hai assalammualaikum

Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak Dan Wanita ( Muslimah ) Bersama Akademi SwimRush - Nad tau, mesti ramai yang ingin belajar berenang. Siapa yang tak suka berenang kan? Nad sendiri, ada keinginan nak belajar berenang, nak buat gaya kuak lentang, belajar pernafasan dan macam-macam lagi. Seronok tengok orang yang pandai berenang tu. Kita kalau mandi dekat swimming pool, mandi kaki dekat bawah je..hahaa. Bila cuba berenang, naya tenggelam..hahaa. Sebab tu keinginan nak belajar berenang tu ada. Bukan untuk nad je seorang, untuk anak nad si Fariza tu, nad kalau boleh nak bagi dia pandai berenang. Senang kan, bila budak kecil tau berenang. Takda kita risau sangat bila dia main dekat air.
hai assalammualaikum

Tips Atasi Masalah Kelemumur Rambut Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur - Arghh!!, gatalnya rambut. Tergaru-garu kepala sampai keluar benda putih mekelat dekat baju. Mesti korang pernah rasa kan, bila korang ada masalah rambut kelemumur. Macam tu la jadi dekat nad. Lagi nad jenis yang bertudung, rambut bertutup je. Bila berpeluh lagila haru, dengan bau kepam dia..adoiii.. Takkan selesa kalau rambut tidak dalam keadaan yang baik. Nak buat sesuatu kerja pun terganggu. Siapa yang taknak rambut sihat dan bermaya kan. Jadi ni tips yang nad nak kongsi dekat korang yang ada masalah rambut kelemumur.

Banyak tips untuk atasi masalah rambut ni..Ada cara tradisional, cara rutin harian, dan cara mudah dengan menggunakan beberapa produk sedia ada di pasaran.
hai assalammualaikum

Daging Kunyit Masakan Paling Mudah Dan Disukai Ramai - Lepas habis cuti AidilAdha, balik KL, memang malas nak buat kerja..haha..Yela mood cuti lagi katanya. Nak kemas malas, nak masak malas, tapi kena masak juga. Jadi fikir menu apa yang mudah je nak buat. Nampak daging, keluarkan daging, fikir punya fikir, hah masak daging goreng kunyit jela..hahaa.Bahan tu tak banyak mana, cuma bawang dengan daging je. Patutnya bubuh sayur kacang panjang, tapi kacang panjang takda..

Mungkin rupa biasa je, tapi sedap..hahahaa..Gila la kalau tak sedp..makan pulak dengan nasi panas-panas sekali dengan sambal belacan..hehee..


Masa post dekat facebook, semua cakap menu ni paling mudah dibuat dan sedap..ehhee..Nad belajar makan daging goreng kunyit ni pun bila kawin dengan mr mafia. Kalau tak sebelum ni memng tak pernah makanla daging goreng kunyit ni. Kalau makan dekat kedai Thailand, mesti mr mafia order daging goreng kunyit ni..

Sejak tu nad pun buat. Banyak cara la buat daging goreng kunyit. Memang nampak simple dan mudah, tapi kalau salah cara masak, mesti tak kena tekak. Macam baisalah, tengok youtube macam mana cara buat walaupun senang..hahahaha..

Mulanya nad potong daging nipis-nipis. Jadi, takyahla rebus sangat. Kemudian bubuh serbuk kunyit dengan garam. Masukkan minyak sedikit sahaja dalam 1 sudu besar. Kemudian goreng daging yang dah siap bubuh kunyit tu sehingga garing.

Nampak daging dah garing sikit, masukkan potongan bawang merah ke dalam dan gaul sekali. Gaul bagi sama rata. Dah nampak daging garing bebetul, baru angkat.

Ada orang letak cili padi nak bagi pedas. Nad sebab anak-anak nak makan, jadi tak letak..setel..boleh makan.
hai assalammualaikum

Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha, Menu Kari Daging, Ayam Berempah dan Sayur Campur - Seronok bila masing-masing berkumpul dekat rumah mak. Bila semua ada, part masak memasak, sorang ambil satu menu..hahaa. Tu yang nad suka bila balik. Masak sama-sama, takdela penat sorang-sorang. Bila dah sornag masak daging, yang sorang masak ayam. Sorang lagi masak sayur..Dapatla tiga masakan..Haritu, nad masak kari daging, kakak pulak ayam berempah, kakak ipar masak sayur campur. Kita masak senang-senang je, janji sedap..hehee..


Juadah macam ni, cukup untuk kami. Nampak sikit tapi sebenarnya banyak.Kadang orang mana ada makan banyak pu..ambil sikit-sikit..

