KAKI LIKE :PENGANTIN BARU MAIN BOM LA

in , by Nadia Johari, 23:58:00
hai assalammualaikum

Pengantin ni dah habis berhoneymoon kot..hehhee..Pengantin baru yang nad pernah cerita dekat sini. Seorang blogger dan baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada 8hb Dec 2013. Nad kenal dengan kira masa dekat event majlis berbuka puasa bersama blogger di Shah Alam. Dari situ persahabtan terjalin sampai ke hari ini. Semoga Kira dengan pasangannya bahagia sampai bila-bila. Mesti best kan kehidupan lepas berkahwin..hehe.. best-best pun tanggungjawab kene ingat erk...huhu..masak untuk suami..layan suami..walaweh..ok dah stop..hahhaha..


bom jangan tak bom.



KES BULI DI TEMPAT KEJE

in , , by Nadia Johari, 00:11:00
hai assalammualaikum

Kes Buli Di Tempat keje - “Saya selalu dibebankan dengan kerja-kerja rumit dan berat oleh pekerja lain. Walaupun ada rakan lain di pejabat lain yang mempunyai tanggungjawab sama, sayalah yang selalu dijadikan ‘mangsa’"..Pernah tak korang rasa seperti dibuli oleh rakan sekerja mahupun bos tempat kamu bekerja? Seperti dibebani dengan kerja yang bukan menjadi tanggungjawab kita. Kalau sekali, mungkin diaorang terdesak dan sangat memerlukan pertolongan kamu. Tapi kalau hampir setiap hari?..


Kes buli bukan sahaja di persekolahan malah masuk ke alam kerja pun masih ada lagi kes buli ni. Nasib ni terjadi dekat nad masa mula-mula kerja, bukan nad sahaja malah ade sorang blogger ni juga turut terkena, blogger didiey. Mungkin kita ni pekerja baru , senior sepatutnya membantu dengan memberi tunjuk ajar tetapi sebaliknya yang berlaku, mereka meninggalkan terus beban kerja yang kita belum pelajari untuk dihabiskan sendiri. Ini adalah pertama kali nad bekerja  di bahagian pejabat selepas habis belajar dan masa mula-mula masuk kerja nad pikir apa yang dilakukan senior adalah untuk mengajar, untuk nad menambah pengalaman dalam pekerjaan. Tapi korang cuba bayangkan kalau benda dekat dengan die pun kita yang jauh disuruh ambik. Benda yang boleh die lakukan tapi suruh kita buat..malampau kan.


Bila dibuli ni nad rasa kehidupan pekerjaan menjadi sangat buruk. Nad rasa kehilangan segala keyakinan diri, merasa sakit hati dan tertekan untuk melakukan sesuatu kerja. Setiap hari terasa malas untuk ke pejabat dan takut untuk menghadapi persekitaran yang tidak menyenangkan.Cuba bayangkan, syarikat kecil, pekerja bahagian pejabat hanya berapa orang je, dan semua kerja terletak dekat bahu kita..memang perit. Melakukan kesalahan adalah sifat lumrah manusia.Manusia bukan sempurna pun. Kadang-kadang baru buat kesalahan sikit, mulut dah bising pung pang pung pang. 


Sejak beberpa bulan nad bekerja ni nad berubah sedikit.. 

lebih bersikap tegas
Nad lebih bersikap tegas dengan orang tapi angan sampai kita terlibat dalam masalah. Untuk kali pertama, nad mungkin boleh bagi muka. Tetapi untuk yang seterusnya, bagi sahaja alasan nad pun banyak kerja. 

relaks dan cool
 Kedua, nad sentiasa  relaks dan cool dalam apa jua sekalipun, kalau tak cool apa lagi nangis la sepuasnya..hohoho..kalau rasa tak puas hati nad mengadu dekat jejaka mafia..hahha

endah tak endah
 Sekarang nad lebih bersikap endah tak endah je dengan senior tu  kalau senior tu minta banyak perkara yang tidak berkenaan dengan kerja. Kalau senior tu suruh mintak tolong, kalau nad ada kelapangan nad tolongla, kadang-kadang nad pikir dapat tahu semua pun bagus juga tapi jangan sampai memeningkan kepala kita sudah. 

