hai assalammualaikum

Cerita Wabak Virus Yang Boleh Ditonton - Berani menonton filem mengenai wabak virus ini? Ramai yang share cerita virus yang sama macam kita lalui sekarang. Bukan untuk menakutkan, tapi untuk mengambil pengajaran dan iktibar supaya lebih berhati-hati. Dijauhkan dari terjadi seperti dalam cerita ni. Kita sama-sama bersatu padu, membanteras virus covid 19 ni. Tapi sekarang dah duduk rumah, mestila nak tengok cerit amenarik. Boleh layan ceriat virus ni. Nad dah tengok beberapa cerita, ada yang belum tengok lagi.
hai assalammualaikum

Aneka Resepi Nasi Goreng Yang Boleh Dicuba - Hah, sepanjang PKP ni, duduk rumah sahaja, mesti kerja nak makan je la kan, atau dah tak tau nak masak apa kan. Kalau malas masak banyak lauk, masak je satu menu. Contoh nasi goreng, aneka resepi nasi goreng yang boleh dibuat. Nah, nad kongsi aneka resepi nasi goreng yang boleh korang cuba.

SPAGETI SOS SARDIN YANG SEDAP

in , by Nadia Johari, 11:46:00
hai assalammualaikum

Spageti Sos Sardin Yang Sedap - Dah biasa masak spageti Oglio, spageti bolognase, spageti cheese, nah sekarang cuba spageti tuna pulak..hahaa. Sejak PKP ni kreatif sungguh nak cipta makanan ni ye. Selalu sardin kita makan dengan nasi, roti kan, hah kali ni buat sos sardin untuk spageti pulak. Rasanya sedap juga..hehee..


Bukan biashe-biashe, ini luar biashe..hahahaa..Biar nampak aneh tapi rasa dia marbeles..hehehe..Hah meh tengok macam mana cara membuatnya.

Bahan-bahan
- Spaghetti ikut berapa ramai makan
- 1 tin sardin
- 1 telur
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1 tomato merah
- 1 bawang (potong)
- 5 biji cili
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kecil sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukup rasa

Cara membuat:
- Rebus air sehingga mendidih, tambah 1 sudu garam. Kemudian rebus spageti sehingga dimasak.
- Tos spageti dan ketepikan.

Cara membuat sos
- Kemudian kuali lain, tumis bawang putih sehingga harum.
- Masukkan bawang, gaul dan tumis sehingga naik bau.
- Campurkan tomato dan cili,kemudian kacau. Kacau sehingga masak.
- Masukkan sardin dengan minyak, sos cili, dan sos tiram, kacau sekata.
- Tuang 100 ml air, masak sehingga mendidih.
- Tambah telur dan kacau sehingga masak.
- Masukkan spageti ke sos dan kacau dengan baik.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap..spageti sos sardin boleh dinikmati bersama keluarga
hai assalammualaikum

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) - Disebabkan PKP ni, ramai yang resah hati bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan. Dengan tak dapat kerja, dengan fikir nak makan lagi. Memang ramai terkesan, takut kalau PKP dilanjutkan, bagaimana nak teruskan hidup. Alhamdulillah, haritu Tan Sri Muhyifdin Yassin telah buat pengumuman, kerajaan akan memberi Bantuan Prihatin Nasional bagi mengurangkan beban rakyat. Takda yang terkecuali, orang miskin, orang kaya, artis semua dapat.


Boleh tengok kategori yang disenaraikan.

Bila dah keluar pengumuman, mesti ramai tertanya, bagaimana cara nak dapatkan bantuan ini?. Bagaimana cara nak memohon, masuk melalui apa dan sebagainya.

Tadi nad ada terbaca, untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan


Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:.

Macam nad, tak dapat BSH, mungkin kena daftar baru. Permohonan BAHARU boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM . Untuk makluman, semuanya hanya boleh dibuat secara online sahaja.


