FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISOD 12

in , by Nadia Johari, 16:23:00
hai assalammualaikum

pergh lama bebenor nad tak ada dalam blog ni..sedih weii..nad dah lama tak tegur korang semua dalam blog..korang tau kan kenapa..mana yang tak tau nad bagitau sekali lagi..rumah sewa nad line die lembap..nad pun tak tau kenapa..nad sabar jela..nad boleh tunggu hari sabtu sebab nad balik rumah dekat meru ni..menunggu seminggu bukan lama..korang mest banyak update cerita..nad dah ketinggalan...tengokla malam ni nad usha habis2 blog korang..nad tak kira..arrghhhhhhhh.... (menjerit sekejap)..nad nak update entry pun haishh...takda semangat..ni nak update Fear Factor Selebriti Malaysia pun dah lambat..tapi takpela..nad buat gak..


hanya 4 kumpulan sahaja yang masih bertahan di Fear Factor Selebriti Malaysia separuh akhir..segala cabaran yang menyakitkan dan menguji kekuatan mental sudah mereka tempuhi..siapakah peserta separuh akhir itu..mereka adalah..Ajak dan Elfira, Hafizul dan Hafni..Dafi dan Zoey serta Dazrin dan Hairul..respect dengan Elfira yang masih bertahan sehingga separuh akhir...dialah salah seorang wanita yang masih bertahan dan tidak gentar dengan kumpulan-kumpulan jejaka yang lain...hehhee..

Terdapat tangki kecil, salah seorang ahli pasukan akan duduk dan dimasukkan kepala dalam helmet berbentuk kaca dan helmet itu akan dimasukkan air..dalam helmet itu disediakan corong untuk bernafas dan selepas itu akan dimasukkan sotong kurita yang besar di dalamnya bagi menganggu dan menggugat keberaniaan peserta. Peserta perlu membuka skru di sekeliling helmet (yang berwrna hitam)..pasukan yang terpantas membuka skru akan dikira sebagai pemenang...geli mak aihh sotong merayap dekat muka..melekat sedut2 kat muka..hehe

Peserta pertama yang melakukan aksi ni ialah hefny..pasukan kedua pula Elfira yang melakukan aksi ini..manakal peserta ketiga ialah Dafi..muka jambu dan peserta terakhir ialah Dazrin.pemenang bagi cabaran ini ialah kumpulan Hefny dan Hafizul..so mereka yang mencabut giliran sape yang akan melakukan aksi kedua..tetapi malangnyer nama mereka sendiri yang melakukan aksi pertama..hehe

cabaran kedua pula ialah setiap kumpulan akan dimasukkan ke dalam balang kaca..sorang ahli apsukan akan mengambil triplu berwrna hijau dan sorang ahli pasukan akan memasukkan triplus ke dalam balang yang disediakan...balang tersebut akan dimasukkan ais bagi menguji ketahanan mereka..mereka perlu mengambil kesemua triplus (hijau) itu dengan masa yang ditetapkan..dan selepas habis mereka perlu meanrik tali untuk menjatuhkan mereka ke dalam air..ini adalah cabaran pertama pada waktu malam..jikalau mereka tersilap sama ada tidak sempat mengambil triplus atau tidak mengambil kesemua triplus, itu akan mengugat mereka dalam Fear Factor..

dalam cabaran ini kumpulan Hairul dan Dazrin tidak dapat mengambil kesemua triplus kerana kesilapan dazrin yang tidak perasan satu triplus lagi..manakala group Ajak dan Elfira juga tidak dapat kesemua triplus kerana salah satu triplus telah masuk ke dalam air semasa Elfira hendak memasukkan ke dalam balang kaca..





siapakah yang tersingkir..siapakah pemenang dengan masa yang terpantas??..pemenangnyer ialah Dafi dan Zoey..abang jambu kita..hehe..mereka mendapat RM 10 ribu ringgit..tahniah..peserta ke Final ialah Zoey dan Dafi..Dazrin dan Hairul dan Hafizul dan Hefny..perserta tersingkir ialah Ajak dan Elfira kerana masa yang begitu panjang untuk menghabiskan aksi setelah dicampur dengan aksi pertaman.....namun.......................

TETAPI...rupernye2 tiada penyingkiran...perghh...suspended je...menangis kegembiraan la Elfira dan Ajak...tak terkata apa dah...tahniah buat mereka semua..