Memang sekarang semua kerja nad kene buat, dari angkat call, kene buat delivery order, invoice untuk customer, kene jaga hati orang. Sabar jela.Walaupun syarikat nad banyak aktiviti, tapi bahagian kerja, penin-penin. Sampai banyak bintang keluar kat kepala..hohoho..Semua benda banyak pengajarannya. Nad dah belajar sesuatu dari sini. Setiap pengajaran dijadikan iktibar.

SEMUT ELAK DIABETES

in , by Nadia Johari, 18:30:00
hai assalammualaikum

Ramai masyarakat tidak berpuas hati apabila kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi gula menyebabkan kenaikan harganya sebanyak 34 sen sekilogram dan dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84. Ada juga kenyataan kenaikan harga gula adalah bagi mengurangkan penyakit diabetes. Bukan setakat manusia juga, semut pun sangat marah bila gula dinaikkan..kenapa saya bercakap begitu..benda ni terjadi di office nad..

Setiap kali nad letak minuman kosong di meja, tidak sampai beberapa minit sahaja pasti semut merah ni akan muncul dan air kosong ni akan dipenuhi mereka. Nak kata cawan ni manis takdela pulak..dah basuh gune sabun kot. Siap ada yang berenang-berenang lagi dalam tu. Semut oh semut...ko pun tak mampu erk nak beli gula..eh korang beli ke gula bukan korang selalu kebas gula orang ke..hehhehe..


PELBAGAI AKSI POSISI TIDUR

in , by Nadia Johari, 23:40:00
hai assalammualaikum

Pelbagai Aksi posisi Tidur - Tahun 2014 ku lalui seperti biasa, pergi kerja, balik kerja. Bila balik rumah je mesti nak kan sesuatu yang boleh menghilangkan tekanan dalam kepala. Balik rumah mak mesti cari anak buah. Jalan-jalan petang ambil udara yang segar sambil memikirkan hari tersebut dan hidup udara lagi. Bila masuk rumah je perkara kedua aku cari ialah kucing kesayangan aku Si Molly. Dalam rumah bukan hanya ada Molly je tapi ade Putih. Putih aku jarang cerita sebab sebelum ni dia takda apa-apa yang special tetapi sejak kebelakangan ni, Si Putih makin manja dan macam-macam ragam dia buat. Tapi paling aku suka die bila die tido..haha..Kucing kan ade macam-macam gaya tido..meh ler tengok gaya mereka..

Ni gaya macam orang..terkangkang kepala landing baik punya. sedap je die tido sampai tak perasan kita amik gambar die. Si Putih ni suka tidur kat bilik sembahyang. Tapi gamabr ni die tidur dalam bilik mak nad. Tak sempat amik gambar time die kat bilik sembahyang. Sejuk je kot dalam bilik sembahyang tu.

hah yang ni gaya spiderman. Mimpi nak terbang ke Molly oii atau nak bergimnastik...hitam je..muka ntah ke mana..hahahha...

Dua ekor ni kejenya tido kalau dah kenyang. Sebab nad ada tanya mak, mak diaorang ni dah makan ke, mak cakap dah sebab tu terbongkang macam tu..hahhaa..kucing oh kucing..tu la koje deme...sabo jela..nasib semua sayang kat hangpa berdua..duk kat kampung ni hangpa leh buat apa saje..Nasib dua ekor ni pandai berak kat luar, yela tanah banyak kat luar..bolehla depa dok korek-korek mana depa nak buang..haha..Lapar je masuk rumah mengiyau nak makan..time makan dua kali sehari..siang dan malam..makan makanan kampung je, ikan rebus atau ikan goreng digaul dengan nasi. Memang berebut ler..tengok depa tidur aku pun macam dah ngantuk je..haha..

