STATUS GLITTERATI DARIPADA NUFFNANG

in , by Nadia Johari, 16:23:00
 hai assalamualaikum..

Status Glitterati Daripada Nuffnang - bile kite dalam dunia blogger ni..nuffnang mesti x dapat dipisahkan..kalo tengok sume blogger mesti ade iklan nuffnang..so berusahala tuk mendapat income dr nuffnang..hohoho..aritu nad de anta tiket kepada nuffnang..tanya soalan kat nuffnang glitterati tu pe..so die dah bagi jawpn..konsi le..=)..bace le ye..=)

GLITTERATI

Keahlian glitterati adalah satu proses yang automatik. Ia diberikan secara automatik ke akaun seorang blogger jika semua / blog beliau yang berdaftar dengan kami berkhidmat iklan Nuffnang terbuka pada setiap masa dan tiada daripada pesaing-pesaing kita. Di samping itu, blog berdaftar juga perlu menjadi aktif dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 pengunjung di setiap hari atau lain crawler kami akan menandakan ia sebagai blog spam dan ini akan menjejaskan status keahlian anda. Blog anda harus bebas daripada sebarang aktiviti yang bercanggah, status keahlian anda akan terus untuk disenaraikan sebagai glitterati.

berusaha mendapatkan status glitterati...
hai assalamualaikum..

pada malam MAHARAJALAWAK aritu..zizan sekali lagi telah melakukan aksi seorang diri disebabkan johan masih belum pulih lagi akibat kecedaraan lutut...pada persembahan pertama  zizan kelihatan goyah dan blur.mayb bukan nad saje perasan..mesti semua orang perasan kan..mayb die dah lama x berlawak seorang diri..die jadi x tentu arah dan kurang mendapat idea..yela selalu dengan johan..zizan sangat hampa dengan persembahan die malam itu..



"Saya akui agak kecewa dengan persembahan saya minggu lalu. Saya tahu para penyokong dan peminat juga merasai perkara yang sama. Tetapi dilihat dari sudut positif, ia merupakan pengalaman untuk saya kerana bila sendiri di atas pentas apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya seorang. Tiada siapa perlu diletakkan kesalahan itu dan ini peluang untuk saya timba pengalaman baru sebagai comedian.

"Melakukan stand up komedi bukanlah mudah dan tema yang diberikan juga amat mencabar. Walaupun ia sebuah rancangan lawak, kalau cakap pasal peribahasa masih ada perkara yang perlu dijaga. Mungkin pelbagai faktor yang ada telah menyumbang kepada kekurangan idea persembahan saya.

"Saya pada mulanya juga kurang yakin dan hampa apabila persembahan berakhir. Sebab itu saya cuba untuk buat yang terbaik bagi pusingan yang kedua. Alhamdulillah, di pusingan kedua saya rasakan semangat semakin kuat lagi.,"ujarnya yang sekali lagi menitiskan air mata namun lega dan puas kerana masih dapat beraksi untuk MLM 2012 akhir Jumaat ini.

 Ditanyakan mengenai persediaan Jozan menghadapi final MLM 2012, Zizan mengakui dia masih belum ada persiapan rapi kerana masih lagi menunggu keputusan daripada pihak Johan mengenai status penghibur tersebut.

"Mengenai Johan saya tidak boleh komen apa-apa kerana saya belum pun lagi mendapat confirmation daripada pihak dia. Cuma untuk final persiapan belum lagi bermula sebab saya belum tahu samada Johan ada atau tidak.

"Ini kerana persembahan berdua dan solo tidak sama. Untuk itu saya hanya bersedia untuk apa kemungkinan dan jika secara solo saya cuma ada beberapa idea difikiran tetapi belum betul-betul praktis,"ujarnya mengenai persiapan Jozan ke pentas akhir MLM 2012.

 "Apa-apa sahaja yang terjadi, Jozan akan teruskan juga perjuangan ini. Saya akan cuba guna kekuatan yang saya ada daripada segi pergerakan dan karakter yang saya mainkan untuk menghiburkan penonton.