JANGAN LUPA SAKSIKAN EPISOD AKHIR FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA MALAM NI..SIAPAKH PEMENANG..




hai assalammualaikum

walaweh dah lama x jenguk blog (ini ayat semua poyo)..hahaha..haii korang sume..lama dah nad tak blogwalking kan..line internet yang menghalang nad nak blogwalking dan buat entry..yang ada pun autopublish..okla kan..ni pun dapat on9 kat opis..keje sabtu..sob..sob..tapi nasih halfday je..hehe..ni nad nak join GA yang dibuat Mak Dara..sape tak kenal..sepak nak..huhhu..nad dah ditag oleh Apit..sapa tak kenal apit..belasah nak..hehe..sape yang tak kenal lagi pegila terjah blog diaorng erk..ok stop membebel..jom join segmen ni..tempek banner..nak join lik banner..




58 buah hadiah hadiah hebat sedang menanti untuk dimenangi!!! Semua hadiah tersebut adalah ikhlas dan tajaan daripada 30 penaja dan juga teman bloggers Mak Dara...kau tengok ramai sponsor die..jom la join

mangsa terhormat:



GAYA MEREKA SAMA

in , , by Nadia Johari, 21:30:00
hai assalammualaikum..

wah molly dah ade gengla..hahha..terbaikla...style dah sama..warna mereka je lain..hehehe...jom nak tengok apa yang sama..

ni molly..kalau dekat lantai die akan tido gaya macam ini...gaya kaki melunjur..haha..mayb nak sedapkan badan atau nak sejukkan badan...lena je dia tido macam..

yang ni pulak kika..hehehe...kucing blogger YUI...yui ada upload dekat facebook..so nad perhati kucing die tido..haha..memang sama macam molly tido..motif tak tau la..hanya kucing je yang tau..hehehe...

nad bukan curi erk gmbar kucing yui..nad mintak izin lagi..hehehe..disebabkan nak buat entry ni..hehe..ok..byee..


GAYA SI MOLLY TIDUR

in , , by Nadia Johari, 19:30:00
hai assalammualaikum

kesian molly..kene kurung dalam sangkar..sebab takut dia hilang dan merayau..yela dulu ada nad lehla die bermanja..mana nad pegi die ikut..nad panggil je die datang..kalau die berak merata nad akan cuci..tapi sejak nad duduk rumah sewa..molly kene kurung..sebab takut die merayau dan tak berak merata..haritu sebelum dikurung mak cakap die demam..pastu kaki die terhencut-hencut jalan..mak cakap mayb kene langgar..nad dah risau..sedih pun ada..masa tu nad kat rumah sewa..rasa nak balik je terus..pastu mak kurung dia..alhamdulillah..molly semakin baik..lega sikit..

setiap hari sabtu tempat keje nad ganti-ganti keje..so kalau tak keje sabtu..jumaat tu dah habis kerja terus balik rumah..firstly mestila rindukan masakan mak..hehe..then rindukan anak buah..dan ofkos rindukan si molly..nad balik rumah je terus buka sangkar dan panggil die..sukanyer bila die cam suara tuannyer ni lagi..yela suara comel kan..hehe..molly datang dan mengingau manja..molly takdapat main lagi sebab kakinya masih sakit..soknya sabtu nad mandikan molly..yela orang lain malas buat..nad je rajin mandikan die..pas mandi urut kaki dia..kesian dia..pas makan je..datang dekat nad dan bermanja

tengokla tu..datang-datang je terus landing...masa ni kaki dia masih sakit lagi..tu pasal nak bermanja dengan tunannyer..hehe..nad suka tengok molly ni..yela kalau dah manja..comel je..kalau nak main..suka main kejar0kejar..hehee..sampai anak buah pun suka main dengan molly...tapi tula time nad balik je molly boleh keluar dari sangkar...lena je molly tido..hangat sangat kot

hah yang ni cara molly tido..mula-mula nak tido mesti selit-selit kat mana-mana..tutup muka die..macam manusia tido tutip muka dengan bantal.molly plak tutup muka dengan menyelit..lepas tu tangan die tergerak-gerak macam anak kucing nak minum susu..hahhaa...biarkan jela..mse ni tuannyer tengah blogwalking...hahaha..

ni gaya molly dah tido nyenyak..hahahha...style die macam-macam...ke tengah mimpi ni..hehee..nad kene duduk diam..sebab kalau gerak nant molly terbangun..kesian plak..masa die tido kene usap..bulu die lembut..sebab tu and suka die..nad suka kucing nad yang lain gak..semua nad bagi kasih sayang sama rata..wah dah macam anak-anak nad plak kan...

rindu dengan die..nak tengok molly main-main macam dulu..nak tengok molly cergas macam dulu...setiap hari tak sabar nak balik rumah..alhamdulillah..sekarang molly semakin sihat..harap-harap dia sihat selalu..