SELAMAT TAHUN BARU

in , by Nadia Johari, 22:58:00
hai assalammaulaikum..



Orang ni lambat ucap sebab dia tak berapa nak sihat..malam tahun baru orang ni tido awal..sebab tak larat nak layan semua tu..hehhe..so 1 hab ni nad nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua. Setiap Tahun, momen tahun baru saat yang paling dinantikan oleh seluruh penduduk dunia. Berbagai perayaan meriah sudah disiapkan untuk menyambutnya  yang tentunya berlainan antara satu negara dengan negara lain. Beberapa perkara yang wajib adalah pertunjukan bunga api, dekorasi meriah dan tentunya ucapan selamat tahun baru. 

Tapi bagi nad, duduk rumah jela jawabnyer, dengan badan tak sihat..lesu je. Tahun 2014 telah tiba, umur semakin meningkat..walaweh..macam tak caya je..umur dah makin lanjut, tapi muka tetap kiut..hahaa..apakan daya, Allah dah bagi kita macam ni, syukur jela..hehe..tahun baru ni In Syaa Allah semua baik-baik je.. In Syaa Allah umur panjang tahun ni, aku bakal menjadi ehem-ehem orang..tahun ni tahun mencabar bagi aku. Jadi laluinya macam biasa sudah. Rutin harian akan bertukar..fuhh..waiting that day..semua dalam preparation. Ok la..daaa.. Kita enjoy..

hai assalammualaikum

Alhamdulilah dan syukur sangat-sangat, dapat earning daripada nuffnang.. earning daripada INTI Cycle 1 Degree Exten.. Terlewat sedikit nak update pasal CPUV ni..kerana kesibukan diri.

Inti International University and Colleges merupakan keseluruhan pembelajaran dalam cara baru yang membolehkan anda untuk mencapai lebih daripada yang diinginkan.
 
Jenis terbaik pendidikan adalah salah satu yang akan memberi kuasa kepada anda untuk hidup. Lebih daripada ijazah, ia perlu memperkayakan anda dengan kemahiran yang betul dan ciri-ciri untuk cemerlang dalam apa sahaja yang anda lakukan, di mana sahaja anda pergi. Itulah sebabnya kita telah mengambil langkah ke hadapan untuk satu pengalaman pembelajaran yang baru. Mendapat manfaat daripada pendidikan berkualiti yang termasuk pendedahan antarabangsa untuk membantu anda mengembangkan perspektif global. Proses inovatif dan kerjasama untuk membantu anda berfikir secara kritikal, menyambung dan menyelesaikan masalah. Dan pembangunan individu untuk membantu anda merealisasikan aspirasi anda dalam dunia yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut sila layari web berikut

CPUV DARIPADA NUFFNANG..

in , by Nadia Johari, 01:13:00
hai assalammualaikum

Sebelum ni nad ada cerita berkenaan keyword daripada nuffnang..dah lama tak menjenguk nuffnang sekali harini terasa nak tengok..bila buka je selepas tengok keyword p ke bahagian earning..wah macam tak sangka..betul-betul tak sangka..benda yang semua orang nak..akhirnya nad dapat jugak..bukan senang nak dapat benda ni daripada Nuffnang.. Syukur alhamdulillah, memang tak sangka nad akan dapat CPUV! Selama ni nad tunggu bila lah CPUV ni nak menyinggah di blog nad..memang susah nak dapat kan.. Yelah, traffic blog nad bukannya tinggi kebabom macam korang semua... sob..sob :'( 

Tengok orang lain punya CPUV, pergh! Bertingkek-tingkek...siap dah cashout berapa kali..heheh..Apa-apa pun, ini semua rezeki masing-masing kan, bersyukur :) Weehoo! Thank you so much Nuffnang..semua ni nad belajar dari blogger shida..dari situ nad tau apa itu nuffnang..kene hantar tiket kat nuffnang..hehe..

