SAMBUT TAHUN BARU CINA DENGAN MAKAN BESAR..

in , by Nadia Johari, 02:37:00
hai assalammualaikum..

panjang nor tajuk nad kan..hahaa..yela..malam sabtu..abang botak ku mau belanja famili die makan besar..pergh nad kalo bab makan memang laju..lagi2 makanan seafood..oohh jangan cakapla..abang botak ku  mendapat bonus agknyer..so die pun bermurah hati..orang cina makan besar..kami keluarga Johari pun nak makan besar..hehee..malam tu mmg 3 tempat cari..tapi semua dekat Meru jela..x tau Meru tu pe??..Meru tu pekan sebelum masuk ke umah nad..hehe..2 tempat penuh..dan akhirnyer kali ketiga baru jumpa..kami sekeluarga ramai..so pasang 4 meja bercantum..hohoho..punyer besar..mana tak nyer..dengan ank-anak..menantu dan cucu-cucunyer..sekali degn pkcik ngan makcik..hahaa..meriah sungguh..

malam tu pesan ikan siakap dua..satu masak stim..satu masak 3 rasa..tomyam..sup ekor..sayur kangkung..telur dadar..udang masak sambal..air laici dan air lemon..ape lagi..lupe plak..dan semua makanan ni nad makan..haha..pelahap sungguh..yela orang dah blnja..reziki jangan ditolak..hehe..terima kasih kepada abang botak ku..semoga reziki mu  melimpah ruah..nant adikmu ni kalo dah dapat kje..akan dibalasnyer ye..hehe..



gambar dicilok dari abang aq punyer facebook..yang nganga tu kaka aq..hahhaha..licinn..
hai assalammualaikum..



siang ni nak join contest je..malam kang nad lambat sikit blogwalking sebb p makan2 besar bersama family tercinta..hehee..my brither botak belanja..hohoho..nad suke makan..makan tuk sihat dan kuat..haha..ok ni contest paly yang wat..orangnyer kiut miut..bakal buka gerai roti canai..hehhe..ok nk join klik banner..ok ni gmbr yng nak ditunjukkan

hah..ni la gambar nad time konvo..sebelah ayah nad..makcik nad dan abg botak nad..tu la abg botak nad yang akan balanja kami sekeluarga malam ni..haha..tapi sekrang bukan nak citer pasl abang botak nad atau cerita konvo nad..tapi nak cerita pasal orang yang nad sayang..iaitu ayah nad..hehe..Johari namnyer..orang kampung paggil wak Jambin..biasalah orang jawa..adela nama pelik2nyer..dapat dari mana, nad pun x periksa..haha..ayah tu la gelaran yang kami adik beradik panggil..ayah ni berniaga sendiri..dulu gune van sekrang gune lori putih..jual barang2 dapur dari rumah ke rumah..dari kami adik beradik kecik sampaila ke besar ayah berniaga..dengan duit ni la die membesarkan kami..ayah ni garang..haha..tpula..ayah mana tak garang kan..dulu mase nad kecik..ape2 je mesti dengan ayah..beli buku sekolah mesti dengan ayah..smpai tingkatan 2 kot x silap..haha..

nad sayang mak nad gak..tapi ayah nad ni lain..ayah ni diam2 tapi garang..macam  nad la..pendiam..x banyak cakap..suke pendam..dalam hati diri sendiri je tau..haha..mse nad meningkat dewasa ayah manjakan ank permpuannya ni..mase hbis form 5 nad dapt msuk diploma..tapi and x p sebab nak masuk STPM..so mak sangat kecewa..tapi ayah penyelamat nad..ayah pujuk mak..dan akhirnyer mak terima..penah satu hari and tido kat luar..mase tu mcm mamai2 la..ayah datang dan belai rambut nad..die kesian dengan ank permpuannyer ni..banyak sngat dugaan kot..mse tu nad form 6 kot..pastu nad berjaya masuk universiti..kalo de mslah duit..ayahla nad mintak pertolongan..dan ayah bagi walaupun x banyak..nad pun terima jugak..mse konvo ayah ngn mak datang..punyerlah ayah smart..hehe..tuk ank kesayangannyer

