FIRST DAY KERJA

in , by Nadia Johari, 23:44:00
hai assalammualaikum

hari ni satu hari nad tak on9 blog..tak blogwalking pun lagi..sebab harini nad first day kerja..so penat sikit..alhamdulillah..semua berjalan lancar..dapat kerja dengan jiran sebelah..reziki kami..first day kerja naik moto dari klang ke kampung jawa..memang advance la kami berdua..hahahaa..girl power..rancang nak cari rumah sewa..memang dah jumpa..kami cadang pindah ahad ni..sok sabtu kene kerja..ganti2 ari sabtu..sok keje minggu depan tak yah keje..

tadi first time masuk keje..biasalah kene perkenalkan diri..keje pun tak berapa banyak..nervous masih ada..tak tau kenapa..yela first time kerja di dalam opis..tapi alhamdulillah..staff-staff kat situ semua baik-baik..gila-gila kepalanya..so happening la..memang staff kat situ friendly habis..rules company tu pun tak berapa ketat..nad dapat bahagian akaun/administrative..ok..benda yang nad sebenarnyer tak berapa berkenan..akaun ler..mase dekat universiti pun penin belajar akaun ni..keputusan pun x berapa bagus..tapi bukan fail..hohoho..i hope i can do it in this company..

ape-ape pun pengalaman itu penting..lepas ni kalo nak cari job lain takdela asyik kene reject je sebab tak tau ape-ape kan..so keje ni memberikan aq pengalaman menjadi seorang pekerja..yeaahhh...semangat..semangat..semangatt...


hai assalammualaikum..

Kegunaan Tripod Dalam Mengambil Gambar - ni salah satu benda yang perlu ada untuk menjadi photographer..iaitu TRIPOD..

kau abaikan orang tu erk..hahaa..tengok tripod je..haha..nak gambar tripod sahaja die pun lupe gmbar tu katne..haishh..

Dalam fotografi, TRIPOD digunakan untuk menstabilkan dan meningkatkan kamera, satu unit flash, atau lain-lain peralatan fotografi. Semua TRIPOD fotografi mempunyai tiga kaki dan kepala pelekap untuk meletakkan kamera. Ketua pelekap biasanya termasuk thumbscrew pada kamera, serta mekanisme yang mampu untuk memutar dan menyenegtkan kamera apabila ia dipasang pada tripod. TRIPOD biasanya diperbuat daripada aluminium, gentian karbon, keluli kayu, atau plastik.

TRIPOD digunakan dalam fotografi untuk mengelakkan pergerakan kamera dan memberikan kestabilan. TRIPOD perlu apabila pendedahan kelajuan perlahan sedang dibuat, atau apabila lense digunakan, sebagai sebarang pergerakan kamera manakala shutter terbuka akan menghasilkan imej yang kabur. Dalam nada yang sama, mereka mengurangkan goncang kamera, dan dengan itu memainkan peranan penting dalam mencapai ketajaman maksimum. TRIPOD juga membantu dalam mencapai rangka tepat imej, atau apabila lebih daripada satu imej sedang dibuat adegan yang sama, contohnya apabila bracketing pendedahan. Penggunaan TRIPOD juga boleh membenarkan untuk pendekatan yang lebih bijaksana untuk fotografi.  Penggunaan TRIPOD dalam filem / video, memberikan kestabilan ketinggian yang dikehendaki. 

ok paham dah ape itu TRIPOD..hah benda tu la yang jejaka mafia nad guna bila kami keluar berdating..hhahaa..yela dating taknak ada orang ganggu..so bawakla TRIPOD ni..kalau jejaka mafia nak ambil gambar..kelebihannya TRIPOD ni leh ambil gambar kami berdua..hehhee...tak payah susahkan orang suruh ambil kan..dah keje jejaka mafia photographer..mesti wajib TRIPOD ni..nak tengok gambar ambil gune TRIPOD..

