LINDA ONN DAN SUAMI

in , by Nadia Johari, 00:17:00
hai assalammualaikum



acara penyatuan Linda dan suami telah dibuat secara tertutup, penyampai Surai FM itu baru-baru ini telah berkongsi potret hari bahagianya buat tatapan umum. memperlihatkan detik-detik penting dan bahagia Linda Onn saat sebelum dan selepas bergelar pasangan hidup buat jejaka serupa seperti wajah produser dan pelakon hebat, Hans Isaac tersebut yang dikatakan kerabat raja dari negeri di selatan. Linda Onn, 36, yang telah menjadi isteri yang sah kepada, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34

 Linda telah selamat bernikah selepas waktu Asar, 27 Disember lalu di kediaman mewah Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan ini diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media melainkan media yang rapat dengannya serta sanak-saudara. Pihak media yang hadir juga tidak dibenarkan merakam sebarang visual berbentuk foto mahupun video.

Linda atau nama sebenar Rozlindah Onn, 36, yang hanya diwakili ahli keluarga juga pengarah filem, Razif Rashid berkata, penyampai Suria FM itu tidak bersedia berkongsi butiran majlis kerana sibuk melayan sanak-saudara. Usahawan berjaya yang terkenal dengan Nasi Ayam itu dikatakan mahu berlaku adil kepada semua tentang foto hari bahagianya itu.

Tahniah kepada Linda Onn. Semoga bahagia sehingga ke jannah.

KAKI LIKE: MARK SUKA DENGAN BLOGGER NI

in , by Nadia Johari, 22:48:00
hai assalammualaikum

 

Huntungla kalau Mark suka dia, sampai bile-bile dia boleh like facebook tanpa berhenti..hahaa..huntung-huntung dapat kawin dengan Mark..hahhaa..cikgu ni..p study sana..nanti nak ngajar anak murid main like-like jugak erk..ahaha..nad akan balas balik selepas kembali stabil..hahaha..




TENGOK, PEGANG DAN SEDUT

in , by Nadia Johari, 13:43:00
hai assalammualaikum

Tengok, Pegang Sedut - Dah lama nad ngidam, dah lama juga tak dapat. Setelah memujuk orang tersayang akhirnya dapat jugak. Sedap, nikmat dan ermmm..hahaha.Benda yang dingidam dah dapat, kegembiraan terasa. Korang taukan macam mana benda yang kita nak tapi tak dapat-dapat dan akhirnya dapat..Tajuk entry panas kali ni, panas sepanas-panasnyer..poyo je kan..apa korang pikir hah..jangan macam-macam, blog eden suci dalam debu tau. Tiada unsur-unsur porno di dalam ini. Habis kene ban nanti kan. Ni cerita bukan cerita suami isteri, bukan cerita dalam bilik..hahaa.. ini cerita pasal makanan. Bukan aku je tapi si bulat turut mengacau makanan aku itu..Makanan ape ye..ermm

Mula-mula die tengok dari jauh, bercengkerang je makanan ni..dalam hati dia. Sedap ke tidak. Si bulat ni memang kuat makan. Semua jenis makanan die melantak


Lepastu die pegang. Dia rasa keras.


Last sekali die sedutla..haha..bukan sedut pun..dia hisap-hisap. hahhaa..Lepastu die suh makciknya (nadla) sedutkan untuk dia..sebab benda tu tak keluar..Makciknyer taknak buat die ngamuk..hahaa..layankan jele..
hai assalammualaikum



Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T).

Apabila ditanya siapakah yang disifatkan sebagai tokoh agung yang berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia. Sesetengah bagi kita memilih golongan pemimpin politik atau ketua negara, atau mungkin seorang saintis dan mungkin juga sasterawan malah artis sebagai tokoh yang layak diberikan gelaran sedemikian.Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T.


Kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa. 

Jiwa-jiwa mereka telah disatukan. Kelahiran Rasulullah di bumi Mekah adalah satu nikmat dan rahmat Allah s.w.t. dalam menyucikan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala. Kaabah yang terletak di tengah-tengah garis bumi seolah-olah seperti sebatang lilin yang diletakkan di tengah-tengah bilik dan cahayanya menerangi segenap penjuru bilik tersebut. 

