BBQ RAMADHAN BERSAMA KELUARGA

in , by Nadia Johari, 14:58:00
hai assalammualaikum

BBQ Ramadan - saat bersama dengan keluarga merupakan suatu saat yang menggembirakan dan dinantikan. Ahli keluarga akan pulang ke rumah ibu bapa masing-masing untuk berkumpul beramai-ramai pulang. Begitu la yang dilakukan oleh keluarga Johari.. Bagi anak-anak Johari yang tinggal jauh ,hari minggu mereka akan ke rumah ibu bapa untuk berkumpul bersama-sama. Keluarga Johari akan menjadi meriah apabila melakukan sesuatu aktiviti sama ada di luar rumah atau di rumah..harini kenapa ayat nad lain macam je..skema je..hahaa..macam nak buat karangan cerita pasal keluarga saya..hehe..



sebenarnya pada hari ahad bersamaan 19 Ramadhan nad sekeluarga ada membuat BBQ Ramadhan. Apabila idea dah datang daripada salah seorang adik beradik, kitaorang akan bincang tarikh, apa yang nak dibeli. kebanyakannya nad akan follow je..haha..lagi-lagi bab makan besar-besar ni, memang takleh tinggal. so sebelum hari ahad, semua adik beradik dah ada dekat rumah mak ayah. hari ahad tinggal prepared je. Menu pada hari ahad ialah ayam, ikan, udang dan kerang. Perkara baiknya nad yang sponsor, almaklumla baru dapat bonus..haaa masa ni la diaorang nak merasa duit adik diaorang..ok fine..hahaa..


dan setiap seorang akan diberikan tugas.. haloo takleh goyang kaki je tau..tapi keje nad takda berkaitan BBQ ni..hahaa..nad keje lap tingkap..yela..dah nak raya..amik mood der..yang wat BBQ ni kakak dan abang nad, abang ipar dan anak buah yang rajin..hoho..kitaorang mula start bakar pukul 4..yela..tempat pembakaran kecik je..nak bakar banyak..so start awal..oo tergugat weeii..

dah bakar..fuh baunyer menusuk di kalbu..besar-besar ayamnya...hohoho

udang dan kerang bakal dibakar pulak...


hahhaa..kitaorang ada penjaga..jangan bagi orang masuk jalan..hahhaa..anak buah nad ni..dah macam guard je..alih2 mata die tertutup duduk kat kerusi ni..hhaha..dah la duduk tengah jalan.. dan jam kul 7.30..mulala tak sabar nak meratah. bunyi azan je terus baca doa dan melantak..hahaa..memang kenyang..riuh satu rumah..weee..
hai assalammualaikum

sebelum itu nad ingin mengucapkan salam Nuzul Quran kepada semua umat manusia..hari ini hari Jumaat..tapi dah tengah malam ni.jam dah menunjukkan pukul 1.05 minit..maknanyer hari ini hari sabtu..hahahha..hari ni nad cuti..berderetla sampai hari ahad..huhu..betapa syoknyer dapat cuti..inila orang kalau makan gaji..dapat cuti itu adalah satu nikmat yang tidak boleh disia-siakan..hehee...rehat sepuas-puasnya untuk badan minda dan otak..


sangat seronok hari ini dapat kad raya lagi daripada seorang blogger lagi...blogger dari Kuala Lumpur ni..kalau tak silap nad la..hehe..blogger ni memang femes memes la..sekali dia lekat sampul kad raya tu ketat daaa..guna gam gajah ke..hehhehe..nak tau sape..jeng..jeng..jeng


ni la abang hensem yang beri nad kad raya tu..hehehe..blogger Uzair Othman..siap dah pakai baju melayu tu..tak sabor nak raya ler tu..hehee..ni kad raya kedua nad terima daripada blogger..huhuhu..suka..suka..suka..ohh tengok pantun Aidilfitri dia..nad pun nak berpantun jugakla..hehe

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

hehhehe..lagi dua minggu nak raya weeiii..jom terjah blog abang hensem Uzair ni..