Pembayaran akan dibuat dua kali iaitu April dan Mei.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000

Alhandulillah, syukur dengan bantuan ni. Dapat digunakan untuk beli makanan dan ubatan. Bukan tv, iphone atau apa-apa ye. Duit yang dapat digunakan dengan elok. Kita tak tau covid ni sampai bila. Harap berkurangan la lepas PKP. Harap hilang terus, dan kita boleh jalani kehidupa seperti biasa.

Patut arahan kerajaan, duduk la rumah jangan keluar ke mana-mana. Semoga kita boleh sambut Ramadan dan Syawal bersama.
hai assalammualaikum

Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah untuk menangani penularan Covid-19 di negara ini. Dengan adanya PKP, rakyat diminta untuk #dudukrumah, dan tidak keluar dari rumah tanpa sebab.

Rakyat Malaysia kini meluangkan kebanyakan atau seluruh masa mereka di rumah, dan untuk sesetengah orang, kebosanan mula melanda. Kami kemudian bertanya untuk mengetahui bagaimana orang lain menghabiskan masa mereka, dan berikut adalah beberapa tips untuk menyibukkan diri dan berhubung dengan dunia luar!

Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP

1.Merapatkan jarak sosial secara virtual atau di alam maya
  Rakyat Malaysia telah diberitahu untuk mengamalkan penjarakan sosial, tetapi bagaimana anda melakukannya apabila anda ingin berhubung dengan orang yang tersayang? Buatlah apa yang kebanyakan pekerja sedang lakukan! Mulakan panggilan video bersama yang tersayang.


Aplikasi kegemaran kami yang boleh diguna secara mudah alih dan juga di desktop ialah Skype dan Zoom. Walaupun diberitahu untuk duduk di rumah, apa yang menghalang anda daripada menjadi kreatif dan mengatur sesi minum dan berborak di mamak secara virtual di rumah melalui panggilan video?


Panggilan video secara berkumpulan di Skype kini membolehkan hingga 50 pengguna berada dalam satu panggilan. Anda juga boleh mencuba Zoom yang membolehkan hingga 100 pengguna berada dalam satu panggilan! Walau bagaimanapun, anda perlu refresh atau mulakan semula panggilan selepas 40 minit jika anda bukan pemegang akaun premium.

2.#Foodoftheday 
  Adakah anda bosan dengan makanan yang dimasak di rumah dan mempunyai keinginan untuk menikmati sejenis makanan? Jangan bimbang, kerana perkhidmatan penghantaran makanan masih beroperasi! GrabFood dan foodpanda kedua-duanya masih menghantar pesanan ke rumah anda.


Sama ada anda inginkan bubble tea atau makanan yang enak, namakannya dan mereka akan hantar. Semasa tempoh PKP, syarikat penghantaran makanan memberikan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pengguna mereka.


Untuk GrabFood, gunakan kod FREEDEL untuk menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM28. Untuk foodpanda, penghantaran percuma adalah untuk semua dan anda boleh menggunakan kod PANDAPAL untuk menikmati penjimatan 30% daripada pesanan anda. Tertakluk kepada terma dan syarat.

3.Membeli-belah dengan selamat dari rumah
 Berjalan-jalan melihat barangan atau window shopping kini lebih mudah dan selesa. Pilih daripada senarai barangan yang amat panjang daripada pelbagai kategori daripada platform e-dagang seperti Shopee.


Platform membeli-belah atas talian tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa perniagaan adalah seperti biasa untuk mereka, dan mereka bekerjasama secara rapat dengan jenama, rakan kongsi dan pembekal untuk terus memberikan keperluan harian dan keperluan membeli-belah kepada rakyat Malaysia. Kami juga dengar bahawa pada 27 Mac dan 4 April, akan terdapat barangan menarik yang dijual pada hanya RM0.44!

P/s: Pada masa ini, selain daripada pegawai perubatan kesihatan barisan hadapan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua abang delivery daripada FoodPanda, Grab, Shopee Express, PosLaju dan banyak lagi atas pengorbanan anda ketika kami duduk di rumah.

