DHADA LITTLE BAKERY

in , by Nadia Johari, 12:43:00
hai assalammualaikum

Dhada Little Bakery - kalau korang perasan, semua benda yang kita nak mesti dah ada depan mata kan dan kalau nak lagi banyak pilihan ada di internet seperti pakaian.., lagi2 musim perayaan ni..macam-macam baju diaorang jual. barang kesihatan dan kecantikan..memang dah macam-macam produk ada, kek untuk harijadi..perkahwinan, butik pengantin untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan..sekarang semua jual dengan menggunakan internet..yela dengan internet la kita boleh meluaskan perniagaan kita kan..macam nad jugak la..jual tudung melalui internet...( jemput datang..nak beli pun boleh..DIAF ANGGUN )..hehehe.oopsss terpromote plak..hehe


ok-ok..kembali kepada tajuk entry ok..nad nak cerita mengenai kek dan biskut..kalau korang tengah mencari kek untuk birthday, untuk perkahwinan ataupun untuk tunang ataupun untuk biskut raya kat sinilah korang boleh tengok..memang semua apa yang kita nak semuanya ada..lagi satu ia  mengikut kehendak kita dan harganya yang murah..orangnya buat pun menarik..dia sebenarnya kawan nad sendiri..hehehe..memang mudah berurusan dengan orang yang kita dah kenal kan..so sape2 yang nak tempah kek atau biskut raya atau event yang apa-apa..dia boleh buat..jom jemput ke page dia DHADA LITTLE BAKERY ..kek kat atas tu adalah kek nad masa tunang..tengok nama i ade dalam tu..hehehhe...harganyer RM 80

ni lagi satu nad beli..cake dalam botol..yang ni nad beli 10 botol tak silap..nad pun lupa la..harganya dalam RM 50 ..so jumlah semuanya RM 130..tengok murah kan..walaupun nad tak dapat rasa kek-kek ni tapi bila cakap tunang nad..dia cakap sedap..ok..memang sedap la tu kan...=)

sekarang DHADA LITLLE BAKERY tengah buat  untuk raya cookies..sape-sape yang nak jemput ke page dan ownernyer akan melayan anda dengan baik..hhehe..



WALA JUARA RAJALAWAK 7

in , by Nadia Johari, 16:28:00
hai assalammualaikum

sape layan rajalawak..best kan..tapi final la yang paling best..nad pun kurang layanzz pada mulanya...yela bila tak lawak so tak gelak kan..so nad akan rasa kesian dekat diaorang sebab lawak tak menjadi..nad layan masa separuh akhir rajalawak..memang lawak la masa tu bila kumpulan sakan wat lawak..lagi-lagi orang tua tu..hhahaa..dan pada hari Jumaat aritu merupakan final rajalawak.tapi nad tak tengok dari mula..nad tengok masa tu dah pukul 11...tapi macam baru start je..hahaha..dapat gak la tengok semua kumpulan buat persembahan..dan malam tu kumpulan wala memang menarik perhatian and..memang sangat klakar lawak dia..lagi2 badan tegap tu..memang lawak.

Juri yang mengadili rajalawak musim 7 ialah Ac Mizal, saiful apek dan Isma Alif..Tugasan di gelangang akhir, setiap finalis dikehendaki melaksanakan dua tugasan iaitu bebas dan muzikal komedi. Sebagai makluman keputusan penuh pertandingan ditentukan oleh penonton menerusi undian khidmat pesanan ringkas (sms)


Pada malam itu, kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala telah dinobatkan sebagai
juara dalam program Raja Lawak 7 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam .

Kumpulan WALA membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 100,000 beserta trofi.



Bagi tempat keempat dimenangi oleh kumpulan Gamat membawa pulang RM 10,000, tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan yang berasal dari Singapura iaitu kumpulan Bora membawa pulang RM30,000 manakala tempat kedua pula kumpulan Sakan membawa pulang RM 50,000. Masing-masing turut membawa pulang sebuah trofi.

