hai assalammualaikum
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia. Bagi yang beragama Islam ia menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam.
di sini nad ingin memohon maaf dari hujung rambut samapi hujung kaki kepada pembaca blog nad..maaf kalau nad ada tak tegur..ada terkasar..ada yang buat tersinggung..ada yang terkecik hati...nad bukan manusia yang sempurna..ok..kira zero zero la erk...
nad nak pesan kalau main mercun tu jangan main ikut sedap hati je..kang jadi benda lain kan susah..hari raya jangan makan berlebihan kang ada gak badan yang jadi bulat kang..hehe..taula makanan di hari raya sedap-sedap tapi kene cover gak ok..kepada yang dekat sila la datang rumah nad ok...hehe..sila google search pekan meru...hehhee..ooppss lupe..nak duit raya boleh..hahhaa
oh tetibe nak cerita apa yang dilakukan masa hari raya
1) Amalan
berziarah. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus
sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang
telah kehilangan seseorang yang dikasihi akan mengunjungi pusara mereka. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan
taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.
2) Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang. Untungla budak-budak kan..kali ni nad kene bagi anak-anak buah nad..sebab nad dah keje..huaaaa...nak jadi budak lagi..hohoho
3) Rumah terbuka..mereka akan memanggil sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga untuk datang ke rumah berhari raya dan menjamu selera. Majlis ini akan dibuat secara besar-besaran.
ok tu saja kot amalam yang dilakukan..ada yanag lain ke..salam aidilfitri kepada semua..