4.Dalami budaya popular atau pop culture
 Apa kata ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga anda atau mengetahui siapa pelakon yang bakal meningkat naik? Tontoni filem atau siri yang menjadi perbualan rakan anda (boleh dibaca sebagai: Crash Landing on You) di Netflix.


Gunakan perkhidmatan strim Netflix untuk dapatkan filem dan rancangan TV tanpa had di telefon, tablet, komputer riba dan TV anda dengan pakej bermula daripada RM17 sebulan.

5.Cergaskan diri
Adakah anda masih ingat tentang azam tahun baharu untuk bersenam dan menurunkan berat badan? Masanya sudah tiba untuk membentang tikar yoga dan mulakan dengan beberapa senaman regangan mudah. Terdapat banyak tutorial percuma yang terdapat di YouTube.

Sebagai alternatif, jika anda sudah mempunyai atau sedang merancang untuk mendapatkan Nintendo Switch, inilah satu lagi sebab untuk mendapatkannya. Nikmati permainan kecergasan di Switch seperti Just Dance 2020, Zumba Burn It Up! atau Boxing Fitness untuk bersenam!

Itulah tips berguna! Tidakkah kita bernasib baik kerana adanya teknologi?! Kami tidak dapat bayangkan kehidupan tanpanya. Fuhh lega!
hai assalammualaikum

McDonald's Malaysia Hargai Petugas Barisan Hadapan COVID-19 - McDonald's Malaysia menaja makanan untuk kira-kira 50 hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

"Ini adalah masa yang mencabar untuk negara, dan kita perlu prihatin dengan petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa untuk kita. Kerana jasa bakti mereka, kita mampu mengawal penularan wabak ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Menyumbang kepada komuniti di sekitar lokasi kami beroperasi adalah sebahagian daripada nilai teras McDonald’s Malaysia. Ini adalah sumbangan kecil kami bagi membolehkan kita mengharungi masa sukar ini bersama-sama, sebagai rakyat Malaysia,” tambah Azmir.


McDonald's Malaysia Menaja Makanan Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid-19

Penajaan makanan oleh McDonald's Malaysia di hospital-hospital ini akan memanfaatkan kira-kira 15,000 petugas kesihatan. Selain hospital, McDonald's Malaysia juga membuat penghantaran makanan secara berkala kepada petugas barisan hadapan lain seperti anggota polis dan tentera di seluruh negara.

#KitaBoleh

McDonald's Malaysia telah memulakan kempen mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu padu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini. Konsep #KitaBoleh yang dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja ketika rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

"Rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan yang tidak menentu, dan inilah masanya untuk kita semua bersatu. Di McDonald's Malaysia, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa melalui semangat #KitaBoleh, kita dapat menangani apa jua cabaran yang datang dan berdiri teguh bersama," kata Azmir.

Azmir juga memberi pengiktirafan kepada pasukan restoran yang bertugas di lapangan sejak permulaan MCO.

"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pasukan McDonald’s di semua restoran di seluruh negara. Tak dilupa juga penunggang McDelivery yang gigih bekerja memastikan pelanggan dapat terus menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka," tambah Azmir.

Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.

IKAN TONGKOL MASAK KICAP

in , by Nadia Johari, 21:01:00
hai assalammualaikum

Ikan Tongkol Masak Kicap - Sejak duduk dalam rumah, ramai yang share menu masakan. Tu yang best tu, tengok apa diaorang masak, boleh la tiru sikit. Kalau tak jenuh nak fikir masak apa. Haritu nad masak ikan tongkol masak kicap. Nak senang kan, taknak masak yang guna banyak bahan. Jadi kita masak kicap jela.


Bila masak kicap, anak-anak pun sukala. Tapi suami pulak tak suka. Nak bagi dia suka macam amna, hah letakla benda pedas, macam cili besar dipotong atau letak cili blend atau cili kering..pepandai la..Tapi yang ni nad letak je cili besar dihiris sebagai hiasan tapi boleh dimakan.

Ok ni cara nad buatnya..

