APPLY CUTI UNTUK RAYA

in , by Nadia Johari, 01:12:00
hai assalamuaikum


nampak tak..nampak tak..hahaha..awal-awal lagi dah tulis kat kalendar..bab-bab cuti ni memang nad pakar..dari sekolah lagi..wakakaka..setiap hari tengok kalendar..mana ada cuti je muka happy  je..lagi-lagi time raya..ingat dapat cuti sekejap tapi syukur dapat cuti 6 hari..manyak syiookk ooo...tapi untung gak kan raya tahun ni ari khamis dan jumaat..so sabtu confirm-cinfirm memang cuti kan sambung ahad..kalau sebelum-sebelum ni raya hari biasa nak cuti pun susah..tahun ni memang best ar..lagi best budak sekolah cuti lama oooo..fuhhh..tapi kalau budak uum mesti tak cuti lama kan..hehehe...ok korang dah apply cuti lum...cepat-cepat apply..nant bos tak approve susah oo...

DECO-DECO RAYA DI PEJABAT

in , by Nadia Johari, 01:00:00
hai assalammualaikum..

Alhamdulillah sudah 25 Ramadhan kita berpuasa dan lagi 5 hari kita hendak menyambut Aidilfitri. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadah puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.Perginya Ramadhan datangnya Syawal.

Selalunya seminggu sebelum perayaan menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. lagi-lagi pusat membeli-belah. semestinya akan mengadakan jualan murah dan masa tu la korang akan mula bershoping sampai tak hingat dunia..hahah..Pusat membeli belah juga akan dihiasi dengan tema Aidilfitri. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Tak lupa juga di pejabat..semestinya pekerja ingin merasaihari raya ini seperti aku..hhhaha..

 
semangat nak beraya tu dah ada..nak kerja pun hati senang bila tengok dekorasi raya ni..(senang ke macam tak sabar je nak cuti bila tengok dekorasi raya ni). Nak amik mood raya dulu, amikla dekat tempat keje. Masing-masing bertukus lumus membuat dekorasi ni..hah yang ni depan pintu..orang masuk je mesti ucap SELAMAT HARI RAYA...hahaa...sebab dah nampak lambang tu dekat pintu..nah belum masuk opis lagi..

 
tadaaa,,ni pintu masuk bilik bos dan bilik meeting..kad raya di hias ditepi-tepi dinding bagi mencantikkan lagi dinding yang kosong tu..hahha..kalau boleh nak lekat keliling pintu..tapi macam over plak..hahaha...Semangat raya tu dah semakin membuak-buak..masa dekorasi ni siap pasang lagu raya lagi..sambil nyanyi lagu ramai-ramai..syiookkk ooo


hah..ni port yang paling best..dekorasi yang paling cantik...siap ada pelita lagi..tapi tak boleh bakar..habis terbakar opis gua nanti oiii...si john tu dakh mula main mercun..selalu buat orang terkejut je..best kan..tak sabar nak raya...huhu..isnin ni ada majlis berbuka puasa dekat opis..yeeahahh...makan..makan..dan makan...

BIRTHDAY GIRL-GIRL

in , by Nadia Johari, 16:26:00
hai assalammualaikum

perempuan mana yang tak suka dengan kejutan..bahasa englishnyer surpriseeeee...masa birthday dia..haha.tapi malangnya nad tak pernah dapat macam tu..hahha..sadis tak..ce la sekali sekala tak perlu bagitau apa benda nak dibuat..bagi nad terkejut sikit ke, bagi nad nak nangis sikit ke..teruja sikit ke..bila time birthdy je..mesti si jejaka mafia akan cakap minggu depan kita kuar..ada kek....pastu kadang-kadang dia cakap kita makan seafood kat tanjung harapan erk..(taula aq giler seafood)..haisyeyy..no surprise la bile dah tau..sadis je..

