RAYA KE LAPAN..OPEN HOUSE KAWAN SEKERJA

in , by Nadia Johari, 12:30:00
hai assalammualaikum

hah bab-bab makan ni memang nad nombor satu..hehehe...kalau dah namanyer hari aray mesti akan buat open house..bahasa malaysianyer rumah terbuka..rumah yang dibuka untuk para tetamu hadir dan makan juadah yang disediakan..boleh mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia..masa ni la nak melantak..masa ni la ko nak menaikkan badan..bagi yang terlalu kurus macam nad ok..hehe..masa ni la kawan-kawn kerja ajak datang rumah beraya..ofkosla kita nak pegi kan..orang dah jemput..

hah ni la rumah kak ellia..mana satu erk orangnyer..tu ha yang duduk kat kerusi yang rambut mengurai bak mop..hehe..jangan marah kak..mintak maaf...hehe...masa ni nak pegi nad dengan hamsa naik kete john..yang lain-lain naik kereta sendiri..berpusing jugakla cari rumah akak ni..rumah dia kat kampung delek...sape tinggal area klang taula dekat mana kampung delek tu...

lauk yang disediakan..ayam rendang, nasi impit, mee goreng, kuah kacang dan sayur lemak..yang lain ada kuih muih..memang sedap kak ellia buat lagi-lagi ayam rendangnyer..memang nad bajet tak makan dulu sebab nak balun habis makanan ni..tapi tak dapat habiskn sebab perut dah penuh..haha..kang meletup tak pasal-pasal..nyum-nyum....

terima kak sebab menjemput

RAYA KEENAM...DAH START BEKERJA...

in , by Nadia Johari, 02:00:00
hai assalammualaikum..

aduh rasanyer aritu baru apply cuti raya..dah nak habis raya dah..biar betul...tak bestnyerrr...adush kenapa kene kerja..kan best kalau ada orang tolong buatkan kerja kita tapi kita tetap dapat gaji..kann...kann..akalu ada alangkah indahnyer hidup (mimpi jele nad oiii..jangan harap ko nak dapat )..adehhh..macam nilah kehidupan orang yang bekerja..bila dah lama cuti malas nak pegi kerja..lagi-lagi hari isnin..monday blues...tapi nad masuk kerja ari selasa..so selasa blues..hohoho...

bawak motor pun agak perlahan..kalau boleh nak bawk perlahan je..samapi tempat keje dah pukul lima terus balik..hahaa..tapi apakan daya kerja nak cari duit..kalau tak mana duit nak datang..huishh..kene buat kerja dengan hati yang ikhlas..hohohoho...yeahh semua jom la kita bekerja...


sambung cuti lagi boleh tak...


RAYA OH RAYA..BESARNYAAA

in , by Nadia Johari, 23:46:00
hai assalammualaikum..

fuh lame nor tinggalkan blog..mood raya tak habis lagi weeiii..puasa sebulan raya pun kalau boleh nak sebulan..tapi takkan nak biarkan blog ni sampai sebulan sunyi kan...ish..ish..ish..tak patut..tak patut...i misz my blog..arini gigihkan diri untuk menaip sesuatu...lepas menaip baru ada keupayaan untuk blogwalking...hehhee..apa-apa pun..kita enjoyy...hehee..raya tahun ni memang best..best sangat-sangat sebab semua keluarga beraya disini tahun ni..biasalah ikut giliran bagi yang dah berkahwin..hehhee..aku macam mana la nanti..walaupun hanya di Kuala Lumpur tapi amik masa dua jam jugak..kalau tak jem..kalau jem..ermm menung jauhla...tapi syok jugak..dapat gak merasa macam mana balik kampung..hehee..

ni keluarga belah mak nad..ni baru separuh..yang lain tak cukup masuk kamera..hehe..ni pun amik picture cousin..almaklumla..nad tak bawak kamera mase ni..adeh..macam mana la boleh terlupa..nad memang rapat dengan cousin belah mak..belah ayah kurang sebab diaorang jauh-jauh..lagipun jarang jumpa..sedara belah mak semua dekat-dekat..sebaris je rumah..raya jalan kaki je ramai-ramai..hehee...kami memang happening..semuanyer berceloteh..kalau nak jadi keluarga ni jom isi borang pat..hahahha...sure korang takkan menyesal...hehee...

sekejapnyer la dah nak habis raya..