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISOD 11

in , by Nadia Johari, 18:00:00
hai assalamualaikum..

Fear Factor Selebriti Malaysia  dari Cape town Afrika Selatan..setiap hari sabtu jam 9 malam..yang dihoskan oleh Aaron Aziz..nad takkan ketinggalan tengok cerita ni..kalo terlepas tengok ulangan die..hahaha..Fear factor Selebriti Malaysia telah sampai kemuncaknya..bermula dengan 15 pasukan, 9 pasukan telah tersingkir dan 6 kumpulan masih bertahan, mereka semakin gerun dengan cabaran yang semakin sukar, persaingan semakin sengit, namun mereka berjuang demi merebut wang tunai RM200 ribu ringgit...setiap kumpulan masing-masing mula berusaha dan membuat bersungguh-sungguh...Fear Factor untuk episod kali ini terdapat dua penyingkiran...

cabaran pertama, salah seorang ahli pasukan perlu berada di dalam meriam gergasi sebagai "peluru" dan rakan sepasukan perlu berlari mendapatkan kunci yang tergantung dan mencari kunci yang betul untuk membuka kotak hitam bagi menekan butan merah bagi menggerakkan kerusi yang diduki rakan sepasukan dalam meriam itu..rakan sepasukan yang berada di dalam meriam itu akan terpelanting ke dalam air..kemudian berenang ke boyan dan mengambil kunci..selepas itu lonceng dibunyikan bagi menamatkan masa...

peserta pertama yang tersingkir ialah kumpulan Arja dan Alam..disebabkan Arja telah tersilap amik..sepatutnya cabaran ini perlu mengambil kunci di boyan kuning..tetapi Arja telah mengambil boyang kuning tersebut dan dia tidak sedar..aksi ini Arja di dalam meriam dan Alam menekan butang..disebabkan Alam tidak reti berenang..namun mereka tersingkir juga..waa sedih..tapi takpe..usaha mereka dah sampai episod 11..


 seorang ahli pasukan pula perlu mengeluarkan kunci yang berada di dalam balang melengkung dengan memasukan cecair campuran bermacam2 jenis makanan sehingga kunci itu naik ke atas..kemudian ambil kunci tersebut dan membuka kunci gergaji yang dikunci..kemudian gergaji palang yang berada di atas balang kaca untuk menyelamatkan rakan apsukan anda.

cabaran kedua pula..seorang ahli pasukan yang tidak berada dalam meriam semasa aksi pertama perlu masuk ke dalam balang kaca yang berisi air..ooppss bukan air sahaja tapi dimasukkan dengan katak..oongg gedek2..hehehe..bukan hanya satu katak..tapi banyak jenis katak...ade yang besar punya..hohoho..geli mak kauu..bertahan la selama yang mungkin sehingga rakan pasukan menyelamatkannya..

geli2..bila ade katak main-main kat kaki..bunyi ong gedek2 kat telinga..time ni kesian dekat Elfira..die terpaksa masuk di dalam balang kaca..menangis-nangis die..hehe..salute sebab die seorang wanita yang tinggal di dalam Fear Factor Selebriti Malaysia..dan kerana itu pasukan Elfira dan Ajak telah memenangi wang tunai sebanyak RM 10 ribu ringgit..TAHNIAH...

untuk peserta kedua pula yang tersingkir ialah Faris dan Akim..kerana masa mereka yang paling lama..well done u alls...sekurang-kurangnyer mereka telah melalui pelbagai aksi yang mencabar..pengalaman itu penting..weee..

tak sabar nak tengok yang alst punyer..siapala yang bakal merebut wang tunai RM 20 ribu ringgit





MENONTON WAYANG JACK THE GIANT

in , by Nadia Johari, 21:00:00
hai assalammualaikum


akhirnya nad tengok wayang gak..(nampak kejakunan di situ ye)..mana taknyer sejak kami berkapel..hanya 2 kali sahaja dapat tengok wayang...terkejut tak..terkejut tak...hahahaha..nad sendiri terkejut..wakakaka..aritu si jejaka mafia ajak jumpe..and then die cakap sok tengok wayang (ahad lepas)...dalam hati..waa seronoknya...lama kot tak jejak kat wayang...and then sampai harinya..pikir nak tengok wayang ape??..pastu and teringat blogger Remy wat review tentang citer JACK THE GIANT...yes..dan nad pun pilih nak tengok citer itu...One Utama menjadi pilihan..meh nad nak cerita sikit pasal cerita ni..