"Tema muzikal dan freestyle sebenarnya lebih sukar daripada yang dibayangkan. Jangan ingat freestyle senang kerana ia lebih besar skopnya. Kemungkinan untuk finalis tampil dengan idea yang sama juga adalah perkara yang perlu diambil kira.

"Jadi saya harapkan, walau apa pun keputusannya nanti saya harap penyokong Jozan tetap terus menyokong kami di pentas akhir MLM 2012 nanti. Saya mewakili Jozan akan melakukan yang terbaik buat peminat yang tidak jemu memberi sokongan,"komen Zizan

nad harap2 johan ade dan bergabung dengan zizan untuk memeriahkan MLM akhir nanti..ape2 pun nad sokong JAMBU...hehe

TAKOYAKI SEDAPPPPP!!!!!

in , by Nadia Johari, 00:29:00
hai assalaumulaikum..


mase tu nad baru balik dari umah member kawin..so nad ngan jejaka mafia singgahla shopping complex sekejap..jalan2 cari apsal..hehe..pastu tibe2 terasa lapar..kitaorng nak makan ringan2 je..so blila kaya ball..then jalan2 tengok ade nama kedai TAKOYAKI..so nad nak rasa then beli 4 biji rm 4.50..korang penah makan TAKOYAKI..nad first time makan aritu..sebab tengok orang selalu ramai je kat kedai tokayaki ni..so mse tu nak try makan..ape rase..ape isi dalam die..sedap ke sampai semua orang berkerumun nak beli..pergh memang sedap beb..isi dalam die banyak pilihan tapi nad pilih sotong aritu..memang marbelous..kenyag gak la..hehee..nampknyer pasni kne bli lagi..hahaa..kat bawh ni cara die masak..


TOAKOYAKI adalah makanan ringan berbentuk bola Jepun yang diperbuat daripada adunan gandum berasaskan tepung dan dimasak dalam kuali takoyaki khas. Ia biasanya dipenuhi dengan dicincang atau dipotong dadu sotong, tempura sisa (tenkasu), halia jeruk, dan bawang hijau. Takoyaki diberus dengan sos takoyaki, serupa dengan sos Worcestershire sos dan mayonis. Takoyaki kemudian ditaburkan dengan hijau laver (aonori) dan tatal bonito kering (katsuobushi).

pasni beli isi udang plak..hehe.. 

hai assalamulaikum..

nak isi masa terluang dengan join segmen..segmen mengumpul blogger dan berkenalan dengan ramai blogger..

tengok banner pun dah power..mengumpul blogger seramai 1500..mana tau sampai kann..kalo korang nak join..klik banner tu erk..jom2..cari kwn blogger baru..nad ni suke blogwalking..hehe

nad tag semua orang kwan blogger nad..=)

PENAMPILAN DATO' SITI NURHALIZA BERHIJAB

in , by Nadia Johari, 15:06:00
hai assalammualaikum..

memang ayu bile melihat wanita berhijab kan..lagipun ia merupakan perkara wajib dalam Islam..alhamdulillah..kini ramai artis telah berubah dan mula berhijab..semoga mereka kekal berhijab dan bukan hanya disebabkan fesyen atau trend tetapi untuk mendekatkan diri kepada Allah..nad baru baca dari murai.com..bahawa penyanyi terkenal kita DATO' SITI NURHALIZA berhijab semasa menyambut hari lahirnyer yang ke 34 dan semasa pergi majlis resepsi apek dan leuniey..mari baca..nad nak kongsi..

Teks & foto oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @stailista
Instagram: Stailista


Petaling Jaya, 13 Januari 2013: Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza telah membuat penampilan sulung dengan imej berhijabnya pada majlis resepsi pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex bersama pasangannya Leuniey Natasha.

Jaafar di Hotel Royale Bintang Damansara, di sini sebentar tadi.Dato Siti telah mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini dan telah disepadankan dengan tudung litup dari rona serupa.
Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut menyepadankan penampilan mempersonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang sama.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Dato' Siti berkata dia cukup selesa dan bersyukur dengan penampilan bertudung litup barunya itu."Alhamdulillah nampaknya hati saya telah terbuka untuk berhijab pada ulang tahun hari lahir saya yang ke-34 baru-baru ini."Syukur, saya sangat gembira dengan perubahan ini," katanya yang ditemui sejurus sahaja memasuki pintu masuk utama hotel.

