TAHUN BARU MUSIM DEMAM

in , by Nadia Johari, 18:21:00
hai assalammualaikum..

Tahun baru ni, dunia baru, semua baru..eh yeke..hahhaa..takdela..sama je...cuma lagi beberapa bulan je bakal menempuh dunia baru..keje pulak semakin menimbun..alhamdulillah dah jumpa pengganti tempat kerja ku nanti. Baca kat facebook, semua tengah demam, yela cuaca sejuk yang disebabkan angin taufan di cina, dan cuaca panas berselang seli menyebabkan ramai tak sihat. Macam tu jugak nad. Baru kene jumaat petang tu, tapi gigihkan juga pergi ke event di ofis. Balik dari event demam terus melarat. Tido siap pakai baju sejuk dan stokin.



Hari sabtu ku habiskan masa dengan tido. Badan sangat tak larat. Yela orang dah lama tak demam tiba-tiba demam, macam mana korang rasa. Nad tak on9, tak tengok tv, rasa malas nak semua tu. Tido dari pagi sampai ke petang..oh my teruknya ko nad..hehhe..Petang tu mak kejutkan ajak p klinik. Laratkan diri bangun untuk ke klinik...malam tu siap pakai cool fever..ala yang dekat iklan letak dekat dahi tu, tapi untuk org dewasa punyer.. Alhamdulillah sekarang semakin kurang. Lagi empat hari nak cuti raya cina...ada plan tak..hehe..

KENAPA SAYA BERBLOG?

in , , , by Nadia Johari, 17:56:00
hai assalammualaikum

Kenapa Saya Berblog? - Kebanyakan kita akan mempunyai satu diari untuk kita menceritakan pengalaman manis dan pahit dalam diri kita. Kalau dulu diari yang ditulis adalah dalam bentuk buku. Nad masih teringatkan lagi, kalau nad ada benda yang tak puas hati, nad akan tulis dekat buku. Luahkan semua dalam buku tu. Sejak munculnya teknologi yang canggih ni, diari boleh ditulis dalam bentuk blog sama ada ingin dikongsikan bersama orang lain atau privasi. 

Ape itu blog? Blog ialah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan dikemaskini setiap hari atau mengikut blogger tersebut. Apa itu blogger? Blogger ialah orang yang menulis blog tersebut. Blog telah mendapat sambutan oleh semua orang dan tanpa kita sedar kebanyakan orang disekeliling kita adalah blogger. 

Cepat masa berlalu, sudah 3 tahun nad menjadi seorang blogger. Permulaan menjadi blogger adalah disebabkan nad suka menulis status di facebook setiap hari sebab nak menceritakan semua benda yang terjadi, namun ade insan yang bernama En Kerex menyuruh nad membuat blog. Permulaa menjadi blogger memang zero pasal blog, then mula berjinak dalam blogging dan join contest. Entry pertama nad dalam blog MAK AYAH SYG MEREKA



Kenapa nad berblog?

Kongsi cerita
Punca nad berblog sebab suka bercerita tentang kehidupan, apa yang nad nampak, nad buat dan nad dengar. Nad tak tetapkan niche dalam blog. Kehidupan nad, nad akan kongsikan kepada semua. Memang bagus kalau letakkan niche dalam blog, tapi bagi nad, blog adalah diari tentang kehidupan nad. Tentang perkara manis dan pahit, tentang keluarga, tentang kawan dan masa depan nanti..hoho..masa depan ape ye..masa depan menjadi isteri dan ibu maybe..hahaha

Meluahkan perasaan
Masalah yang berlaku dalam diri pasti akan membuatkan diri kita tekanan kan. Sesetengah orang malu nak bercerita dan meluahkan perasaan kepada seseorang. Jadi dengan adanya blog, nad rasa lega bila dapat menaip apa yang kita rasa. Kita dapat dengar pendapat orang lain, dan rasa lega bila ada yang bagi nasihat dan pandangan. Walaupun kadang-kadang entry kita meluahkan perasaan itu masih tersirat maksudnya tak cakap yang bukan-bukan la dalam blog sampai mengaibkan orang lain.

Kenangan takkan hilang
Mungkin kita boleh ingat perkara harini dan semalam, namun perkara sebulan atau setahun lalu macama mana? Dengan adanya blog nad boleh menceritakan setiap perkara yang berlaku dalam diri. Kadang-kadang nad sendiri baca kenangan yang menarik apa yang berlaku tahun lepas. Ada juga kenagan tak menarik tapi rasa nak simpan (draft)..hahhaa..bila baca balik rasa macam tak percaya nad dah tulis cerita sebanyak ni..hahaa..

