HARI-HARI HARI MAK DAN AYAH

in , by Nadia Johari, 01:30:00
hai assalammualaikum

" Ya Allah ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi "




 mak....

:: kaulah ratu hatiku ::
:: kaulah yang ku sayang ::
:: kaulah yang ku kasih ::

kerana doamu ku menjadi insan berjaya..
semua ni adalah untukmu..
sedegil2 anakmu ini..dilubuk hatinya hanya inginkan yang terbaik



ayah:
:: kaulah heroku ::
:: kaulah buah hatiku ::
:: kaulah penyelamatku ::

anakmu ini akan balas setiap jasamu yang telah kau beri kepadaku..anakmu ini tau dia tak mampu beri seperti mana kau beri..tapi anakmu ini akan berusaha untuk membuat mu gembira..

RAMADHAN TELAH TIBA

in , by Nadia Johari, 16:30:00
hai assalammualaikum..

pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan..esok dah puasa weii..ni lah first time berpuasa time bekerja..tapi bila kita bekerja sekejap je masa berlalu..takdalah kita membuang masa kan..masa berpuasa ni la kita perlu melakukan aktiviti yang berfaedah..kerja tetap kerja..puasa kene juga..tiada alasan tidak berpuasa disebabkan penat bekerja..puasa itu wajib kecuali hal-hal tertentu..bagi yang berupaya..silalah jangan bagi alsan..nak dapat puasa penuh adalah sesuatu yang diinginkan oleh semua orang lagi-lagi bagi perempuan..heheh..

apa itu puasa erk??..meh kita study balik..." Puasa menurut bahasa adalah menahan. Menurut syariat islam puasa adalah suatu bentuk aktifitas ibadah kepada Allah SWT dengan cara menahan diri dari makan, minum, hawa nafsu, dan hal-hal lain yang dapat membatalkan puasa sejak terbit matahari / fajar / subuh hingga matahari terbenam / maghrib dengan berniat terlebih dahulu sebelumnya".


 selamat bersahur..jangan lupa baca niat 


I - GLAM DASH OLEH AZHAR SULAIMAN

in , by Nadia Johari, 17:30:00
hai assalammualaikum..

I- Glam Dash Oleh Azhar Sulaiman - penat bekerja..si jejaka mafia ajak keluar..sebab masa tu nak cari beg tangan untuk nad katanya..ohh apa lagi..perempuan dengan beg tangan tak boleh dipisahkan..hahaha...nak tak nak follow jela..dengan baju kerjanya..dengan tak mandinya..tapi takpa..keje dalam opis..duduk bawah aircond..takkan berbau..hahaha..lagipun nad memang seorang yang kurang berpeluh..walaupun pakai baju kerja tetap lawa lagi..hahaa..yela nak meet someone..retis kau...


actually nak jumpa Azhar Sulaiman..pelakon terkenal tu..Azhar ni kawan tunang nad..kitaorang nak pegi kedai Azhar ni dekat area Damansara (kalau tak silap la..lupa plak ).nak beli beg tangan nad la..semua barang-barang kat kedai Azhar semuanya branded-branded...nad bab-bab branded ni memang tak pro la..yela dah biasa beli beg kat uptown kat kedai-kedai kecik setakat RM 30 yela...hahaa..sekali dapat beg pergh harga yang boleh tahan..memang ternganga la...tak terkata..nama kedai Azhar ni I-GLAM DASH..


sampainyer di kedai..awesome jugak kedai die..memang sesuai untuk barangan baranded..biasalah..nad pemalu orangnyer...lagi-lagi dapat jumpa retis..lagi malu..hahaha...ni baru Azhar..kalau dapat jumpe Aaron Aziz..ohhh..tu lagi senyum sampai ke telinga..hahaha...masa ni Azhar mula la tunjuk beg-beg dia..mula-mula tunang nad nak belikan yang warna itam..kecik je..memang sesuai buat hantaran tunang nant..tapi nad tak suka..terlalu kecik..memang kecik sangat..dan nad terpandang satu beg ni..beg yang nad berkenan dengan warnanya yang awesome..beg yang dalam gambar tu la nad berkenan...hahaha...tunang nad masa tu pun sebenanrnyer tak suka..tapi sebab sayang..dia terima jela..


