hai assalammualaikum..

mak aihhh..banyak dah lalang dekat blog ni..dah dua minggu tak singgah ni..bila kesibukan kerja melanda..semuanyer terabai..fokus je dekat keje..kesian blog nad..lama jugakla tak blogwalking..tak dapat nak bom blog orang lagi..huhuhu..kan syok keje sendiri..ada masa untuk blog..memandangkan sok 3 hari cuti..cuba untuk melapangkan masa dengan blog..sok hari isnin..hari cuti..yeaahhh..sok 16 September..ada apa erk...kalau tak tau memang nak kene pelempang la kan..hahhaa

16 September merupakan Hari Malaysia iaitu penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak..korang ingat tak macam mana Penubuhan Malaysia ini terjadi..ok..pergi tengok buku sejarah balik..hehee..Penyatuan ini telah difikirkan oleh Tunku Abdul Rahman perdana menteri kita yang pertama iaitu bapa kemerdekaan kita..proses perundingan ke arah penubuhan Malaysia ternyata merupakan suatu proses yang rumit dan kompleks. Hal ini timbul kerana masalah prasangka dan keutamaan politik di antara wilayah-wilayah di Borneo dan Persekutuan Tanah Melayu . Terdapat tiga faktor utama yang telah mendorong penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam pembentukan Malaysia iaitu pentadbiran dan keselamatan, ekonomi dan juga sosial..kalau nak baca lebih lagi boleh baca kat SINI dan SINI

 

Negara Malaysia adalah negara yang mempunyai berbilang kaum..Semenanjung, Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai tempat yang menarik..so sebagai rakyat Malaysia kita perlula bersatu, walaupun mempunyai pendapat yang lain-lain, janganlah sampai berpecah belah. Sesuatu masalah pasti ada penyelsainnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..SOK CUTII YEAHH..

SALAM KEMERDEKAAN 56

in , by Nadia Johari, 17:11:00
hai assalammualaikum

Hari ni hari sabtu, dah 31 Ogos rupanyer..apa yang ada dengan 31 Ogos??..hari kita menyambut Kemerdekaan.you alls sambut merdeka dekat mana..tengok facebook ada yang sambut dekat dataran tengok bunga api..ada yang sambut kat kedai mamak..nad la paling sedih sambut dekat rumah je..hohoho...takda sape nak ajak kuar..pejam celik pejam celik dah 56 tahun kita merdeka..nad plak dah 25 tahun menjadi anak Malaysia..bila tengok cerita berkenaan kemerdekaan mesti rasa terdetik macam mana la orang zaman penjajah di siksa oleh penjajah dan bersatu demi negara..mereka sanggup terkorban demi memberi kemerdekaan kepada negara kita..


Hari Merdeka ( Hari Kemerdekaan ) adalah hari kebangsaan Malaysia memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajah British pada tahun 1957, disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Pada malam 30 Ogos 1957 , orang ramai berkumpul di Kelab Diraja Selangor Padang di Kuala Lumpur untuk menyaksikan penyerahan kuasa dari British. Bendera baru Malaya telah dibangkitkan sebagai lagu kebangsaan Negaraku telah dimainkan. 

Pada pagi 31 Ogos, 1957, perayaan berpindah ke Stadium Merdeka. Mereka yang hadir termasuk raja-raja negeri-negeri Melayu , orang kenamaan , ahli-ahli kabinet persekutuan, dan rakyat.  Tunku kemudiannya membaca Perisytiharan kemerdekaan, yang berakhir dengan melaungkan "Merdeka !" tujuh kali dengan orang ramai yang masuk menyertai majlis diteruskan dengan menaikkan Bendera Kebangsaan Malaya diiringi oleh lagu kebangsaan.

Pada masa itu pasti orang-orang dahulu berasa gembira bercampur sedih kerana akhirnya mereka terlepas daripada penjajah. Tiada lagi siksaan, tiada lagi sakit perit hidup..mereka hanya mahukan kehidupan yang aman damai. Itu yang mereka harapkan sehingga arini ini. Namun kini semakin hari semakin banyak gejala sosial yang tak dapat dibendung. Pelbagai cara dah dilakukan namun masih tiada perubahan. Perubahan akan terjadi apabila diri sendiri sedar akan kesalahan sendiri. 

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA 


 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2