BINTANG MENCARI BINTANG (AKHIR)

in , by Nadia Johari, 17:03:00
hai assalammualaikum..

pe kabar korang semua...jerebu sekrang dah makin teruk..jaga diri masing-masing ok..kalo sakit pegi ke klinik cepat-cepat..jangan biarkan sakit tu melarat ok..disebabkan jerebu nad duduk rumah sampai la ke malam..hohoho...yela nad dah la tengah batuk..kang kuar makin teruk..tapi semalam duduk dekat halaman rumah je..malam tu nad bersama dengan keluarga..rutin harian bersama keluarga mestilah menonton televisyen..semalam cerita BINTANG MENCARI BINTANG final...nad jarang tengok cerita ni..cerita tak berapa lawak..tapi masa tu nad nad malas nak tengok astro so layan tv 3..bila turn bocik membuat persembahan nad tertarik sikit..sebab mase tu bocik buat lawak..so dari situ nad mula suka tengok..ahhaha..


BINTANG MENCARI BINTANG, bukan sahaja mencari peserta yang pandai melawak, mencari yang pandai menyanyi..2 dalam satu..dalam rancangan ini mempunyai 6 mentor dan setiap mentor mempunyai 2 protege...hanya 4 mentor sahaja yang berjaya ke final iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail dan Sabri yunus. tapi malam tadi and tengok yang paling klakar adalah Achey iaitu protege kepada HArun Salim BAchik..memang klakar time persembahan kedua..hehe


Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam.

Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.


Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.


Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000.


Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi.

MALAM NISFU SYAABAN

in , by Nadia Johari, 20:35:00
hai assalammualaikum..

ingin berkongsi dengan korang semua..tadi nad tengok facebook and then ada satu adik blogger tegur dan cakap berkenaan malam nisfu syaaban..dan ternampak junior nad post something kat facebook..so nad nak berkongsi dekat blog berkenaan malam nisfu syaaban..

sumber : facebook

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

p/s: perbaiki diri..sentiasa mengingati kisah-kisah nabi..sentiasa mendekatkan diri kepada Allah..mohon maaf kalo nad ada tersalah kata..terkasar bahasa..

JEREBU OH JEREBU

in , , by Nadia Johari, 19:56:00

hai assalammualaikum..

ari ahad adalah ari waktu rehat untuk nad..tapi nad rasa macam bukan ari rehat je..haishhh...yela..nama dah anak dara..bakal menjadi isteri orang lagi..so nak taknak..ari cuti duduk rumah mak ayah ni kerjanyer perlula mengemas rumah..kang kalau tido je di cop sebagai PEMALAS...ohh no...pagi je bangun..p kemas rumah..lepas tu sidai kain..tengok luar ingatkan asap pagi yang boleh ku hirup dengan sebaiknya..tapi jerebu rupanya..alahaiii..udara jerebu pulak yang ada...makin teruk jerebu sekarang..sebelum ni kat Indonesia..sekarang dah melarat ke Malaysia...

comelnyer la...errrr..sebab tu tak keluar rumah pun takpe..tapi penat sebb jaga si tecik ni...heheh..

disebabkan cuaca tidak elok dirumah jadi tiada aktiviti di luar rumah...hanya duduk di dalam rumah..alahaii guna kipas pun tiada sejuknya..dah pasang lima pun terasa panasnya..tiada angin yang bertiup...last solution pegi peti ais..oohh nikmatnyerr...hahaha..tapi nikmat hanya sementara..ohh no..nak pasang aircond tak mampu lagi nak bayar bil..jadi redha jela...menerima cuaca yang semakin panas dan berharap hujan akan turun...dahla nad tengah batuk..baru lepas je demam..nak bernafas pun sukar..harini hanya bermain dengan si bambam dan si tecik...bolehla..ade gak aktiviti kan dari takda..hehee..




Orang ramai dinasihatkan agar memakai penutup mulut dan hidung ketika hendak keluar rumah atau pergi membeli-belah. Sebarang aktiviti pembakaran di kawasan halaman rumah tidak digalakkan kerana risiko kebakaran boleh berlaku dengan serta-merta. 

tadi terbaca sesuatu yang Johor dah semakin teruk..Perdana Menteri dah mengisytiharkan kat Johor sekolah kene ditutp sebab jerebu...

