SI BULAT SUKA TOLONG ATUKNYA

in , by Nadia Johari, 19:52:00
hai assalammualaikum

Suasana petang yang menyenangkan. Udara yang segar dan nyaman. Baru lepas hujan, memang syok tido, bangun tido, hujan dah berenti, keluar rumah sekejap main dengan anak buah. Selalu kene amik oksigen yang segar, takdela terperap dalam rumah je. Melayan karenah anak-anak buah semua ni. Hilang segala tekanan yang ditanggung..hehe.

 Bila atuk tengah sibuk mengemas lori untuk kerja esok si bulat pun sibuk mengambil penyapu lidi menyapu sampah.. Ade ke sampah dak bulat oii..hahaa..berusaha menyapu tu..comey je tengok budak bulat ni buat aktiviti die..harap2 kau rajin la sampai besar nanti..hahhaa..
Hai assalammualaikum

Tarikh harini memang cantik..11.12.2013..harini tarikh kelahiran Sultan Selangor . Nad doakn semoga Sultan diberi kesejahteraan yang baik dan dibetkatiAllah..Daulat tuanku. Harini jugak hari orang ramai kawain..haha..tak lain tak bukan retis yang femes memes yang sentiasa nak nampak cantik Rozita Che Wan  ( Che Ta ) dan Zain. Tahniah kepada mereka berdua. Takde siaran langsung pernikahan mereka ke..hohoho..
Harini tarikh aku bercuti. Bagi seorang pekerja benda paling best ialah cuti. Setiap hari tengok kalendar..hoho..

Harini semua ade kat rumah mak ayah..Satu keluarga berkumpul..So macam biasa mak akan masak sedap-sedap untuk anaknyer..Walaupun menu ni nad dah biasa tengok..korang pun dah biasa punyer..hhee..tapi kalau mak yang masak pasti aummm..sedap dan menyelerakan..Air tangan mak memang tiada tandingan..hehe..apakah menunyer..



Ayam masak kicap

1) Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, serai, ikan bilis, jintan manis, ketumbar dan lada hitam.
2) Tumis barang yang dikisar sehingga naik bau.
3) Masukkan kentang. Masak sehingga empuk
4) Masukkan kicap sebanyak 1 atau dua senduk.
5) Masukkan air. Biarkan sampai mendidih
6) Masukkan ayam.
7) Akhir sekali tambah perasa (gula dan garam ).

Sambal udang

1) masukkan sambal (bawang besr, bawang putih, cili kering, belacan dan ikan bilis  diblender). Masak sehingga naik bau.
2) Masukkan air sedikit.
3) masukkan udang.
4) garam dan gula.

Sayur Tauge tumis

1) Potong bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah
2) Tumis bahan yang dipotong sehingga naik bau.
3) letakkan sayur
4) Letakkan air sedikit biarkan berkuah.
5) Letak perasa.


hahaa..tajuk entry macam hebat..tapi memang hebat ape menu hari ni..hehe
hai assalammualaikum

 Tarikh yang cantik arini..Bismillah
http://www.akupenghibur.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Senyum+Bersama+Aku+Penghibur%29

 Pertama sekali kenapa nad jadi blogger disebabkan mr jejaka mafia yang suruh..haha..kenapa dia yang suruh sebab dia tengok nad selalu letak gambar dekat facebook tapi takda cerita. Lagi satu Nad selalu update status dekat facebook banyak kali untuk menceritakan moment yang berlaku tapi tak boleh taip panjang-panjang. Masa tu kan facebook terhad. Sebenarnya memang nad nak buat blog tapi masa tu nad buta internet..buta segala-galanya dan nad belajar dari jejaka mafia. Nad mula berblog dari tahun 2011.

Selepas nad ada blog semuanya nad cerita dekat blog, perasaan itu lain dan seronok lepas ada blog. Cerita dari A sampai Z nad buat. Perasaan gembira sebab dapat membuat cerita yang nad nak share dekat semua. Yup nad suka bercerita apa yang nad buat, nad nampak dan sebagainya. Tak kirala cerita tu sangat merepek pun pasti nad tulis dekat blog. Hanya blogger je tau cerita yang merepek tu adalah cerita yang menarik.

Kedua kenapa nad jadi blogger sebab nad boleh tau informasi yang berlaku di sekeliling kita. Yela kadang-kadang nad jarang tengok tv, jarang baca suratkhabar, jadi dengan adanya blog dan kita menjadi blog kita boleh mengetahui isu-isu semasa. Nad juga boleh menambah ilmu pengetahuan di mana ada perkara yang kita jarang dengar atau tak pernah dengar..