TAMAN CAHAYA SHAH ALAM
PUTRAJAYA

ICITY
yang penting kene pndai setting...orang2 yang tengok tu xleh dihalau..dah die kje situ..so korang akn jadi tumpuan..hahahaha...sebabnyer TRIPOD yang amik gmbar korang...

MOLLY IN THE HOUSE

in , , by Nadia Johari, 18:45:00
hai assalammualaikum..

sebenarnyer dah lama nad cerita pasal MOLLY ni..tapi asyik x kesampaian je..hah x tau MOLLY tu sape..meh tgk SINI..mase tu die kecik lagi..MOLLY ni dah beberapa bulan duk umah nad..hahaa..sekarang baru nak cerita..biasalah..banyak sangat cerita dalam otak..sampai bab MOLLY tersangkut..mulanyer MOLLY ni tinggal dengan jejaka mafia..tapi disebabkan die plaing nakal dalam rumah..so mak jejaka mafia a.k.a bakal mak mertua aq..hahaa..tak tahan dah dengan MOLLY..kalau boleh mak jejaka mafia nak buang MOLLY ni..mana taknyer dah diajar taknak dengar..kan dah dibenci..bila jejaka mafia cerita je..nad terkejut..dan nad decide nak amik MOLLY tinggal dengan nad..yela..generasi bagus tu..takleh dibuang...

masa nad amik MOLLY..MOLLY duk diam je dalam kereta..first time kuar rumah katakan..yela selama ni duduk bandar..apsni kau kene duduk kampung..hahhaha..sampai rumah nad je..die mula menyorok-nyorok..yela takut dengan orang.dah la x dikenali..mesti die pk apela orang-orang ni nak buat dekat die..hahaa..nasib baik MOLLY diterime baik oleh keluarga nad..mula-mula mak pun tak suka..tapi nad yang jaga..last2 mak pun senyap je..hhahaa..mula-mula datang special tempat die tido..kat bilik nad..meh tengok 

masa mula-mula datang ni al tempat tido die..ada la dalam 2 bulan tido kat sini..pastu berak pun pndai dekat besen..sennagla nak buang..pastu dah dekat bulan 3 die tunjuk belang..die p berak merata-rata..arghh tidak..takpe demimu MOLLY..nad snggup buang taiknyer..dan akhirnya terpaksa tido kat luar..sebab MOLLY dah start berak kat bilik sembahyang..mula-mula memang gaduh dengan kucing lain..tapi lama-lama ok .dah siap main-main dengan kucing sini..hahaa..baguslah..ko kene jadi kucing kampung..understand..hohoho..sejak firs time aq bawak die kaluar..MOLLY memang jakun..haha..yela selama kat bandar die terperap je kat dalam rumah..tapi sejak duduk kampung..nermain-main kat luar..happy giler die..hahaa..asal buka pintu suke die nak kuar..abgusla..tapi masih berak dalam rumah..tak paham aq..dan MOLLY  dah kenal sape tuannyer..bila nad p rumah jiran..MOLLY pun follow..bila panggil nama MOLLY. jom balik...MOLLY pun dengar dan ikut...biasalah suara nad kan merdu..hahaa..

ni gaya tido MOLLY...tak taula pesen apa..MOLLY suka main dengan BAMBAM..nant aq cerita plak die main dengan bambam..hehhee.comel je diaorng main..k la nak ambik anak buah ni..jalan2 kejap..bye..

p/s: esok dah kerja..boleh ke BW nant..kne boleh..pasti boleh..update pun kne..yes..line pun dah nazak ni..huhuhu..selalu leh buka facebook dengan blog..sekrng kne bka satu2..hasihh..kne tukar line ke..hoho..A
hai assalammualaikum..