dah macam orang kaya kau berurusan ye nad..hahahha

dah selesai nad turun bawah pegi beli air..dan tunang nad masa tu berbual dengan Azhar kawan dia la..malas nak menyibuk hal lelaki ni baik nad turun bawah..tengah menikmati minuman..sekali nampak satu perempuan ni..ohh yela Amy Mastura..masa tu tengok dia pegi ke mana..oo pegi ke kedai Azhar..nad buat-buat minum lambat...then tunang telepon suruh naik atas pegi kedai Azhar..sampai disana..biasalah..bersalaman dengan Amy..tersipu malu nad tau..hahaa..dalam hati gumbira..yela tak penah nampak retis depan-depan..masa tu la amik gambar..malu sebenarnya..tapi tunang yang suruh..hahaa..

mereka berdua memang happy go lucky...
kisah lainnya..jangan pelik ye bila korang baca..tunang nad beli lagi satu beg daripada Azhar sebab arwah mami (mak kepada tunang ku ) cakap tak sesuai dengan kasut dan tak sesuai untuk hantaran..so dia beli la beg lain..

ni la beg tu...beg yang asalnya memang jejaka mafia nak beli...tapi yang untungnya nad la..dapat dua beg tangan..hahahhaa...banyakla koleksi beg ku nant..lalala...ok bye..

BAJU CIPTAAN SENDIRI

in , , by Nadia Johari, 10:27:00
hai assalammualaikum..

Baju Ciptaan Sendiri - huish sekejap je dah ari ajad..sok dah ari isnin...mesti mood sgt kurang bila dah hari isnin..yela kene kerja pada yang bekerja dan kene study bagi yang sedang belajar..apa nak buat..dah rutin harian macam ni..lagi satu nad bekerja sebab nak kumpul duit untuk hari bahagia nad jugak..hehehe..pejam celik pejam celik dah 4 bulan jadi tunangan orang ni..sekejap betul masa berlalu.. masa sebelum nak tunang banyak benda nak pikir..selain barang hantaran benda yang paling penting adalah pakaian..hah time tu la duk tengok kat internet..

dan masa tu ternampak la satu page pakaian kat facebook.. nak tau apa dia..baju QAMRAA BOUTIQUE...Ya Allah..cantik sangat-sangat..memang terpegun..dan masa tu nad memang pikir nak pakai jubah moden masa hari tunang tu..dan kat qamraa boutique tu memang ada baju yang nad minat..ade warna yang and nak..siap bagitau si jejaka mafia nak beli baju tu..jejaka mafia pun tak kisah..dia pun cakap cantik.nad siap dah tanya harga kat boutique tu...tapi satu masalah je..page tu nak kita bagi ukuran kita..dan nad tak tau ukuran nad..takut tersalah bagi..

QAMRAA BOUTIQUE
 ni baju yang nad minat dekat Qamraa Boutique...dah siap dah tanya harga semua..dari atas kepala sampai ke bawah kaki..tapi tu la sebab pikir pasal ukuran dan masa yang terlalu singkat nad putuskan tak jadi tempah kat Qamraa..oohh so sadd..tapi nad pikir nikah nant nak tempah kat Qamraa..ok tak..hehhe..tak pun baju raya ke..atau baju dinner kann..leh je tempah kat Qamraa...awesome ok...jemputla singgah..

disebabkan tak jadi amik dekat Qamraa..so nad decide nak reka baju sendiri..nak serupa macam Qamraa memang la tidak..hehe..sama sikit-sikit bolehla..hehe...

nahh...ni la hasilnyer ciptaan baju sendiri...tapi tetap tempah kat kedai..hahaha..nad beli kain ela 4 meter untuk buat baju jubah tu..dan semeter untuk buat shawl halfmoon..untuk baju and tempah dekat kedai..nad beli siap2 semua sekali dengan bunga2 putih tu..tukang kedai tinggal jahit je..untuk tudung nad tempah dengan kawan nad.. suruh die buat halfmoon..dan untuk inner tudung nad beli dekat blogger athirah diyana...athirah ni ade jual gak melalui online..iaitu DIYANA BOUTIQUE nasib ada warna yang matching ngan baju sama shawl...my lucky..

oppss...klcc tu buatan sendiri..hahaha..



