hai assalammualaikum..
terkejut nad baca berkenaan Fizz Fairuz ni..jom baca berita berkenaan Fizz Fairuz putus tunang..
KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Selepas mengejutkan
industri hiburan dengan kisa pertunangan dengan wanita lain selain
daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus
mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang
dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu.
Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10
Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun
itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.
"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu
adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan
kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami
berkenalan setahun lalu," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.
"Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu
tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40
tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.
"Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang
menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan
suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya
yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua
diadakan secara baik," jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan
kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk
memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.
"Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya
mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira
setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut
diketahui Almy Nadia.
"Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar
belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia.
Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.
"Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu
menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali
Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar
sepanjang bergelar anak seni," ujarnya.
Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan
dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali
pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.
"Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah
apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan
ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.
"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak
mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun
berlaku.
"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon
maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan
fikiran serabut," jelasnya panjang lebar.
Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara
alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan
dengan wanita tersebut.