan ternampak keluar CPUV Jacob Simple pleasure ni..hehe.. Terima kasih nuffnang. Kalau nampak iklan tu rajin-rajinla tekan ok..hehe


Oh Jacobs ade buat contest la.. nak tau lebih lanjut boleh layari facebook Jacobs Malaysia


hai assalammualaikum

Chalet Air Panas Pengkalan Hulu Di Perak - Jumaat lepas nad dengan keluarga serta saudara pergi ke Perak untuk menghantar pengantin perempuan bagi meraikan persandingan belah lelaki pulak. Hari persandingan belah lelaki dibuat pada hari sabtu, tapi kami bertolak pada hari jumaat disebabkan perjalanan yang agak jauh. 

Perjalanan daripada Klang ke Pengkalan hulu mengambil masa 7 jam, memang tersangat la lama oiii.. Punggung ni dah naik lebam, kepala pulak berpusing sebab laluannya macam nak pergi cameron. Pengkalan Hulu ini dan letaknya di hujung Perak, sempadan dengan Kedah dan Betong,Thailand.

hai assalammualaikum

Yalabest Festival 2014 Di Tasik Titiwangsa - Maaf baru nak update..hahaa..Yalabest Festival telah diadakan tiga hari berturut-turut di taman tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.  Nad dapat pergi sebab ari jumaat tu ada pulak kenduri kawin jiran belah suami buat dekat situ. Selepas habis pergi kenduri kawin nad pun ajak jejaka mafia singgah ke festival Yalabest ni. Yalabest Festival merupakan pesta Thailand, dimana kita dapat mengetahui tarian dan makanan tradisional mereka. Selain itu juga terdapat barangan daripada thailand yang boleh kita beli. Kebanyakan yang jual pun datang daripada Thailand. Nad kene la cakap satu-satu dalam bahasa melayu, sebab cakap laju diaorang jadi blur, tak paham..hahahaha..

Pelbagai persembahan tarian Thailand yang diaorang tunjukkan dekat atas pentas dengan muzik Thailand. Nad tak tengok sangat tarian tu, nad pergi dekat jualan..hahaha.. target sebenar nak pergi cari somtam..yippi..

Pelbagai makanan yang ditunjukkan, daging ni jejaka mafia yang nak. Sebelum beli dia ada bagi tester untuk kita rasa. Kalau sedap belilah, kalau tak sedap tak beli. Kadang-kadang saje nak rasa..ahhahaa... 

Daging ni diletak di dalam buluh, lepas tu dibalut dengan kertas berwarna silver then dipanggang. Macam tu la orang yang jual tu cakap. 

Sebab sedap jejaka mafia pun beli. Satu je tak sedap, sos die..heheheh..Comey orang thailand tu..hehe



Tengah jenjalan tengok apa yang ade lagi, kitaorang tertarik dengan orang yang buat air ni. Semua jenis air ada dan semua jenis air die buat macam teh tarik kau..hahaha.. Milo pun jadi milo tarik. 

Berjoget- joget orang tu buat air tarik..hahaha..tengok mata ku sampai bulat minum hah..ahha

Yeahh akhirnya dapat gak jumpa Somtam. Nyumm...nyummm..ada pelbagai jenis somtam, tapi nad pilih mangga dan pedas. Tak pedas tak ermmm la kann.. 

Nad mula suka somtam lepas layan cerita cerita orang putih yang pergi ke Thailand, lepas tu terserempak dengan budak Thailand ni yang suka mencuri. Bila orang putih ni makan Som Tam terus dia jadi kuat..hahaa..hah penah tengok tak.. 



Som tam ni diperbuat daripada pelbagai jenis bahan yang ditumbuk di dalam lesung besar..sekali makan melilih seh..


MALAM JUMAAT..HEHEEHEHE

in , by Nadia Johari, 02:14:00
hai assalammualaikum

Malam Jumaat - kalau dulu kecik-kecik kalau malam jumaat mesti takut sebab kita pikir malam hantu..hehehe..yela dekat tv pun tunjuk cerita hantu memanjang. Mak sakat..abang sakat..sebut hantu..kawan pun dok cerita hantu..Tapi bila kawin lain pulak ceritanya...hahahaha..lagi-lagi kawan..haishhh..paham-paham jela..wakakaakka..gilo betul..ok bye..malas nak cerita panjang-panjang lagi.walaupun blog ni biru, ceritera si gadis biru tapi takde kisah blue ok..hahahaa...goodnite..pandai bapak ajar anak ye dalam gambar tu..heheh
hai assalammualaikum

Tema Merdeka : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Lagi dua hari kita nak sambut kemerdekaan. Diam tak diam dah 57 kita menyambut kemerdekaan. Bila kita kenang kembali bagaiman rakyat pada masa dahulu bertukus lumus memerangi penjajah dan berusaha memerdekan negara. Rundingan demi rundingan oleh orang atasan dilakukan untuk memerdekan negara. Semangat nasionalisme mereka sangat kuat demi mempertahankan negara. Dan sekarang lihatlah, Inilah Malaysia, hidup dengan pelbagai kaum, pelbagai adat dan pelbagai bahasa. semoga Malaysia terus aman hendaknya.

"Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"..itulah tema bagi kemerdekaan 57 kali ini. Serangkap ayat yang diambil daripada lagu Allahyarham Sudirman "Warisan". Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarham Sudirman. Seorang penyanyi yang tersohor ketika dulu dan membuat konsert di Chow Kit Road dihadiri oleh beribu orang. Suaranya yang sedap, membuatkan dirinya dikenali oleh semua orang. Bila tengok video Allahyarham menyanyi , cara dia menyanyi tu seolah-olah dia berada di tempat itu dan dia menghayati lagu itu dengan sebaiknya. Seperti lagu " Tanggal 31 ",  Lagu itu menjadi popular sehingga hari ini disebabkan kehebatan Allayarham membawa lagu tersebut.

Satu ayat nad amik dekat blog seorang kawan. 

"DI SINI, di tanahair tumpah darahku ini..lahirnya sebuah cinta nan murni abadi lagi sejati. Di sini tersemai rasa cinta yang bercambah, mekar berkembang laksana pokok bunga yang berbaja - menjadi WARISAN.

Andaikata aku terbuang tak diterima...
Andaikata aku disingkirkan akibat perbuatan anasir-anasir 'pemecah-belah' negara!"
 



Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan



( korus )



Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini



Betapa...

Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki



Aku...

Bukanlah seorang perwira

Gagah menghunus senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini



Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan





Salam kemerdekaan yang ke 57 nad ucapkan. Semoga negara kita terus aman dan tiada anasir luar yang boleh mengoncangkan keharmonian kita. Tetapkan iman dan kuatkan hati supaya kita tidak terpengaruh dengan nasir luar. 
<
hai assalammualaikum

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Slot Akasia Di TV3 - Akasia merupakan sebuah slot di TV3 yang memaparkan pelbagai drama Melayu berbentuk telenovela atau sinetron/lipur lara. Slot ini mulai disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 hingga 8.00 malam. Masa ni la semua lekat dekat rumah nak layan cerita..hehhehe.. 

Sekarang cerita Slot Akasia ni banyak diambil daripada novel. Mungkin tak diambil sepenuhnya daripada novel. Muncul terbaru akan datang " MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA " bakal muncul di kaca tv anda menggantikan RINDU AWAK 200%.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2