hai assalammualaikum
satu-satu impian nad dah tercapai..orang cakap bersabar itu separuh daripada iman. Alhamdulillah berkat kesabaran nad, akhirnya dapat gak benda ni..mula-mula dapat beli smartphone dan sekarang dapat benda ni..hehe..kebanyakan perempuan tidak akan memilih benda ni, tapi bagi nad benda ni paling bagus dan berguna kepada nad, sebab ape? Sebab pertama mudah dibawa, mudah menyelit dan cepat sampai..tapi ade keburukannya apabila hujan atau yang ini. hehee..dah boleh agak ape bnda tu..jeng jeng jeng..
inilah dia..motor kesayangan nad. Akhirnya dapat jugak nad memiliki motor sendiri. dan paling penting warnanyer semestinya BIRU. Nad beli moto ni pun sebab member dah ada kereta sendiri, so nad segan nak tumpang dia je. Jadi nad decide nak beli moto sebijik, lagipun itu termsuk dalam list impian nad. Pada mulanya nad nak beli seconhand je..tapi tengok keadaan pergi ke temat kerja dengan jalan yang sangat mencabar, better beli yang baru terus. Motor ni berharga lingkungan RM 4000. Motor ni versi tiada electrict starter, so kene gune kaki la kalau nak start..hehe. Pertama sekali, kick starter, memang lembut betul. Langsung tak jadi masalah kepada golongan wanita untuk guna kick starter.
Motor ni sangat bagus sebab dia ringan sesuai dengan nad yang kecil ni. Pemanduan sangat lancar dan laju walaupun nad hanya press dengan sedikit sahaja. Bawah seat dia ade ruangan kosong untuk menyimpan barang. Memang amat sesuai untuk wanita bagi menyimpan barang-barangnya seperti beg tangan di dalam ruangan itu untuk mengelakkan kecurian.Untuk lebih maklumat boleh pergi ke LAMAN WEB INI..Perempuan bab-bab motor ni mana tau sangat. Tau guna je..hhohoho. walaupun tak dapat macam ini yang ada ni pun sudah memadai.alhamdulillah..