Perpaduan begitulah diibaratkan kepada Rasulullah S.A.W, baginda adalah cahaya kebenaran yang menerangi segenap penjuru alam ini dengan kebenaran Islam melalui bimbingan Al-Quran dan sunnah dan meletakkan Kaabah kembali sebagai titik perpaduan umat untuk menyembah Allah yang satu.

Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia.
Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)


Syarat Wajib
(a) Follow Blog


(b) Like Fanpage

(c) Like Gambar --> LIKE
(d) Follow Instagram --> @emasputih90 *kalau ada*

done..jom join semua..

TIPS ELAK BERBELANJA LEBIH

in , , by Nadia Johari, 19:55:00
hai assalammualaikum

Tips Elak Berbelanja Lebih - Semalam nad ade buat entry berkenan kenapa suka berbelanja. Sekarang nad nak bagi tips untuk mengelakkan berbelanja lebih. Ini yang nad selalu buat untuk mengelakkan perbelanjaan yang melampau. Namun tahukah anda cara yang bijak ketika berbelanja agar tidak 'terbabas' setiap bulan?

SEBAB-SEBAB KENAPA SUKA BERBELANJA

in , , by Nadia Johari, 20:18:00
hai assalammualaikum

Sebab-Sebab Kenapa Suka Berbelanja - Bila pergi shopping complex, nampak benda cantik dan murah nad mesti beli. Macam manala duit tak terbang cepat kan. Itulah perempuan, tapi sekarang kene control, kalau tak lari badget. Bershopping, berbelanja merupakan satu aktiviti yang paling digemari oleh semua terutama sekali wanita. Wanita dan shopping memang tidak boleh dipisahkan disebabkan mata wanita pantang bila ternampak benda yang cantik. Lelaki pun tidak terkecuali bagi yang memengtingkan keterampilan yang menarik. Sampai satu tahap mereka akan menjadi shopaholic. Apa itu shopaholic?. Shopaholic adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan individu yang menganggap diri mereka sebagai ketagih membeli-belah. Senang cerita gilakan shoping.




Apakah sebab-sebab shopaholic ini terjadi?

Kepuasan
Wanita  rela menghabiskan wang dalam jumlah yang banyak hanya demi memuaskan diri sendiri dengan barang-barang belanjaan yang dibelinya. Sesetengah wanita akan berasa puas apabila dapat memiliki seseuatu benda yang orang lain tiada. Hal ini kerana apabila mereka mengetahui bahawa terdapat satu brand yang terbaru dan kepuasan untuk berbelanja semkin meningkat.

Keinginan dan kehendak
Keinginan dan kehendak seseorang wanita sangat tinggi. Bagi wanita keperluan yang mereka inginkan perlulah sempurna seperti bahan alat mekap, bahan mandi, pakaian dan sebagainya. Sekiranya tidak lengkap, menyebabkan sesuatu benda yang dilakukan seperti tidak sempurna.

Hilangkan stress
Wanita berbelanja disebabkan ingin menghilangkan stress yang terjadi dalam diri mereka. Bila mereka bershopping, mereka akan lupa akan tekanan yang ada dalam diri kerana dengan bershopping mereka hanya fokus benda yang mereka akan beli dan pilih. Dengan bershopping, wanita akan lebih gembira dan enjoy dengan suasana complex yang bermacam-macam kedai dan ragam orang.

Mereka Menikmatinya
Ketika kaum wanita memiliki wang dan waktu yang lebih, dapat dipastikan mereka akan pergi ke salah satu shopping complex dan berbelanja barang-barang yang dinginkan. Mereka menikmatinya tanpa alasan dan  seolah-olah mereka jatuh cinta dengan kebiasaan berbelanja tersebut. Semasa bershopping mereka akan menikmati setiap saat sambil meneliti barang tersebut dengan betul. lagi-lagi tang harga juga..hehe

Salah satu cerita yang nad tengok berkenaan shopaholic..Cerita yang mengisahkan wanita ini suka bershopping. Nad suka tengok cerita ni sebab endingnyer die rela melepaskan semua barang yang dibeli dan bertemu jejaka kacak..wuuu..