Ketiga kenapa nad jadi blogger, sebab nad nak tambah ramai kawan, cari kawan baru dari serata dunia. Mulanya masa buat blog memang susah nak cari kawan, nad cari memalui google dan add follower. Hanya blogger memahami bloggers.

Ni lah antara kenapa nad jadi bloggers..=)

PAGE RANK CHECKER DI GOOGLE

in , , by Nadia Johari, 16:10:00
hai assalammualaikum

Page Rank Checker Di Google - Cuti harini nad berkesempatan pergi blogwalking ke blog orang lain. Betapa seronoknya dapat blogwalking kau tau. Dah berapa abad nad meninggalkan aktiviti blogwalking ni disebabkan nad dah "dinaikkan pangkat" di tempat kerja..hahaa..facebook ke mana..blog dah ke mana..Tapi nad takkan abaikan terus, facebook dan blog la tempat nad mengetahui info dan aktiviti-aktiviti rakan lain. Blog dan Facebook la tempat nad merehatkan sikit minda ni. Blog la tempat nad meluahkan segalanya..hehe..harini nad blogwalking dan nad terbaca satu entry berkenaan google page rank di blog kak farah bubblynotes . Apalagi nad pun nad cek ler page rank nad..hee..dan jawapannya

Walaupun 1 kira memadai..ade juga tersenarai dalam google..kene berkerja keras lagi ni..hohoho..apa itu Page Rank. Page Rank ialah penilaian dari google terhadap blog/web kita. Semakin tinggi pagerank web/blog kita maka akan semakin ramai search engine menemukan blog/web kita,  dan blog kita akan ramai pengunjung. 


Nak tau ape itu angka 1/10, 2/10..tengok dekat SINI. Nak check page rank anda..boleh pergi ke http://www.prchecker.info/check_page_rank.php.

Masukkan nama blog anda

Masukkan verify code yang diberi.

Selepas itu keluar la angka pagerank anda. Selamat mencuba.


hai assalammualaikum..

Dah masuk Bulan December..sekejap betul masa berlalu..sekejap lagi tahun baru..semuanyer berlaku dengan cepat tanpa kita sedar..Nad doakan agar semua dalam keadaan baik dan sejahtera. Semoga tempat yang dilanda banjir akn beransur pulih. Kesibukan diri telah membuatkan diri ini tidak seaktif seperti dulu. Takpe orang cakap bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Harini nad nak menceritakan tiga benda yang nad rasa sangat penting dalam sesebuah blog. Tidak kira la die blog blogspot, wordpress aau sebagainya. Dalam sesebuah blog benda yang nad selalu cari ialah follower, blog archive dan older post



Benda terpenting dalam blog ialah follower adalah pengikut yang mengikuti blog milik orang lain atau pengguna dengan cara mengikut menggunakan account mereka. Widget follower perlu ada supaya blogger lain dapat mengfollow anda dan termasuk dalam senarai list blogger mereka.


Manfaat follow di blog orang lain ialah dapat mengetahui perkembangan blog yang kita ikuti. Secara ringkasnya entry yang diupdate oleh mereka setiap hari akan ditampilkan pada Dashboard. Tentunya akan menjadi keuntungan buat kita sendiri dengan sering follow ke blog orang lain. Kita akan mengetahui update dari blog dan mengetahui perkembangan para blogger tersebut setelah pemilik blog tersebut mempublikasikan postingan terbarunya, automatik akan muncul di Dashboard kita dan boleh melihat entry terbaru mereka dengan menambahkan komen di entry tersebut.




Apa itu Blog Archive? Blog Archive adalah suatu list yang dipasang pada blog kita, yang berisi link-link post yang telah kita buat. Ia adalah list yang menampilkan tajuk-tajuk posting berdasarkan waktu kita membutnya. Banyak bentuk blog archieve antaranya berbentuk hierarki, list biasa, atau menu dropdown. Widget Blog archive biasanya dipasang di bahagian sidebar.

Kepentingan blog archive pada blog ialah membantu kita untuk membaca semua entry yang ditulis oleh blogger tersebut. Blog archive juga boleh dialihfungsikan sebagai sebuah shortcut. Berguna juga untuk  melihat mana entry yang terbaru, melihat urutan posting yang saling terkait, dan sebagainya.Macam nad memang suka terjah blog orang. Cara paling mudah nad suka buka new tab banyak-banyak berdasarkan entry pada blog archive..senang dan mudah..takda yang miss entry dia kan..




Benda ketiga ialah Older post. Older post ialah suatu benda yang kita boleh guna untuk melihat posting atau entry sebelumnya. Older post ini ada banyak bentuk mengikut citarasa blogger. Ada yang menggunakan tulisan sahaja, ada yang menggunakan anak panah dan sebagainya. Sesetengah blogger tidak memasang blog archieve kerana mereka rasa mungkin blog archieve tidak penting dan memberatkan blog. Jadi mereka akan menggunakan older post dan newest post bagi pembaca untuk melijat entry yang dibuat.