Bahan-bahan
- Ikan tongkol 3 ekor, bagi keluarga kecil macam nad. Keluarga besar banyakla ikannya kan.
- Bawang merah sebiji
- Bawang putih 2 ulas
- Lada hitam
- sedikit ketumbar
- Sebatang serai
- Garam
- Kicap
- Air

Cara membuatnya

- Goreng ikan tongkol sehingga masak dan ketepikan
- Blend atau tumbuk bawang merah, bawnag putih, lada hitam dan ketumbar.


- Tumis bahan yang diblend atau ditumbuk tu sehingga naik bau.
- Masukka serai yang ditumbuk hujung batang sahaja, bagi menaikkan bau.



- Kemudian masukkan kicap


- Masukkan ikan dan gaul. Nad suka buat macm ni biar kuah kicap meresap dalam ikan dulu


- Kemudian masukkan air. Tuang air sampai ikan tenggelam sedikit
- Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.
- Biarkan sampai kuah tinggal sedikit. Jangan langsung takde kuah.


- Last sekali, taburkan hirisan cili merah besar sebagai hiasan..

siapp...
hai assalammualaikum

Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Dalam Rumah - Sudah tiga hari kawalan pergerakan dilakukan, mungkin ada sesetengah orang mulai bosan duduk di dalam rumah. Yela, kadang ada biasa pergi kerja, ada biasa keluar pergi rumah jiran-jiran, beriadah di taman dan macam-macam lagi. Tapi demi keselamatan diri dan orang lain bagi elakkan penyakit covid 19 ni, semua orang diperintah untuk tidak keluar daripada rumah. Banyak sebenarnya aktiviti yang korang boleh lakukan dalam rumah. Masa ni la untuk merehatkan diri dan meluangkan masa bersama keluarga.


Ok, mesti korang buntu tak tau nak buat apa kan.. Hah ni antara aktiviti yang korang boleh lakukan di dalam rumah.

1) Sembahyang Bersama-sama
Bangun pagi, solat subuh. Mana yang tinggal bersama keluarga boleh buat bersama-sama, lagi elok. Bila lagi kita nak dapat bersama kan. Yang tinggal sendiri solatla, jangan tinggal.Ingat solat lima waktu ya.

2) Layan media sosial atau tidur
Selepas solat, boleh rehat sekejap, sambil layan media sosial sekejap. Masa bekerja nak sangat tengok media sosial, nah, tak kerja boleh layan puas-puas. Tengok perkembangan terkini, tengok gossip ke..hehee..Rasa bosan, boleh tidur sekejap.

3) Mengemas rumah
Lepas tu, boleh mengemas bilik tidur. Masa ni la bersihkan "sarang " yang ada. Buang segala kekotoran dekat bantal, cadar, selimut. Lap lantai, mop lantai, lapkan tingkap, sapu lantai atau menyedut habuk dan debu menggunakan penyedut hampagas. Ajar anak lakukan perkara yang sama. Percayalah, mereka akan terlebih ‘excited’ bila diberikan kebenaran untuk bermain dengan ‘vacuum cleaner’.


4) Memasak
Hah, duduk rumah, tunjuk skill memasak masing-masing. Tak tau masak, ada banyak resepi dalam google, taip je nak masak apa semua keluar. Ni senarai resepi yang nad dah pernah buat. Takkan nak order je kan. Sekarang kene berjimat.

4) Menonton televisyen
Selesai kemas, boleh tengok TV. Duduk bersama keluarga saat menonton tv bersama, adalah saat membahagiakan. Teringat dulu, waktu takde gajet, tonton tv bersama, bergelak bersama,..hehee..terkenang pulak. Sekarang astro pun dah bagi siaran percuma. Takde astro, boleh layan cerita dekat online. Banyak sekarang.


5) Meluangkan masa bersama anak-anak dan berkreatif
Bosan layan cerita, boleh buat aktiviti bersama anak. main kuda ke, mainan keretapi ke, buat rumah-rumah ke..hah..hahaaha..memori semua tu. Boleh lakukan aktiviti mewarna bersama anak.

