nad ternampak satu video dekat facebook ni..hahhaa..macam mana la boleh tersepit agaknyer..duk usha awek ka sampai tersepit kepala tu..orang lalu lalang buat cover-cover..mujur selamat dikeluarkan...
Taman Di Dalam Shoping Mall - bak kata jejaka mafia " killing time "..maksudnya menghabiskan masa yang ada dengan benda-benda yang berfaedah..hehe..so masa sebelum tengok wayang Percy tu, nad dengan dia jalan-jalan shoping mall..pergi isi perut yang berbunyi..bukan nad la..nad dah kenyang dengan makan open house..hehe..so sambil beli makanan pilih tempat yang sesuai..sedang makan tengok-tengok sebelah rupanyer ada taman..ingat taman biasa je yang just ade tempat duduk, pokok-pokok sikit..rupanya ia adalah sebuah taman yang ada air, ada ikan dan air terjun yang tak berapa terjun..taman ni ada dekat shoping mall One Utama..
ni kawasan terbuka..takde bumbung atas tu..kalau hujan memang basah..time ni hujan dah berenti dah..tu p keluar..dan yang menggembirakan hati adalah jejaka mafia sebab dia boleh merokok..grrrrr
ok ni laluan nak p ke taman tu..yang gambar atas tu bahagian atas sekali..ni nad dah turun bawah...leh la jenjalan jap dalam taman ni
see cantikkan...model tak berbayar
dalam taman ni ade itik yang disumpah jadi batu..hahaa..perhiasan je..ada ikan lagi..ikan kat sini gemuk-gemuk gila...kalau goreng pun sodap...hahhaha
Pelancaran Kapal Dredger : Kapal Ketiga Terbesar - bila dapat kesempatan pergi tengok sesuatu yang menarik memang tak akan dilepaskan..lagi-lagi tengok pelancaran kapal ketiga terbesar..sepatutnya bukan nad yang kene pergi tapi dua orang sales dan big bos dan pengarah..tetapi sorang sales dan big bos tak dapat pergi..so tiket ade lebih..dan ade lagi extra tiket untuk sorang..so ade 3 lebih..dan nad telah terpilih untuk pergi lihat pelancaran ni..hahaha..ayat tak leh blah..terpilih tu..mula-mula taknak..tapi pikir balik takkan nak lepaskan peluang ni..
Nama kapal ni Inai Kenanga..kapal ini merupakan kapal ketiga terbesar..Upacara perasmian sejarah baru dalam industri perkapalan di negara ini
telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
Razak berserta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan diikuti menteri
cabinet dan orang kenamaan lain...Masa majlis ni memang ramai la wartawan bukan sahaja dari dalam negeri malah luar negara juga datang..Para selebriti bersama jemputan yang hadir juga turut dibawa melihat
kapal dredger milik Inai Kiara Sdn Bhd yang merupakan kapal dredger
terbesar di rantau Asia dan telah diiktiraf oleh Malaysia Book of
Records dengan saiz sebesar 33,335 meter padu...nad dengan yang lain dapat seat dekat Deck A..ku pikir duduk atas kapal ke ape..rupanyer dalam khemah..hehhe...tapi kapalnya ada di sebelah..memang boleh tengok sebesar-besar alam kapalnyer..
paling utama bila datang majlis mesti tengok makanan dia kan..lagi-lagi kalau dah lapar gila..tak makan langsung semata-mata nak makan kat sini..hahahha..tak leh blah..yup makanan die memang macam makanan hari raya sebab dia buat untuk majlis hari raya juga macam buat open house la kan...apa lagi bedal la...lapo kot..hahaha.ada tu kerepek siap bawak balik masuk dalam beg..haha..oo lupe dia ade bagi goodies untuk tetamunyer..dapat topi, baju mug dan cd...
ok tembamnya muka aq...kes happy ler..makan banyak, kesannya bukan kat semua badan tapi kat pipi..ohh menn...hahah..muka senang hati selepas makan dan tak sabar nak tengok kapal itu dilancarkan...
ni bahagian belakang kapal...korang nampak kan ada satu bajak tengah cuba tolak kapal tu..tu la bajak paling besar digunakan...hahaha...
ni pulak bahagian depan...nampak panjangnyer..dan kebesarannya..Tentu sekali tidak terfikir dan terlintas bahawa sebuah syarikat
tempatan mampu melahirkan kapal yang diiktiraf sebagai terbesar di Asia
dan ketiga terbesar di dunia.
kalau korang perasan tadi hanya ada satu bajak je yang menolak..tetapi kapal itu tidak berjalan..lepas tu datang bajak kecik satu..tetapi masih tidak berjalan dan kemudian datang satu lagi bajak cuba menolak..nad tengok baru sebelah ni..sebelah sana tak tau berapa bajak ada..selama satu jam jugak kapal ni dapat bergerak..
