hai assalammualaikum

Apabila seorang mak menyatakan hasrat untuk makan di hotel semasa harijadinya, hatiku berkata, kalau gaji ku besar, setiap bulan pasti akan ku bawa mak pergi makan di hotel, bukan setakat makan, bershoping di tempat yang mak tidak pernah jejak pun. Hatiku berkata lagi, boleh je bawak mak makan di tempat mewah yang dah jarang mak pergi walaupun bukan di hotel asalkan mak gembira. Semasa kita kecil permintaan kita dia tunaikan, kenapa tidak kita. Perancangan aku dan adik beradik lain mula berjalan. Nad akan gembira bila muka mak gembira.

Perancangan di buat untuk makan di Jeram. Di Jeram, kedai makanan yang paling popular adalah Aroma Ikan Bakar Jeram. Memilih Aroma Ikan Bakar sebagai tempat untuk sambut harijadi mak dibuat kerana makanan laut yang sedap dan pelbagai, tempatnya pula ditepi pantai dan harga yang berpatutan. Mak pun jarang dah pergi ke Jeram disebabkan tiada masa. Pertama sekali sebelum datang ke Jeram kene membuat tempahan dahulu, takut sampai sana dah penuh. Tempahan perlu dibuat awal. Pada hari kejadian iaitu pada hari ahad, nad bersama dengan Mr Jejaka Mafia pergi awal dahulu untuk melihat tempat itu dan memilih menu supaya bila keluarga lain sampai je dah siap makanannya.


Di Aroma Ikan Bakar ni, kita perlu memilih dahulu makanan laut seperti ikan, udang dan lain-lain sendiri sebelum dibuat masakan. Memilih sendiri makanan laut ini dapat memuaskan pelanggan kerana kita boleh pilih yang besar-besar semuanya. Bila Nad yang pilih memang semua rambang mata, kalau boleh semua nak amik sebab nad ni hantu seafood..hahhaa..Nad pilih ikan siakap 2 ekor, ikan jenahak 2 ekor, sotong, udang, ikan pari dan kerang.


Setelah selesai memilih makanan laut yang diingini, makanan itu diberi kepada pelayan di situ untuk memberitahu masakan laut itu nak dimasak apa. Contohnya ikan siakap masak 3 rasa, ikan jenahak dibakar sahaja. Tak sampai 10 minit beb, nad pun terkejut, semua dah siap. Mak aih cepatnya. Mungkin dia dah masak awal-awal pada mulanya. Tak tau la kan.


Menu-menu untuk sambutan hari jadi ni ialah 2 ekor ikan siakap, 2 ekor ikan jenahak, udang, sotong, kerang dan ikan pari


Sampai je semua, apa lagi terus serang..hahaha..lagi-lagi hantu seafood tudung biru pink tu..memang tak pandang kiri kana bila makan..hahaha..orang hambik gambar ke..orang jatuh dari bumbung ke..memang tak endah..hahah..soryla..makanan dah depan mata.


Selesai je makan, kitaorang amik gambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan. Huntungla ada tunang jurukamera, setiap moment dijadikan kenangan. Huntungla ade tripod semua keluarga boleh masuk...alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar.


Both of you, wish you happy always dan panjang umur. Ayah ku memang susah nak pandang kamera.





hai assalammualaikum..

Lamanyer tak join giveaway..bila bergelar pekerja, memang segala giveaway, contest terlepas. Tapi kali ni nad join sebab dah ditag oleh blogger lyeen. Orang dah tag baik kita join.. tak baik kecikkan hati orang..wee..sebab saya sayang lyeen kita join..dan sebab nad dah lama tak join..hehee..ok meh tengok giveaway apa yang perlu dibuat..Giveaway apa yang kita nak dalam persahabatan..klik banner kalau nak join.

http://sirambotmaggi.blogspot.com/2013/11/super-friends-giveaway-by-aina-afiqa-e.html


Sahabat boleh didapati dimana-mana. Andai kata suatu hari kamu pergi ke tempat yang sangat asing dan tidak kenal sesiapa pun, nad pasti sesiapa yang boleh kita percayai dan mula menjadikan mereka teman atau sahabat. Jika kita terlalu terasing tanpa teman, mampukah kita terus bertahan?..Setelah memiliki sahabat, seseorang pastinya menginginkan ciri-ciri berikut:

1) Kepercayaan perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada penegtahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Sentiasa percaya dengan sahabat kita dan jangan berahsia, ,melainkan ada perkara yang perlu dirahsiakan.
 
2) Sahabat yang sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.

