hai assalammualaikum
Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T).
Apabila ditanya siapakah yang disifatkan sebagai tokoh agung yang berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia. Sesetengah bagi kita memilih
golongan pemimpin politik atau ketua negara, atau mungkin seorang
saintis dan mungkin juga sasterawan malah artis sebagai tokoh yang layak
diberikan gelaran sedemikian.Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T.
Kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa.
Jiwa-jiwa mereka telah disatukan. Kelahiran Rasulullah di bumi Mekah adalah
satu nikmat dan rahmat Allah s.w.t. dalam menyucikan Kaabah daripada
amalan penyembahan berhala. Kaabah yang terletak di tengah-tengah garis bumi
seolah-olah seperti sebatang lilin yang diletakkan di tengah-tengah
bilik dan cahayanya menerangi segenap penjuru bilik tersebut.
Perpaduan
begitulah diibaratkan kepada Rasulullah S.A.W, baginda adalah cahaya kebenaran yang menerangi segenap penjuru alam ini dengan kebenaran Islam melalui bimbingan Al-Quran dan sunnah dan meletakkan Kaabah kembali sebagai titik perpaduan umat untuk menyembah Allah yang satu.
Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah
memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim
dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing
kehidupan manusia.