KESIAN MY BRO

in , by Nadia Johari, 00:57:00
hai assalammualaikum..

dalam family nad hanya ada sorang lelaki dan empat perempuan...nasib baik yang sulung lelaki..kalo perempuan,,pergh berat tanggungjawab tu..hehee..my bro la satu-satunyer anak lelaki..anak jantan dalam rumah..kalo ada apa-apa yang berlaku..ofkos cari dia dulu..hohoho..tapi kelemahannya ialah..dia sangat2 lah pemalas...sebab tu perut buncit..hahahaa...nak dijadikan cerita hari rabu tu dia kene masuk hospital...kesian..sebabnya besi dalam lutut dah longgar...(alkisahnya dia dulu penah eksiden..so masuk besi dalam kaki dia)..

hari jumaat aritu, kami sekeluarga p la melawat ank lelaki johari ni...hehee..my bro operation hari khamis..dia cerita time dia tengah operation..doktor hanya matikan separuh badan..maknanyer dari pinggang sampai ke kaki..dari kepala ke atas pinggang hidup la..so my bro nampak doktor tu buat.. (mak aih nad dengar pun meremang)..my bro dengar lututnyer di ketuk..dibuat macam-macamla..tapi dia tak rasa..yela dah dimatikan..kalo rasa..ofkos dah pengsan..hahaha...my bro masuk hospitak DEMCE di Shah Alam..swasta kau..

kau tengok muka die yang kebosanan sebelum di operation...huduh sungguh...hahaha..

alhamdulillah..selesai operation...tu dia bahagian yang dioperate..
In Shaa Allah my bro balik rumah besok tengahari...maaf adikmu tak dapat pulang mejengukmu sebab keje dan balik rumah sewa..hoho..

pesanan : wahai abangku..walaupun kau seorang yang pemalas..seorang yang suka tido je..ku tetap menyanyangimu...hehhe..semoga kau cepat sembuh..ingat pantang larang makan ok..hahaha...

MACAU OLE-OLE

in , by Nadia Johari, 15:18:00
hai assalammualaikum..

amik masa sekejap nak update entry..sekejap je ye bos..tak lama pun...ni pun entry khas untuk bos..hehehhe...dah 4 bulan nad bekerja di KAIFAH SDN BHD ni..walaupun baru tapi banyak ilmu dah nad dapat..mulanyer memang susah nak cari keje ni..memang bukan senang..syukur alhamdulillah..dalam kesulitan mencari kerja..akak ipar datang membantu..akak ipar ternampak kawan facebook die post untuk jawatan kosong..nad cuba nasib bersama kawan nad...cuba menghantar email..masa tu tak kisah dengan gaji..dalam pikiran nad, nad nak cari pengalaman..

syukur alhamdulillah..nad dan kawan nad dipanggil untuk interview dan diterima bekerja..Bos kami Mr por..memang baik orangnya..dia layan semua staff macam keluarga die..trademark company 1 KAIFAH 1 FAMILY..hehehe...best kan..memang semua staff pun best seh..tak pernah pikir pangkat tinggi ke rendah..semua sama je..keje tak boleh stress..kene happy..baru best keje...hohohoho...

hari tu bos nad pergi oversea bercuti 3 hari..nad menjadi pekerja cemerlang..hahaa..(ini semua poyo)...baru tadi bos balik datang ofis..dan dia keluarkan keychain yang dia beli..itulah bos, tak pernah lupakan staffnya..hehe..walaupun keychain, ia sangat berharga..nad dahla suka kumpul benda-benda macam ni..hehehe...pe lagi and amikla warna biru..biru tetap dihati..lalaa

MACAU OLE-OLE...