RAYA KEEMPAT...DUDUK RUMAH SAJE

in , by Nadia Johari, 01:00:00
hai assalammualaikum

raya pertama dah puas berjalan ke rumah saudara..raya kedua juga dah puas berjalan...raya ketiga serbu rumah member pulak...tapi gambar takdak.hahhaa...bila dah raya keempat dah tak tau nak buat apa..giler kau tak tau nak buat ape..serbu televisyen plak la..banyak citer menarik oo raya-raya ni...lagi-lagi astro..hah tukar channel lain-lain...kalau boleh biar sampai meletup..hahhaa...raya keempat nad duduk rumah je..penat nak berjalan..layan tv je sambil makan kuih raya...hehehe...habis gak kuih raya kat rumah nad..kesian orang nak datang beraya takda kuih..hahahha...


astro banyak juga menayangkan siaran yang menarik samapi tak tau nak tengok yang mana...hahaha..tv3 juga tak ketinggalan untuk menyiarkan rancangan yang menarik...kalau dulu kecik-kecik nak catit cerita apa..hari raya ke berapa..hahaa..tak boleh blah..sekarang dah besar..tengok jele mana yang dapat..


ha ni scedulenyer..hehee...tengok jangan tak tengok


SALAM AIDILFITRI

in , , by Nadia Johari, 03:00:00
hai assalammualaikum

 Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia. Bagi yang beragama Islam ia menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam.

 di sini nad ingin memohon maaf dari hujung rambut samapi hujung kaki kepada pembaca blog nad..maaf kalau nad ada tak tegur..ada terkasar..ada yang buat tersinggung..ada yang terkecik hati...nad bukan manusia yang sempurna..ok..kira zero zero la erk...

nad nak pesan kalau main mercun tu jangan main ikut sedap hati je..kang jadi benda lain kan susah..hari raya jangan makan berlebihan kang ada gak badan yang jadi bulat kang..hehe..taula makanan di hari raya sedap-sedap tapi kene cover gak ok..kepada yang dekat sila la datang rumah nad ok...hehe..sila google search pekan meru...hehhee..ooppss lupe..nak duit raya boleh..hahhaa

oh tetibe nak cerita apa yang dilakukan masa hari raya

1)  Amalan berziarah. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan seseorang yang dikasihi akan mengunjungi pusara mereka. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.

2) Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang. Untungla budak-budak kan..kali ni nad kene bagi anak-anak buah nad..sebab nad dah keje..huaaaa...nak jadi budak lagi..hohoho

3) Rumah terbuka..mereka akan memanggil sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga untuk datang ke rumah berhari raya dan menjamu selera. Majlis ini akan dibuat secara besar-besaran.

ok tu saja kot amalam yang dilakukan..ada yanag lain ke..salam aidilfitri kepada semua..

hai assalammualaikum

Munjung mengeratkan Silaturrahim - Apa tu mujung erk?..Munjung tu dalam bahasa jawa je. Orang jawa je tau maksud ni, orang melayu cakap mengunjung, hah dah paham dah maksud dia apa..hehe. Meh nad terangkan dengan lebih terperinci lag, gitu..hehee. Munjung dalam sebutan jawa yang membawa maksud memberikan juadah makanan pada jiran , saudara mara dan rakan taulan. 

Yang selalu menghantar makanan atau juadah istimewa ni ialah anak-anak atau orang muda kepada saudara-mara dan jiran tetangga. Selalunya nad la yang kena hantar juadah ni, masa belum kawin. lepastu awal kawin pun kena hantar juga, sebab nak tunjuk hah, ni la suami kita..hahaa. Sekarang anak buah atau cucu la yang kena hantar.