Kalau sendiri-sendiri boleh je buat origami ke, menyanyi ke. menari ke..hah!!, masa ni la ye kalau nak buat kerja gila..hehehee.. Boleh buat projek DIY. Boleh buat carian di YouTube mengenai idea projek DIY menggunakan bahan-bahan terbuang yang terdapat dalam rumah anda.


6) Bersenam
Mana yang biasa jogging, beriadah dekat luar, dekat rumah pun boleh bersenam. Bersenam tidak semestinya perlu keluar pergi ke gym atau taman untuk keluarkan peluh untuk jadi lebih sihat. Boleh saja kalau nak buat di rumah, cukup dengan korang buat beberapa kardio atau lakukan tarian seperti zumba untuk bersenam. Kalau badan korang terlalu banyak berehat dan tidak bergerak banyak untuk lakukan aktiviti pun nanti korang cepat sakit tau! Jadi bersenam memang pilihan yang paling baik. Buat ringan-ringan je pun okay, contohnya turun naik tangga.

7) Muhasabah diri
Muhasabah diri pun adalah salah satu aktiviti yang amat baik untuk korang jadikan diri korang semua lebih positif dalam hidup. Bila bosan di rumah, korang cuba ingat semula apa yang patut korang improve lagi dalam hidup korang untuk menjadi seseorang yang lebih baik? Lebih lagi, tahun baru pun tinggal lagi beberapa hari sahaja dan kalau korang muhasabah awal-awal, korang boleh senaraikan beberapa benda yang perlu diperbaiki dan apa impian yang akan korang capai pada tahun depan. Beringat kenapa terjadinya covid 19 ni.

Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Sambil boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan, kita juga dapat emrehatkan badan kita, dan bertenang sekejap. Duduk rumah ni best oo..kalau yang berkeluarga memang banyak kerja sikit tapi tu la tanggungjawab. Single ni dia relaks je, kalau boleh makan tidur je..hahahaa..Cukup dua minggu dah..


Ok korang, jaga diri. Jangan bosan-bosan duduk rumah.
hai assalammualaikum

Covid 19 : Doktor, Nurse Dan Frontliner Pertaruh Nyawa Demi Kita - Dari sehari ke sehari, Covid- 19 semakin meningkat. Walaupun sudah tiga hari Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, namun masih terdapat segelintir orang awam yang ‘degil’ tidak mematuhi arahan tersebut.


Di sebalik kekalutan ini, pihak yang paling terkesan dengan kedegilan orang awam tersebut adalah petugas kakitangan hospital dan frontliner.

Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan rakyat dan negara. Pihak KKM dan semua kakitangan hospital, bertukus lumus merawat pesakit Covid-19 ni.

Perlu berpakaian yang panas, menutup segala badan mereka untuk beberapa jam sehingga tangan kecut, muka berbekas sebab pakai mask. Semua demi menyelamatkan pesakit covid ni.

Kerana kedegilan segelintir masyarakat yang menipu, tak bagitau perkara sebenra, mereka juga boleh dijangkiti. Yes, ada yang dh dijangkiti, nampak tak kesannya, orang yang tak bersalah kena. Orang yang nak merawat dan membantu anda kena. Macam mana kalau mereka sakit, siapa nak rawat pesakit covid ni.

Mereka juga ada keluarga. Mereka juga perlu bertanggungjawab atas kerja mereka lakukan.

Kakak nad, sepupu nad nurse. Dan mereka berhadapan dengan pesakit, contact covid ni. Kalau keadaan tak terkawal, mereka kene kerja lebih masa, dan tidak boleh pulang ke pangkuan keluarga.


Ni sepupu nad. Merayu supaya orang duduk sahaa di rumah. Dengar nasihat PM, jangan pentingkan diri sendiri.. Allah dah bagi kita akal untuk berfikir.