AKIBAT KEKENYANGAN

in , by Nadia Johari, 21:26:00
hai assalammualaikum..

oh sangat memalukan..rasa nak tutup muka je dengan selimut..dengan bantal..hahahha...punya yakin buat status..tapi dah tersalah type..hahahha...takpe status yang menceriakan semua orang selain membuat orang terpikir....hhohoho...


aiyak salah taip nak cakap alter jadi auto...adeh..kes perut dah lenyang..semua nyer jadi tak kene..hahaa


DIA DAH BERUBAH SIKIT DAH

in , , by Nadia Johari, 16:49:00
hai assalammualaikum

Dia dah berubah..memang dia dah sangat berubah..berubah sangat-sangat dan nad menyukainya..dia nampak lebih kemas dan teratur..dia dah tak nampak begitu serabut seperti sebelum ini..mana yang nad rasa tak perlu pakai nad dah buang..mana yang perlu adjust lagi nad akan adjust...belum siap sepenuhnya..ok saya suka..saya sukaa...thanks kepada orang tu yang dah merubahkan dia..huhuhu...


sebenarnya blog nad dah berubah..hahaa..ape ye yang berubah...ok nant nad buat entry penuh untuk perubahan blog ni..tunggu na..nak buat keje jap..daaaa..

DAPAT BONUS RAYA

in , by Nadia Johari, 16:47:00
hai assalammualaikum

macam biasa setiap pagi budak pekerja cemerlang ni buat kerja seperti biasa..hahha..cemerlang sangat..dan pagi tu tibe-tiba bos panggil masuk dalam pejabat dia..ok dalam hati apakah salahku??..apa yang dah aq buat??.memang cuak bila masuk bilik bos walaupun bos sangatla baikk..cakap lemah lembut..cair wanita bila dengar..hahaa..tapi bagiku kalau bos panggil berdebar-debar jantung...


masuk bilik bos..macam biasa dia akan cakap..nadia macam mana keje..ok tak??..nad pun jawab ok..no problem..huhuhu..takleh blah kan..keje nad keje chase payment..kalau tak tau chase payment tu ape..baca ni chase payment..then bos cakap macam mana dengan chase payment..ok..nad jawab la maslah nad hadapi dan die bagi solution..meh baik sungguh bos i tau..untung isteri die dapat lelaki macam tu..hoho..ok nad dah melalut jauh..then my bos buka laci dia..daannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..huhu..nah duit raya untuk you..Ya Allah..syukur..baru 5 bulan keje..dah dapat bonus raya..wihuuu..syok..masyukk..boleh shoping sakan ni..hahaha...terbaikla bos..

DAPAT KAD RAYA PERTAMA DARI BLOGGER S

in , , by Nadia Johari, 16:30:00
hai assalammualaikum..

sekarang mana ada orang main kad raya dah kan, orang sekarang dah taknak membazir beli kad-kad ni, diaorang main sms je, jimat dan mudah dan cepat dihantar. Tapi tak semua macam tu tau, ada gak yang main kad raya lagi sekarang ni untuk dijadikan kenangan atau untuk mengingati peminat. Macam nad la suka mengumpul kad raya yang orang bagi..penuh satu kotak dah..dulu nad pun suka anta kad raya, suka balas balik kad yang orang bagi kat nad..hehe..sebagai tanda terima kasih kepada mereka. Tapi tahun ni tak sempat, takpe nad akan bagi dalam bentuk lain untuk mereka..=)

haa korang kenal tak dalam gambar ni blogger siapa??..hahh teka pat..teka pat..hhehehe...blogger ni dengan nuffnang kawan baik..hahaa..kalau korang nak tau apa-apa apsal nuffnang boleh tanya dia..dia memang pro...hadiah pertama nad dapat daripada blogger diala...baik hati angat..tak sombong dan peramah..rajin update blog..dan feveret warna kitaorang sama..biru..hehehe..okla nad bagitau..blogger ni..blogger shida..hehe..

baru 12 Ramadhan dah dapat kad raya..wahh excited kau..mula-mula pelik jugak surat apa ni..tengok dekat cahaya matahari sebab kalau boleh taknak tengok dulu apa dalamnya..kononya surprise..hahaa..poyo tak poyo..selidik-selidik musykil lagi surat apa..last-last ternampk satu ayat dekat depan sampul..


nampak tak ayat tu..nampak tak..."top komen bulanan blog shida "..yeaaahhh..im so happy...tak sangka dapat kad raya shida, sebab nad dah lama tak terjah blog shida. memang nad dah terjah blog shida semalam.nad tak boleh tak tengok blog shida..memang nad akui banyak segmen yang shida buat nad terlepas sebb tiada masa..hehe..suka sangat-sangat ok..kad raya pertama plak tu..thank you shida...thank you sangat2.

dapat dua lagi..suka suka suka...hehe..
jom tejah blog shida

DAH BESAR DAH AKU..18 JULAI

in , , by Nadia Johari, 13:05:00
hai assalammualaikum...