Ni resepi nad sediakan sekali..


Resepi Kari Daging
Bahan Blender
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/3 inci halia
- 2 batang serai

- bunga lawang
- kayu cengkih
- buah pelaga
- daun kari
- serbuk kari
- santan
- air
- garam dan gula
- Daging korban

Cara memasaknya
- Blender kesemua bahan dan tumiskan sekali dengan bunga lawang, kayu cengkih, buah pelaga dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
- Bila dah bau sedap, masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air. Tumis lagi sampai naik bau.
- Masukkan daging yang telah direbus. Daging tak tau banyak mana, sebab mak nad yang sediakan..hahaa..
- Kemudian masukkan air sedikit dna biarkan..
- Bila air dah surut sikit, masukkan santan dan gaul lagi..
- Masukkan garam dan gula.
- Dah rasa agak-agak masak, boleh matikan api dan hidangkan..


Resepi Ayam Berempah..
- Ayam
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serai
- Daun kari
- Jintan putih
- Serbuk kunyit

Cara memasaknya
- Blender ke semua bahan
- Gaulkan bersama ayam dan perap sebentar
- Dah perap lama boleh goreng sehingga garing..
- Siap..


Resepi Sayur Campur
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili merah besar
- Kacang panjang
- Kobis
- Lobak
-Garam dan gula
- Kiub ikan bilis

Cara memasaknya'
- Potong ke semua bahan
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili besar dan kiub ikan bilis.
- Masukkan sayur dan gaul.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan air sedikit bagi berkuah..
- Dah lama sikit, gaul dan siap..

Hah mudah semua..hehee..korang masak lagi sedap kan..
hai assalammualaikum


Sup Tulang, Menu Pertama Selepas Dapat Daging Korban - Hari Raya Aidiladha, tempat nad biasa je. Lepas solat AidilAdha, tengok orang sembelih lembu. Lepas tu duduk la dalam rumah senyap-senyap..hahaa..Bestnya sebab adik beradik semua balik rumah mak, riuhnya dengan anak buah semua la dengan makanan..Lepas je dapat daging korban, mesti mak akan buat sup tulang. Tu la menu pertama selepas dapat daging korban.

Mak masak guna periuk biasa je. Takde pakai noxxa ke apa..Tapi pakai periuk ni memang lama la. Sebab tu lepas dapat terus mak bersihkan dan masuk dalam periuk, terus masak. Petang tu dah siap, kitaorang pun ratah je..hahaaa. Sup tulang ni memang sedap ratah je. Isi tak banyak pun, tapi tu la sedap juga. Nak resepi sup tulang ni, nad ada kongsi sebelum ni, boleh klik Resepi Sup Daging Mudah Dan Sedap.

Sebab menu ni menu pertama, sebab dia mudah nak buat..Tinggal rebus je..Bahan pun takdelah susah mana..Campak-campak dah siap. Mak tak letak banyak sayur pun. Uniknya sup ni tak pakai sup bunjut atau sup kiut ayam tu..ehehehe..hah nak tau macam mana mak nad buat, pergi klik link resepi nad bagi tu..

Sup tulang ni kalau dapat memng sikit. Jadi , kalau dah ramai-rami dekat rumah, kene la kongsi-kongsi ye. Kalau tak, ada yang merajuk tak dapat..hahha..

Banyak daging korban dekat rumah ni. Memang minggu ni makan daging jela..hehee.
hai assalammualaikum

Selamat Hari Raya AidilAdha : Cara Pembahagian Daging Korban - Selamat Hari Raya AidilAdha korang.. Harini baru balik kampung..heheh.. Tak sesak Kuala Lumpur, orang dah balik sebelum raya lagi.. Kita  balik Klang je.. Meriah kawan-kawan sambut AidilAdha,  lagi kawan dekat Kelantan.. Seronok tengok.. Raya ni, makanan dekat rumah pun meriah,  ada lontong, ayam masak kicap,  sayur lodeh dan kuah kacang. Semua adik beradik balik kampung..

Tahun ni, bawa anak-anak tengok sembelih lembu. Tahun-tahun sebelum ni tak tengok.. Biasalah ada sepupu dia,  sepupu yang ajak tengok.. Jadi kita biarkan jela dia pergi. Boleh juga, nad pun pergi tengok.
hai assalammualaikum


Meletup Drama Sweet Dreams Gara-Gara Ben Amir Ya!! - Wah, sana sini sebut nama Ben Amir ya. Dekat Facebook, Instagram, sekali whatsup group kau..dasyatt..Macam tu la bila ada pelakon yang handsome, nak pulak heroin yang cantik dan kiut, lembut bagai, memang nama akan disebut-sebut dan drama tu akan meletup, sebab semua orang nak tau siapa dia Ben Amir tu..hahhaa..