posto..posto..sekali abg posmen datang la...hehe..eheh ade tertulis nama nadia..eheh nad la tu..tengok sampul macam nama syarikat..tengok alamat dekat Melaka..eheh sejak biler aq apply keje kat Melaka..eheh siapa yang baik hati nak bagi aq keje kat Melaka ni..dup..dap..dup..dap..jantungnyer..sekali buka..eheh keychain..hahhaha...dah tau dah sape yang bagi..dan sebab ape nad dapat..hehee..sukenyerr..(ingatkan de orang offer nad keje)..hehehehe..keychain dari langkawi tapi alamat Melaka..hheehe..

tengok ade dua keychain lagi..hehehe..nad dapat keychain ni sebab nad penah join giveaway blogger ni..JOM TENGOK SINI ..nak tau sape blogger ni..blogger bro Hanif Idrus....dan nama nad telah tersenarai DI SINI....trime kasih abg Hanif..




letak keychain dekat keyboard..

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISODE 9

in , by Nadia Johari, 04:33:00
hai assalammualaikum..



tetibe letak gambar pakwa nad yang kiut ni plak..hahaha..so macam biasalah nad nak cerita pasal fear factor selebriti Malaysia ni..dah Aaron yang menjadi hos untuk rancangan ini..hehee..Fear Factor Selebriti Malaysia dibuat di Capetown Afrika Selatan..wang sebanyak RM 10 ribu menjadi rebutan setiap minggu manakala RM 200 ribu ingin direbut untuk menjadi juara Fear Factor..jikalau peserta takut melakukan aksi..peserta boleh disingkirkan..peserta perlu melalui aksi2 yang mencabar..episod kali ini aksi bermain dengan elektrik dan kereta

 cabaran pertama..kedua-dua ahli pasukan perlu digari ditangan dan dikunci..mereka juga akan disiram dengan air terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan elektrik ini..setelah itu mereka perlu melalui kabel2 yang dipenuhi dengan elektrik..jikalau peserta terkena kabel maka mereka akan terkena renjatan elektrik..mereka perlu meronda untuk mencari laluan dimana kunci berada..setelah mendapatkan kunci..mereka boleh mebmbuka gari tersebut..kemudian mereka perlu berpecah sorang ke kiri dan sorang ke kanan untuk menekan butang yang mematikan lampu dan setelah lampu mati masa akan dikira tamat. Dalam cabaran ini masa terpantas adalah 42 saat..iaiatu group Dafi dan Zoey..mereka telah mendapat imuniti dan menggunakan imuniti tersebut..

Aaron telah membuka satu lagi imuniti.., namun peserta perlu melakukan aksi yang sama untuk kali kedua..apa bezanyer aksi kedua ni..voltan elktrik ditambah..pada mulanyer terdapat 4 group ingin mencuba namun setelah pasangan Akim dan Farish mencuba aksi ini dan sangat menyakitkan pasangan Alif dan gambit serta pasangan Johan dan Kaka telah menarik diri..Namun bagi pasangan Dazrin dan Hairul tidak berundur..dan akhirnya yang mendapat imuniti ialah group Dazrin dan Hairul..jadi untuk cabaran kedua mereka tidak akan buat..


cabaran kedua pula seperti berada di litar lumba..tapi lagi bahaya sebab apa..jeng jeng jeng..kat sini xde iklan..so xleh wat surprise..hahaa..ok..salah seornag ahli pasukan akan menjadi pemandu dan mata akan ditutup dan sorang lagi ahli pasukan akan menjadi penunjuk arah untuk naik di atas treler panjang yang sedang bergerak dan perlu melanggar tiang kuning di tas treler..aksi ini amat membahayakan, namun jika ada pasangan yang pandai bagi instruction sume akan menjadi mudah..

dalam cabaran ini..group Akim dan Farish telah masuk ke hutan dan kalah..manakala group Johan dan Kaka kereta mereka telah terbalik setelah menaiki di ats treler dan melanggar tiang kuning..(rujuk gambar)..ok la diaorng dapat pengalaman ini semua..dalam cabaran ini group Alam dan Arja telah memenangi RM 10 ribu..dua kali diaorng menang..syoklaaa..