dah habis belajar mula cari keje..dan mse first interview..ayah kiss muka anaknyer dan doa semoga dapat..tapi nad kecewakan ayah..x dapat..xpe..nad tetap berusaha..anak mana xnk buat ibu bapanyer bahagia..mase jejaka mafia nak masuk merisik..mmg banyak dugaan kami..mak x berapa restu..tapi akhirnya ayah pujuk mak..dan mak lembut hati..tu baiknya ayah..penah ayah pesan kalo dah kawin duk dekat ayah..ayah xnk anak2nyer jauh2..alahai sedih dgr ayah cakap mcm tu..sampai sekarang umur nad dah 25 tahun masih bermanja dengan ayah..main2 bola la..pukul2 manja..bergurau...ayah pun selalu usap2 kepala anknyer ni..hehe..nad sayangg ayah..=)..

cerita panjang..tapi inilah cerita nad pasl ayah nad.. HE IS MY HERO
ayah jarang pndg kamera..tp mse konvo die pndg kmera..haha..


PERINGATAN KEPADA KAUM WANITA

in , by Nadia Johari, 15:59:00
hai assalammualaikum

nad nak share satu cerita yang terjumpa yang facebook..selalu je wanita jadi mangsa..so berwaspadala wahai wanita..



Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TEKSI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!! Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu. Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. “Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.

Secara beransur-ansur, saya merasakan bahawa badan saya mula berasa lemah dan lemah. Penulen disimpan di pertengahan dari tempat duduk belakang, betul-betul di belakang saya. saya benar-benar merasakan seluruh badan saya semakin lemah, saya cuba mengarahkan pemandu tersebut untuk membiarkan saya turun di tepi jalan. Tetapi dia terus cuba untuk bercakap dengan saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menurunkan saya di destinasi saya sahaja. Saya berfikir yang dia sedang cuba untuk memanjangkan masa.

Saya mulai berasa seram, saya merasakan kedua-dua tangan dan kaki saya seperti lumpuh dan tidak bertenaga, dan hampir tidak boleh bergerak. Apabila saya bercakap kepada pemandu tersebut, saya tidak mampu bercakap dengan betul, saya cuba menjerit untuk mendapatkan bantuan,tetapi tubuh badan saya benar-benar terlalu lemah .Sesampainya di lampu isyarat, saya membuka pintu, melompat keluar dan berlari meninggalkan teksi tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan saya. Jika tidak, saya benar-benar tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada saya. Saya menjadi trauma dengan kejadian ini.

Ini adalah kes yang BENAR. Sila beringat!

Saya berasa pengalaman ini perlu untuk dikongsikan dengan anda semua, tidak kira anda lelaki atau wanita 'ini bukan tipu ,dan bukanlah cerita yang direka-reka .Ia benar-benar berlaku.

biarkanlah rakan-rakan anda, ahli keluarga dan saudara mara anda mengetahu tentang kes ini. Saya percaya anda juga sama seperti saya, tidak mahu sesiapa dijadikan mangsa dengan kes ini .. 'Sila berhati-hati apabila merancang untuk menaiki teksi, terutama wanita.'

Saya menerima e-mel beberapa bulan lalu tentang ‘seorang wanita masuk ke teksi dan berasa tidak selesa dan menjadi lemah apabila dia terhidu sesuatu seperti kemenyan yang dibakar. Dia bertindak bijak untuk mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti serta-merta dan selepas membuang wang pada lelaki teksi tersebut ,dia segera keluar dari teksi. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa jika dia tidak mengarahkan teksi tersebut untuk berhenti dan keluar, dia akan pengsan dan dirogol oleh pemandu lelaki teksi tersebut (atau geng perogol)!