DHADA LITTLE BAKERY

in , by Nadia Johari, 12:43:00
hai assalammualaikum

Dhada Little Bakery - kalau korang perasan, semua benda yang kita nak mesti dah ada depan mata kan dan kalau nak lagi banyak pilihan ada di internet seperti pakaian.., lagi2 musim perayaan ni..macam-macam baju diaorang jual. barang kesihatan dan kecantikan..memang dah macam-macam produk ada, kek untuk harijadi..perkahwinan, butik pengantin untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan..sekarang semua jual dengan menggunakan internet..yela dengan internet la kita boleh meluaskan perniagaan kita kan..macam nad jugak la..jual tudung melalui internet...( jemput datang..nak beli pun boleh..DIAF ANGGUN )..hehehe.oopsss terpromote plak..hehe


ok-ok..kembali kepada tajuk entry ok..nad nak cerita mengenai kek dan biskut..kalau korang tengah mencari kek untuk birthday, untuk perkahwinan ataupun untuk tunang ataupun untuk biskut raya kat sinilah korang boleh tengok..memang semua apa yang kita nak semuanya ada..lagi satu ia  mengikut kehendak kita dan harganya yang murah..orangnya buat pun menarik..dia sebenarnya kawan nad sendiri..hehehe..memang mudah berurusan dengan orang yang kita dah kenal kan..so sape2 yang nak tempah kek atau biskut raya atau event yang apa-apa..dia boleh buat..jom jemput ke page dia DHADA LITTLE BAKERY ..kek kat atas tu adalah kek nad masa tunang..tengok nama i ade dalam tu..hehehhe...harganyer RM 80

ni lagi satu nad beli..cake dalam botol..yang ni nad beli 10 botol tak silap..nad pun lupa la..harganya dalam RM 50 ..so jumlah semuanya RM 130..tengok murah kan..walaupun nad tak dapat rasa kek-kek ni tapi bila cakap tunang nad..dia cakap sedap..ok..memang sedap la tu kan...=)

sekarang DHADA LITLLE BAKERY tengah buat  untuk raya cookies..sape-sape yang nak jemput ke page dan ownernyer akan melayan anda dengan baik..hhehe..



WALA JUARA RAJALAWAK 7

in , by Nadia Johari, 16:28:00
hai assalammualaikum

sape layan rajalawak..best kan..tapi final la yang paling best..nad pun kurang layanzz pada mulanya...yela bila tak lawak so tak gelak kan..so nad akan rasa kesian dekat diaorang sebab lawak tak menjadi..nad layan masa separuh akhir rajalawak..memang lawak la masa tu bila kumpulan sakan wat lawak..lagi-lagi orang tua tu..hhahaa..dan pada hari Jumaat aritu merupakan final rajalawak.tapi nad tak tengok dari mula..nad tengok masa tu dah pukul 11...tapi macam baru start je..hahaha..dapat gak la tengok semua kumpulan buat persembahan..dan malam tu kumpulan wala memang menarik perhatian and..memang sangat klakar lawak dia..lagi2 badan tegap tu..memang lawak.

Juri yang mengadili rajalawak musim 7 ialah Ac Mizal, saiful apek dan Isma Alif..Tugasan di gelangang akhir, setiap finalis dikehendaki melaksanakan dua tugasan iaitu bebas dan muzikal komedi. Sebagai makluman keputusan penuh pertandingan ditentukan oleh penonton menerusi undian khidmat pesanan ringkas (sms)


Pada malam itu, kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala telah dinobatkan sebagai
juara dalam program Raja Lawak 7 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam .

Kumpulan WALA membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 100,000 beserta trofi.



Bagi tempat keempat dimenangi oleh kumpulan Gamat membawa pulang RM 10,000, tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan yang berasal dari Singapura iaitu kumpulan Bora membawa pulang RM30,000 manakala tempat kedua pula kumpulan Sakan membawa pulang RM 50,000. Masing-masing turut membawa pulang sebuah trofi.

WONDERFUL

in , by Nadia Johari, 00:27:00
hai assalammualaikum..

haii korang semua..apa khabar??..harap2 sihat-sihat la belaka ye..alhamdulillah..hujan pun dah turun..jerebu pun dah semakin berkurangan.dah lama juga nad tak menjenguk kawan-kawan blogger nad ni erk...tak sempat  nad nak blogwalking semua macam dahulu..masa tak mengizinkan..bukan setakat masa..mata ni pun tak menginzinkan..sejak-sejak akhir ni nak pejam awal je..hehhehe..nak buat macam mana..kang tahan jadi mata panda pulak...takpe..facebook kan ade...ape-ape kita boleh berbual dekat facebook kan..hehe..

page : Miszrockers

pejam celik pejam celik dah masuk bulan 7...cepatnyer masa berlalu tahun ni kan..nad pun dah lama tak update entry..rindu macam dulu..alamatnyer kene cari smartphone ni...hohoho..korang rindu nad tak.mesti tak kan..sapela nad..bukan blogger tegar...hanya blogger sekadar nama..hahhaa..bulan 7 ada hari istimewa buat nad..tapi apakah dia..hehe..tungguu..ohh bulan 7 juga start kita nak berpuasa..so korang dah bersedia..mari kita banyakkan amalan...wee...love u alls..