WONDERFUL

in , by Nadia Johari, 00:27:00
hai assalammualaikum..

haii korang semua..apa khabar??..harap2 sihat-sihat la belaka ye..alhamdulillah..hujan pun dah turun..jerebu pun dah semakin berkurangan.dah lama juga nad tak menjenguk kawan-kawan blogger nad ni erk...tak sempat  nad nak blogwalking semua macam dahulu..masa tak mengizinkan..bukan setakat masa..mata ni pun tak menginzinkan..sejak-sejak akhir ni nak pejam awal je..hehhehe..nak buat macam mana..kang tahan jadi mata panda pulak...takpe..facebook kan ade...ape-ape kita boleh berbual dekat facebook kan..hehe..

page : Miszrockers

pejam celik pejam celik dah masuk bulan 7...cepatnyer masa berlalu tahun ni kan..nad pun dah lama tak update entry..rindu macam dulu..alamatnyer kene cari smartphone ni...hohoho..korang rindu nad tak.mesti tak kan..sapela nad..bukan blogger tegar...hanya blogger sekadar nama..hahhaa..bulan 7 ada hari istimewa buat nad..tapi apakah dia..hehe..tungguu..ohh bulan 7 juga start kita nak berpuasa..so korang dah bersedia..mari kita banyakkan amalan...wee...love u alls..

TAK JANGKA SYURA AKAN MENANG

in , by Nadia Johari, 15:21:00
hai assalammualaikum..

Tak Jangka Syura Akan Menang - Mula2 saya kisar ramuan herba organik, dan tambah sedikit perahan jus lemon...Dengan Suhu sederhana...(sambil pandang keatas) saya masukkan kacang buncis yg dikukus sempurna...Ayam pula dimasak dengan kombinasi teknik kukus, gril, panggang, kukus, gril, panggang, kukus..daann..  chef pun mkn dengan sedapnyerr"..biasakan dengar perkataan ni..akan keluar setiap kali serancangan Masterchef bermula..sampai hafal lagi..hahhaha..


Masterchef Selebriti yang kedua telah kembali..dan semalam adalah final untuk MAstechef Selebriti ni..peserta yang masuk ke semi final iailah Rozita Che Wan, Syura dan Celina..Namun Cik Ta kite telah kecundang..nad ingatkan Cik Ta masuk final sebab cara dia memasak macam pro..walaupun Cik Ta suka bergaya, suka bersolek, pakai bulu mata palsu, pakaian yang perghh orang cakap over la kan, tapi bab memasak pandai giler..nad terpikir macam mana la diaorng boleh terpikir nak masak tu, nak masak ni..nad ingat yang masuk final adalah Rozita dengan Celina rupanya Syura dan Celina..



Masterchef selebriti musim pertama, Dr Fazley adalah juara ...jadi siapakah juara Masterchef Selebriti musim kedua..mesti korang semua dah tau kan..si comel lote yag bertudung iaitu Syura..memang tak sangka..Syura ni kejap naik kejap turun..cara die masak pun biasa je..tapi dengan cara memasak yang biasa dan simple tu lah die telah dinobatkan sebagai Juara MAsterchef Selebriti musim kedua..Kemenangan ini membolehkan Syura menerima wang tunai berjumlah RM 60 500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakili iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

Selain itu Syura mendapat hadiah pergi dan balik ke Paris..wah untungnya Syura, dapat pergi honeymoon bersama suami tercinta..wiwitt..tahniah kepada Syura.

BINTANG MENCARI BINTANG (AKHIR)

in , by Nadia Johari, 17:03:00
hai assalammualaikum..

pe kabar korang semua...jerebu sekrang dah makin teruk..jaga diri masing-masing ok..kalo sakit pegi ke klinik cepat-cepat..jangan biarkan sakit tu melarat ok..disebabkan jerebu nad duduk rumah sampai la ke malam..hohoho...yela nad dah la tengah batuk..kang kuar makin teruk..tapi semalam duduk dekat halaman rumah je..malam tu nad bersama dengan keluarga..rutin harian bersama keluarga mestilah menonton televisyen..semalam cerita BINTANG MENCARI BINTANG final...nad jarang tengok cerita ni..cerita tak berapa lawak..tapi masa tu nad nad malas nak tengok astro so layan tv 3..bila turn bocik membuat persembahan nad tertarik sikit..sebab mase tu bocik buat lawak..so dari situ nad mula suka tengok..ahhaha..


BINTANG MENCARI BINTANG, bukan sahaja mencari peserta yang pandai melawak, mencari yang pandai menyanyi..2 dalam satu..dalam rancangan ini mempunyai 6 mentor dan setiap mentor mempunyai 2 protege...hanya 4 mentor sahaja yang berjaya ke final iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail dan Sabri yunus. tapi malam tadi and tengok yang paling klakar adalah Achey iaitu protege kepada HArun Salim BAchik..memang klakar time persembahan kedua..hehe


Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam.

Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.


Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.


Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000.


Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi.

MALAM NISFU SYAABAN

in , by Nadia Johari, 20:35:00
hai assalammualaikum..

ingin berkongsi dengan korang semua..tadi nad tengok facebook and then ada satu adik blogger tegur dan cakap berkenaan malam nisfu syaaban..dan ternampak junior nad post something kat facebook..so nad nak berkongsi dekat blog berkenaan malam nisfu syaaban..

sumber : facebook

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

p/s: perbaiki diri..sentiasa mengingati kisah-kisah nabi..sentiasa mendekatkan diri kepada Allah..mohon maaf kalo nad ada tersalah kata..terkasar bahasa..

JEREBU OH JEREBU

in , , by Nadia Johari, 19:56:00

hai assalammualaikum..

ari ahad adalah ari waktu rehat untuk nad..tapi nad rasa macam bukan ari rehat je..haishhh...yela..nama dah anak dara..bakal menjadi isteri orang lagi..so nak taknak..ari cuti duduk rumah mak ayah ni kerjanyer perlula mengemas rumah..kang kalau tido je di cop sebagai PEMALAS...ohh no...pagi je bangun..p kemas rumah..lepas tu sidai kain..tengok luar ingatkan asap pagi yang boleh ku hirup dengan sebaiknya..tapi jerebu rupanya..alahaiii..udara jerebu pulak yang ada...makin teruk jerebu sekarang..sebelum ni kat Indonesia..sekarang dah melarat ke Malaysia...

comelnyer la...errrr..sebab tu tak keluar rumah pun takpe..tapi penat sebb jaga si tecik ni...heheh..

disebabkan cuaca tidak elok dirumah jadi tiada aktiviti di luar rumah...hanya duduk di dalam rumah..alahaii guna kipas pun tiada sejuknya..dah pasang lima pun terasa panasnya..tiada angin yang bertiup...last solution pegi peti ais..oohh nikmatnyerr...hahaha..tapi nikmat hanya sementara..ohh no..nak pasang aircond tak mampu lagi nak bayar bil..jadi redha jela...menerima cuaca yang semakin panas dan berharap hujan akan turun...dahla nad tengah batuk..baru lepas je demam..nak bernafas pun sukar..harini hanya bermain dengan si bambam dan si tecik...bolehla..ade gak aktiviti kan dari takda..hehee..




Orang ramai dinasihatkan agar memakai penutup mulut dan hidung ketika hendak keluar rumah atau pergi membeli-belah. Sebarang aktiviti pembakaran di kawasan halaman rumah tidak digalakkan kerana risiko kebakaran boleh berlaku dengan serta-merta. 

tadi terbaca sesuatu yang Johor dah semakin teruk..Perdana Menteri dah mengisytiharkan kat Johor sekolah kene ditutp sebab jerebu...

KESIAN MY BRO

in , by Nadia Johari, 00:57:00
hai assalammualaikum..

dalam family nad hanya ada sorang lelaki dan empat perempuan...nasib baik yang sulung lelaki..kalo perempuan,,pergh berat tanggungjawab tu..hehee..my bro la satu-satunyer anak lelaki..anak jantan dalam rumah..kalo ada apa-apa yang berlaku..ofkos cari dia dulu..hohoho..tapi kelemahannya ialah..dia sangat2 lah pemalas...sebab tu perut buncit..hahahaa...nak dijadikan cerita hari rabu tu dia kene masuk hospital...kesian..sebabnya besi dalam lutut dah longgar...(alkisahnya dia dulu penah eksiden..so masuk besi dalam kaki dia)..

hari jumaat aritu, kami sekeluarga p la melawat ank lelaki johari ni...hehee..my bro operation hari khamis..dia cerita time dia tengah operation..doktor hanya matikan separuh badan..maknanyer dari pinggang sampai ke kaki..dari kepala ke atas pinggang hidup la..so my bro nampak doktor tu buat.. (mak aih nad dengar pun meremang)..my bro dengar lututnyer di ketuk..dibuat macam-macamla..tapi dia tak rasa..yela dah dimatikan..kalo rasa..ofkos dah pengsan..hahaha...my bro masuk hospitak DEMCE di Shah Alam..swasta kau..

kau tengok muka die yang kebosanan sebelum di operation...huduh sungguh...hahaha..

alhamdulillah..selesai operation...tu dia bahagian yang dioperate..
In Shaa Allah my bro balik rumah besok tengahari...maaf adikmu tak dapat pulang mejengukmu sebab keje dan balik rumah sewa..hoho..

pesanan : wahai abangku..walaupun kau seorang yang pemalas..seorang yang suka tido je..ku tetap menyanyangimu...hehhe..semoga kau cepat sembuh..ingat pantang larang makan ok..hahaha...