3) Pendengar dan Pengkritik. Sahabat adalah perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Mereka juga punyai ruangan yang luas untuk mengkiritik atas segala apa yang kita sampaikan. Ini memberikan peluang yang baik untuk kita berfikir semula apabila sudah menerima. Kritikan bukan hanya untuk menghancurkan malah ia merupakan sebuah nasihat cuma dengan cara penyampaian yang berbeza. Kritikan juga boleh memulakan perbincangan. Perbincangan menghasilkan idea.

Cara Pemilihan Pemenang.
  • Top Referral 1X
  • Entry yang kreatif. 2X
  • Random. 
  • Blog Pilihan AINA ZAIRULNIZAM *Newbie sahaja/follower bawah 100.
  sahabat yang ditag

SURPRISE HARIJADI YANG MENJADI

in , by Nadia Johari, 21:11:00
hai assalammualaikum

Hari ahad semalam, Nad dan adik beradik lain merancang untuk membuat kejutan bagi harijadi mak. Kitaorang satu keluarga memang suka buat kejutan tapi tak pernah la menjadi..hahha..tapi kali ini harap-harap menjadi sebab perancangan kitaorang berjalan dengan lancar..huhu..Perancangan di mana Nad dan Mr Jejaka Mafia pergi dahulu ke tempat yang dituju. Memilih menu untuk tatapan semua. Abang dengan adik beradik lain bertolak dengan mak dan ayah. Sampai disana mak tersenyum riang tapi mak tak tahu ade kek untuknya.

Bahagian kek adalah tugas kakak nad. Dialah yang beli kek special untuk mak. Dia datang lewat sikit sebab nak buat kejutan. Sampai je dia kat tempat yang dituju, diaorang pasang lilin dan lalu belkang mak dan kitaorang semua nyanyi..hahha..mak terkejut dan tersenyum riang..seronok bila tengok mak tersenyum. Mak tersenyum sebab anak-anaknya sanggup buat macam ni..hehe (yeke.)..yang penting mak gembira..oh lupa harijadi mak ni sama dengan anak buah nad Nasrullah..7.11.2013...gambar bergerak la pulak..tunggu kamera cantik la nanti..

Nak tau kitaorang makan kat mana..tunggu..menu apa..tungguu..haha..tapi nad tau korang mesti dah tau kat mana tempat tu..haahaha..tapi takpela..tunggu jele..hehe..daaa

hai assalammualaikum

Video Blogger Girls Ber Ice skating - entry sebelum ni nad ada cerita tentang bermain ice skating bersama blogger..tapi setakat cerita je mesti tak tau situasinya macam mana kan..hahahha..adalah seorang paparazi ni telah merakam aksi kitaorang bermain ice skating. Korang jangan gelak pulak bila tengok video ni. Nad tengok pun adeh tak tau la nak cakap ape. Hanya mampu gelak je dan senyum je. 

Ringkasan cerita la..bila empat blogger yang excited nak bermain ice skating. Lagi-lagi bogger yang bertudung biru tu. Pertama kali menjejakkan kaki ke ice skating dan tidak tahu langsung bemain benda alah ni. Masuk je ke tempat ice, pergerakannya seperti budak kecik yang baru hendak belajar bertatih atau berjalan. Terlihat seperti robot yang bergerak di kawasan ice itu dan tersangatla lambatnyer bergerak..terkedek-kedek macam itik. Bersyukur ade dua orang kawan yang mahir bermain ice skating membantu rakannya yang sangat sengsara bila nak bergerak.hahha..Sekurang-kurangnya dapat jugakla bergerak di tengah-tengah ice tu. Memori yang tidak dapat dilupakan bersama blogger-blogger cun-cun ni.



Terima kasih kepada paparazi ni yang bersusah payah mengambil dan menyiapkan video ini. Dia memang pro dalam bab-bab video ni. Paparazi ni jugak pandai mengambil gambar. Kalau korang tengok akan rasa terpegun. Sesiapa yang ingin merakamkan saat-saat indah dalam hidup atau ingin mengambil upah bergambar boleh hubunginya di

facebook: KEREX SNIPER


Video ni dah diedit semula disebabkan masalah teknikal. Sepatutnya lagu dalam video ni dinyanyikan oleh Amy Mastura tapi ada something wrong somewhere. Masa ni video ni masa gua tak pandai main, mayb next time akan diupload apabila nad dah pro bermain..hahhaa..tapi bila..itu tak taula..