" Pada suatu masa dahulu, paderi di kerajaan Albion mencipta kacang ajaib yang akan tumbuh bila terkena air..kacang itu akan tumbuh dengan besar dan tinggi..perjalanan mereka tidak dibawa ke syurga tetapi telah bertembung dengan dunia gergasi..Gergasi telah turun dan cube menghancurkan kerajaan Albion namun Raja Erik telah mencipta mahkota yang dibuat daripada jantung gergasi supaya gergasi-gergasi tersebut mendengar arahannya..Raja Erik menyuruh mereka pulang ke dunia mereka dan pokok itu ditebang.."

Jack, seorang budak muda ladang, . telah terjumpa puteri Isabelle dibandar apabila die ingin menjual kuda pakciknya.. . Sementara itu, Roderick  yang jahat mendapati,bahawa sami telah merampas kacang ajaib tersebut. Sami menawarkan Jack beberapa biji kacang sihir yang dicuri dari Roderick untuk menyelamatkan kacang itu dari Roderick yang jahat... Isabelle telah dipaksa bapanya untuk berkahwin dengan Roderick dan telah keluar daripada istana dan singgah ke rumah Jack disebabkan hujan yang lebat..Sebelum itu Jack telah bergaduh dengan dengan pakciknyer dan mencampak biji ajaib itu..salah satu biji tersebut telah terkena air dan mula tumbuh dengan membesar..Puteri Isabelle yang singgah di rumah Jack setelah pakcik Jack  keluar telah dibawa ke langit 

Raja sangat terkejut dengan kejadian itu dan menyuruh beberapa orang satria pergi menyelamatkan puteri Isabelle..Jack, Roderick, dan atendan Roderick, Wicke, sukarelawan untuk menyertai kesatria raja, yang diketuai oleh Elmont dan kedua dalam arahan, Crawe, dan memanjat pokok kacang ajaib itu.dan masa itu baru mereka tau mereka telah berada di dunia Gergasi..pengembaraan pun bermula..

penatla nak taip lagi..korang tengokla sendiri erk ceritanyer..apa kesudahannya..hahaa..jahat tak..jahat tak.adakah mereka selamat dari membebaskan diri di dunia gergasi??..apa jadi dekat kacang ajaib??..dan .yang gelinyer Gergasi-gergasi tu makan orang...yurkkk....dahla gergasi tu huduh-huduh belaka....ade yang berkepala dua..ok korang...tengok jangan tak tengok... ok...




DAPAT BB DARI BLOGGER S

in , , by Nadia Johari, 00:56:00
hai assalammualaikum..

lama dah tak update entry..kes takda masa..kes line lembap bila dekat rumah sewa..bila dekat rumah line kembali normal tapi sibuk dengan hal lain..yela..main dengan anak buah..tengok astro...hahhaa..haritu hanya dapat blogwalking sahaja..tu pun beberapa blogger sahaja yang sempat..maafkan yang tak sempat..akan nad usahakan...bukan salah nad..salah line kat rumah sewa..hahaha..rrindu dengan kome2 semua..harap kome2 semua sihat2 belaka...nad rasa seronok sangat blogging ni, nak tau kenapa..sebab dapat ramai kawan..dan rupenyer ade gak blogger yang sekampung..tapi ntah bila dapat jumpe..kekangan masa...(macam PM dah kau ni)..

dan selain dapat kawan, kita akan dapat something daripada blogger tersebut kalau reziki memihak kita..hehee..yaa itu sebenarnya nad nak cerita..nad dapat hadiah misteri dari blogger S ni..hadiah BB..hebat tak..hahaa..(poyo je lebih)..ade kau dapat BB dari seorang blogger..BB ni kecik ke..hehee..kekurangan die takleh sms,xleh BBM dan seumpamanyer..wakakaka..nad dapat BUTTON BADGE jela..hehe..but awesome right...thanks to blogger shida..