Beberapa minggu lalu, seorang pengunjung ke tepekong kami yang tinggal di Puchong dan menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India. Apabila dia duduk ke dalam teksi, dia mendapati sedikit bau pembakaran kemenyan dalam teksi. Selepas seketika, dia berasa lemah dan tidak dapat bercakap atau menjerit. pemandu teksi berbangsa India tersebut terus memandu ke jalan yang sunyi di mana tidak ada sesiapa pun orang awam disitu lalu merogolnya. Sebelum dia dirogol, dia diberitahu oleh pemandu teksi warga india lelaki tersebut bahawa dia adalah mangsa yang keenam. Beliau bukan sahaja dirogol tetapi juga dirompak!

Apabila dia sedar ,dia segera berjumpa doktor. Perkara yang menyedihkan, doktor mengetahui dia telah dirogol tetapi tidak menasihati beliau apa yang perlu dilakukan. Doktor hanya membiarkan dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau tidak .sebab dia tidak mengetahui nama perogol dan juga nombor plat teksi tersebut.dan dalam keadaan ketakutan dan trauma ,dia memberitahu doktor bahawa dia tidak berani untuk melaporkan kepada polis. Doktor berkata apabila dia tidak berani membuat laporan polis, beliau telah memusnahkan laporan perubatan! Dan perogol tersebut telah mengambil beg dan keseluruhan dengan IC dia di dalamnya, dia mengetahui alamat kamu dan mungkin berani datang terus ke rumah kamu dan cuba untuk merogol kamu lagi.

Sila beringat selalu agar tidak menaiki teksi yang berbau yang tidak menyenangkan yang menbuat anda ragu-ragu dan kalau boleh, jika anda mampu berbuat demikian, membuat panggilan atau sms kepada rakan-rakan atau saudara mara anda dan biarkan mereka tahu nombor pendaftaran teksi dan jika boleh, nama pemandu teksi tersebut.

CERMIN TINGKAP BIARKAN TERBUKA!

MALAM YANG SURAM

in , by Nadia Johari, 03:14:00
hai assalammualaikum

malam ni rasa suram je..rasa sedih je..ape kita wat semunyer tak betul..ade je tak kene..ape kite wat semunyer dipandang salah..dari dulu sampai sekrang..masalah datang satu persatu..start dari form 6 sampai harini..macam kita ni beban kat semua orang..dahla kita ni harapan kat kat semua orang..bukan kita xnk..tapi bukan reziki kita..kita wat jele ape yang termampu..bila orang lain wat semuanyer ok je..xde masalah pun..xyh pun hadapi ape yang kita hadapi..kita asyik pendam je..kalo citer pun bukan leh ringankan beban kita..baik diam..pastu nangis..tu la rutin kita..kita pun nak wat yang terbaik..tapi mayb reziki kita lambat lagi..kita sabar je..tapi xde sape memahami kita..xpela..kite sabar je pe orang nak wat kat kita..biarla diaorng nak cakap pe..kita wat tuk kebaikan semua..kita tau Allah sentiasa ada dengan kita..=(


DUIT BELANJA

in , by Nadia Johari, 20:34:00
hai assalammualaikum..

terjumpa kat facebokk..nak share kat korang..sedih plak baca..ade lagi yang susah daripada kita..

x nmpk tekan gmbr tu besarkan...

TAHNIAH FAEZAH ELAI SELMAT LAHIRKAN ANAK

in , by Nadia Johari, 17:38:00
hai assalammualaikum..

kenal pelakon faezah elai...comel2 tu..kurus je..pelkon "memberku hawa"..alhamdulillah..selmat dah melahirkan anak sulungnya..syukur..tahun ni tahun artis melahirkan anak2..


