hai assalammualaikum
Siapakah Julian Schratter ? Adakah dia pakwa baru Yuna..adakah dia pengganti Qi razali. Gosip ini mula tersebar apabila ramai mata telah menyaksikan kemesraanmereka berdua khsusunya di laman sosial Instagram
mereka. Yuna yang mengakui masih single itu berkata bahawa Julian adalah
merupakan jurugambar merangkap temannya dari Amerika Syarikat. Pada
sekitar November tahun lalu, Julian telah menjadi perhatian setelah
dilihat sering bersama Yuna ketika sebulan penyanyi itu pulang ke
Malaysia.
"Dia kawan
saya. Pada November lepas dia mengikut saya ke Malaysia selepas dia
memberitahu teringin untuk melawat Malaysia. Dia tiada kenalan disini,
saya pun mengajaknya ke Malaysia ketika saya balik untuk menjayakan
beberapa konsert seperti Urbanscape dan siri jelajah konsert saya.
"Secara tak langsung dia boleh ambil gambar dan tengok bagaimana
perkembangan peminat muzik di Malaysia. Saya pun boleh dapat gambar
nanti. Sepanjang di Malaysia, Julian nampak seronok dan enjoy ikut saya
pergi show dan majlis macam sekarang ni.
"Kemesraan yang diihat umum itu mungkin kerana kami bersama setiap
hari. Disebabkan itu, apa yang boleh saya cakap, Julian adalah kawan
saya. Kalau jodoh tak tahulah. Saya pun single, so macam tulah!,"ujarnya
berseloroh ketika diminta mengulas mengenai kemesraan diantaranya
dan
jurugambar, Julian Shratter.
Dalam pada itu, Yuna tidak menolak kemungkinan jika dia bertemu jodoh
dengan jejaka bukan Melayu. Bagi Yuna, Islam itu sebuah agama yang indah
dan mudah untuk dipelajari. Yuna malah ibubapanya tidak menilai
seseorang itu daripada asal usul seseorang itu.
dah kalo jodoh Yuna..kita doakan die bahagia..=) ..nad suke dgn kaat2 Yuna berkenaan Islam..
"Bagi saya kita manusia semua sama manakala Islam itu sebuah agama yang
indah dan mudah untuk dipelajari bagi mereka yang benar-benar ingin
mempelajari. Semua orang boleh belajar dan mendalami agama Islam.
"Saya tidak menilai atau menjadikan agama dan bangsa sebagai kayu
pengukur kepada peribadi seseorang itu. Begitu juga dengan ibu bapa
saya. Kami tidak melihat orang daripada agama mahupun bangsa,"jawab
Yuna.