hai assalammualaikum..
Budu atau ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis. Kalau sebut Kelantan je mesti tala makanan diaorang mesti ade budu..hhehe..
Kalau yang tak baisa makan memang muka korang akan berkerut sebab rasanya yang masin dan baunyer yang tak menyenangkan..memangla kalau nad pun tak lalu nak makan macam tu je. Jadi apa korang buat, korang campur ler makanan lain macam makan dengan ulam ke, makan dengan something yang sedap bila dicampur dengan budu.
Ni masa nad belajar dekat UUM..Bila dah berkawan dengan orang kelantan ni mestilah kita nak mencuba budu yang diaorang bawa. Kelainan kitaorang buat dekat budu ialah makan budu dengan durian. Korang boleh bayangkan tak..hahaa..apa rasa?..Budu dengan Durian ni kawan nad dari pahang yang ajar. Apa lagi nad pun cuba la..yang penting ade kicap..(macam jambu pulak)..Nad cubala gaul budu dengan durian, pastu cuit sikit durian tu then makan dengan nasi. Pergh memang sedap beb wa cakap lu..penah makan tempoyak..hah macam tu la rasanya. Sedap-sedap...tak terkata dah.. licin habis satu botol budu tu..hahaa..sekarang aku dah ketagih budu tapi campur dengan durian..hehehe
nak tau khasiat budu apa. baca DEKAT SINI