SEMOGA CEPAT SEMBUH JEJAKA MAFIA

in , by Nadia Johari, 01:27:00
hai assalammualaikum..

ari ahad adalah masa yang paling best sangat berehat di rumah bersama dengan family...hahhaa..ari ahadla semua orang berkumpul..masa tu la riuh sangat rumah nad ni..yela anak buah dah ramai..semuanyer mulut pergh..nak bagi satu kampung dengar..termasukla nad...hahahha..selalunyer ahad adalah waktu rehat sedunia..namun bukan bagi nad..nad kene jaga anak buah nad si tecik tu...huaaaa...yela my sister nak masak..ananknyer ni susah nak berenggang dengan maknyer..so nak taknak kene jaga anaknyer si tecik tu..bukan nad taknak masak..tapi maknyer yang offer diri nak masak..hahaha..

nilah dak teccik tu...nampk kamera terus senyum..ahhaha
memang tak dan nak tengok tv ka..nak buat keje kita ka..nak on9 ka...kene tumpu kat die je..kalo tak menangisla die..dah selesai tu..macam biasa telefon si jejaka mafia..nak tanya khabar...bila telefon je..si dia cakap die kat hospital..mcam biasa nad mesti terkejut...sape plak sakit..die cakap die yang sakit..nad dah tambah risau..dah kenapa plak..jejaka mafia cakap die sakit perut..dari pagi lagi...mula-mula boleh tahan..lama-lama tak tahan gagahkan diri pegi klinik drive sndiri ....doktor cakap suruh pegi hospital..pergilah die..malam ni die kene tahan dekat wad..doktor nak cek..takut-takut suspect apendix...Ya Allah...semoga tuanangku sihat sentiasa..harap-harap tak jadi apa-apa..harap-harap esok dia dah boleh keluar...

die memang sangat degil..makan tak penah teratur..lewat memang semestinyer sebab lebih tumpukan kerja..mulutku juga yang menghinggap ke telinganyer sampai berdarah..(gimik je)..sebab asyik membebel..yela..nad membebel untuk kesihatannya...untuk kebaikannya...sape tak sayang bakal suami oiiii...ape-ape pun harap-harap esok kembali normal...

adik die yang amik gambar ni..nad curi jap erk..alahai cian bakal suami ku...semoga cepat sembuh sayang..pasni plez jaga kesihatan tu...pasni sy akan membebel selalu..lagi2 bab waktu makan..hohoho..sempat lagi pakai topi tu...

PEJUANG FACEBOOK TERHEBAT

in , , by Nadia Johari, 22:43:00
hai assalammualaikum..

Ape korang buat malam ni..sok dah ari Isnin..kepada yang masih study tolong siap-siapkan keje sekolah yang ada..tolong gosok baju cepat2..tolong kemas-kemas beg dan alatan tulis yang perlu...dan yang bekerja..eh nad la tu..tolong sok pagi bangun awal...ala rileks la..masuk keje pukul 8.30 pagi...hohoho..gosok baju boleh pagi nanti..hahhaha...sadis sungguh...tapi masa study la paling best walaupun mase study kene hafal itu ini...yela masa study balik pukul 1..kalo keje balik pukul 5..kaaannnn..ermm...tapi takpela..semua benda kene buat dengan ikhlas...


masa cuti sekolah korang mesti banyak habiskan masa dengan main internet kan.bila ada masa terluang mesti habiskan masa dekat facebook je kan..hhahhaa..budak-budak zaman sekrang kan lebih prefer kepada it..mana ada macam kita dulu..main kat luar..main lari-lari..main baling selipar..main gelang getah..main ting ting dan macam-macam lagi...hahhaa..yup facebookdah fofular sekarang..sampai budak 5 tahun pun dah boleh ada facebook..ce korang bayangkan..hahahhaa..

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendiria.. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Dengan komuniti yang kita bentuk,kita dapat mengikuti perkembangan semasa kawan-kawan,berkongsi gambar,berkongsi video dan sebagainya. Selain itu dengan adanya Facebook dapat mempromosi lamaweb/blog kepada kawan-kawan yang ada dalam komuniti yang kita tubuhkan.Tapi harus di ingat , sekiranya kita menggunakan apa-apa perkhidmatan secara online,jangan terlalu percaya dengan mengisi maklumat yang terlalu peribadi dikhuatiri sesuatu buruk akan berlaku. :-)

 nad main facebook mase sem kedua study dekat UUM..tu pun akak senior yang ajar..die kata sebab ada game yang best..masa tu apa lagi..nad pun try sign up dan log in..memang best..dapat jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah lagi..memang giler waktu dengan facebook..dengan gamenyer yang macam-macam game..dengan facebook juga dapat kenal dengan jejaka mafia..hahahha...tapi sekarang dah tak jakun sangat macam msa mula-mula main facebook..sekarang biasa-biasa je..hahaha...(yeke macam tak caya je)...