alhamdulillah, arini masuk 12 Ramadhan kita melakukan ibadah berpuasa. Sekejap je masa berlalu, macam baru semalam je start berpuasa. Begitu juga dengan umur nad, sekejap je dah meningkat umur ini. Macam ku rasa baru semalam start sekolah tadika..hahhaha..over kau nad.. Semakin lama semakin tua nad rasa, tapi tengok rupa takdala tua sangat..hahaha.. Bila tengok badan ku yang kecik dan comel ni seperti umur budak sekolah rendah..hahhaa..suaraku yang comel ini menafikan umur nad dah meningkat..hahhaa..tapi nak tak nak kene sedar..kene lebih matang..yes be matured..jangan jadi kebuda-budakan..lagi-lagi dah jadi tunangan orang..


Alahmdulillah..selama 25 tahun segala cabaran dalam kehidupan dapat nad tempuhi dengan baik, sehingga keperitan hidup dahulu sudah tiada dan kini kegembiraan hanya ada dalam diri ini..Alhamdulillah 18 Julai aritu adalah birthday nad..huaaa..sudah 25 tahun umur nad sekrang..you see, 25 tahun ok..i dont believe that..apa yang nad buat selama 25 tahun ni erk..huishhh macam-macam..baik ada..jahat pun ada..biasalah manusia tak da yang sempurna..hahhaa..kitaran hidup yang membuatkan nad semakin matang, dulu sekolah rendah, pastu menengah, pastu study kat UUM, pastu menganggur tapi alhamdulillah sekarang dah kerja. walaupun tak senang, nad bahagia dengan hidup nad..dan terima kasih kepada keluarga yang meraikan birthday nad..huiii..terharu..huhuhu..


masa hari jumaat nad balik ke rumah mak ayah nak berbuka di rumah. rindu dengan masakan mak. Tak sangka mereka akan sambut birthday anak mereka yang manja ni..hehee.. diaorang nak buat surprise tapi tak menjadi disebabkan mulut anak buah nad..dia bocor rahsia..waa baru nak terkejut..huhuhu..tapi takpe..apepun nad happy dengan semua ni..hehe..aritu mak masak sedap-sedap..mak masak rendang ayam, sayur campur, dan macam-macam lagi..air tangan mak memang the best..gamba tu amik gambar tangan je..hehe..tengah potong kek...

ya saya nadia sudah 25 tahun..dah boleh kawin dahhhhhhh...hahhaha..gatai no..

RESTORAN TUPAI-TUPAI SHAH ALAM

in , , by Nadia Johari, 14:02:00
hai assalammualaikum..


bila teringat balik nad berjumpa dengan blogger-blogger..memang best dan menyeronokkan..pada hari ahad 14 Julai nad dan blogger lain ada membuat majlis berbuka puasa di Restoran Tupai-Tupai di Shah Alam..nak .restoran yang sangat luas..berkonsepkan ala-ala kampung gitu..dikelilingi pokok-pokok yang hijau..sangat nyaman dan selesa..pada hari kejadian seramai 26 orang  telah hadir memeriahkan majlis


 harga bagi setiap seorang ialah RM 39 untuk buffet..menu utama di Restoran Tupai-Tupai ialah steambot yang menjadi pilihan pelanggan...pelbagai makanan yang boleh dipilih oleh pelanggan mengikut citarasa mereka..pilih je..jangan malu jangan segan..korang nak amik banyak mana pun boleh..nak nak makan sampai muntah pun takpa..hehee..semuanya terbaik.


selain itu di Restoran Tupai-Tupai juga mempunyai nasi dan lauk-pauk untuk berbuka puasa..lauk pauk yang sangat menyelerakan dan mengenyangkan perut..hehe..masa ni nad amik nasi, sayur, lauk udang..hehe nampak tak kelaparannya di situ..ada juga menu mee goreng dan kue teow gorang..kalau korang rasa makan steambot tak cukup, korang boleh makan nasi ni..


dan yang bestnyer kat restoran Tupai-Tupai ni, mereka menyediakan pencuci mulut untuk pelanggannya..aiskrim  menjadi menu dessert dan ia sangat digemari oleh semua orang..sangat sedap dan menyelerakan..yela lepas makan berat-berat kita mesti nak sesuatu yang sweet dan simple..aiskrim ni korang nak amik banyak mana pun boleh..nak tambah sampai habis pun boleh..hehe..pelbagai perisa aiskrim ada di situ..so ikut korang nak perisa apa..nak tambah semua perisa pun boleh..hehe..

apa lagi..ajak la kawn-kawan..keluarga..pakwa makwa datang ke sini..
RESTORAN TUPAI-TUPAI
No.2, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


hai assalammualaikum..