kau tengok muka die terpampang kat button tu...ari2 lehla nad mimpi jumpe dia..hahhaha...shida ni blogger hebat..kalau kau sebut pasal nuffnang je..die petik jari je..hahaha...selalu je dapat angpow dari nuffnang..nad belajar tentang nuffnang pun sebb curi2 baca ape yang die kongsikan..hehee..dan yang paling seronoknyer shida ni suka colour sama macam nad..mesti korang tau kan..kaannn..kannn..ofkosla BIRU....hahahha...loike2...sejak mula aktif blog tahun 2013 ni..banyak nad dapat hadiah daripada blogger..tambah koleksi nad..huhu..tapi sejak kerja ni tak taula macam mana..segmen, GA, dan seumpanya susah nak join..haishh takpela..sabo jela...ooppss lupe..nshida ada ucap sesuatu


tu yang shida bagi..nad nak balas..sama2 shida..sebab sudi memberi nad satu benda yang nad takkan lupakan shida..dan terima kasih pasal topup haritu sebab inform kat nad..hehee..you are awesome..weee...semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila2..

KERJA DAN MAKAN FREE

in , by Nadia Johari, 22:42:00
hai assalammualaikum..

alhamdulillah..harini kerja tak terlalu banyak..walaubagaimanapun nad kene banyak belajar lagi..sekarang paham la sikit-sikit apa yang perlu dilakukan semasa di opis..dan bila staff lama suruh buat..dengan senangnyer nad buat (tu pun keje simple2)....simple-simple pun ok..yela nad hanya pembantu..daripada benda yang kita zero..tak tau apa-apa..dengan bekerja..banyak benda nad tau..dan banyak juga ilmu yang nad dapat...tu la namanyer pengalaman..pengalaman mengajar kita lebih matang dalam melakukan sesuatu..


setiap opis mesti ade telefon kan..yela kalo xde telefon macam mana orang nak order barang..nak wat panggilan kalau ada masalah kan..so kadang-kadang keje and angkat telefon..dan itu salah atu keje yang nad paling takut..haha..sebabnyer firstly sesetengah customer akan speaking..memang nad ngaku nad kurang bahasa english..tapi orang cakap ,cakap2 sikit2 lama2 pandai..ye memang nad buat macam tu..nad cakap campu-campur.bahasa melayu dan bahasa english..haha..akhirnyer customer kene cakap bahasa melayu..nasib sume customer masih dalam Malaysia bukan Luar Negara lagi..hahhaa...setiap situasi pekerjaan pasti akan ade bad moodnyer..yes arini sesetengah staff bad mood..dan masa tu nad hanya terdiam kaku wat keje sendiri..takut nak tegur..nad memang tak berani nak tegur orang yang tengah bad mood..seramm ooo...maunyer die marah kita balik..better diam..kalo nad tak tau keje yang dia suruh wat, nad tanya orang lain..hahahha..

hari ini bestnya, nad makan free..company nad keje ni siap ade dapur lagi..so ada seorang uncle yang baik hati telah memasak untuk semua staffnyer..uncle tu pun takde keje..so buatla keje amal..hehe..uncle tu masak mee goreng dan kuew teow goreng..dan company and ni leh makan dalam opis..abang-abang bangla telah membawa makanan tersebut ke opis..dan kami dengan laparnyer telah makan makanan itu dengan gelojohnya..hahahha...lagi-lagi nad..yang memang kuat makan..sental satu pinggan..haha..thank you uncle..jimat duit blanja harini..hehee..udang tu yang sedp..nad raja udang..lallaa...


FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA EPISOD 10

in , by Nadia Johari, 01:42:00
hai assalammualaikum

lama tak buat entry...mana taknyer, kat umah sewa line macam takleh diterima je..sedih siot..loading dekat lebih setengah jam..kalo line ok sikit..nad dapat blogwalking je..ok la tu kan..dari and senyap je..semalam nad balun habis-habisan blogwalking samapi pukul 5..hahaa..giler tak giler...demi membaca entry kawan-kawan..ku gigihkan jua..memang banyak yang terlepas..untung sabtu cuti..leh tengok Fear Factor..ni pun sebab nak update Fear Factor punyerla..hehe..sok dah keje..kene cepat-cepat taip..

seperti yang sedia maklum..minggu lepas takde cerita Fear FActor ni sebab ganti dengan Festival Filem Malaysia..penat den tunggu..hahaha...dan sebelum ni kumpulan Gambit dan pasangannyer Alif telah tersingkir..dan betapa seronoknyer bila lelaki ego iaitu Gambit keluar..tapi kesian Alif yang comel ni keluar..kenapal kau berpasangan dengan Gambit..huhuhu..xpela..xde reziki korang..