jumpa nad kat fcebook..korang tekan je butang tanda like tu dengan tanda facebook..hehe..miszrockers dah de page sendiri..baru tercipta..nant nak wat entry khas..

dengan facebookla nad dapat berkenalan dengan kawan yang baru...lagi2 kawan-kawan blogger..dengan facebook mudah untuk nad berinteraksi dengan blogger lain...yela kadang-kadang nad jarang on9 blog..lagi-lagi sekrang nad duduk rumah sewa..line lagi langsung tak dapat connect..lagi tak dapat on9..dengan facebook nad boleh rapatkan hubungan dengan blogger..facebook pun nad kadang-kadang buka..hah nak dijadikan cerita..kat facebook pun ade peperangan..hahaa..peperangan ni yang membuatkan nad excited nak on facebook...hahahha....

peperangan antara BLOGGER INI  (mangsa).... BLOGGER INI dan BLOGGER INI... hahahhaa... blogger ni jadi mangsa sebab die comey sangat..die pejuang yang suka makan..hahahha..dah tak tahan dengan kami yang terus-terus menyerangnya...habis jari die dah kebas...bukan satu tempat saje kami serang..malah banyak tempat...hahahha...

blogger ni plak pejuang yang pemalu..die yang start serang dulu...hahahha..pemalu-pemalu pun nah kau amik..bertubi-tubi die serang..nampak je pemalu tetapi bila dah bersuara wah mengalahkan orang lain...hahahha..(pemalu ke dia..rasanya macam tak je..hahaha)... blogger ni plak..serang dengan kata-kata yang tersembunyi..hahahaa..ada-ada je kata-kata die..kata-kata yang membuatkan blogger ini (mangsa) tak paham..suka membuatkan cerita menjadi lebih menarik...wah kau..hehehe..

dan nad adalah pejuang serang hendap..ahhaa..kejap ada kejap takda...macam chipsmore..ape nak buat..line menghalang and nak on9..dengki sokmo line ni...so hanya muncul waktu tertentu je..kahkahkah....tu la bagusnyer ade facebook..so kepada blogger lain..nad sentiasa tengok status anda..hehee..orang kaki like dan komen..hehehhe...sayang korang sumela..tahun depan kalo de rezeki kita jumpa erk..special untuk para blogger..hehee..


SELAMAT PERGI DAN SELAMAT PULANG

in , by Nadia Johari, 13:40:00
hai assalammualaikum..

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting..sesiapa yang berkemampuan dan telah cukup kewangan bolehla mengerjakan umrah..nad pun terasa nak pergi ke sana..nad pasti semua orang pun nak ke sana kan..hehehe..



masa ari khamis 23.5.13 nad amik cuti keje..unpaid leave lagi..hohoho...yela x confirm lagi kerja tu..percubaan..tapi sekarang alhamdulillah..dh confirm dh sebagai staff kaifah..hehe..kaifah is my compny name..(wah speaking lagi)..demi keluarga unpaid leave pun takpe...hehe..pada hari tu, mak ayah nad nak berangkat bersama saudara-mara pergi mengerjakan umrah..pada pukul 10 pagi kami bertolak dari rumah..pada pukul 11 mereka perlu berkumpul bersama jemaah yang lain..sampai di airport..nad mengambil masa untuk bermanja bersama dengan ayah dan mak..yela selalu dh bermanja..nant rasa sedih bila mak ayah dah pergi..yang pkai kopiah putih ayah nad..dan dak kecik tu adalah si bambam..die dah pandai jalan..hehe..lama tak buat entry pasal dak bambam ni..dak bambam tu rapat dengan atuknyer..yang tudung oren nadla...hahah