Kepentingan older post ialah pembaca dapat membaca entry yang sebelumnya. Sesetengah blogger tidak meletakkan older post dan ini akan menyusahkan pembaca kerana pembaca perlu membuat banyak kerja untuk melihat entry sebelumnya. Pembaca perlu pergi ke home, perlu menunggu satu persatu. Memang sangat merumitkan.

Ketiga-tiga ni bagi nad untuk memudahkan pembaca dan menarik pembaca untuk datang ke blog kita selain mempunyai entry yang menarik.

BILA ORANG LELAKI BUAT AIR

in , by Nadia Johari, 14:37:00
hai assalammualikum

Hari Jumaat haritu nad dengan sorang lelaki je admin dekat opis. Sorang lagi cuti sebab demam. Nasib baik ada yang sudi tolong teman..hehehe..sorang jejaka yang baik hati tetapi berbangsa Cina. Dia memang baik, walaupun mulut dia pot pet pot pet tapi apa kita suruh dia akan buat. Dia bahagian sales sebenarnya, tapi masa tu dia kesian kot tengok nad buat kerja sorang-sorang so dia tak keluar cari sales,.nama dia Charles. dia bantu nad dekat opis..hehe..yang sorang lagi tu kerja filing je, kerja keluar pergi bank macam despatch la..tu pulak shukri namanya. Kisah bila lelaki buat air

Pagi tu Charles kehausan sangat, lagi-lagi aircond betul-betul bawah dia. Charles suruh nad buat air tapi Nad memang tengah sibuk sangat. Nad tak boleh bergerak dari meja nad. Tengok betapa sibuknyer kerja nad. Pastu Charles mintak Shukri buat air



Charles: Shukri buatkan air boleh?
Shukri : eh boleh aje..nak air ape?
Charles : air apa-apa jela..

Nad pun pandang charles, senyum-senyum kitaorang berdua..hahhaa..saja nak tengok laki buat air sedap ke idak...astu shukri tanya nad nak air tak

Shukri ; Nad nak air?
Nad : nak..nak..(haha..sebenanrnyer tengah lapar gak)

Shukri bawak air tu nad biarkan dulu sebab panas..dah sejuk nad pun minum..pergh tak manis..takdok gula

Nad : ko tak letak gula ke beb?
Shukri : tak, aku memang buat takda gula, aku tak suka manis, tak bagus manis-manis..lagipun gula kan dah naik..
Nad : (dalam hati..adeh..lain plak rasanya..letak la sikit ooii..)..nak taknak minum jele..


Akibat gula dah naik..kene kurangkan gula dalam minuman..tambahkan manisan dalam senyuman..hahhaa..

TAKKAN TERPISAH

in , by Nadia Johari, 00:12:00
hai assalammualaikum

Dari dia masuk mentor, menjadi juara dan sekarang dah glamour menjadi artis nad tetap minat dia. Walaupun dia gelap dan namanyer sama dengan kulit dia, i tak kisah pun..haha..sampai anak buah nad pun suka sangat dengan dia. Sekarang dia dah jadi suami orang, tapi nad bukan minat orangnyer tapi suara dia yang rock-rock tu dengan lagu yang disampaikan memang best..siapakah artis itu?..Black ler..sape lagi. hhehe..layan lagu takkan terpisah sekejap..KAROK JOM


Lirik Lagu Takkan Terpisah - Black (OST Jodoh Itu Milik Kita)

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

Takkan terpisah..
Takkan terpisah..

Demi cintaku….
Demi cintamu….

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta…

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku

SAMA WARNA LAIN JANTINA

in , , by Nadia Johari, 12:37:00
hai assalammualaikum..

Nad ada kenal seorang blogger ni..nad kenal die masa dekat Perasmian Video Brosur di Khadijahs Kitchen..seorang yang cantik, tinggi dan pandai berposing bila di depan kamera..hhehee..Blogger retis ni, jangan main-main..hehe..nama blogger ni Kak Nur Misnan. Kalau dah kenal mestilah add kat facebook untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara blogger. Bila nad tengok gambar dia..eh ada satu yang nak berkenan...apakah dia..hehehe

Inilah yang nad nampak..kucing peliharaan Kak Nur..nampak tak..nampak tak..Kak Nur nad curi gambar jap..hehe...nama kucing ni kopi tak silap..yeke..ke nad yang salah..hahaa..nak tau kenapa nak tertarik sebab dia sama macam Molly nad..hitam, gelap dan muka penyek..hahaha...Kalau tak silap nad kucing Kak Nur ni jantan..hahhhh dah ok la tu..kucing nad pulak betina..hhahaa...Tapi Molly jual mahal..die bukan betina murahan..hahaa..kucing jantan dekat rumah nad semua nak ngorat Molly..tapi Molly tunjuk garang..tak bagi dekat..agak-agak kalau Kopi dekat Molly nak tau..auummmmm..miaauuuuwww...hahaha...yela sama spesis..sama warna pulak tu..


agak-agak korangla..kalau kucing ni bersatu..buat ehem-ehem...anaknyer hitam gak ke..hahahha...habislaaaa..sekadar hiburan..