Kapal dah dapat bergerak akhirnya..dan masuk ke dalam laut..Hari ini apa yang kita tak terfikir boleh menjadi realiti apabila
sebuah kapal yang begitu besar dibina dan menjadi kapal yang boleh
menjadi kebanggaan kita..Kapal itu berfungsi seperti penyedut hampasan apabila pasir atau
mendakan beserta air laut disedut ke dalam takungan kapal menggunakan
paip penyedut..sangat berbangga dengan mereka yang membuat kapal ni.
selepas kami pergi open house member kami berdua plan nak tengok wayang..sepanjang kami berkapel dan sekarang dah menjadi tunang, ni baru ketiga kitaorang pergi tengok wayang..hahaha..masa tu sangat terhad, yela tunang adalah photographer..kejenyer tidak menentu..keje dia bukan office hour..keje dia 24 jam..so nak taknak kene la tunggu dia free..sebelum ni keluar pun sebab nak lebihkan masa bersama..almaklumla..jarang berjumpa..dah berjumpa mesti nak berborak panjang..takpelah nanti dah kawin leh la tengok wayang setiap minggu..midnight lagi..haha..
yess..makan lagi..hahaha..mana yang boleh nad pegi..nad akan pegi..kalau tak boleh tu..im sorry dear..bukan taknak tapi masa tak menentu..banyak sangat jemputan open house ni..hhee..kali ni open house dekat rumah member sekolah..masa ni la dapat jumpa kawan sekolah balik..yela masing-masing dah keje kan..sibuk..no time to meet..bila ada peluang kita pegi..lagi pun dah lama tak jumpa dia..kawan daripada sekolah menengah lagi..hehe..lagi pun diala pemilik DHADA LITTLE BAKERY tu..
nama member nad ni huda, sampai rumah huda nad tengok dia lawa sesangat ok..mekap lain macam..setau nad kalau datang rumah die takdalah die mekap sangat, simple and mimple je..tapi kali ni..waaahhh..mungkin da apa-apa..dan nad terus cakap "tunang erk"..huda tersenyum dan dia cakap ahak..tahniah huda..hehe..you look gorgeous..
ni la owner DHADA LITTLE BAKERY..comey kan..pas makan je terus bergambar dengan dia..siap ada pelamin..nad dulu takde bajet nak buat pelamin..hehee..takpe..dah lepas pun..ok abaikan kaki tu..errr..yang bertuahnyer huda ni dapat laki yang sama minat dengan dia..tunang dia pun chef juga..so dah kawin bolehla diaorang buka kedai..best kan buat benda yang sama minat..msyukk..
ni kawan-kawan sekolah yang lain..apa-apa pun thanks makana sedap tu..dan tahniah sebab dah menjadi tunangan orang..hehe..
haish time-time ni la mula nak menaikkan badan..hahhaa..orang lain nak menurunkan berat badan tapi nad nak naikkan badan..yela kurus sangat..entah mana pegi semua makanan yang nad makan..pelik sokmo..tapi tengok macam pipi dah naik..nak kata simpan makanan dalam mulut takdola plak..hahaha...apa-apa pun bersyukur jela..sebab nad tak payah membazir duit beli produk kuruskan badan..hohoho..ok open house lagi..sukanyerrr..kali ni rumah cousin iaitu lina..kami ni satu tempat keje..dia buat open house tuk kawan-kawan pejabat..so nad ni kira kawan keje diala..datang jele makan.rumah pun dekat sebelah rumah nad je..haha..
lina buat open house hari sabtu..masa tu nad kene keje halfday..yang lain pun ada yang keje..so masing-masing plan lepas keje terus pegi rumah lina..semua naik kete..nad sorang naik moto..hahaa..ada gak yang sesat sebab tak biasa ke rumah kami..bagila direction..nad yang bawk moto ni tunggu mereka dekat satu dewan..pastu bawakla pegi rumah lina..sampai je kat rumah kitaorang..punyerla mereka excited..yela tak pernah duduk kampung..kat kampung ada ayam..rumah luas..keliling rumah ada pokok-pokok hijau..semua tempat diaorang survey..lagi-lagi kawasan rumah nad..kelilingnyer pokok bunga kantan...hehee..lepas makan rumah lina diaorang beraya rumah nad plak..kalau tak raya merajuk nad yela dah sebelah je kot dengan rumah lina..hahaa
dah kat rumah lina diaorang dah makan nasi..rumah nad diaorang makan kuih raya je..hahaa..selesai makan..balik la..pastu bagi duit raya kat anak-anak diaorang yang dah berkahwin..kopak duit nad..ok pasni sebu rumah john plak..yippi..