Terima kasih kepada doktor, nurse, frontliner  KKM dan polis. Ya Allah jaga la mereka ketika dalam tugasan. Ku mohon Ya Allah, semoga covid 19 ni berkurangan dan kamo dapat jalani hidup seperti biasa.
hai assalammualaikum

Corona Virus : Patuhi Arahan Yang Diberi, Jangan Ambil Sikap Sambil Lewa - Arahan Kawalan pergerakan telah dibuat bermula harini 18 Mac 2020 , tapi tak sangka, baca dekat media sosial, ramai lagi yang tak patuhi arahan dan ambil sikap sambil lewa. Ada masih lagi yang keluar macam tiada apa-apa. Faham bagi yang kena bekerja, tapi yang tak bekerja, jangan degil boleh tak. Penularan virus corona ni dah semakin meningkat di Malaysia.

Boleh bayangkan, bila cikgu-cikgu marah anak murid, anak murid taknak dengar, Hah macam ni la, PM suh duduk rumah, orang dah berakal, dah besar taknak dengar cakap. Sampai PM buat ucapan kali kedua, denagn sempoi ya, padahal dalam hati marah tu, sebab rakyat Malaysia tak dengar cakap. " Dudukla diam-diam di rumah, jaga keluarga, tengok tv HBO takde masalah " Takde HBO, TV3, TV1, TV2 mesti ada..aduhhh..


Bosan duduk rumah, korang google je aktiviti apa yang boleh di buat  di rumah. Banyak je. Kalau ade internet, laptop, handphone, hah kau tengokla sampai puas. Lagi aktiviti boleh je memasak, mengemas rumah. Bersihkan mana yang perlu. Masa ni juga buat aktiviti bersama keluarga. Mana yang ada anak-anak, boleh buat aktiviti bersama anak. Masa ni la bonding time korang. Kalau degil, saja cari pasal, nak makan dan minum, lepak sana, hah, duduk dekat luar sorang-sorang jangan masuk dalam rumah. Takut korang yang degil ni penyebab pembawa virus corona ni.

Korang tau tak, dalam situasi macam ni dua situasi yang sukar dibayangkan :

1) Bayangkan kalau terkena pada anak-anak kita, ibu bapa kita yang dah tua tu atau orang tersayang kene tahan dan perlu isolation di ward. Masa tu tiada sesiapa boleh melawat. Sekarang boleh sentuh-sentuh, tapi bila dah kena corona ni, langsung tak boleh. Yang dah besar mungkin faham, kalau baby, anak kecil, kau agak-agak dia seorang je, faham ke..( dah mula pandang muka anak..:(. Ya Allah jauhkanla penyakit dari anak-anak ku )

Tadi nad ada baca dekat twitter, pengalaman seorang pesakit corona ni. Tapi lupa pulak nak retweet. Cari balik lupa dah tadi. Dia cerita, memang takde siapa boleh datang melawat. Kalau nak bagi barang, bagi dekat bawah, nurse akan ambilkan. Ada dia erita sampai dia sembuh.

2) Kalau yang kena penyakit ni teruk dan ditakdirkan meninggal, tau tak pengurusan jenazah mereka? Jenazah dimasukkan dalam plastik, tak boleh dimandikan, hanya tayammum atas beg sahaja. Keluarga tak boleh tatap jenazah, tak boleh bawak balik rumah, tak boleh cium unless dah dikebumikan. Sedih weii..Kalau di China, semua bodies kena bakar/cremate. kalau di Iran, kena treat dengan bahan kimia/calcium oxide.


Kesian kepada petugas yang bertugas membanteras virus corona ni. Jangan pentingkan diri sendiri. 

Jangan cakap, " ala virus je pun, kalau nak mati mati juga "..oh my..Kalau rasa nak cakap mcm tu, sila mati sendiri-sendiri pleasee..masuk hutan, bior takda siapa tau..


Dua minggu je guys, kalau korang taknak denagr, kemungkinan virus ni akan meningkat, dan kita kawalan pergerakan mungkin akan dibuat lagi..tolong..tolong..jangan degil..Duduk rumah, kelua rbila perlu je. Jaga kebersihan semua. Jarakkan diri anda dengan semua orang.

Ya Allah selamtkan kami dari covid 19 ini Ya Allah..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2