 Buka-buka je bukan satu CPUV..tapi lebih dari satu..alhamdulillah..berkat usaha nad dan mereka yang baik hati mengklik..thank you so much.. i apprecite it..mohon tekan lagi..heheh..

KEYWORD DARI NUFFNANG

in , by Nadia Johari, 23:17:00
hai assalammualaikum

Sambutan krismas harini macam-macam cerita ada dekat televisyen..jadi hari cuti ni nad merehatkan diri dengan melayan televisyen dari pagi sampai la ke malam..duduk rumah sebab dah lama tak berehat..cerita yang menarik ialah cerita kartun..hahaa..baru je lepas tengok Despicable Me..cerita kisah penjahat bersama banana-banananya..comel-comel semuanyer..muncul pulak 3 orang budak..yang telah mengubah hidup Gru..memang layan tadi..hehee..sekarang layan Ice Age channel 413...ooppss alamak sebenarneyr bukan nak cerita pasal cerita kartun tapi nak tunjuk keywords dari nuffnang ni..hehe..over pulak..

Nad dah lama tak jenguk nuffnang..dalam sebulan beberapa kali je..harini nad buka nuffnang..haha..mana pulak celahnyer keyword ni boleh ade kat sini..nak  tau keyword ape..


hahaha..sape la yang nak mencantikkan wajah tu.. tak payah la gune botox-botox ni..nak cantik kang jadi hodoh pulak nanti..yela kemudian hari akan ada kesan buruk kat kita juga..Bersyukur jela dengan pemberian yang Allah bagi. Biar huduh tapi hati baik..satu lagi keyword tempat mancing empangan jus..adeh..macam-macam ada..gelak pulak..hehee..tersenyum sekejap tengok..hehe..layankan jela..

oo ade berita gembira..apa die..tunggu entry seterusnya..

KAKI LIKE :SERANGAN DARIPADA ZAZA

in , by Nadia Johari, 00:54:00
hai assalammualaiikum

Sejak akhir-akhir ni badan cepat letih je bila habis kerja. Memang tak dinafikan kerja semakin hari semakin memenatkan dengan bermacam situasi yang dihadapi. Nak taknak kene laluinya juga sebab inilah dinamakan kehdupan. Setiap cabaran menjadikan kita lebih matang dan menjadikan kita lebih sabar..err sabar ke..hahhaha..malam ni on je facebookk terus like status orang..nak komen dah tak larat..kita jadi stalker jele..tiba-tiba


tengok ni..tengok ni..punyer la cek nengok notification banyak..rupe-rupenyer gara si Zaza yang comel ni..sempatla capture time die like..hahhaha..nad pun terkena serangan like die..hehe..ni dinamakan serangan sebelum nak tidur..hahhaha..ok mata rasa dah berat je..sok nad blogwalking dan nak update entry..rindu haishh..

REVIEW APLIKASI ANDROID DENAIHATI TERBARU

in , by Nadia Johari, 15:17:00
hai assalammualaikum

Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru - Harini curi-curi on9 blog dekat ofis. Kalau dah kat ofis memang tak sempat nak on9. Sibuk memanjang. Kat rumah sewa pulak tak dapat on9 sebab line memang zero. Bila dah dapat on9 ni ape lagi mesti nak join Tuan Denaihati punyer review . Di harap masih berpeluang untuk membuat entry review yang dianjurkan oleh Tuan Denaihati atas kejayaannya dalam Blogrr Awards kategori Best Personal Blog yang diadakan di Mines. Blog Denaihati Network telah mengalahkan empat blog lain iaitu blog brofamestone, cikepal, ben ashaari dan irene nadia. Event ini merupakan event yang mengumpulkan ramai blogger dan pemberian awards kepada blogger-blogger terhebat. Masa ni nad nak pergi tapi disebakan masalah jem yang panjang nad pun tak jadi pergi.