SI MOLLY BERTUKAR PERANG

in , by Nadia Johari, 00:02:00
hai assalammualaikum

Lama tak cerita pasal dia ni..dah makin membesar dah..sejak aku tinggal dekat rumah sewa memang nad risau pasal dia..ada ke orang jaga dia..ade ke orang bagi makan kat dia..dia ni dahla hitam, gelap..suka tido kat luar..takut terlanggar kereta kang.. alhamdulillah...sekarang badan makin chubby..lain sangat dari mula-mula datang..yela makanan kat sini cukup..asal kenyang je keje dia tido..makan tido..makan tido..dah jarang main sebab takda sape layan die..kesian die..dulu die aktif sekarang dah pemalas...hohoho

kisah dia dari kecik sampai datang rumah aku sekarang dah besar


Ni la die Si Molly gebu hitam..Si Muka penyet..nampak mata je..yang lain hilang..hahhaa..hitam legam betul..yang penting comel..Benda yang paling pelik kat dia  sekarang ialah bulu dia..Ntah macam mana bulu dia dah bertukar menjadi warna lain..nak kata p buat colour takda plak nak buat..hahhaa..ke sebab die selalu berjemur kat luar terus bertukar warna..yela macam orang putih ler..berjemur nak dapatkan warna cantik..hahhaa..Molly memang suka tidur kat luar..dia akan masuk rumah time nak makan je..panggil nama dia terus datang....

Kat rumah nad, kitaorang tak bagi makan whiskies sebab kucing kampung kan..makan-makanan kampung..ahahha..dia makan nasi dengan ikan rebus..licin kau..aritu nad cuba bagi whiskies..mula-mula serasi tapi lama-lama dia muntah..so nad stopkan..sekarang kembali makan nasi dengan ikan rebus..yang penting sihat..


HERO SI KUDUNG TELAH TIADA

in , , by Nadia Johari, 10:54:00
hai assalammualaikum


Seekor kucing bernama Hero telah berjaya menambat hati ramai rakyat Malaysia. Kucing istimewa ini hanya berkaki dua setelah dianiaya kejam dan dipotong kakinya kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran. Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Korang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu. Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh..



Pagi ni nad tengok rancangan Nasi Lemak Kopi-O di TV9..tiba-tiba keluar insan berhati mulia ni bernama Hairey menangis kerana kucing kesayanganya telah pergi..Rupanya kucing tersebut adalah kucing yang kakinya dipotong kerana mencuri ikan..Bila tengok Hairey bercerita, nad pun terus tersentuh hati. Kucing itu diberi nama Hero oleh Hairey..Hairey telah menjaga kucing itu sebaik mungkin. Hero telah pergi buat selama-lamanya..Hero sangat tabah menghadapi liku-liku hidupnya..Hairey menceritakan pabila dia hendak pergi kerja dia cakap dengan Hero "abah pergi kerja, tolong doakan abah, terus Hero jilat muka Hairey"..Hero memahami kata-kata Hairey..Nad tau Hero sangat berterima kasih kepada Hairey kerana mahu mengambil dan menjaga dia..



Nad harap keluarga Hairey tabah dengan pemergian Hero..Hero tetap menjadi kenangan.. Allah akan membalas jasa Hairey kerana menjaga Hero dan menggantikan dengan Hero lain.. Nad harap tiada lagi kekejaman terhadap binatang..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi sekalian. Mesti ada diantara pembaca yang pernah dengar tentang kisah kucing kudung bernama hero yang dipotong kakinya dengan kejam suatu ketika dahulu kan? - See more at: http://fuh.my/hero-kucing-yang-kudung-dipotong-kaki-dengan-kejam-telah-mati/#sthash.wGUbbP7S.dpuf
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi sekalian. Mesti ada diantara pembaca yang pernah dengar tentang kisah kucing kudung bernama hero yang dipotong kakinya dengan kejam suatu ketika dahulu kan? - See more at: http://fuh.my/hero-kucing-yang-kudung-dipotong-kaki-dengan-kejam-telah-mati/#sthash.wGUbbP7S.dpuf
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2