15 pasukan telah bertanding dalam Fear Factor Selebriti Malaysia..8 kumpulan telah tersingkir manakal 7 kumpulan masih bertahan..RM 10 ribu menjadi rebutan setiap minggu dan RM 200 ribu menanti sang juara..saingan semakin sengit, aksi-aksi semakin merbahaya, namun semangat setiap apsukan semakin membara..siapakah yang akan menjadi juara mingguan pada minggu ini dan siapakah yang akan mendapat imuniti..

cabaran pertama, peserta akan menikmati pemandangan dari udara, akan ada tong besar berwarna kuning tergantung dari helikopter, salah seorang ahli pasukan perlu duduk di atas tong hanya memegang satu tali dengan satu tangan sahaja, peserta yang membuat aksi ini perlu bertahan selama yang mungkin untuk dikira sebagai pemenang..dalam cabaran ini Dafi yang melakukan aksi ini telah terjatuh awal..

dalam aksi ini Elfira dan Ajak telah mendapat imuniti kerana mendapat masa yang paling lama..selain itu kumpulan Hefni dan Hafizul juga mendapat imuniti..perbezaan amsa mereka hanya 2 minit sahaja..fuh mesti diaorng lega..yela..dah tak perlu nak buat aksi kedua yang sangat mengelikan..

cabaran kedua..di sini mempunyai dua balang yang hanya dapat memuatkan kepala sahaja..kepala setiap pasukan akan dimasukkan  dan dikurung dalam balang..setiap peserta perlu menolak kepala dengan menggunakan kaki dan tangan hingga ke penghujunh..sesampai di penghujung,,peserta perlu mengambil besi cangkuk untuk mencapai  spana yang disediakan..terdapat 4 spana dimana hanya satu spana sahaja yang betul dan boleh membuka skru balang bagi mengeluarkan kepala..masa dikira setelah kedua-dua pasangan selesai menghabiskan cabaran..ooh lupe..balang bukan kosong aje..tapi diisi dengan binatang..nak tau ape..LIPAS, LABAH-LABAH dan KALAJENGKING..

pemenang bagi cabaran mingguan kali ini ialah Zoey dan Dafi dengan masa 4 minit 30 saat..mereka mendapat RM 10 ribu..tahniah

peserta yang tersingkir minggu ini ialah Johan dan Kaka disebabkan masa  mereka yang sangat lama..selain itu JOhan tidak dapat melaksanakan tugas kerana tidak dapat membuka balang tersebut dan masa terpaksa dihentikan sendiri oleh Aaron atas sebab keselamatan..yela takut kene sengat..kalo and pengsan terus agknyer..hohoho..x pun sepanjang tolak nangis je..haishh..geli wehh tengok binatang macam itu..pe pun tahniah Johan dan Kaka..sebab samapi ke episod 10....





APA BOLEH BUAT

in , by Nadia Johari, 10:00:00
hai assalammualaikum

lama dah nad menghilang..sejak-sejak keje ni memang susah betul nak tengok blog...terlalu penat..nad dapat blogwalking mana yang sempat je..line kat umah sewa tersangatla lembap..nad sejak keje ni tido awal..hahaha..mcam tak caya je..sebelum keje punyerla tido sampai kul 3,4 pagi..sekarang pukul 1 la palingla lewat tido..mata cepat berat sekarang..cepat sangat die nak pejam..dulu leh je tahan..sekarang jangan harapla...

susana keje alhamdulillah semuanyer ok..dengan staff yang ok..semuanyer friendly..my big bos pun ok..tapi tak tahula kalo dah lama nad keje..haahah..nad bahagian admin..ade dua staff lama..kak Hamsah duk sebelah meja aq..die suke cakap kuat..takyah pakai speaker..haha..kalo nak ajar aq..suara die satu opis leh dengar..macam nak ajar semua orang..kak Natha pula..nad under die..die ajarla macam-macam..memang sush nak paham mulanyer..yela first time keje..kat opis lagi..tapi In Shaa Allah nad leh buat..korang doakan nad mampu buat ok..harap2 keje semua dipermudahkan..

kadang2 tengok blogger lain yang dah keje leh je on9...leh je blogwalking..memang respect habis..kalo blogger lain boleh buat..takkan nad tak leh buat kan..mesti boleh..boleh..boleh..boleh...huhuhu..setiap hari tunggu hari sabtu..sebab cuti..hahahhaa...lumrah manusia bile dah dewasa nak kecik..bile kecik nak besar..mcam tu jugak keje..bile study nak tak sabar nak keje..dah keje..nak patah balik study..haishh..Ya Allah permudahkan segala kerja ku..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2