Faezah Elai selamat  melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 7.03 malam semalam di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Mereka telah mendirikan rumah tangga sejak 9 september 2011. Tahniah nad ucapkan kepada Faezah Elai dan suaminya. patutla mase tengok cerekarama " Syurga seorang ister"..faezah elai jadi doktor..gemuk smecm..mula2 x kenai spe pelkon ni..bile perhati betul2 wajahnyer..hah Faezah Elai....alhamdulillah..semuanyer selamat..


FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISODE 6

in , by Nadia Johari, 15:59:00
hai assalammualaikum..


ketakutak boleh diatasi, keazaman dan impian untuk memenagi wang tunai RM200 ribu membuatkan peserta lebih bersemangat dalam mengharungi cabaran fear factor..minggu lepas kumpulan Is dan Zawen terpaksa menarik diri disebabkan kesakitan bahu yang dialami Zawen..minggu ke 6 hnya tinggal 10 peserta sahaja yang masih bertahan..aksi yang ditunjukkan minggu ini lebin mencabar..jangan tiru aksi ini tanpa pengawasan mereka yang terlatih..minggu ini aksi yang mempunyai provokasi antara peserta..mmg x sah kalo xde drama antara artis..hohoho..sape yang buat hal agknyer erk..minggu ini mempunyai 2 cabaran 


cabaran pertama..nampka kereta..nampak platform putih tu..aksi ini dilakukan di atas air..hanya seorang ahli pasukan yang perlu melakukan aksi ini,..peserta perlu berdiri di platform putih itu dan perlu meloncat dan melangkah ke kereta itu..kemudian peserta perlu mengambil 6 bendera yang berada di kereta itu..last sekali ialah bendera berwrna puti yang berada di bahagian bontot kereta..kalu pserta sudah jatuh..xleh watpe..pihak lawan perlu meneruskan aksi ini kerana ia mengikut kepantasan masa..setelah selesai mengambil bndera putih dan diletakkan di platform putih itu, platform dan kereta akan dijunamkan dan peserta jatuh ke dalam air..dalam cabaran ini..Hafizul kamal yang berlawan dengan Johan telah jatuh..selain itu Farish juga jatuh apabila berlawan dengan Ajak..

masa terpantas ialah group Alam dan Arja..ini menunjukkan walaupun Alam x tau berenang..tapi ketakutan tidak menghalang dia untuk melakukan aksi ini..dan mereka mendapat imuniti..namun mereka telah memberi imuniti itu kepada Hafizul dan Hefny kerana Hafizul jatuh ketika melakukan aksi dan kakinyer tersangkut sebelum terjatuh ke dalam air..selain itu Ajak dan Elfira serta Dazrin dan Hairul juga mendapat imuniti..mereka mnyimpan imuniti dan mereka tidak perlu melakukan aksi kedua...

cabaran kedua pula yang menentukan siapa yang mendapat RM 10 ribu iaitu hadiah mingguan..cabaran minggu ni mereka main air jele..hehe..aksi kedua ni mempunyai 3 tangki..pada tangki pertama mempunyai binatang iaitu ketam merah yang bisa..tangki kedua pula ialah belut yang sangat licin dan tangki ketiga pula ialah ketam putih yang ganas..tapi tangki ketiga..peserta perlu mengmbil bongkah kayu yang berwrna kuning..seorang ahli pasukan yang tidak melakukan aksi pertama akan melakukan aksi kedua..seorang ahli pasukan akan digantung kebawah dan seorang lagi ahli pasukan akan menekan butang kawalan untuk mencelup kawanyer di dalam tangki berkenaan..peserta perlu memasukkan haiwan di dalam tangki kecik yang berda disitu dan tangki ke 3 perlu letakkan bongkah kayu berwrna kuning dan bukan binatang..

disebabkan alam masa terpantas..alam perlu memilih peserta pertama..dan ramai yang x suka dengan Gambit..sebab mulut laser die..hoho..so Gambit yang mulakan..setelah selesai Gambit telah berckp kurang sopan dan ditujukan kepada seseorang..nak tau ape die ckp " somebody will get down" dan "ade yang lemas nant"..ok dh de persengketaan di situ..biasalah..ayat tu menyebakan Farish bengang sebb ayah Farish meninggal disebabkan lemas..semua peserta telah melakukan yang terbaik..namunn..