birthday nad aritu nad saje bagitau nanti kita nak makan kat mana, then dia cakap makan ramai-ramai kat rumah..ada kek..see no surprise ok..then waktu kejadian pegila berbuka puasa dekat rumah dia..yang ada adik dia nombor dua dengan family..ok tengokla muka nad yang tak sabar nak berbuka..pandang tv tengok azan..hahaha..duduk sopan sikit..control kononnya..kalau kat rumah..duduk macam jantan..hahaha..hanya orang tertentu boleh tau macam mana nad..rockers kann..wakaka

lepas berbuka puasa solatla dulu..then dia cakap kat adik dia..cepatlah angah..mana keknyer..pastu adiknyer suh anaknyer yang bambam pegi amik..yeke..nad pun lupa..hahhaa...sebab masa tu tengah on9..konon-konon nak wat surprise..waakaka..birthday nad bulan julai sama dengan anak buah jejaka mafia, emira namanya..nad 18 emira 12..ada gak geng nad bulan julai..hehhe..nyum-nyum...

hahhaa..tengok masing-masing ada teddy bear..ya perempuan dengan bear memang tak dapat dipisahkan...sedap weeii dibuat peluk..kalau dapat lagi besar lagi best..haha..oh masa ni nad tengok si emira pegang teddy bear pastu nad tanyala dekat si jejaka mafia " takkan dia seorang je dapat, mana aci, orang pun nak"..hahhaa..mana adil kalau anak buah dia dapat seorang..wakaa..pastu si jejaka mafia keluar rumah dan keluar kan bear untuk nad..huhuhu..sukaaaa...boleh buat peluk cium malam..wakakaa..tapi pelik bear nad ada kaki kat kepala dia..

hahahha..nad tau nad jenis perempuan yang tak sabar..dah siap-siap nak potong kek..malas nak pandang kamera..hahahha

ada lagi proses sebelum potong kek..kene bergambar satu family..oklaa..ni family emira..si berbaju putih yang perasan dia dia seperti the rock la..pastu macam pelakon wolverine tu la..haisshh susah kalau orang dah badan ketak-ketak ni dan perasan sangat..hahaha..yang tengah mak emira dan bambam tu adik emira..hahahha..lupa plak nama si bambam tu..hahaha...

ok sape plak mamat tengahtengah tu..hahhaha..ntoh sape ntoh...lalllaal

lama betul nak potong kek..ni baru pasang lilin...muka tak sabar..

 akhirnya kek dah selamat dipotong dan dimakan dengan jayanya..hahaha..

 mesti korang dah perasan bunga tu kan...haha..actually walaupun jejaka mafia tak buat surprise tapi bila dia bagi bunga dan bear memang surprise..hahha..bunga tu bila dia kat belakang pastu cakap "sayang nah bunga"..cara bagi ganas tul..hahaha..tapi memang die macam tu tak nak tunjuk kelembutan die depan adik dan anak buah..wakakkka..kalau berdua hanya aku je yang tau macam mana dia..wakakaka...thank for the birthday party..

bilala agaknyer dapat betul-betul surprise..dapat hadiah tepon ke..kereta ke..wakakaka..






IRMA DAN ABBY ABADI BERSAMA SUAMI

in , by Nadia Johari, 14:51:00
hai assalammualaikum



Bila tengok suami Irma Hasmie sejuk je mata memandang ni ha..dahla hensem..kiut miut..alhamdulillah..Irma kini bahagia bersama suami tercinta dan anak lelaki sulung mereka...jodoh Allah siapa yang tahu kan..

Tidak mengambil masa yang lama untuk menerima lamaran Reza, pertemuan pertama semasa mengerjakan Umrah pada 14 Februari lalu itu telah membuka hati Irma Hasmie untuk diikat dengan ikatan pertunangan yang suci."Pertemuan saya dan dia di hadapan Kaabah memang tidak dirancang. Kerana di situlah saya berjumpa dan mengenali ibunya dan Reza yang ketika itu turut mengerjakan Umrah bersama.

"Saya dapati, Reza seorang yang mempunyai personaliti serta cara komunikasi yang bagus.Malah saya sendiri selesa bila bersamanya,"luahan hati Irma Hasmie.

Bukan sahaja suami Irma malah bila tengok suami Abby Abadi pun..haishh..cair seh..( nad jangan ngengada..awok dah de tunang)..muka bersih..suci je..senyum pun manis je..tu la oranng cakap jodoh Allah telah tentukan..kita jaga sebaik mungkin pasangan kita..=)


Setelah lima tahun menjanda, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi akhirnya  
bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. "Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.

"Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.


Dalam pada itu, beritahu Abby lagi, Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
"Saya dapat rasakan perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi," ujarnya.


Baru Abby yang tengok..bila nad tengok pun..adoiiii...semoga jodoh diaorang berkekalan sampai bila-bila..amin

SEBENARNYA APA YANG TERJADI?

in , by Nadia Johari, 12:18:00
hai assalammualaikum

ok nad akui nad jarang dah baca gosip-gosip artis ni.."yeke"..lagi-lagi bulan puasa ni..hohoho.."poyo tul dak ni"..ermm..nad sibuk bekerja..then internet hanya dpat guna dekat opis je..bila balik rumah sewa tak dapat on9 disebabkan line tak berapa bagus..so kebanyakan cerita dekat facebook nad tak banyak tau sangat..then arini macam banyak terluang nad baca blog..dan nad terjumpa kes Farid Kamil dan Diana Danielle


sebenarnya apa terjadi kat diaorang plak ni..diaorang tinggal kat amerika pun sebab ape ye??..nad baca tadi mak mertua Farid Kamil iaitu mak kepada Diana tidak merestui perkahwinan mereka..aikk terkejut plak..masa perkahwinan tu ok je nengok..takde apa-apa..pastu siap kalau nak jumpa cucu kene jumpa Farid Kamil dulu takut jadi apa-apa..konfius..apa yang terjadi sebenarnya..kalau korang nak baca lebih-lebih baca ni ada-syarat untuk ibu mertua farid kamil. pastu boleh explain apa kontroversi mereka ini..hoho..

BBQ RAMADHAN BERSAMA KELUARGA

in , by Nadia Johari, 14:58:00
hai assalammualaikum

BBQ Ramadan - saat bersama dengan keluarga merupakan suatu saat yang menggembirakan dan dinantikan. Ahli keluarga akan pulang ke rumah ibu bapa masing-masing untuk berkumpul beramai-ramai pulang. Begitu la yang dilakukan oleh keluarga Johari.. Bagi anak-anak Johari yang tinggal jauh ,hari minggu mereka akan ke rumah ibu bapa untuk berkumpul bersama-sama. Keluarga Johari akan menjadi meriah apabila melakukan sesuatu aktiviti sama ada di luar rumah atau di rumah..harini kenapa ayat nad lain macam je..skema je..hahaa..macam nak buat karangan cerita pasal keluarga saya..hehe..



sebenarnya pada hari ahad bersamaan 19 Ramadhan nad sekeluarga ada membuat BBQ Ramadhan. Apabila idea dah datang daripada salah seorang adik beradik, kitaorang akan bincang tarikh, apa yang nak dibeli. kebanyakannya nad akan follow je..haha..lagi-lagi bab makan besar-besar ni, memang takleh tinggal. so sebelum hari ahad, semua adik beradik dah ada dekat rumah mak ayah. hari ahad tinggal prepared je. Menu pada hari ahad ialah ayam, ikan, udang dan kerang. Perkara baiknya nad yang sponsor, almaklumla baru dapat bonus..haaa masa ni la diaorang nak merasa duit adik diaorang..ok fine..hahaa..


dan setiap seorang akan diberikan tugas.. haloo takleh goyang kaki je tau..tapi keje nad takda berkaitan BBQ ni..hahaa..nad keje lap tingkap..yela..dah nak raya..amik mood der..yang wat BBQ ni kakak dan abang nad, abang ipar dan anak buah yang rajin..hoho..kitaorang mula start bakar pukul 4..yela..tempat pembakaran kecik je..nak bakar banyak..so start awal..oo tergugat weeii..

dah bakar..fuh baunyer menusuk di kalbu..besar-besar ayamnya...hohoho

udang dan kerang bakal dibakar pulak...