Rebecca Bloomwood (Isla Fisher ) adalah penagih membeli-belah yang tinggal dengan kawan yang terbaik Suze ( Krysten Ritter ). Dia bekerja sebagai seorang wartawan untuk majalah berkebun tetapi impian menyertai majalah fesyen Alette . Dalam perjalanan ke temu bual dengan Alette , dia membeli selendang hijau. Pada Petang itu dia dan rakan serumah mabuk dan menulis surat kepada Alette tetapi surat itu telah tertukar alamat. Surat itu dihantar kepada company " Successful Saving ". Dia diterima bekerja dan ini memberikan beliau idea untuk ruangan , yang dia menulis di bawah nama " Gadis dalam Scarf Hijau" . Rebecca telah menghadiri mesyuarat orang-orang yang shopaholic juga. Rebecca telah berhutang banyak duit dan ahli-ahli shopaholic membantu Rebecca menjual pakaian-pakaianya untuk melangsaikan huntangnya. Apa yangterjadi seterusnya. Saksikanlah sendiri..hehe



 
hai assalammualaikum

Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah program realiti terbitan Astro yang menggabungkan hampir kesemua pelawak veteran dan pelawak baru dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh serta menjadikan rancangan ini sebagai platform untuk memperkembangkan jenaka mereka ke tahap yang lebih tinggi dan Dato' AC Mizal kekal sebagai pengacara. Mereka akan diadili oleh 4 orang juri tetap yang akan memberikan kritikan serta pandangan positif terhadap peserta Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini. 

Antara juri yang di undang adalah pelakon cantik Nora Danish, penyanyi rap Singapura iaitu Sheikh Haikel, Pengarah Filem terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam dan pelakon serta pengacara terkenal Indonesia iaitu Luna Maya. Penampilan empat orang juri ini pasti akan menghangatkan lagi Maharaja Lawak Mega 2013 di mana setiap antara mereka mempunyai peranan berbeza dari segi bidang seni, namun ia tetap aliran yang sama dan ia mampu meningkatkan lagi mutu persembahan dengan peserta dapat menerima kritikan mahupun pendapat bernas dari Juri. Kesemua juri Maharaja Lawak Mega 2013  juga mempunyai pilihan untuk memilih siapakah yang layak bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2013 selain daripada hasil undian SMS.

 Luna Maya iaitu Pelakon dan pengacara terkenal Indonesia. Beliau yang sudah berpengalaman di dalam bidang seni ini pasti akan mencari pemenang yang layak untuk bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013.  Antara banyak-banyak juri, Luna Maya merupakan juri yang paling sporting disebabkan die sentiasa membuat reaksi yang melucukan dan melayan sahaja apa yang peserta lakukan seperti sewaktu tema klasik part nabil dan banyak lagi la.

Gayanya yang menghiburkan, percakapan nyer dalam bahasa Indonesia yang kadangkala tak paham apa yang cuba disampaikan, dan bersifat terbuka tanpa segan silu untuk membuat aksi. Ape yang best tentang Luna ialah dia jujur dalam memberi pendapat dan pandangan serta bintang yang diberikan kepada peserta. Yela bila nad tengok Luna ni, kalau dia tak suka dia akan bagi sikit bintang, bila dia suka dan peserta memang betul-betul buat lawak dia bagi banyak bintang. Takdela macam juri lain, ade yang kesian bagi empat bintang, ada yang tak best tapi dikata best pastu kesian bagi empat bintang. Kalau nak jadi juri kene la jujur, supaya peserta lebih bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan bagi menarik penonton untuk ketawa.


*** peliknyer kan, time sapa terkeluar sebenanrnyer tengok undian atau macam mana erk..contoh macam malam ni, undian wala tempat ke empat, yang akhir ialah comey, tapi kenapa malam ni wala terkeluar erk..macam mana diaorang terpilih sape terkeluar..pelik..pelik.. ***

hai assalammualaikum



30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM | Wajib Baca !!! | Kalau anak tanya, orang pertama cipta telefon? Kita akan boleh jawab Alexander Graham Bell.. Org pertama tulis bismillah ?????? Anak kalau tanya susah nak jawab.. So simpan nota perkongsian dari ni..

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

SEBUTAN YANG BAIK

in , by Nadia Johari, 17:31:00
hai assalammualaikum

Selalu sahaja kita menyebut sesuatu yang dianggap sebutan moden pada masa kini, namun jangan anda lupa bahawa dengan sebutan pun kita boleh mendapat pahala. Apa kata kita menukar sesuatu sebutan itu dengan lebih baik dan lebih lembut. Renung-renungkan dan selamat beramal.

cc : liyana hamid

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2