hai assalammualaikum
Check Kali Kedua Sekali Cek Gigi - Dah kali kedua check up, kali pertama masa sekali buat buku pink tu..entry dekat SINI. Pastu buat appoinment untuk check up kali kedua pada 13/5/2015. Check up kali kedua takde lama macam check up pertama, sebab sampai je klinik kesihatan ibu dan anak tu, terus p kaunter cakap check untuk kali kedua, terus dia suruh masuk bilik, letak buku pink tu je..haha..nombor giliran tetap ada kau. Masa tu orang pun tak ramai..nombor giliran pun dipanggil.
Macam biasa dia akan cek ujian air kencing dan berat. Kali ni tak ambil darah dah. Lepas tu baring, ukir lagi perut dan dengar denyutan jantung baby. Alahai, happy bila dengar denyutan baby..dup dup lajunya..harap-harap anak mummy sihat. Lepas tu terus dia rekod dekat buku pink dan selesai. Next appointment sebulan kemudian. Tapi sebelum keluar dia cakap dah boleh cek gigi sebab dekat buku pink tu kene ada doktor gigi tulis. Nad pun ikutkan je kata nurse tu..
Sudah lama tak pergi cek gigi ni ha. Nak p klinik gigi pun dok pikir berkali-kali..hahah..tapi dah nurse suruh, nad pun memang nak cuci gigi ni yang dah berkarat ni, baik buat. Dah alang-alang free kan. Hah dekat sini yang kene tunggu lama walaupun orangnya tak ramai. Yela doktor cek gigi mesti lama..bukan cek macam orang demam tu..habis sudut gigi dia cek.. Nampaknya tak dapat lari dari cek gigi ni. Memang seriau bila dengar mesin tu...hahaa..
Sampai giliran, alahai lama tak nampak barang-barang cek gigi tu..hahaha..nampak sangat lama nor tak pergi klinik gigi. Bau dia pun dah lama tak bau..haha..doktor gigi pun tengok gigi nad dah berkerak banyak..haha..jadi nad nak cuci terus..memang dah lama nak bersihkan gigi ni. Sekali mesin masuk dalam mulut, ayoyoyo..ngilu..dengan bunyi dia yang ngeenngg..ngeengg..ngeengg tu..habis setiap sudut doktor tu kasi cuci licin. Sampai sekrang masih terngiang-ngiang bunyi mesin tu. Macam masih ada dekat mulut lagi..hahahha..tapi bagus jugakla cek gigi ni, siap cuci, bersih balik gigi ni.
Nad ada baca artikel dekat SINI berkenaan cek gigi. Untuk awal trimister hanya boleh cek sahaj atau cuci. Kalau nak cabut atau tampal tunggu kandungan 7 bulan ke atas..takut-takut ada effect kat bayi.
Kesihatan pergigian yang sempurna ketika mengandung adalah penting untuk memastikan ibu dan anak dalam kandungan sihat. Walau bagaimanapun, perubahan hormon dan cara pemakanan ketika mengandung boleh meningkatkan risiko kepada penyakit pergigian.
Bagaimana Mengandung Boleh Mempengaruhi Kesihatan Pergigian Anda?
- Perubahan hormon semasa mengandung boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit gusi melalui penggalakan pembiakan bakteria jika mulut tidak bersih.
- Alahan semasa mengandung (seperti mabuk, muntah-muntah dan pening) menyukarkan proses memberus dan memflos gigi. Ini memberi risiko kepada penyakit pergigian terutama penyakit gusi dan gigi berlubang.
- Persekitaran asidik (dari muntah dll ) melarutkan lapisan luar gigi dan meningkatkan risiko gigi berlubang.
- Perubahan tabiat pemakanan seperti mengidam makanan-makanan manis dan asam ketika mengandung juga meningkatkan risiko gigi berlubang.
Apa Itu “Pregnancy Tumours” Atau Epulis?
- Ketumbuhan dan benjolan sekitar gigi dan gusi yang terjadi ketika mengandung
- Mudah berlaku ketika mengandung kerana perubahan hormon yang menggalakkan pembiakan kuman jika mulut kotor.
- Ciri-ciri epulis - ketumbuhan seperti barah dan mudah berdarah bila disentuh
- Berlaku di bahagian gigi dan gusi yang kotor atau berpenyakit
- Ketumbuhan ini biasanya dikeluarkan secara pembedahan kecil.
Bolehkah X-ray Diambil Ketika Mengandung?
- Sebaik-baiknya, pengambilan x-ray patut dielak ketika hamil kecuali dalam keadaan kecemasan dan diperlukan .
- Sekira x-ray perlu diambil, pemakaian apron berplumbum diwajibkan untuk melindungi bayi dari sinaran-X.
Bolehkah Kesihatan Mulut Mempengaruhi Kandungan?
- Sebarang penyakit umum termasuk penyakit pergigian yang dihidapi boleh memberi risiko terhadap kelahiran bayi pramatang dan kurang berat badan .Oleh itu kesihatan pergigian harus dijaga dengan baik.
- Setelah bayi dilahirkan , mulut ibu yang tidak bersih mendedahkan bayi kepada risiko penyakit pergigian.
- Kuman-kuman dari mulut ibu mudah berpindah melalui
- perkongsian sudu
- ciuman
- menyejukkan makanan bayi di dalam mulut ibu
- hembusan nafas sebelum menyuap bayi.
Langkah-Langkah Menjaga Kesihatan Pergigian Ketika Mengandung
- Pemeriksaan pergigian
- Lakukan lawatan ke klinik pergigian untuk pemeriksaan gigi di awal peringkat kehamilan
- Dapatkan khidmat nasihat dari doktor tentang penjagaan pergigian sepanjang kehamilan
- Rawatan pergigian boleh dilakukan sepanjang kehamilan tetapi dinasihatkan selepas 3 bulan kandungan.
- Jaga kebersihan mulut
- Bersihkan kawasan gigi dan gusi dengan baik sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Gunakan berus yang lembut atau sederhana lembut dan saiz berus gigi yang sesuai dengan saiz mulut anda.
- Gunakan ubat gigi mengandungi fluorida (untuk dewasa)
- Bersihkan celah-celah gigi dan gusi menggunakan flos.
- Pilih makanan yang sihat
- Kurangkan makanan yang melekit dan bergula
- Pilih makan buah - buahan mengandungi serat
- Elak minuman berkarbonat dan mengandungi asid
- Pastikan diet mengandungi kalsium dan fosforus
- Nasihat sekira mengalami alahan (muntah-muntah)
- Makan makanan sihat dalam kuantiti kecil sepanjang hari
- Gunakan kumuran berfluorida untuk melindungi gigi dari serangan asid
- Berkumur dengan air atau campurkan air dengan serbuk penaik (soda bikarbonat) selepas muntah untuk mengurangkan kesan asid dalam mulut
Harap jadi rujukan. Cek gigi ni dibuat enam bulan sekali atau setahun sekali. Tu yang doktor gigi tu cakap dengan nad..