episod kali ini..penyingkiran berbeza sedikit..peserta yang kalah atau tidak dapat laksanakan tugasan untuk cabaran kedua akan disingkirkan tetapi mengikut undian peserta yang berjaya melakukan aksi ini..jadi peserta yang kalah ialah group Elfira dan Ajak, group Akim dan Farish serta group Alif dan Gambit..namun keputusan ketiga-tiga group ade..jadi Aaron telah mengikut untuk cabaran pertama iaitu cabaran elektrik tadi..so masa Gambit dan Alif paling lama..daaaaaaaaaannnnnnnn mereka TELAH DISINGKIRKAN..over ko nyah tulisan tu dibesrkan..hohoho..sebenarnyer ramai tunggu-tunggu group Gambit ni keluar..tapi kesian Alif terpaksa ikut..ok..pasni persaingan secara baik..hahaa..ok..sebab tu letak muka Aaron yang comel tu..hehee..




FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISODE 8

in , by Nadia Johari, 01:03:00
hai assalammualaikum



aksi-aksi yang direka di dalam fear factor selebriti malaysia diawasi oleh pakar-pakar terlatih kerana aksi yang dilakukan sangat merbahaya, sesiapa  pun dilarang meniru, mencuba di mana atau pada bila-bila masa..fear factor dibuat di luar negara kerana keselamatan di luar negara mungkin lebih terjamin dan mempunyai banyak alatan keselamatan untuk aksi yang dilakukan oleh para peserta selebriti Malaysia ini..13 aksi telah dilakukan..hanya 9 apsukan yang mampu bertahan hingga ke episode 8..banyak ketakutan yang bakal dialami..ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang sakit dan ada yang teredera namun aksi mesti dilakukan untuk memenangi wang sebanyak RM 200 ribu..mari kita lihat aksi yang bakal dilakukan


cabaran pertama dimana, pasukan akan digantung setinggi 100 kaki..seorang rakan pasukan akan digantung terbalik iaitu kaki diatas..kepala dibawah manakala rakan pasukan pula akan dipegang oleh rakan apsukan yang terbalik tadi..mereka perlu tergantung selama yang mungkin dan selama mana mereka bertahan..pandai2 korang la nak wat strategi macam mana..kalau dah jatuh jatuh gak dan jangan lupa menjerit..hehe..kalo nad pun agknyer..sebut maaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...hahaa..dalam aksi ini kumpulan Ajak dan Elfira mampu bertahan lama dan mendapat imuniti..jadi mereka telah terselamat untuk melakukan aksi yang kedua..selain itu pasukan Arja dan Alam serta Zoey dan Dafi juga mendapat imuniti dan mereka terselamat untuk tidak melakukan aksi kedua nant..


cabaran kedua...amat2 menggelikan..salah seorang ahli pasukan perlu baring di dalam beg mayat..ooppss bukan baring kosong tapi dalam beg mayat tu akan dimasukkan pelbagai jenis lipas..buakn itu sahaja malah peserta yang berada dalam beg mayat akan dimasukkan di dalam peti dan dikunci..manakala seorang rakan sepasukan perlu mencari kunci yang bertanda kuning dan perlu membuka kunci peti itu satu persatu bagi menyelamatkan rakan pasukan..setelah berjaya dibuka..rakan pasukan perlu membuka zip beg mayat dan masa dikira tamat..pergh memang menggelikan..dengan lipas-lipas yang merayap dalam badan dan muka..pengsan kalo nad..

episode kali ini yang memenangi RM 10 ribu ialah Hafizul dan Hefny..episode kali ini ade penyingkiran..dan yang etrsingkir ialah penyanyi hai-hai bye bye..Nik dan Ezlyn..tahniah buat mereka kerana berjaya sampai ke tahap ini..dan amat bertuah kepada Gambit dan Alif kerana nasib menyelebahi mereka..arghh bila diaorng nak keluar..tapi nengok sekrang Gambit tak banyak cakap..hehee..ok tengok cabaran seterusnyer sabtu ni..
hai assalammualaikum


PAGE LOADING DENGAN PIGDOM TOOLS..

in , , by Nadia Johari, 18:03:00
hai assalammualaikum..

tadi tengah blogwalking terjumpa satu cara nak cek page loading blog kita ni dekat blog mentari minda..so nad tryla..hehe..meh nengok


nak try..jom p SINI
hai assalammualaikum..