TAK JANGKA SYURA AKAN MENANG

in , by Nadia Johari, 15:21:00
hai assalammualaikum..

Tak Jangka Syura Akan Menang - Mula2 saya kisar ramuan herba organik, dan tambah sedikit perahan jus lemon...Dengan Suhu sederhana...(sambil pandang keatas) saya masukkan kacang buncis yg dikukus sempurna...Ayam pula dimasak dengan kombinasi teknik kukus, gril, panggang, kukus, gril, panggang, kukus..daann..  chef pun mkn dengan sedapnyerr"..biasakan dengar perkataan ni..akan keluar setiap kali serancangan Masterchef bermula..sampai hafal lagi..hahhaha..


Masterchef Selebriti yang kedua telah kembali..dan semalam adalah final untuk MAstechef Selebriti ni..peserta yang masuk ke semi final iailah Rozita Che Wan, Syura dan Celina..Namun Cik Ta kite telah kecundang..nad ingatkan Cik Ta masuk final sebab cara dia memasak macam pro..walaupun Cik Ta suka bergaya, suka bersolek, pakai bulu mata palsu, pakaian yang perghh orang cakap over la kan, tapi bab memasak pandai giler..nad terpikir macam mana la diaorng boleh terpikir nak masak tu, nak masak ni..nad ingat yang masuk final adalah Rozita dengan Celina rupanya Syura dan Celina..



Masterchef selebriti musim pertama, Dr Fazley adalah juara ...jadi siapakah juara Masterchef Selebriti musim kedua..mesti korang semua dah tau kan..si comel lote yag bertudung iaitu Syura..memang tak sangka..Syura ni kejap naik kejap turun..cara die masak pun biasa je..tapi dengan cara memasak yang biasa dan simple tu lah die telah dinobatkan sebagai Juara MAsterchef Selebriti musim kedua..Kemenangan ini membolehkan Syura menerima wang tunai berjumlah RM 60 500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakili iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

Selain itu Syura mendapat hadiah pergi dan balik ke Paris..wah untungnya Syura, dapat pergi honeymoon bersama suami tercinta..wiwitt..tahniah kepada Syura.

BINTANG MENCARI BINTANG (AKHIR)

in , by Nadia Johari, 17:03:00
hai assalammualaikum..

pe kabar korang semua...jerebu sekrang dah makin teruk..jaga diri masing-masing ok..kalo sakit pegi ke klinik cepat-cepat..jangan biarkan sakit tu melarat ok..disebabkan jerebu nad duduk rumah sampai la ke malam..hohoho...yela nad dah la tengah batuk..kang kuar makin teruk..tapi semalam duduk dekat halaman rumah je..malam tu nad bersama dengan keluarga..rutin harian bersama keluarga mestilah menonton televisyen..semalam cerita BINTANG MENCARI BINTANG final...nad jarang tengok cerita ni..cerita tak berapa lawak..tapi masa tu nad nad malas nak tengok astro so layan tv 3..bila turn bocik membuat persembahan nad tertarik sikit..sebab mase tu bocik buat lawak..so dari situ nad mula suka tengok..ahhaha..


BINTANG MENCARI BINTANG, bukan sahaja mencari peserta yang pandai melawak, mencari yang pandai menyanyi..2 dalam satu..dalam rancangan ini mempunyai 6 mentor dan setiap mentor mempunyai 2 protege...hanya 4 mentor sahaja yang berjaya ke final iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail dan Sabri yunus. tapi malam tadi and tengok yang paling klakar adalah Achey iaitu protege kepada HArun Salim BAchik..memang klakar time persembahan kedua..hehe


Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam.

Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.


Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.


Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000.


Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi.

MALAM NISFU SYAABAN

in , by Nadia Johari, 20:35:00
hai assalammualaikum..

ingin berkongsi dengan korang semua..tadi nad tengok facebook and then ada satu adik blogger tegur dan cakap berkenaan malam nisfu syaaban..dan ternampak junior nad post something kat facebook..so nad nak berkongsi dekat blog berkenaan malam nisfu syaaban..

sumber : facebook

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

p/s: perbaiki diri..sentiasa mengingati kisah-kisah nabi..sentiasa mendekatkan diri kepada Allah..mohon maaf kalo nad ada tersalah kata..terkasar bahasa..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2