Nad ni memang jenis tak kenal sangat nama pelakon, kadang kurang layan drama. Mana yang best, memang layan la. Tapi pelakon Ben Amir ni, nad rasa dia memang pelakon sebelum ni. Sebelum ni rambut dia pendek, tapi dalam drama Sweet Dreams, rambut dia panjang. Ingatkan pelakon baru kan..huhuhu..Ben Amir mula melonjak naik selepas dia berlakon dalam drama Suri Hari Mr Pilot.


Biodata Ben Amir

Nama sebenar Ben Amir ialah Muhammad Amir Sabaruddin merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2011/2012.

Ben dilahirkan pada 13 Mei 1990 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak keempat dari lima beradik. Beliau menerima pendidikan di UiTM kampus Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.



Ben merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Selepas Hero Remaja tamat, Ben ditawarkan drama Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, seterusnya berlakon di samping rakan seperjuagannya, Fattah dan Nur Risteena dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku, melakonkan watak Sam. Kerjaya filem Ben bermula pada 2015 menerusi filem Romeo Kota arahan Aaron Aziz lakonan Aaron sendiri dan pelawak Nabil Ahmad.

Kejayaan beliau hadir pada 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.



Ben menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang dijangka akan bersiaran di TV3 pada Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.

( credit :wikipedia )


Katanya, nama dia Ben Amir sebab nama kucing dia yang dah mati..

Sinopsis Sweet Dreams

Siapa layan drama  Sweet Dreams ni..setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam..Selepas habis drama Setelah Terlafaznya Akad, Sweet Dreams ni la pulak cerita dia..Tengok jalan cerita, macam sweet, romantik, kelakar pun ada..hehee..Drama ni didaptasi dari novel..


Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.


Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Sama-samalah kita tonton ya..memang aku tengok Mira ni clumsy betul..Part kelakar yang kawan dia tu..hehee..

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama - Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa
hai asslammualaikum

Minggu Keusahawanan & PKS Di Pahang Berlangsung Dengan Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti - Ingat tak, sebelum ni, nad ada war-warkan Karnival Minggu Keusahawanan & PKS akan berlangsung di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang dan karnival itu telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya pada 26 hingga 28 Julai lepas. Karnival ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui SME Corp. Malaysia dan PKS Wilayah Timur dan Jelajah Informasi Usahawan Pahang (JIUP) 2019.



Perasmian Minggu Keusahawanan & PKS 2019 zon Pantai Timur telah disempurnakan oleh YB Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Datuk Nazri Bin Ngah

Karnival ni dilaksanakan bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada ekonomi negara dan ini  memberi peluang kepada usahawan PKS tempatan untuk mempromosikan dan memberi pendedahan kepada umum mengenai produk dan perkhidmatan.

Nad tengok karnival ni mendapat sambutan ramai, dan berlangsung dengan meriah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Pada waktu pagi acara MB Fun Run & Ride 2.0, tengokla ramai betul yang join ye. Flag Off  dilakukan oleh YB Encik Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kerajaan Negeri Pahang & Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia..Seronok tengok aktiviti macam ni.








Ada juga pertandingan E sport yang memang mendapat sambutan hangat..Bab ni ramai yang hebat..hehee..Nampak tak ramai anak muda yang join. Bagus kan program macam ni..




Pada waktu malam, ada pula sesi ilmiah TC Berselawat bersama  Shamsul Ghau Ghau, Ejam Medicine dan Maulana Zawawi.





Paling menarik, ada juga aktiviti untuk pelajar . Business Proposal Challenge Kolej Vokasional.. sekarang ramai pelajar dah minat untuk berniaga, jadi masa ni la diaorang boleh sertai, untuk tunjukkan kebolehan mereka. Nad ingat lagi dulu nad belajar keusahawanan, tunjuk proposal dekat Pensyarah, macam kau ni seorang peniaga yang nak menjadi seorang usahawan, kena tau semua perkara bab perniagaan.






Tengok pelajar ni semua ada muka suka berbisnes ni..hehe..Semoga terus berjaya ye dik..

Acara paling menarik, semestinya CEO Talk session. Yang bagi talk ni pun bukan biasa-biasa punya orang, mereka adalah usahawan yang berjaya. Siapa yang pergi dan dengar talk ni memang beruntung. Dapat ilmu percuma dari sini.