Dalam pada itu Fizz turut memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut.

Tidak mampu mengulas lanjut, Almy Nadia akui sebelum ini dia sudah lama mengetahui mengenai Fizz yang didakwa terkena buatan orang.

"Dia bukan baru sahaja sakit, tapi sebenarnya dia sudah lama sakit dan saya tahu tentang penyakitnya itu," luahnya yang tidak berniat untuk mengulas lanjut.


jadi artis memang bukan senang..macam2 dugaan datang..sesiapa yang nak masuk dunia artis perlu pikir panjang kebaikan dan keburukan dunia artis ini..

FIZZ FAIRUZ PUTUS TUNANG

in , , by Nadia Johari, 15:50:00
hai assalammualaikum..

terkejut nad baca berkenaan Fizz Fairuz ni..jom baca berita berkenaan Fizz Fairuz putus tunang..


KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Selepas mengejutkan industri hiburan dengan kisa pertunangan dengan wanita lain selain daripada pelakon Almy Nadia pada minggu lalu, pelakon Fizz Fairuz terus mengundang kejutan apabila menyatakan bahawa dia sudah putus tunang dengan wanita yang didakwa sebagai isteri orang itu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, pelakon yang bertunang pada 10 Februari lalu itu mengakui pertunangannya dengan wanita berusia 26 tahun itu hanya mampu bertahan selama seminggu saja.
"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka bahawa tunang saya itu adalah isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh bekas tunang sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, Fizz mendakwa berkemungkinan besar dia terkena buatan orang.

 "Empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru saya tahu tunang saya itu isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40 tahun. Sebelum ini mereka telah bernikah di Thailand.
"Khamis lalu, saya menerima kiriman SMS dari adik bekas tunang yang menceritakan status sebenar. Malah, saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu, Sabtu lalu. Lelaki itu telah mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu adalah isteri keduanya dan perbincangan kami berdua diadakan secara baik," jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur Kasih tersebut sudah memaklumkan kepada keluarga bekas tunangnya dengan menyuarakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan yang bertahan hanya seminggu saja.

"Cukuplah, saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan dia. Saya mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu. Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan ia turut diketahui Almy Nadia.

"Namun, sepanjang mengenalinya saya tidak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Sedar-sedar saya sudah pun bertunang dengan dia. Saya hanya mengenali keluarganya ketika majlis itu berlangsung.

"Saya sedar tindakan bertunang secara tergesa-gesa itu sudah tentu menyakitkan hati Almy. Kepada semua, saya minta maaf terutama sekali Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Inilah ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni," ujarnya.

Menambah penjelasan, Fizz berasa pelik kerana sepanjang berkenalan dengan Almy selama tujuh tahun agak sukar untuk mengikat tali pertunangan tetapi tidak dengan wanita tersebut.

"Sehari sebelum bertunang, saya seperti ditunjukkan petanda musibah apabila tangan saya melecur terkena air panas. Malah, dalam perjalanan ke Kuatan, kenderaan saya turut rosak.

"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati. Namun, apakan daya ia sudah pun berlaku.

"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf kepada media kerana tidak menjawab panggilan sebelum ini disebabkan fikiran serabut," jelasnya panjang lebar.
Sementara itu, Fizz memberitahu Almy pernah menyuruhnya berubat secara alternatif selepas menyaksikan keadaannya tidak terurus sejak berkenalan dengan wanita tersebut.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2