Kemunculan istimewanya itu turut diserikan dengan alunan sebuah lagu romantik, Kenangan Terindah dendangan Samson sebagai hadiah buat pasangan mempelai.


semoga siti trus kekal seperti ini..sangat comel dan anggun..seperti DIAF ANGGUN..hehe..

ROTI CANAI CANTIK SATU

in , by Nadia Johari, 02:03:00
hai asslammualaikum..

Roti Canai Cantik Satu - bukan nak citer pasal nad makan roti canai..bukan nak citer pasal kesedapan roti canai..dan bukan nak citer pasal tempat roti canai..haaha..TAPI nak citer pasal PENEBAR ROTI CANAI..kalo korang tengok mesti x kelip mata..hehe...mesti hari2 nak datang tempat tu..haha..nak tau sebab pe..

tadaaa..amacam cun tak..nak p tak kedai roti canai ni..jangan pandang sebelah mata je tau..ingat permpuan tak leh buat ke tebar2 roti ni..tengok tangan la..haha..memang laku la kedai ni..hehe..kalo pelanggan tau kat mana tempat ni..memang berduyun datang..x menang tangan budak ni nak tebar roti..tapi sayangnyer nad x tau kat mana budak ni bekerja..hehee..kebersihan terjamin..dengan keayuan bertudung..berbaju kurung lagi..

dan ini lagi satu..ternyata berpurdah tidak menghalang mereka untuk bekerja..dan pekerjaan mereka ialah menebar roti..roti canai memang terjamin dari peluh, dan bulu dada mamak..hehe..memang tiada apa yang mampu menghalang wanita daripada melakukan sesuatu yang mereka inginkan..tetapkan hati..yang kita mampu buat dan pekak kan telinga dengan kata2 orang yang dengki..

ADE SAPE2 TAU KEDAI ROTI CANAI DIAORNG NI..NAK PEGI

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISODE 3

in , by Nadia Johari, 00:38:00
hai assalammualaikum..

macam biasa nak update pasl fear factor..semalam abang nad baik hati bagi tgk fear factor..sebabnyer dah xde citer best kata astro tu..nak wat mcm ne..die yang bayor..dah kalo die nak tgk citer len..kite pasrah jele..hehe..fear factor minggu ni, cabaran seperti sebelum ni..iaiatu 2 cabaran yang perlu dilakukan tetapi mempunyai kelainan iaiatu imuniti..cabaran kali ini amatla menggelikan..menjijikan..dan membusukkan..eh ade ke membusukkan..dan ketangkasan..nak xnk peserta knela wat cabaran ni..

cabaran pertama..setiap kumpulan akan dimangga bersama..mereka perlulah membuka mangga itu dengan melihat nombor iaitu kod mangga yang berada di empat-empat balang..kempat-empat balang itu mengandungi ulat, siput, cacing dan benda yang membusukkan..peserta perlulah melihat nombor berkenaan dengan menolak segala isi di dalam balang dengan menggunakan muka..kalo termuntah dalam balang akan dipotong markah..nombo-nombor itu membolehkan mereka membuka kod mangga berkenaan dan selepas itu perlulah membunyikan lonceng untuk menentukan masa..kalo mangga x dapat dibuka..peserta kenela melihat semula nombor itu..nasibla kalo kne cr balik..geli kot..

pasukan yang terpantas mengikut mase bagi cabaran pertama ini ialah alam wakak dan arja lee, dazrin dan hairul , farish dan akim..sekaligus mereka mendapat imuniti..mereka diberi pilihan sama ada ingin memberi imuniti itu dan meneruskan ke cabaran dua atau simpan imuniti dan mereka selamat untuk meneruskan cabaran minggu hadapan..maksudnyer diaorng x yah buat cabaran kedua nant..dan mereka semua memilih untuk menyimpan imuniti dan tidak melakukan cabaran kedua..manakala pasukan paling lambat ialah Atu Zero dan Azri AF9, Celina Khor dan Arthur Tan, Dr Faiz dan Jehan Miskin.



