hai assalammualaikum..

mak aihhh..banyak dah lalang dekat blog ni..dah dua minggu tak singgah ni..bila kesibukan kerja melanda..semuanyer terabai..fokus je dekat keje..kesian blog nad..lama jugakla tak blogwalking..tak dapat nak bom blog orang lagi..huhuhu..kan syok keje sendiri..ada masa untuk blog..memandangkan sok 3 hari cuti..cuba untuk melapangkan masa dengan blog..sok hari isnin..hari cuti..yeaahhh..sok 16 September..ada apa erk...kalau tak tau memang nak kene pelempang la kan..hahhaa

16 September merupakan Hari Malaysia iaitu penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak..korang ingat tak macam mana Penubuhan Malaysia ini terjadi..ok..pergi tengok buku sejarah balik..hehee..Penyatuan ini telah difikirkan oleh Tunku Abdul Rahman perdana menteri kita yang pertama iaitu bapa kemerdekaan kita..proses perundingan ke arah penubuhan Malaysia ternyata merupakan suatu proses yang rumit dan kompleks. Hal ini timbul kerana masalah prasangka dan keutamaan politik di antara wilayah-wilayah di Borneo dan Persekutuan Tanah Melayu . Terdapat tiga faktor utama yang telah mendorong penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam pembentukan Malaysia iaitu pentadbiran dan keselamatan, ekonomi dan juga sosial..kalau nak baca lebih lagi boleh baca kat SINI dan SINI

 

Negara Malaysia adalah negara yang mempunyai berbilang kaum..Semenanjung, Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai tempat yang menarik..so sebagai rakyat Malaysia kita perlula bersatu, walaupun mempunyai pendapat yang lain-lain, janganlah sampai berpecah belah. Sesuatu masalah pasti ada penyelsainnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..SOK CUTII YEAHH..

SALAM KEMERDEKAAN 56

in , by Nadia Johari, 17:11:00
hai assalammualaikum

Hari ni hari sabtu, dah 31 Ogos rupanyer..apa yang ada dengan 31 Ogos??..hari kita menyambut Kemerdekaan.you alls sambut merdeka dekat mana..tengok facebook ada yang sambut dekat dataran tengok bunga api..ada yang sambut kat kedai mamak..nad la paling sedih sambut dekat rumah je..hohoho...takda sape nak ajak kuar..pejam celik pejam celik dah 56 tahun kita merdeka..nad plak dah 25 tahun menjadi anak Malaysia..bila tengok cerita berkenaan kemerdekaan mesti rasa terdetik macam mana la orang zaman penjajah di siksa oleh penjajah dan bersatu demi negara..mereka sanggup terkorban demi memberi kemerdekaan kepada negara kita..


Hari Merdeka ( Hari Kemerdekaan ) adalah hari kebangsaan Malaysia memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajah British pada tahun 1957, disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Pada malam 30 Ogos 1957 , orang ramai berkumpul di Kelab Diraja Selangor Padang di Kuala Lumpur untuk menyaksikan penyerahan kuasa dari British. Bendera baru Malaya telah dibangkitkan sebagai lagu kebangsaan Negaraku telah dimainkan. 

Pada pagi 31 Ogos, 1957, perayaan berpindah ke Stadium Merdeka. Mereka yang hadir termasuk raja-raja negeri-negeri Melayu , orang kenamaan , ahli-ahli kabinet persekutuan, dan rakyat.  Tunku kemudiannya membaca Perisytiharan kemerdekaan, yang berakhir dengan melaungkan "Merdeka !" tujuh kali dengan orang ramai yang masuk menyertai majlis diteruskan dengan menaikkan Bendera Kebangsaan Malaya diiringi oleh lagu kebangsaan.

Pada masa itu pasti orang-orang dahulu berasa gembira bercampur sedih kerana akhirnya mereka terlepas daripada penjajah. Tiada lagi siksaan, tiada lagi sakit perit hidup..mereka hanya mahukan kehidupan yang aman damai. Itu yang mereka harapkan sehingga arini ini. Namun kini semakin hari semakin banyak gejala sosial yang tak dapat dibendung. Pelbagai cara dah dilakukan namun masih tiada perubahan. Perubahan akan terjadi apabila diri sendiri sedar akan kesalahan sendiri. 

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA 


 

KEPALA TERSEPIT DI PAGAR

in , , by Nadia Johari, 01:30:00
hai assalammualaikum..



nad ternampak satu video dekat facebook ni..hahhaa..macam mana la boleh tersepit agaknyer..duk usha awek ka sampai tersepit kepala tu..orang lalu lalang buat cover-cover..mujur selamat dikeluarkan...

TAMAN DI DALAM SHOPING MALL ??

in , , by Nadia Johari, 01:00:00
hai assalammualiakum..