hahhaa..kitaorang ada penjaga..jangan bagi orang masuk jalan..hahhaa..anak buah nad ni..dah macam guard je..alih2 mata die tertutup duduk kat kerusi ni..hhaha..dah la duduk tengah jalan.. dan jam kul 7.30..mulala tak sabar nak meratah. bunyi azan je terus baca doa dan melantak..hahaa..memang kenyang..riuh satu rumah..weee..
hai assalammualaikum

sebelum itu nad ingin mengucapkan salam Nuzul Quran kepada semua umat manusia..hari ini hari Jumaat..tapi dah tengah malam ni.jam dah menunjukkan pukul 1.05 minit..maknanyer hari ini hari sabtu..hahahha..hari ni nad cuti..berderetla sampai hari ahad..huhu..betapa syoknyer dapat cuti..inila orang kalau makan gaji..dapat cuti itu adalah satu nikmat yang tidak boleh disia-siakan..hehee...rehat sepuas-puasnya untuk badan minda dan otak..


sangat seronok hari ini dapat kad raya lagi daripada seorang blogger lagi...blogger dari Kuala Lumpur ni..kalau tak silap nad la..hehe..blogger ni memang femes memes la..sekali dia lekat sampul kad raya tu ketat daaa..guna gam gajah ke..hehhehe..nak tau sape..jeng..jeng..jeng


ni la abang hensem yang beri nad kad raya tu..hehehe..blogger Uzair Othman..siap dah pakai baju melayu tu..tak sabor nak raya ler tu..hehee..ni kad raya kedua nad terima daripada blogger..huhuhu..suka..suka..suka..ohh tengok pantun Aidilfitri dia..nad pun nak berpantun jugakla..hehe

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

hehhehe..lagi dua minggu nak raya weeiii..jom terjah blog abang hensem Uzair ni..

AKIBAT KEKENYANGAN

in , by Nadia Johari, 21:26:00
hai assalammualaikum..

oh sangat memalukan..rasa nak tutup muka je dengan selimut..dengan bantal..hahahha...punya yakin buat status..tapi dah tersalah type..hahahha...takpe status yang menceriakan semua orang selain membuat orang terpikir....hhohoho...


aiyak salah taip nak cakap alter jadi auto...adeh..kes perut dah lenyang..semua nyer jadi tak kene..hahaa


DIA DAH BERUBAH SIKIT DAH

in , , by Nadia Johari, 16:49:00
hai assalammualaikum

Dia dah berubah..memang dia dah sangat berubah..berubah sangat-sangat dan nad menyukainya..dia nampak lebih kemas dan teratur..dia dah tak nampak begitu serabut seperti sebelum ini..mana yang nad rasa tak perlu pakai nad dah buang..mana yang perlu adjust lagi nad akan adjust...belum siap sepenuhnya..ok saya suka..saya sukaa...thanks kepada orang tu yang dah merubahkan dia..huhuhu...


sebenarnya blog nad dah berubah..hahaa..ape ye yang berubah...ok nant nad buat entry penuh untuk perubahan blog ni..tunggu na..nak buat keje jap..daaaa..

DAPAT BONUS RAYA

in , by Nadia Johari, 16:47:00
hai assalammualaikum

macam biasa setiap pagi budak pekerja cemerlang ni buat kerja seperti biasa..hahha..cemerlang sangat..dan pagi tu tibe-tiba bos panggil masuk dalam pejabat dia..ok dalam hati apakah salahku??..apa yang dah aq buat??.memang cuak bila masuk bilik bos walaupun bos sangatla baikk..cakap lemah lembut..cair wanita bila dengar..hahaa..tapi bagiku kalau bos panggil berdebar-debar jantung...


masuk bilik bos..macam biasa dia akan cakap..nadia macam mana keje..ok tak??..nad pun jawab ok..no problem..huhuhu..takleh blah kan..keje nad keje chase payment..kalau tak tau chase payment tu ape..baca ni chase payment..then bos cakap macam mana dengan chase payment..ok..nad jawab la maslah nad hadapi dan die bagi solution..meh baik sungguh bos i tau..untung isteri die dapat lelaki macam tu..hoho..ok nad dah melalut jauh..then my bos buka laci dia..daannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..huhu..nah duit raya untuk you..Ya Allah..syukur..baru 5 bulan keje..dah dapat bonus raya..wihuuu..syok..masyukk..boleh shoping sakan ni..hahaha...terbaikla bos..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2