hah bab-bab makan ni memang nad nombor satu..hehehe...kalau dah namanyer hari aray mesti akan buat open house..bahasa malaysianyer rumah terbuka..rumah yang dibuka untuk para tetamu hadir dan makan juadah yang disediakan..boleh mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia..masa ni la nak melantak..masa ni la ko nak menaikkan badan..bagi yang terlalu kurus macam nad ok..hehe..masa ni la kawan-kawn kerja ajak datang rumah beraya..ofkosla kita nak pegi kan..orang dah jemput..
hah ni la rumah kak ellia..mana satu erk orangnyer..tu ha yang duduk kat kerusi yang rambut mengurai bak mop..hehe..jangan marah kak..mintak maaf...hehe...masa ni nak pegi nad dengan hamsa naik kete john..yang lain-lain naik kereta sendiri..berpusing jugakla cari rumah akak ni..rumah dia kat kampung delek...sape tinggal area klang taula dekat mana kampung delek tu...
lauk yang disediakan..ayam rendang, nasi impit, mee goreng, kuah kacang dan sayur lemak..yang lain ada kuih muih..memang sedap kak ellia buat lagi-lagi ayam rendangnyer..memang nad bajet tak makan dulu sebab nak balun habis makanan ni..tapi tak dapat habiskn sebab perut dah penuh..haha..kang meletup tak pasal-pasal..nyum-nyum....
aduh rasanyer aritu baru apply cuti raya..dah nak habis raya dah..biar betul...tak bestnyerrr...adush kenapa kene kerja..kan best kalau ada orang tolong buatkan kerja kita tapi kita tetap dapat gaji..kann...kann..akalu ada alangkah indahnyer hidup (mimpi jele nad oiii..jangan harap ko nak dapat )..adehhh..macam nilah kehidupan orang yang bekerja..bila dah lama cuti malas nak pegi kerja..lagi-lagi hari isnin..monday blues...tapi nad masuk kerja ari selasa..so selasa blues..hohoho...
bawak motor pun agak perlahan..kalau boleh nak bawk perlahan je..samapi tempat keje dah pukul lima terus balik..hahaa..tapi apakan daya kerja nak cari duit..kalau tak mana duit nak datang..huishh..kene buat kerja dengan hati yang ikhlas..hohohoho...yeahh semua jom la kita bekerja...
fuh lame nor tinggalkan blog..mood raya tak habis lagi weeiii..puasa sebulan raya pun kalau boleh nak sebulan..tapi takkan nak biarkan blog ni sampai sebulan sunyi kan...ish..ish..ish..tak patut..tak patut...i misz my blog..arini gigihkan diri untuk menaip sesuatu...lepas menaip baru ada keupayaan untuk blogwalking...hehhee..apa-apa pun..kita enjoyy...hehee..raya tahun ni memang best..best sangat-sangat sebab semua keluarga beraya disini tahun ni..biasalah ikut giliran bagi yang dah berkahwin..hehhee..aku macam mana la nanti..walaupun hanya di Kuala Lumpur tapi amik masa dua jam jugak..kalau tak jem..kalau jem..ermm menung jauhla...tapi syok jugak..dapat gak merasa macam mana balik kampung..hehee..
ni keluarga belah mak nad..ni baru separuh..yang lain tak cukup masuk kamera..hehe..ni pun amik picture cousin..almaklumla..nad tak bawak kamera mase ni..adeh..macam mana la boleh terlupa..nad memang rapat dengan cousin belah mak..belah ayah kurang sebab diaorang jauh-jauh..lagipun jarang jumpa..sedara belah mak semua dekat-dekat..sebaris je rumah..raya jalan kaki je ramai-ramai..hehee...kami memang happening..semuanyer berceloteh..kalau nak jadi keluarga ni jom isi borang pat..hahahha...sure korang takkan menyesal...hehee...
raya pertama dah puas berjalan ke rumah saudara..raya kedua juga dah puas berjalan...raya ketiga serbu rumah member pulak...tapi gambar takdak.hahhaa...bila dah raya keempat dah tak tau nak buat apa..giler kau tak tau nak buat ape..serbu televisyen plak la..banyak citer menarik oo raya-raya ni...lagi-lagi astro..hah tukar channel lain-lain...kalau boleh biar sampai meletup..hahhaa...raya keempat nad duduk rumah je..penat nak berjalan..layan tv je sambil makan kuih raya...hehehe...habis gak kuih raya kat rumah nad..kesian orang nak datang beraya takda kuih..hahahha...
astro banyak juga menayangkan siaran yang menarik samapi tak tau nak tengok yang mana...hahaha..tv3 juga tak ketinggalan untuk menyiarkan rancangan yang menarik...kalau dulu kecik-kecik nak catit cerita apa..hari raya ke berapa..hahaa..tak boleh blah..sekarang dah besar..tengok jele mana yang dapat..
ha ni scedulenyer..hehee...tengok jangan tak tengok