Kerajaan Bantu PKS Tembusi Pasaraya Tempatan

SME Corp. Malaysia melalui Program Jejak PKS Pantai Timur 2019 melawat syarikat PJ Food Industries Sdn Bhd yang merupakan salah satu syarikat penerima geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) daripada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan projek pembungkusan produk, pensijilan dan pembelian mesin. Syarikat ini telah bertahan selama lebih dua (2) dekad dan kini berada di tahap yang boleh dibanggakan. Melalui bantuan yang telah diterima ini, syarikat yang berpengalaman dalam aktiviti pembuatan rempah ratus dan tepung goreng ayam ini telah berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran produknya dan seterusnya berjaya menembusi pasaraya tempatan seperti Pasaraya Darul Makmur (PDM), Tunas Manja Group (TMG) dan Pasaraya Nirwana.




Program Jejak PKS Wilayah Pantai Timur disempurnakan oleh YH Dato' Khairur Rizal Ramli, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri bersama-sama Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia

Boleh nampak kepentingan PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara, dan karnival ini merupakan salah satu platform kepada PKS untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka selain memberi peluang dan akses yang lebih besar dalam membantu PKS tempatan mengembangkan pasaran.

Kerajaan telah merangka pelbagai program dan inisiatif bagi pembangunan PKS di Malaysia termasuk melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2020-2030 pada 11 Julai 2019 yang lalu. Selari dengan matlamat DKN, Minggu Keusahawanan & PKS 2019 telah dianjurkan di seluruh negara bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS, selain menjadi platform penyebaran maklumat mengenai program Kerajaan dalam membantu pembangunan PKS tempatan.

Diharap, program ni akan dilaksanakan setiap tahun.
hai assalammualaikum

Cleanser Dan Scrub Beautea By Safi 100% Ekstrak Teh Premium - Pergi Watson haritu, ada sale, staff dekat situ suggest salah satu produk Safi. Balik tu, nad pakai, sampai sekarang, alhamdulillah, muka elok je, dan nad dah mula jatuh cinta semula dengan produk Safi ni. Sekarang banyak dah produk Safi, terbaru, cleanser dan scrub dari Beautea By Safi yang mempunyai 100% ekstrak Teh premium.

MAAFKAN MOMMY ANAK-ANAK

in , by Nadia Johari, 01:30:00
hai assalammualaikum

Maafkan Mommy Anak-Anak - Hai, bila anak-anak dah tidur, mulalah rasa tenang, aman dan damai. Tapi dalam ketenangan, ada rasa bersalahnya. Macam tu la perasaan mak-mak kan. Siang hari, asyik marah anak je, bila diaorang lena, mulalah rasa, " Maafkan mommy anak-anak, mommy asyik marah je dekat korang "..pastu mulalah menangis..( tengah menaip pun menangis tau )..Mommy memang hati tisu. Mommy buat semua ni sebab saja-saja marah je, tapi marah nak bagi awak berdua paham, awak berdua tau, yang awak berdua buat tu salah. Mommy mintak maaf lagi sebab kadang marah sampai pukul, cubit awak berdua ( tak kuat tapi rasa macam kuat je buat..( nangis lagi)..)


Mommy bersyukur sangat dapat Fariza dan Farhanah tau. Awak berdua kawan mommy bila mommy keseorangan. Awak berdualah yang menceriakan hidup mommy. Mommy tau awak berdua tak salah, bila buat sepah ke, bila kacau mommy ke, sebab awak berdua nak mommy join sekali kan. Tapi maaf, mommy kadang sibuk dengan kerja. Sebab kerja la mommy stress. Mommy cari duit dan simpan untuk masa depan awak, dan nak langsaikan hutan PTPTN mommy.

Mommy tau, Fariza dan Farhanah anak yang baik. Dengar cakap mommy dan daddy. Bila mommy dan daddy suruh ambil apa-apa, kakak paham dan tolong ambil. Tu pun selepas di marah. Kadang mommy tak dapat kawal amarah mommy, maafkan mommy. Mommy nak bagi Fariza paham, untuk hormat orang tua, dengar cakap orang tua, dengar cakap mommy dan daddy. Lepas mommy marah Fariza, mommy mesti nangis, sebab mommy hati tisu..Kalau boleh taknak marah Fariza dan Farhanah, tapi kalau tak marah, awak berdua taknak dengar cakap.


Mommy cuba berlembut pada mulanya, mommy taknak marah selalu, takut mommy kena darah tinggi kang..huhu..Tapi kadang dah berlembut tak jalan. Jadi tinggikan suarala ye.Mommy harap Fariza tak marah mommy. Farhanah pun, harap tak marah mommy.

Cepatla membesar anak-anak. Tolong mommy buat kerja rumah..hahaah..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2