BLOG BERUBAH LAGI

in , , by Nadia Johari, 19:49:00
hai assalammualaikum

Seorang blogger memang tidak akan puas dengan blognya selagi blog kepunyaannya tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Selain itu seorang blogger akan berfikir untuk meringankan lagi blognya supaya orang lain dapat membaca blognya dengan mudah dengan tidak meletakkan banyak gadget di situ. Selain entry yang menarik, rupa blog juga menarik perhatian pelawat lain. Bila anda jadi seorang blogger anda akan mula memilih template yang sesuai..dan masa tu anda akan mula berfikir macam mana nak mengedit blog. 

Pada mulanya nad buat blog dan nad edit sendiri blog nad. Masa tu tak berapa tau pasal edit ke coding ke..nad struggle belajar dari tutorial blog lain. zizan cakap " tawakal innahu dok try dok tahu "..hehhee..tu la nad. Sekali dah mengedit memang takkan berhenti selagi tak puas. Dulu nad edit sendiri sebab takda duit nak mintak tempah orang lain buatkan. So sekarang financial dah ok..bolehla tempah blog kat orang. Nad pun tak sempat nak mengedit dah sekarang sejak kerja ni dan tak banyak bab coding-coding ni. So nad decide nad nak tempah edit blog kat blogger ni. Sebelum ni nad penah tempah dengan dia gak. Ni dia edit nad punyer blog sebelum ni ( BLOG PUN NAK RAYA )Nad pilih dia sebab die buat mengikut citarasa nad dan lagi satu sebab MURAH....=). Blogger yang dimaksudkan

http://sheda-ucu.blogspot.com/
tekan gambar ni boleh terus ke blog sheda
Nad ni jenis yang simple dan tak rumit. Macam tu jugak dengan blog nad. Simple dan Elegant..wah kau macam baju plak..hahaha..sebelum tu Nad ada bagi lakaran dekat sheda. yela nak cakap satu-satu memang payah..Takut tak paham apa yang nad nak..so lakaran is mo better..kita terangkan sikit-sikit je..dan hasilnya..


Cool tak..Biru memang tak boleh dipisahkan..hahhaa..Inilah yang nad nak.Gambar tak besar, perkataan simple..dan paling best menu tab die. Dulu nad punyer kan over..sekarang simple..yang penting ringan.kemas dan teratur..Perempuan dengan motor tu nad taknak buang sebabnyer tu blogger Lisa yang bagi..smart oo takleh buang..Nah BACA SINI.. header pemberian adik lisa. Rindu dia..


Satu lagi nad tambah sebagai ending blog..simple je..takyah rumit2..heehe..done..saya berpuas hati dengan hasil tangan sheda..hehe..alamatnyer tahun depan kene tukar gak kot..yela tukar kepada Mrs..hahahha...k bye
Memperbaharui Lesen P Ke Lesen Penuh (Full)Perkara paling best selepas selesai peringkat mengambil lesen adalah selepas mendapat Lesen P..Walaupun hanya Percubaan, tapi dah diizinkan untuk kau membawa kenderaan ke mana sahaja kau nak. Tapi jangan kau lupa untuk menampak pelekat P di kenderaan. 

Kalau tak itu menjadi kesalahan besar dalam undang-undang lesen. Lepas kau dapat je lesen P tu, kau akan belek sepuas hati..hahhaa..kau akan tengok berkali-kali dan akan cakap dalam hati..betul ke aku dah de lesen..betul ke..betul ke..

BERUBAHKAH KITA?

in , , by Nadia Johari, 22:24:00
hai assalammualaikum

Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam pada masa dahulu yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah. Makanya umat islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah islam ke mana sahaja. 
 
Kita harus merenung kembali, apakah rahsia yang menyebabkan kejayaan kegemilang perjuangan Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke madinah? Baginda s.a.w. telah membangunkan aqidah dan akhlak, membasmi kegelapan syirik dan kufur,  akhlak buruk ditukar kepada akhlak yang baik dan mulia, dan memperkenalkan yang Ma'ruf untuk menggantikan yang mungkar (buruk dan keji) yang selama ini mencengkam kehidupan masyarakat serta kezaliman dan penindasan diganti dengan keadilan, persaudaraan dan kasih sayang. 
Peringkat-Peringkat Mengambil LesenSelang beberapa kilang dari tempat nad kerja ada sekolah memandu. Bila tengok sekolah memandu tu teringat masa nad ambik lesen dulu..cuak, takut semua ada la..lagi-lagi bila nampak test JPJ..hohoo..biasalah siapa yang tak excited bila dah ada lesen P..boleh bawak kenderaan kemana sahaja tanpa rasa gerun bila adanyer pak polisi..(matlamat utama amik lesen..heehhe).

Nad ambil lesen lepas habis belajar sekolah. Masa tu ayah la tolong bayarkan..hahaha. Dah ada peluang ni baik kita grab la kan, yela bila lagi nak buat lesen. Memang elok buat lepas habis sekolah. Senang nanti terus boleh bawak kenderaan.