BERBUKA PUASA DI KAIFAH

in , by Nadia Johari, 17:37:00
hai assalammualaikum..

ari isnin aritu kitaorang satu opis plan untuk berbuka puasa di Kaifah..apa tu Kaifah erk...tempat makan mana erk..hehee..bukanla tu nama tempat keje nad..sebulan sekali memang ada aktiviti kitaorang akan buat..so bulan lapan adalah bulan puasa dan nak menyambut Hari Raya..jadi kitaorang buat dua dalam satu..majlis berbuka puasa sambil menikmati juadah raya..huhuhu..kitaorang dah raya dulu..malam tu semua pakai baju kurung dan baju tradisi masing-masing..ada yang tak pakai sebab tak balik rumah..hehee..


menu pada hari itu nasi impit, rendang, kuah kacang, lemang, satay, dan buah-buahan...masa ni tunggu azan berkumandang..walaupun company ni milik chinese people, tetapi hubungan akrab dan saling menghormati kami semua dapatla kami buat plan berbuka puasa ni..hehee..bos pun setuju

nad dengan kawan opis..seorang awek shell seorang awek petron..hehehe..kami berduala yang paling muda dalam company ni..hahahaa..jadi semua akan tertumpu kepada kami..wakakakka..sadis tak ayat

hah yang tengah tu la bos nad..diala interview nad dan terima nad sebagai pekerja di sini..hehe..hensem kan..dah kawin dah..bakal dapat anak kedua..weee..bos memang sporting..tengokla tu dia pakai baju punjabi..memang mengikut tema sangat..hahaa


mereka adalah family saya...one kaifah one family



malam tu siap ada karaoke lagi..so balun la lagu apa-apa pun..memang enjoy habis..kau nak nyanyi lagu raya ke..lagu lama ke..tak kisah...sebab kitaorang ni jenis sporting dan memang tak tau malau kitaorang ada buat joget lambak..hehehe...sekali dengan bos join..hebatt tak..hehe..malam tu pun ada orang NSTP datang...masuk paper ok..haha..nantikan kemunculan muka ku yang tak berapa nak cantik..haha


 malam tu bos bagi hamper kepada setiap muslim yang menyambut hari raya..kau tengok siap dapat hamper lagi..sonok-sonok-sonok..dan nad pun dapat duit raya..yippiii...

yeaaahhh budak-budak pun dapat..untungkan jadi budak-budak..dapat banyak duit raya..jeles tau...ok selamat hari raya..




BLOG PUN NAK RAYA GAK

in , , by Nadia Johari, 03:50:00
hai assalammualaikum..

alhamdulillah..dah  masuk dua tahun nad berblogging..bukan senang nak berblogging..lagi-lagi masa mula-mula nak start..masa tu main buat je blog ni..dartar dan log in..theme ikut suka hati je..tak pikir apa pun..masa tu nad amik theme yang dah disediakan oleh blog..nad amik theme yang sidebar die ade dekat belah kanan dan kiri..nampak cantikla kunun..hohoho..memang kuno habis bab-bab coding ni..tak tau hape pun..main bubuh jela..dengan header yang simple..

lepas masuk setengah bulan mula join contest dan segmen..masa tu mula tengok blog orang lain lawa je..cum je..nad pun nak jugak..dulu banyak bubuh widget..hahaa..batak katakan..tapi lama-lama nad buang sebab nak ringankan blog dan taknak nyusahkan blogger lain yang datang melawat..nad belajar buat coding..baca dekat blog lain..fuh kalau dah buat lama kau..lepas tu mesti takkan berenti selagi kita tak puas dengan hasil yang kita buat..tu la nad..memang akan cuba..dan cuba..dan cuba..bila hasil dah menarik baru berenti..letih weeii...