Minat
Menulis blog atau diari memang satu benda yang nad minat. Minat untuk menaip satu cerita untuk dikongsi kepada semua. Cerita yang disampaikan dalam blog nad adalah cerita yang simple dengan ayat yang sempoi. Blog memberi ruang nafas yang baru kepada nad untuk lebih berusaha dalam penulisan.

Kongsi Ilmu
Mungkin blog nad takde best mana pun, hanya kisah kehidupan nad, tapi ilmu yang kita dapat kita akan kongsikan kepada pembaca. Itu bestnyer berblog, ada benda yang kita tak tau tapi kita dapat ilmu daripada orang lain.

Mencari kenalan baru
Bertambahla kenalan nad dalam dunia maya ni..hehe..  Jadi blogger boleh tambah kawan. Followers2 dekat blog kita kebanyakannya strangers kan. Macam nad ni, pemalu + tak ramah sangat orangnya, rasa segan lak nak ramah mesra serata alam. Bukan daku tidak sudi menghulurkan salam perkenalan, tetapi diriku ini pemalu actually. Hehe..selain dekat blog kita juga boleh tambah kenalan dekat facebook..sekarang semua pakai facebook..dari situ boleh jadi rapat..alhamdulilllah..nad dah temui kawan yang boleh memahami nad..thanks blogger tu..hehe..dan terima kasih kepada bloggers yang sudi nak berkenal-kenalan dengan nad..

Pendapatan sampingan
Selain itu nad membuat blog sebab ingin mendapatkan pendapatan sampingan. Sekarang ni nad hanya menggunakan nuffnang. Selain daripada itu nad belum cuba lagi..hehe..yela blog tak femes mana, mana ada lagi nak dapat duit dari iklan-iklan ni semua.hehe..



ok..daaaa..





LAGU LEBIH INDAH - SITI NURHALIZA

in , by Nadia Johari, 00:36:00
hai assalammualaikum

 Siapa layan Maharajalawak Mega 2014 ni. Kalau korang ingat time tema tv show. Semua peserta perlu membuat aksi seperti di dalam tv. Dan satu kumpulan ni yang wujud dari program realiti bintang mencari bintang iiatu kumpulan bocey telah menarik perhatian nad dengan lawak dia yang best. Masa tema tv show diaorang ade buat seperti Macam-macam Aznil, dan masa ni lah si acey telah menyanyikan lagu Siti Nurhaliza tapi telah diubahsuai sedikit..hehhe.. Siapa tak kenal dengan Siti Nurhaliza..cantik menawan ko memang debom..suara lunak dari dulu sampai sekarang. Memang boleh dicakap diva la...moh ler layan lagu ni.



Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi

Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama 
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi

Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan 
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana 

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi

Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya 

BOLEH MATI MAKAN MEE SEGERA

in , by Nadia Johari, 22:52:00
hai assalammualaikum

Boleh Mati Makan Mee Segera - Masa waktu study dulu, malas nak pegi cafe atau waktu malam dah terlalu lapar, pilihan utama bagi pelajar ialah mee segera. Ia merupakan makanan wajib yang perlu ada dalam bilik. Ialah mana taknya makanan mee segera merupakan makanan yang senang di masaka dan cepat untuk disediakan. Sekarang kalau tinggal rumah bujang pun mee segera mesti wajib ada di dalam rumah. Orang cakap jimat dari segi kewangan.



Tetapi, terdapat pelbagai desas-desus yang mengatakan mi segera boleh menyebabkan kita mati akibat kanser dan juga mati dalam tidur akibat masalah penghadaman (bangungot dalam bahasa Filipina). Mee segera dikatakan terdapat selaput lilin yang bleh menyebabkan kematian. Selaput yang timbul selepas direndam dengan air mendidih merupakan kanji.

Selain itu, jika selaput lilin wujud dalam mi segera, ia tidak akan mengakibatkan kematian. Kenapa? Setelah makanan memasuki perut manusia, ia akan dicerna dan serta dihadam oleh perut kita. Masalah kesihatan mungkin timbul akibat kandungan selaput lilin yang banyak jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan. Namun begitu, mi segera masih mengandungi MSG (Monosodium glutamate) yang tidak elok untuk kesihatan. Oleh itu, jangan pula makan mi segera tiap-tiap hari. Makan sekali sekala ok..hehe

LINDA ONN DAN SUAMI

in , by Nadia Johari, 00:17:00
hai assalammualaikum



acara penyatuan Linda dan suami telah dibuat secara tertutup, penyampai Surai FM itu baru-baru ini telah berkongsi potret hari bahagianya buat tatapan umum. memperlihatkan detik-detik penting dan bahagia Linda Onn saat sebelum dan selepas bergelar pasangan hidup buat jejaka serupa seperti wajah produser dan pelakon hebat, Hans Isaac tersebut yang dikatakan kerabat raja dari negeri di selatan. Linda Onn, 36, yang telah menjadi isteri yang sah kepada, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34

 Linda telah selamat bernikah selepas waktu Asar, 27 Disember lalu di kediaman mewah Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan ini diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media melainkan media yang rapat dengannya serta sanak-saudara. Pihak media yang hadir juga tidak dibenarkan merakam sebarang visual berbentuk foto mahupun video.