JEP JUARA FINAL SUPER SPONTAN 2013

in , by Nadia Johari, 02:00:00
hai assalammualaikum..

Jep Juara Final Super Spontan 2013 - Lamanya la nad tak menaip ni ha..arini baru dapat menaip satu entry..kesibukan kerja semenjak tukar ke tempat baru ni memang tak dan langsung nak on blog..sob..sob..teringat dulu sebelum bekerja, boleh buat entry banyak, boleh blogwalking, setiap malam tido lewat, jadi burung hantu..sekarang ni, sikit-sikit je. Takpela ada komitmen lain kene buat. Yang sedihnyer banyak event blogger nad tertinggal, dulu masa tak keje tak datang plak event-event ni..hohoho..takpe nad orang cakap bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..ececehh..hehe..ok ape aku membebel ni..dah-dah..teruskan entry kau yang sebenarnya ok..

Super Spontan merupakan rancangan lawak yang dibuat secara spontan. Lawak yang dilakukan perlulah mengikut tugas yang telah disediakan. Sebelum ini permainan dimainkan oleh dua kumpulan iaitu Ketam kompius dan Semut Sentap. Bagi pusingan akhir, undian tidak lagi mengikut kumpulan tetapi secara individu.Super Spontan 2013 akhir bersiaran secara langsung (live) di Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani pada Jumaat 1 November 2013. 

 Debaran semakin memuncak di pentas akhir Super Spontan 2013  dan kian terasa dimana ia menyaksikan pertembungan enam peserta yang cukup hebat iaitu Jep, Johan, Yus, Nabil, Tauke dan Rahim bersaing merebut gelaran “Raja Super Spontan 2013″. Pusingan akhir ini terdapat enam permainan iaitu beku, menari, barang yang diberi (boleh buat apa barang tu), maju mundur, salah perkataan dan lupa plak lagi satu..hahaha..Part yang paling kelakar masa segmen Maju Undur. Segmen ni Pak Yus tak sabar nak masuk, tapi tak masuk-masuk, sekali dah masuk Afdlin mainkan dia..hahhaa..marah dia..hahhaa..kelakar-kelakar..

Ramai mengatakan Jep Sepahtu akan dinobatkan sebagai juara untuk Super Spontan 2013 pada peringkat akhir. Tengok undian pun dah tau..haha..lagipun Jep memang lawak, dan selamba je dia cakap..Johan pun ok..dua-dua ni memang terbaik..Pak yus pun memang kelakar..haha..tak sudah-sudah marah..

Apabila diumumkan Juara Super Spontan 2013 peringkat akhir Jep Sepahtu telah dinobatkan sebagai pemenang dan memenangi wang tunai sebanyak RM 100,00, kereta dan trofi.

Naib Juara pula diraih oleh Johan memenangi hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Nabil di tempat ketiga mendapat hadiah wang tunai RM25,000 dan trofi

 Tempat keempat, Yus, kelima Rahim dan Keenam Tauke, masing-masing membawa pulang hadiah saguhati wang tunai bernilai RM5,000.

Tahniah kepada semua..menang kalah semua dapat duit..hahhaa..RM 5000 pun dah cukup banyak bagi orang yang berjimat macam nad ni...hehehhe...huntunglaaa..


SUP TULANG DAGING KORBAN HASIL TANGAN MAK

in , by Nadia Johari, 14:35:00
hai assalammualaikum

Bila Hari Raya Korban telah tiba , benda yang ditunggu ialah menyembelih lembu, itu bagi pihak lelaki manakala bagi pihak perempuan menunggu untuk dimasak..Pada aku pula, daging korban ditunggu untuk masuk ke dalam perut ku.,.hahaa..orang kuat makan memang macam ni..Sesetengah perempuan memang ada yang tak suka daging lembu, macam adik aku ler..rugi..rugi..Aku pulak tersangatla suka, lagi-lagi kalau mak nad yang buat. Mak buat memang marbelous dan mengikut citarasa..nyum..nyum..Nad paling suka daging tu dibuat sup..ooppss bukan daging sahaja, termasuk tulang-tulangnyer sekali. Nad suka makan mcam tu je tanpa nasi. Sekali hirup..sedapnyer..sekali ratah..marbelous..berkali-kali hirup dan ratah...memang tak ingat dunia..hahahaa

hahaha..yang ni nad dah ratah separuh..baru teringat nak amik gambar..wakakka..takpela..dapat tengok separuh pun ok..Mum you are the special one..Thanks masakkan sup tulang ni..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2