Berbuka Puasa Bersama Blogger Di Restoran Tupai-Tupai - bagi bersih sikit post ni..bagi licin takda habuk..takda ape yang singgah..haha..sebab nak buat ebtry yang paling hangat..kebabom..debomm kamu memang debom..hahaha...takleh blah kan ayat...ho la..nak bagitau bestnyer jadi blogger ni..blogger bukan hanya menulis di blog..bukan hanya memberi info tau..bukan hanya duk depan pc je tau...hahaha..blogger pun ade life dia..ada aktiviti dia..lagi-lagi kalau ada event bersama blogger..masa tu la leh tau berapa ramai blogger sebenarnya.. yang nad pergi masa ari ahad lepas adalah event berbuka puasa bersama blogger hensem dan cantik di restoran tupai-tupai....ada nad penah tulis pasal event ni.. event berbuka puasa bersama blogger.. hah ingt kan...

event ini dibuat oleh blogger Aina dan Syukri Tahir..memang event ni la yang nad nantikan..nak tengok muka-muka blogger secara dekat..sepeti biasa nad bawa tunang a.k.a driver dan photographer..hahaha..seperti dijanjikan si blogger Aina mintak nad amik die dekat batu 3..selain Nad, Shukri Tahir pun pergi jemput mereka tapi masa nad  tunggu tak perasan plak kerete Shukri tu..nad pun sampai sana dalam kul 5.30 petang..tunggu punyer tunggu punyer tunggu..ok dia call kata dah sampai..ok nad  pun nak la amik dia takut kete Shukri  tak muat..alih-alih diaorang semua pergi sumbat dalam kereta Shukri..haishh memang tak menyabar diaorang kan..Aina datang bersama dengan blogger Tya, AJ, Sheila dan Yana..hah korang bayangkan macam mana..rugi nad tak amik dari belakang..dah macam tahu sumbat..hahaha..

sampai dekat Restoran Tupai-Tupai..rupenyer ramai dah blogger sampai..seramai 2o++ orang blogger..mak aihh malunyerla..nad tak kenal sapa-sapa..nak taknak..masuk jela..dah bayar kan..ok tak cukup meja..terpaksa duduk asing-asing..tapi untungnyer yang lambt nila dapat duduk dengaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....

tadaaa..hahha..dengan blogger cilik molek cantik Yuyu Zulaikha..hahahha..terasa awesome sgt..dapat duduk sebelah Yuyu..lembut je dia cakap..alahai..jauh beza dengan nad yang ganas ni..hahha..tak sombong..apa nad tanya dia jawab..die pangkat adik rupenyer..ala nad takdala tua sangat..hahaha...dan lagi satu die bakal menamatkan zaman bujang dia..ok akk bagi adik dulu jalan..akak lambat lagi..hahaha..

 selain dengan Yuyu nad duduk semeja dengan blogger Tya ( bertudung purple) dan blogger Ayu Jean(berkemeja)..comel jugak dia orang dua ni..pergh diaorang la paling ceria..disebabkan diaorang la nad pun gila-gila..hahah..syokla jumpe kawan sekepala..lalala...happening je..lagi-lagi AJ..ada saja nak dicakapnyer..haha

 ni pula blogger sheila..sopan je..ayu je..senyap je..haha..malu-malu kucng orangnyer..suka snyum je..cmel kan..tak taula umur dia berapa..tak tanya plak..ehhheh..tapi sheila ni dah menjadi isteri orang..tapi masa event tu dia tak ajak husband die..tak tau kenapa husband dia takmau ikut.. ok abaikan yang belakang tu..haha..parasit belakang tu..