cabaran kedua plak nampak senang tapi sukar juga..xde cabaran yang mudah ok..kalo x bukan namanyer fear factor..hehe..cabaran ni seorang akan jadi pemegang dan seorang pemukul..pemegang tu kne pegang kuat kat besi kuda sebab mereka akan ditarik dengan kereta kuda manakala pemukul akan diikat kakinya dengan si pemegang..pemukul akn memukul palang yang ade di sebelah kiri dan kanan sepanjang perjalanan semasa mereka ditarik kereta kuda..pandai2 la pukul..kalo banyak selamat..sekiranya kayu pemukul terlepas.atau..sekiranyer si pemegang terlepas dari besi kuda..nasibla..

juara RM 10000 minggu ini ialah gambit dan alif hadi.. manakala arthur dan celina tidak dapat melaksanakan cabaran dengan baik kerana arthur dah terlepas pemukul dan hanya dapat menumbangkan satu palang 
sahaja..






AL-FATIHAH UNTUK ARWAH

in , , by Nadia Johari, 17:58:00
hai assalammualikum..

pagi tadi nad dikejutkan dengan message telefon..bile nad buka..seorang sahabat UUM nad iaitu hanis bagitau sahabat kami telah meninggal dunia..Ya Allah..macam x caya je..nama arwah musa..nad kenal dengan musa pun mase praktikal..die kawan baik hanis..nad x kenal die mase kat UUM..sebab kami lain kos..dan lain hostel..kelas pun xde yang sama..mase praktikal..musa memang seorang yang baik..tapi die pendiam..x taula pemalu kot..dan mse praktikal..nad tumpang musa untuk balik umah sewa..musa dikhabarkan meninggal kul 3 pagi akibat excident di Muar..sebelum ni die bekerja di subang jaya..selepas tu dapat keje di kluang..smoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman..amin..=(

kenangan nad dengan arwah...
hai asslammualaikum..

kul 10 mesti terperap depan tv astro nak tengok MAHARAJALAWAK MEGA..sebab malam ni semifinal..nak tau spe yang masuk final dan sape yang terkeluar..tapi upernyer malam ni xde penyingkiran..nad dah agak dah..sebabnyer mesti diaorng berat hati nak suh boboi keluar atau saywho..sebab undian terendah antara BOBOI dan SAYWHO...so sape yang masuk final.??..dah kalo xde penyingkiran..kelima-lima kumpulan masuk final..tahniah kepada anda semua..kumpulan itu adalah..JAMBU,JOZA,SHIRO,SAYWHO dan .BOBOI

malam ni diaorng kene buat 2 persembahan..persembhan pertama peribahasa dan kedua ialah silent..memg kedua-dua amat rumit..buka senang nak wat cerita dan nak wat orang ketawa..=)

JAMBU

pada sketsa pertama sketsa peribahasa..mula2 lagi dah kelakr..diaorng tgk tv..pastu yus suapkan tokeh..'nak kicap'..hahahha..pastu member die masuk tv..ntah rancgan ape..mayb rncangan kuiz kot..pastu member die konon2 call diaorng..yang klakr time tokeh ckp "din ko katne"..padahal dah tau die dalam tv..pastu leh ckp "ko tepon sape"..wakakaka..sengal tul..pastu kwn die tnyer psl peribahasa..pastu sampai bergaduh..hahhaa..ade2 jele diaorng ni..mudah dipaham la crite diaorg..
sketsa kedua plak pasl silent..pergh mmg parah la..xleh berckp tapi muzik leh ade..keunikan kumpulan JAMBU ni..diaorng x gune muzik langsung..hanyer pergerkan..bgus kann..hhee..mse silent ni diaorng wat pasl bermain golf..hehhe..pukul bola smapi bola terbang dibawa berpusing..ahhaa..lawak bersahaja tul diaorng ni..suke3..