MACAU OLE-OLE

in , by Nadia Johari, 15:18:00
hai assalammualaikum..

amik masa sekejap nak update entry..sekejap je ye bos..tak lama pun...ni pun entry khas untuk bos..hehehhe...dah 4 bulan nad bekerja di KAIFAH SDN BHD ni..walaupun baru tapi banyak ilmu dah nad dapat..mulanyer memang susah nak cari keje ni..memang bukan senang..syukur alhamdulillah..dalam kesulitan mencari kerja..akak ipar datang membantu..akak ipar ternampak kawan facebook die post untuk jawatan kosong..nad cuba nasib bersama kawan nad...cuba menghantar email..masa tu tak kisah dengan gaji..dalam pikiran nad, nad nak cari pengalaman..

syukur alhamdulillah..nad dan kawan nad dipanggil untuk interview dan diterima bekerja..Bos kami Mr por..memang baik orangnya..dia layan semua staff macam keluarga die..trademark company 1 KAIFAH 1 FAMILY..hehehe...best kan..memang semua staff pun best seh..tak pernah pikir pangkat tinggi ke rendah..semua sama je..keje tak boleh stress..kene happy..baru best keje...hohohoho...

hari tu bos nad pergi oversea bercuti 3 hari..nad menjadi pekerja cemerlang..hahaa..(ini semua poyo)...baru tadi bos balik datang ofis..dan dia keluarkan keychain yang dia beli..itulah bos, tak pernah lupakan staffnya..hehe..walaupun keychain, ia sangat berharga..nad dahla suka kumpul benda-benda macam ni..hehehe...pe lagi and amikla warna biru..biru tetap dihati..lalaa

MACAU OLE-OLE...



SEMOGA CEPAT SEMBUH JEJAKA MAFIA

in , by Nadia Johari, 01:27:00
hai assalammualaikum..

ari ahad adalah masa yang paling best sangat berehat di rumah bersama dengan family...hahhaa..ari ahadla semua orang berkumpul..masa tu la riuh sangat rumah nad ni..yela anak buah dah ramai..semuanyer mulut pergh..nak bagi satu kampung dengar..termasukla nad...hahahha..selalunyer ahad adalah waktu rehat sedunia..namun bukan bagi nad..nad kene jaga anak buah nad si tecik tu...huaaaa...yela my sister nak masak..ananknyer ni susah nak berenggang dengan maknyer..so nak taknak kene jaga anaknyer si tecik tu..bukan nad taknak masak..tapi maknyer yang offer diri nak masak..hahaha..

nilah dak teccik tu...nampk kamera terus senyum..ahhaha
memang tak dan nak tengok tv ka..nak buat keje kita ka..nak on9 ka...kene tumpu kat die je..kalo tak menangisla die..dah selesai tu..macam biasa telefon si jejaka mafia..nak tanya khabar...bila telefon je..si dia cakap die kat hospital..mcam biasa nad mesti terkejut...sape plak sakit..die cakap die yang sakit..nad dah tambah risau..dah kenapa plak..jejaka mafia cakap die sakit perut..dari pagi lagi...mula-mula boleh tahan..lama-lama tak tahan gagahkan diri pegi klinik drive sndiri ....doktor cakap suruh pegi hospital..pergilah die..malam ni die kene tahan dekat wad..doktor nak cek..takut-takut suspect apendix...Ya Allah...semoga tuanangku sihat sentiasa..harap-harap tak jadi apa-apa..harap-harap esok dia dah boleh keluar...

die memang sangat degil..makan tak penah teratur..lewat memang semestinyer sebab lebih tumpukan kerja..mulutku juga yang menghinggap ke telinganyer sampai berdarah..(gimik je)..sebab asyik membebel..yela..nad membebel untuk kesihatannya...untuk kebaikannya...sape tak sayang bakal suami oiiii...ape-ape pun harap-harap esok kembali normal...

adik die yang amik gambar ni..nad curi jap erk..alahai cian bakal suami ku...semoga cepat sembuh sayang..pasni plez jaga kesihatan tu...pasni sy akan membebel selalu..lagi2 bab waktu makan..hohoho..sempat lagi pakai topi tu...

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2