selain tu..ade blogger Deq Noor (berdiri) dan blogger Puteri Insyirah (baju Ungu)..cantik blogger dua orang ni..dulu nad selalu blogwalking blog Puteri Insyirah.dulu header gambar laki dan perempaun..sekali lama tak tengok dah berubah header dia....haha memang lama nor dah terjah..blogger deq noor ni nad baru kenal..tengok muka dekat blog lain sangat rupa diaorang..bila tengok depan-depan..comeyy..           
                             

 ni la blogger yang nad tunggu-tunggu nak jumpa..hahah..blogger Irwan Alessa dan blogger Aina..nad kenal Wan masa blog die berbulan-bulan sabit..lagi cantik dari blog nad..haha..sekrang blog die dah berubah..tapi still kemas dan cantik..dulu pasl jiwang-jiwang entry die..hahaha...tapi takpa..nad tetap datang blogwalking.hehe.. ni plak blogger yang mulut takleh diam..ade je bende dicelotehnyer..haha..blogger Aina..nila penganjurnyer....tinggi gak la si Aina ni..nad dah pakai kasut tinngi pun takleh capai ketinggian dia..hahha..macam dia akak kan nad adik..wakakakka..tapi sebenarnya Aina yang adik..see i still nampak young ok.lalala...

ni la blogger yang nad baru kenal masa hari kejadian..hehehe..walaupun baru kenal tapi dah macam kawan lama..yang ats tu blogger Yana, yang bawah blogger Eila (tudung kuning).. dan kanan blogger Syakira (baju biru)..semuanyer memang comel-comel belaka kan..diaorang semua tak sombong..semua happy go lucky..

perkenalkan blogger lelaki..yang bersongkok blogger farid laham dan baju hijau tula penganjur..blogger Shukri tahir..nad tak banyak cakap sangat dengan diaorang..malu..tapi dalam facebook hah bolehla ape nak dihujahkan..dibebelkan..hahaha...shukri dengan Aina selalu bercakaran dalam facebook..hahhaa..nasib Aina dah ada yang empunya kalau tak kawinkan aje diaorang ni..

yang ni pulak blogger Bro farmestone..sebelah tu isteri dia..yang tudung merah bukan bini kedua ok..hahaha...pemes memes bro ni..aritu bro framestone baru jumpa klon Barrack Obama...hahhaha..ok orangnyer..asal nampak nad asyik cerita motor pancit je..citt kuang asam..hahhaa...takpe..yang penting tak sombong kaaannn...selain tu ada gak blogger abg hensem..tapi takdok dalam gambar ni..sob sob..segan dengan dia..hehe..

selesai makan kitaorang kene buat shooting..haha..takleh blah...nasib ramai-ramai masa tu..tapi ada gak yang kene buat sorang-sorang..tapi nasib baik sekejap aje..ade dibuat video..tengokla nant erk..hahaha...

Thank you kepada  blogger I love Tour..Muhammad Rasul Abu Hanipah..haha..sebab diela gambar ada dan video pun ada...lalala...ooppss tak lupa jugak kepada kameraman gua.. kerex photography...kalau nak tengok gambar yang menarik lagi ada dekat sini  https://www.facebook.com/Kerex.Studio?fref=ts thnkyou..thnkyouu uuallss...

video khas yang dibuat sempena berbuka puasa..

EVENT BERBUKA PUASA BERSAMA BLOGGER

in , , by Nadia Johari, 13:49:00
hai assalammualaikum..

harini berbuka dengan family..semua balik rumah..semua makan dekat rumah mak ayah..sangat-sangat seronok..termasukla tunang nad..hehe..sok plak ada event berbuka bersama blogger..sepanjang menjadi blogger..memang keinginan untuk berjumpa dengan para blogger..walaupun and tak sehebat diaorang..tak sefemes diaorang..yang penting niat untuk berjumpa dah da..hehee..masa tu la boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain antara blogger...event ini telah dibuat oleh blogger ainaroseberry dan blogger shukri tahir...event ni ada dibuat di group facebook..cik ena kita pun ade post kat blog die.. mencari blogger nak iftar bersama




 Tempat : Restoran Tupai-Tupai Sek syen 13 Shah alam
Tarikh : 14 Julai 2013
Bajet : RM 39

diaorang memang pilih tempat yang betul..alang-alang dah dekat..kali ni nad nak join...nad penah pergi restoran Tupai-Tupai ni bersama rakan praktikal..not bad steambot die..leh amik banyak-banyak..makanla sampai muntah..hahha..lagipun nad tak ada ape program..inilah masa yang ditunggu untuk berjumpa dengan mereka..rasa segan masih ada sebab kita takdelah terkenal mana..hanya blogger biasa-biasa yang menceritakan tentang dunianya sahaja..hahaha...takpela..wat muka biasa dan cuba untuk bergaul dengan mereka..fuh-fuh..degup jantung...

ok..korang yang ada dekat klang..ada dekat shah alam..jom ler ramai2 join iftar ni..lagi ramai lagi syok..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2