JOZAN
malam ni zizan sorang lagi..johan xde..dia macam xde semangat bile johan xde..truskan zizan..jangan hampakan peminat..mase sketsa peribahsa..memg die xde arah tujuan..memamng susah wat sorang2 ni..lagipun die dah alam x sorang2..mse sktesa pertama..die sebagai murid..kjenyer berlari je..die memg klakr time berlari dah mcm mr bean..hehe..mse tu die wat ikut die la smpai mse habis..hahaa..siap mrh audience lagi tapi mrh klakr..hehee..
sketsa kedua plak..hah zizan ok dah..lawak die kembali dah..die bab gerak2 memang bgus..hehe..sketsa silent yang mencuit hati..zizan ni lincah..sebb tu die suke gerak2 bile ats pentas..tu la kelebihan die..harap2 mse final johan ade..=)

SHIRO

shiro mantap malam ni..sketsa peribahasa..seorang pemuda yang suke mencuri..pastu p curi kasut rumah orang tua..pastu orang tua tu keluar..mula la peribahsa diaorng yang bolehla difahami jalan ceritanyer.."karakter NASIR BILAL KHAN" memang digemari pelakon lain untuk meniru cara nasir bilal khan berckap..memang menjadi..hehe..
sketsa dua..sketsa silent diaorng memang klakar..sebuah majlis perkahwinan..memang menarik time dia nyanyi lagu TERUKIR DI BINTANG oleh AIZAT..hahaha..sme beb..misai kontot..hehee..pstu siap ade kompang lagu awie..hahaa..pastu pengntin siap kne blash..pastu kne cmpak..senget tul diaorng ni..hahaa..tapi memang kalkr..=)

SAYWHO
SAYWHO mse sketsa peribahasa..melakonkan watak pelajar dengan guru..watak DORA yang comel dan BOCIL..jalan cerita pun paham..mayb diaorng susah sikit nak wat crita so mcam slow sikit..

sketsa silent best..aksi lawan pertandingan..dari mula smpai habis ade lagu je..hehe..lagu pun kne ngn aksi mereka..

BOBOI
sketsa peribahasa memang sangat klakr...hahaa..aktor PAK MANAN dikekalkan..sketsa tentang o2 orang tua p restoran..menu retoran plak nama peribahsa..hahhaa..part kelkar time terlanjur " NASI SUDAH JADI BUBUR" kalo pak manan..dah terlnjur p solat taubat ...kata nabil..haha
sketsa silent nad x berpa paham mulanyer..tapi mse diaorng main muzik nad paham sikit..tapi xpe..diaorng pun dah amsuk final..teruskan usaha..

OK..MINGGU HADAPAN JANGAN LUPA TENGOK MAHARAJALAWAK MEGA FINAL..SAPE YANG MENANG AGAKNYER YE..

FOLLOWER 200 DAH..

in , , by Nadia Johari, 00:54:00
hai assalammualaikum..

baru pas habis tengok maharajalawak..pastu p cuci muka..pastu masuk bilik..pastu on laptop..pastu on facebook dulu..pastu baru on blog..hahahhaa..banyaknyer la pastu..pastu..eh pastu lagi..pastu tengok2..follower dah 200..syukur alhamdulillah..bertambah kawan blogger lagi..dah setahun lebih blogger..baru tahun ni dapat kenal ramai lagi blogger..sebelum ni busy bebnor..orang lain dah beribu2 nad follower oii..hehee..xpela..nad kan newbie..ooww..x sangka upernyer ramai yang berblogger ni kan..yela blogger ni kan kene citer..kene taip..ingatkan ramai yang x suka..rupernyer nad tersilap..memang x sia-sia nad wat blogger..pe kata kite tengok sape follower nad yag ke 200 ni..

tengok kat situ gelap je..x bermuka..hehee..


ni la nama blog die..simple je..blog die pun ringan..info yang dibuat sangat menarik..kalo korang nak berkenalan ngn beliau leh le klik banner tu..nad x reti nak review blog orng sgt ni..hehee..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2