ni la mereka yang akan pergi mengerjakan umrah..my cousin..my mum..my cousin lelaki dua orang dan my dad..semasa menuggu kami pergi menjamah sedikit makanan..Mcdonald..makanan paling murah dekat airport..yang lain mahal..hahaa..jejaka mafia yang belanja..hehe...nad suka beg mereka..sebb warna biru..hahaha...(giler biru betul)


pada pukul 4 mereka nak berangkat dah..sedih dan pilu..sentiasa mendoakan mereka selamat sampai..diberikan kesihatan yang baik dan selamat mengerjakan umrah...sebelum berangkat mak berpesan..kucing jangan lupa..bagi makan..ok pesanan mak kami ikutkan..

dah seminggu mereka disana..selasa ni 3hb mereka akan pulang ke tanah air..la ni baru nak wat entry..hohoho..sadis betul aq..nak wat macam mana..masa takde...rindunyer dengan mereka..semoga ari selasa ni selamat pulang hendaknyer..nak peluk nak cium...huhuhu..

TIADA PANGGILAN MAMI LAGI BAGIKU..=(

in , by Nadia Johari, 02:57:00
hai assalammualaikum...

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah an-Nisa': 78)... 

setiap yang hidup pasti akan mati..pergi menemui Tuhannya...kita yang masih hidup perlulah sentiasa mengingati yang kematian akan datang kepada kita bagi menyedarkan diri kita bahawa semua ini adalah pinjaman semata-mata..  

sedih dan pilu bila orang yang kita sayang meninggalkan kita..namun hidup perlu diteruskan dan sentiasa berdoa agar mereka yang telah pergi sentiasa tenang di sana.."mami" panggilan seorang anak kepada orang yang melahirkannya.."mami" panggilan seorang anak kepada orang  yang membesarkannya dan sabar dengan karenahnya...inilah panggilan yang sepatutnya aku paggil tapi tidak kesampaian..mami adalah bakal ibu mertuaku..namun itu hanya sementara..aku tidak berpeluang untuk mendapatkan title menantu kepada ibu mertuaku.sedihnya hatiku bila tidak sempat melihat wajahnya dan meminta ampun kepadanya....namun ku redha..semuanyer adalah ketentuan Allah..arwah telah perhi pada 3hb Mei pada hari Jumaat..

kisahnya apabila aq yang kepenatan kerna pulang lewat dari kerja telah melelapkan mata..disebabkan terlalu penat, aq tidak mendengar deringan telefon sehinggalah pada pukul 12 aq terjaga kerna ingin menunaikan solat isyak..tatkala melihat telefon..aq terkjut lantas menelefon si dia..si dia menangis..si dia mengatakan mami pengsan..sesampainya di hospital Ampang mami koma dan didapati mami strok..aq bagi dia semangat..aq pun tak tau nak buat apa masa tu..hanya mampu berdoa agar mami selamat dan sembuh..salah ku jua apabila dia memerlukan aq, tapi aq tiada disisinya..aq risau akan keadaan dirinya...aq berdoa..berdoa dan terus berdoa..


keesokan harinya aq pergi ke kerja..setiap waktu ku telefon dirinya untuk mengetahui perkembangan mami..die tidak dapat menahan kesedihan..aq pun sedih tapi aq terpksa simpan..pada puku 4 petang si dia menelefon mengatakan mami telah tiada..aq terkejut..aq terkedu..aq tak tau nak buat apa..aq meminta izin bos untuk pulang awal..halangan demi halangan datang...kawannya mengambilku kerna si dia sedang menguruskan jenazah..jalan dalam keadaan sesak disebabkan malam itu hujan dan pada hari ahad orang ingin mengundi..semua orang ingin pulang..ku terus berdoa agar aq sempat menemui arwah..namun semua itu tidak kesampaian..aq hanya mampu melihat jenazah dari jauh di kubur....ku menangis...hanya itu aq mampu buat..