Linda atau nama sebenar Rozlindah Onn, 36, yang hanya diwakili ahli keluarga juga pengarah filem, Razif Rashid berkata, penyampai Suria FM itu tidak bersedia berkongsi butiran majlis kerana sibuk melayan sanak-saudara. Usahawan berjaya yang terkenal dengan Nasi Ayam itu dikatakan mahu berlaku adil kepada semua tentang foto hari bahagianya itu.

Tahniah kepada Linda Onn. Semoga bahagia sehingga ke jannah.

KAKI LIKE: MARK SUKA DENGAN BLOGGER NI

in , by Nadia Johari, 22:48:00
hai assalammualaikum

 

Huntungla kalau Mark suka dia, sampai bile-bile dia boleh like facebook tanpa berhenti..hahaa..huntung-huntung dapat kawin dengan Mark..hahhaa..cikgu ni..p study sana..nanti nak ngajar anak murid main like-like jugak erk..ahaha..nad akan balas balik selepas kembali stabil..hahaha..




TENGOK, PEGANG DAN SEDUT

in , by Nadia Johari, 13:43:00
hai assalammualaikum

Tengok, Pegang Sedut - Dah lama nad ngidam, dah lama juga tak dapat. Setelah memujuk orang tersayang akhirnya dapat jugak. Sedap, nikmat dan ermmm..hahaha.Benda yang dingidam dah dapat, kegembiraan terasa. Korang taukan macam mana benda yang kita nak tapi tak dapat-dapat dan akhirnya dapat..Tajuk entry panas kali ni, panas sepanas-panasnyer..poyo je kan..apa korang pikir hah..jangan macam-macam, blog eden suci dalam debu tau. Tiada unsur-unsur porno di dalam ini. Habis kene ban nanti kan. Ni cerita bukan cerita suami isteri, bukan cerita dalam bilik..hahaa.. ini cerita pasal makanan. Bukan aku je tapi si bulat turut mengacau makanan aku itu..Makanan ape ye..ermm

Mula-mula die tengok dari jauh, bercengkerang je makanan ni..dalam hati dia. Sedap ke tidak. Si bulat ni memang kuat makan. Semua jenis makanan die melantak


Lepastu die pegang. Dia rasa keras.


Last sekali die sedutla..haha..bukan sedut pun..dia hisap-hisap. hahhaa..Lepastu die suh makciknya (nadla) sedutkan untuk dia..sebab benda tu tak keluar..Makciknyer taknak buat die ngamuk..hahaa..layankan jele..
hai assalammualaikum



Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T).

Apabila ditanya siapakah yang disifatkan sebagai tokoh agung yang berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia. Sesetengah bagi kita memilih golongan pemimpin politik atau ketua negara, atau mungkin seorang saintis dan mungkin juga sasterawan malah artis sebagai tokoh yang layak diberikan gelaran sedemikian.Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T.


Kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa. 

Jiwa-jiwa mereka telah disatukan. Kelahiran Rasulullah di bumi Mekah adalah satu nikmat dan rahmat Allah s.w.t. dalam menyucikan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala. Kaabah yang terletak di tengah-tengah garis bumi seolah-olah seperti sebatang lilin yang diletakkan di tengah-tengah bilik dan cahayanya menerangi segenap penjuru bilik tersebut. 

Perpaduan begitulah diibaratkan kepada Rasulullah S.A.W, baginda adalah cahaya kebenaran yang menerangi segenap penjuru alam ini dengan kebenaran Islam melalui bimbingan Al-Quran dan sunnah dan meletakkan Kaabah kembali sebagai titik perpaduan umat untuk menyembah Allah yang satu.

Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia.
Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)


Syarat Wajib
(a) Follow Blog


(b) Like Fanpage

(c) Like Gambar --> LIKE
(d) Follow Instagram --> @emasputih90 *kalau ada*

done..jom join semua..

TIPS ELAK BERBELANJA LEBIH

in , , by Nadia Johari, 19:55:00
hai assalammualaikum

Tips Elak Berbelanja Lebih - Semalam nad ade buat entry berkenan kenapa suka berbelanja. Sekarang nad nak bagi tips untuk mengelakkan berbelanja lebih. Ini yang nad selalu buat untuk mengelakkan perbelanjaan yang melampau. Namun tahukah anda cara yang bijak ketika berbelanja agar tidak 'terbabas' setiap bulan?
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2