Taman Di Dalam Shoping Mall - bak kata jejaka mafia " killing time "..maksudnya menghabiskan masa yang ada dengan benda-benda yang berfaedah..hehe..so masa sebelum tengok wayang Percy tu, nad dengan dia jalan-jalan shoping mall..pergi isi perut yang berbunyi..bukan nad la..nad dah kenyang dengan makan open house..hehe..so sambil beli makanan pilih tempat yang sesuai..sedang makan tengok-tengok sebelah rupanyer ada taman..ingat taman biasa je yang just ade tempat duduk, pokok-pokok sikit..rupanya ia adalah sebuah taman yang ada air, ada ikan dan air terjun yang tak berapa terjun..taman ni ada dekat shoping mall One Utama..

ni kawasan terbuka..takde bumbung atas tu..kalau hujan memang basah..time ni hujan dah berenti dah..tu p keluar..dan yang menggembirakan hati adalah jejaka mafia sebab dia boleh merokok..grrrrr

ok ni laluan nak p ke taman tu..yang gambar atas tu bahagian atas sekali..ni nad dah turun bawah...leh la jenjalan jap dalam taman ni

see cantikkan...model tak berbayar

dalam taman ni ade itik yang disumpah jadi batu..hahaa..perhiasan je..ada ikan lagi..ikan kat sini gemuk-gemuk gila...kalau goreng pun sodap...hahhaha
hai assalammualaikum

Pelancaran Kapal Dredger : Kapal Ketiga Terbesar - bila dapat kesempatan pergi tengok sesuatu yang menarik memang tak akan dilepaskan..lagi-lagi tengok pelancaran kapal ketiga terbesar..sepatutnya bukan nad yang kene pergi tapi dua orang sales dan big bos dan pengarah..tetapi sorang sales dan big bos tak dapat pergi..so tiket ade lebih..dan ade lagi extra tiket untuk sorang..so ade 3 lebih..dan nad telah terpilih untuk pergi lihat pelancaran ni..hahaha..ayat tak leh blah..terpilih tu..mula-mula taknak..tapi pikir balik takkan nak lepaskan peluang ni..

Nama kapal ni Inai Kenanga..kapal ini merupakan kapal ketiga terbesar..Upacara perasmian sejarah baru dalam industri perkapalan di negara ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berserta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan diikuti menteri cabinet dan orang kenamaan lain...Masa majlis ni memang ramai la wartawan bukan sahaja dari dalam negeri malah luar negara juga datang..Para selebriti bersama jemputan yang hadir juga turut dibawa melihat kapal dredger milik Inai Kiara Sdn Bhd yang merupakan kapal dredger terbesar di rantau Asia dan telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dengan saiz sebesar 33,335 meter padu...nad dengan yang lain dapat seat dekat Deck A..ku pikir duduk atas kapal ke ape..rupanyer dalam khemah..hehhe...tapi kapalnya ada di sebelah..memang boleh tengok sebesar-besar alam kapalnyer..

paling utama bila datang majlis mesti tengok makanan dia kan..lagi-lagi kalau dah lapar gila..tak makan langsung semata-mata nak makan kat sini..hahahha..tak leh blah..yup makanan die memang macam makanan hari raya sebab dia buat untuk majlis hari raya juga macam buat open house la kan...apa lagi bedal la...lapo kot..hahaha.ada tu kerepek siap bawak balik masuk dalam beg..haha..oo lupe dia ade bagi goodies untuk tetamunyer..dapat topi, baju mug dan cd...

ok tembamnya muka aq...kes happy ler..makan banyak, kesannya bukan kat semua badan tapi kat pipi..ohh menn...hahah..muka senang hati selepas makan dan tak sabar nak tengok kapal itu dilancarkan...

ni bahagian belakang kapal...korang nampak kan ada satu bajak tengah cuba tolak kapal tu..tu la bajak paling besar digunakan...hahaha...

ni pulak bahagian depan...nampak panjangnyer..dan kebesarannya..Tentu sekali tidak terfikir dan terlintas bahawa sebuah syarikat tempatan mampu melahirkan kapal yang diiktiraf sebagai terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia.

kalau korang perasan tadi hanya ada satu bajak je yang menolak..tetapi kapal itu tidak berjalan..lepas tu datang bajak kecik satu..tetapi masih tidak berjalan dan kemudian datang satu lagi bajak cuba menolak..nad tengok baru sebelah ni..sebelah sana tak tau berapa bajak ada..selama satu jam jugak kapal ni dapat bergerak..

Kapal dah dapat bergerak akhirnya..dan masuk ke dalam laut..Hari ini apa yang kita tak terfikir boleh menjadi realiti apabila sebuah kapal yang begitu besar dibina dan menjadi kapal yang boleh menjadi kebanggaan kita..Kapal itu berfungsi seperti penyedut hampasan apabila pasir atau mendakan beserta air laut disedut ke dalam takungan kapal menggunakan paip penyedut..sangat berbangga dengan mereka yang membuat kapal ni.



© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2