Blog Denaihati bukan sahaja di facebook malah telah dimuat turunkan di aplikasi terbarunya di Playstore di mana semua pengguna android boleh melihat blog tersebut di mana-mana sahaja dengan hanya dihujung jari sahaja. Pada mulanya nad tak dapat install aplikasi ini disebabkan storage telefon dah penuh, jadi nad buang mana yang tak patut dan alhamdulillah akhirnya dapat install jugak. Cara nak memuat turun senang je..

CARA-CARA INSTALL:
1) Pergi sekarang ambil telefon mudah alih anda (Android/Smartphone )
2) Klik pada playstore
3) Klik pada butang search kemudian taip “Denaihati Network
4) Klik dan Install
5) Tunggu sehingga habis install
 Sekarang dah boleh tengok..yeaahh
 
Bila Install je terpapar muka depan ni. Warna hijau yang cantik dan lembut je bila dipandang.  Hijau biasanya dikaitkan dengan alam. Hijau adalah satu warna yang menenangkan dan melambangkan pertumbuhan, kesegaran dan harapan serta mudah di mata secara visual. Hijau juga melambangkan pembaharuan, ketenangan, tenteram, kesuburan, cemburu, tumbesaran dan renungan. Simbol yang direka sangat menarik walaupun simple. Yang simple itulah yang cantik.
Dalam apliksai ini meragkumi tujuh item yang memudahkan anda untuk melihat blog Denaihati. Sangat mudah dan berkesan untuk pembaca mengetahui perkembangan berkenaan blog Denaihati ini. Mari kita lihat tujuh item ini.

Paparan pertama ialah blog. Setiap entry yang dibuat di blog Denaihati sudah tersedia. Kemas dan cantik juga mudah bagi pembaca untuk terjah. Kita hanya perlu mengscrolkan dengan memilih entry yang mana kita mahu membaca. Ringan dan laju.


 
Item kedua ialah facebook. Faceook ini memaparkan fanpage blog Denaihati.Dari sini pembaca boleh mengetahui apa yang diupdate dengan cepat. Tak perlu lagi tengok dekat wall kita yang bercampur dengan facebook orang lain. Hebat kan. Setiap contest atau aktiviti yang dianjurkan oleh Tuan Denaihati pasti akan diketahui.
 Wow sangat menakjubkan bila melihat halaman youtube ini. Loading tidak lambat dan laju melainkan internet sememangnyer lembap..hehe. Halaman youtube ini memaparkan pelajar Akademi Denaihati yang berkongsi ilmu blogging terutama sekali berkenaan wordpres. Nad memang nak sangat bertukar wordpress tapi belum ade rezeki lagi. In Shaa Allah suatu hari nanti akan bertukar bila semuanyer dah stabil.

Seperti yang kita tahu Denaihati ada membuka kelas wordpress untuk mereka yang kurang mahir lagi. Apabila pembaca melihat youtube ini, ia dapat menarik minat dan keyakinan pembaca untuk menjadikan blogging satu tempat menjana pendapatan kerana apa yang kita lihat diyoutube kebanyakan pelajar yang menghadiri kelas Denaihati berpuas hati dengan apa yang diajar.

 

Selain daripada itu, twitter juga dimuatturunkan bagi memudahkan pembaca yang rajin melayan twitter. Macam nad memang tak layan twitter dan takde akaun twitter pun..hehe..tapi dari aplikasi ni nad boleh nampak juga twitter yang diupdate oleh Denaihati. 

 
Terdapat juga Instagram yag membolehkan pembaca untuk melihat pelbagai gambar yang menarik yang telah Denaihati upload. Cepat dan tidak lambat.

 
Bagi pembaca yang ingin mengetahui banyak maklumat berkenaan worpress, blog atau apa sahaja, anda boleh hubungi mereka seperti yang tertera di atas. Senang kan. 
 
Bagi yang ingin mengetahui lokasi Denaihati Network, lihat sahaja di find. Mudah bukan ? Jadi apa tunggu lagi ? Jom lah kita ramai ramai install aplikasi mudah ini 
!DOWNLOAD SEKARANG..JANGAN TUNGGU LAGI.




© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2