lepas penat nad mintak tolong orang buatkan..mula-mula header..nad suruh adik lisa buatkan..memang awesome..baru nampak ganas..hahhaha...lepas tu bahgian sidebar plak..dulu blogger wan penah cakap lagi cantik kalau sidebar letak sebelah je..memang betul cakap dia, tapi bila nad buat sendiri, nak cuba buat bila nak preview semua nad buat dah hilang..so sebab tu nad biarkan je..dan akhirnya nad cuba tanya blogger shida..dan die dapat tolong..akhirnya die dah pindahkan sidebar belah kanan..so teratur sikit..tapi ade part nad nak mintak shida buat..tapi die tak boleh buat..jadi die mintak blogger sheda ucu buat..alahmdulillah..blogger sheda mampu buatkan masalah yang nad hadapi..


pastu nad nak berkenaan nad ni buat macam yang ada sekarang..yela biar nampak kemas dan teratur..sheda akhirnya buatkan..sangat suka..so bila nak tengok korang tekan je kotak tu..hehhee...lagi satu nad suruh sheda buat bahagian komen..

tempat komen ni nampak teratur sikit daripada dulu...yang penting semuanyer biru..hehehhe..sheda cas dengan harga yang berpatutan..pandai gila bab2 coding die ni..korang suruh aje buat ape pun..die mesti boleh buat...awesome sangat..pasni nad nak edit lagi blog nad..nak mintak die buat header dengan banner plak..hehee..tapi tunggu duit masyuk la...hehee..


ni la die sheda ucu...kalau korang tekan gambar die tu gambarnyer leh berpusing..hebat betul die..nad buat semua benda pun sampai beberapa hari..die buat nad punyer sekejap je..hohoho..Thank sheda..pasni nad nak cntikkan blog lagi gune khidmat sheda jele..hehe..jom sape-sape nak tukar blog leh suh sheda buat..jom terjah blog die http://sheda-ucu.blogspot.com

DUIT RAYA YANG DITUNGGU

in , by Nadia Johari, 02:05:00
hai assalammualaikum


belum raya dah dapat duit raya...suka..suka..suka.syukur alhamdulillah..kerja di tempat yang tak seberapa ni tapi dapat staff yang baik-baik memang menyeronokkan..hehehe...ingatkan dah keje ni tak dapat duit raya...yela turn kita plak bagi kat budak-budak sebabnya dah keje..ni la namanyer rezeki..orang dah bagi kita amik..hehe..tapi yang bagi ni chinese people..rasa macam segan pun ada..yela sepatutnya hari raya melayu yang bagi ni chinese yang bagi..hehe..lagi dua tu memang melayu yang bagi..orang lama keje situ..ofkos kene bagi pekerja baru..hahaha...Thank you Mr Lim , Ms Then , Kak Ellian dan John..leh la buat blanja..hehe..
hai assalammualaikum..

abang posmen yang baik hati hantar kad raya lagi..bagusla abang posmen..mesti banyak kad raya dia hantar kan..hehee..ok ni kad raya yang ketiga dan keempat nad dapat..sonoknyerrr...leh gantung kat rumah..hehee..comey-comey semuanyer..nad siap dapat duit raya lagi dari blogger ni..baikk hatinyerrrrrrrrr laaaaa..hahahaa..meh tengok sapa yang bagi..


tengok pelekat tu mesti dah tau kan dari sape..hehehe..dari blogger Apit..seorang yang kreatif dalam membuat doodle..buat kad..buat apa-apa la..gigih bekerja..hehee..hasil kerjanya pun menarik..


ni kad raya dia..kan dah cakap dia baik hati sebab ada duit raya..tapi sayang duit raya tu tak boleh guna..hampeh la punyer apit..hohoho...baru nak excited dapat duit raya daripada blogger..hijau je kad raya dia.. selamat hari raya aidilfitri Apit..terjah blog die



ni blogger oshin yang bagi..dah lama tak dapat kad kartun-kartun ni..hehee..comey je..tengok dia punyer ayat..taula nad kuat makan..semua nak makan..hohoho..


salam kenalan juga kepada oshin..dan selamat hari raya Aidilfitri..makan jangan banyak sangat..hehee..shoping jangan berlebih-lebih..hehee..berjimat cermat amalam mulia..nak kenal dengan oshin..sini terjah..


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2