Azri yang melakukan aksi ini telah tersalah mengambil bongkah..die dah amik bongkah warna hitam..adoii..Azri telah mengecewakan Atu..dan mereka telah disingkirkan..kalau Azri x amik salah bongkah pasti Gambit akan keluar sebb mse Gambit adelah mase paling lambat..xpelah..ade hikmahnyer..

pemenang RM 10 ribu telah dimenangi oleh Alam dan Arja dengan mase terpantas..tahniah..nak tgk minggu depn..lagi mencabr..wee
hai assalammualaikum..

segmen ni bukan sahaja menambahkan follower..malah mengenali blogger yang berada di seluruh Malaysia..juga dapat mengeratkan silaturrahim antara blogger..jom join segmen yang dibuat oleh Mselim..


hai..hai..hai..nant nad terjah korang yang join segmen ni ok...=)
hai assalammualaikum...

nad dah ditag..dan nad dah tengok segmen ni..dan segmen ni telah menarik nad tuk mengjoinkan diri dalam segmen ni..nak tau pasai pe..hahaa..sebb segmen ni suh bgtau lagu yang nad giler2 minat..dan nad berkobar2 nak bgtau lagu ape yang nad minat..haha..dan .lagu ni khas tuk jejaka mafia nad jugak..weee..

kalo nak join klik banner ni ok
lagu ni popular tahun ni..lagu ni bagi nad die rancak dan bile dgr nak joget2 je rasa..haha..dan lagu ni nad selalu nyanyikan kat jejaka mafia..kalau dalam kereta..lagu ni keluar..nad mesti pasang kuat-kuat pastu nyanyikan tuk dia..die pun enjoy..hahhaa..kalu nad nyanyi siap wat gaya lagi..jejaka mafia pun snyum..hahaha..comey x nad..(gedik lagi..tampor nak)..hehee..ok lagu ni kisahkan seorang kekasih supaya percaya kepada kekasihnyer..dan selalu mempercayainyer..pewittt..nak tau lagu ape..lagu

SHAE
SAYANG

Sayang apa khabar denganmu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cintamu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar denganmu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaanku
Jangan ragukan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragukan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaan ku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu 
Kerex Sniper 
(nama samaran)
 hahaha..nad rockers2 pun jiwang sekjp jele..hahaa..sebnrnyer lagu ni akn dinyanyikan pada masa teeetttttt..haha..tapi x taula kalau lagu ni ade lagi ke x..xpe..dah disave di laptop..hehee.. 

syarat semua dah dipenuhi..tinggal yang last..mangsa terhormat  
LISSA
AINAA


hai assalammualaikum..


nak smbung lagi..haha..satu hari x cukup jalan satu tempat je..mesti akan singgah mana2..so pas majlis menjadi pengapit, nad ngan jejaka mafia pergi ke GM klang..saje g sane..nak tengok baju tunang sebenrnyer..tapi x jumpe plak..ade pattern yang dinak..tapi wrne plak xde..oo kecewa...dah habis pusing p cari maknan plak..hah mse ni la nad mkan TAKOYAKI tu..kan nad penah citer kan..kat SINI...huhuhu...

see..mula2 beli kaya ball..pastu nak try TAKOYAKI..belila sekali..huhuhu..kaya ball 12 biji RM3 manakala takoyaki 4 biji RM 4.50...mana pilihan anda..hehee...my favourite air laici...so spe2 nak orderkan nad air senang je..order je air laici..hahaa..teringin lagi makan TAKOYAKI ni..

citer pasl kawin belum habis lagi..haha..banyak mmber kawin..nantikan entry kawin2 ni lagi....=)..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2