sebelum ni, memg si dia rajin bawa aq untuk berjumpa maminya..aq banyak merungut sebab selalu kuar hanya p rumahnyer, namun baru aq tau kenapa die selalu bawaku ke rumahnyer..sebabnyer dia ingin melihat maminya takut-takut terjadi apa-apa..aq rase bersalah..bersalah sangat-sangat sebab merungut..walaupun aq merungut dengan si die..tetapi aq tetap bergurau dengan arwah semasa di rumah..arwah memang suke bercakap..memang tak terlayan..tetapi disebabkan aq pun kuat bercakap..kami pun serasi..

maafkan nad..ku dapat mengenalimu sekejap sahaja...maafkan nad..sekiranya ku banyak buat salah dengan mami..al-fatihah buat arwah..semoga mami tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..


alhamdulillah..mami sempat tengok anak sulungnyer bertunang..walaupun tidak sempat melihat kami berkahwin..nad pasti die tersangat happy kerna ada juga orang nak menjaga anaknyer itu...nad akan jaga anak mami elok-elok..nad akan jadi isteri yang baik untuk die...moga jodoh kami kekal..

THANKS AWAK2 SEMUA...

in , , by Nadia Johari, 01:43:00
hai assalammualaikum..

malam telah menjelma..burung hantu mula menampakkan dirinya..hahhaa..nad la tu..waaa..ngantuk ni..tapi gagahkan diri sekejap..demi seorang sahabat blogger nak membaca entry ku..hehe..dari siang tadi nak tulis..tapi bila dah strt blogwalking sampai x ingat dunia..hahaha...rindu blogwalking..tu pun x habis lagi..nad pun taknak blog nad sepi..sebenarnya banyak je critanyer..takpe..nad cerita satu-satu ok...

alhamdulillah..nad dah menjadi tunangan orang..dah sebulan lebih..hahhaa..baru sebulan..harap-harap semuanyer dipermudahkan..walaupun pada mulanyer banyak rintangan..tapi syukur..semuanyer berjalan dengan lancar..dan berharap akan selesai dengan teratur seperti yang dirancang...masa nad bertunang nad ada jemput kawan-kawan nad...tapi hanya segelintir je yang boleh datang..its ok..sekurang-kurangnyer nad happy bila diaornag datang memeriahkan majlis..yela kang kalo tak jemput kecik ati bila kita tak bagitau kan..kawan-kawan nad yang datang ni kawan-kawan sekolah..kawan UUM dan kawan praktikal..tak lupa juga kawan-kawan sekerja. best kan..bila semua ada..hehe...

firstly..kawan sekolahku..ain..aini..dan yang depan ani..masing-masing dah berpunya..hehe..aq ngah sibuk berckp dgn bakal tunang yang sekrang dh jadi tunang aq..haha..yela tak tahan tunggu lama sangat...habis mekap cair kang..
second..my UUM friend..hanis..ni kawan terbaik..die memg seorang yang ok..die ade gak wat tempahn hantaran..aritu die nak offer buat hantaran nad..tapi nad rase better nad buat sendiri..hehe..baru puas kan..hehhee..dielah kawan tapi mesra nad..ada seorang lagi kawan UUM yang datang tapi tak sempat amik gambar dengan die..sue namanyer..korang ingat tak nad ada wat entry pasal die kawin..hehe... BACA KAT SINI



thirs..kawan praktikal nad...yang perempuan tu ok..munirah..kami panggil mun..hehe..yang laki berjalur putih tu tunang mun..happy die sanggup satang ke majlis nad...teruja..sejak habis praktikal lama dah tak jumpa..sampaila majlis ku ini..baru ku ketemu dia...tup2 dah tunang...hohoho..

mereka kawan sekerja nad..inilah dinamakan 1 kaifah 1 family..huhuu..atas sekali bertopi..john namanyer..bukan john carter..then lina..dan bawah ni namnyer kak ellia..wihuuu...thanks for coming..

antara hantaran pihak perempaun dan lelaki...yang biru ofkos perempuan..hehee....sory kalau korang jemu dengar kisahku..hohoho..tapi nad suka bercerita tentang diri nad..kepada rakan-rakan blogger..jangan risau..korang akan dijemput ke majlis ku nant..tapi jangan lupe bagi alamat..dan betul-betul confirm..sebab meja akan dibuat khas tuk korang..hehee







© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2