JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 SEPAHTU

in , by Nadia Johari, 01:41:00
hai assalammualaikum

Pada hari Jumaat, telah berlangsungnya Maharaja Lawak Mega 2013 Akhir di Stadium Malawati Shah Alam. Persaingan sengit lima peserta yang masuk ke peringkat akhir iaitu Bocey, Shiro, Jambu, Sepahtu dan Nabil telah berentap untuk merebut gelaran Juara. Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2013 itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal & Nora Danish. Pembukaan MaharajaLawak Mega 2013 telah dipersembahkan dengan tarian zombi dan robot serta artis Altimet, Sanaone dan Joe Flizzow menyanyikan lagu havoc.

5 peserta keluar daripada pintu yang dikhaskan. Part lawak time bocey, si Abam tak boleh turun sebab tinggi sangat. SRahim Sepahtu pulak dah jatuh terduduk..adoii..hehehe. Persembahan malam ni bertemakan bebas dan muzikal. Malam ni semua peserta telah buat yang terbaik, namu yang nampak terbaik bagi nad ialah Bocey dan Jambu. Namun undian semua di tangan orang awam. Apa-apa pun semua peserta bukan pulang tangan kosong. Semua dapat duit dan trofi. Pada malam itu Sepahtu telah dinobatkan sebagai juara. Memang sudah jangka bahawa Sepahtu akan menang. Walaupun dalam hati Bocey yang terbaik..huhu

Senarai pemenang


Sepahtu yang dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin, Shahmira Muhamad dan Rahim Mat Ali dinobatkan sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 menewaskan empat peserta lain. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi.


 Manakala, tempat kedua dimenangi kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Azmi dan Mohamad Hanffi Razak yang memenangi hadiah RM250,000 beserta trofi.


Tempat ketiga dimenangi Bocey (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, Mohd Nasir Hamzah dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) yang menerima hadiah RM150,000 serta trofi.


Tempat keempat dan kelima dimenangi kumpulan Jambu (Zamatul Amri Zakaria dan Yussry Edoo) dan membawa pulang RM50,000 


Ahmad Nabil Ahmad meraih  RM15,000 berserta trofi.

5 PESERTA AKHIR MAHARAJALAWAK MEGA 2013

in , by Nadia Johari, 16:47:00
Hai assalammualaikum..


Maharaja Lawak Mega 2013 - Setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam nad akan duduk depan televisyen sebab nak menonton MLM 2013 di siaran astro warna 132. Pada mulanyer nad teruja nak tengok sepahtu, shiro dan jambu. Selepas beberapa minggu, nad lebih suka tengok bocey dan jambu...hehhee..Lawak yang dibuat jambu memang merapu bak kata Yusof Haslam tapi membuatkan kita gelak. Bocey pula nad suka disebabkan diaorang memang kelakar la..lagi-lagi salah seorang kumpulan mereka pandai cakap jawa.hahhaa.. Pada malam ini Maharaja Lawak Mega 2013 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pelawak-pelawak di mana setiap peserta mempunyai kelebihan tersendiri. 

Gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) yang akan berlangsung pada malam ini bakal menyaksikan pertandingan lima kumpulan apabila kesemua peserta yang beraksi di peringkat separuh akhir MLM2013 yang berlangsung dari Stadium Bandaraya Johor Bahru, layak ke final. Nasib baik kumpulan kesayangan nad tak terkeluar.huhuhu. Pengumuman menggembirakan itu telah dibuat oleh hos MLM2013, Dato` AC Mizal di penghujung rancangan. Ini bermakna Jambu, Sepahtu, Bocey, Shiro dan satu-satunya peserta solo, Nabil, layak beraksi di pentas akhir MLM2013 yang akan berlangsung malam ini



Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakal tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

TEPUNG CAP TEMPOYAK

in , by Nadia Johari, 17:36:00
Hai assalammualaikum

Harini entry bukan nak ajar masak tapi nak memperdajalkan orang..hahaha
                          Sebelum..bahan-bahan adalah tepung, kicap dan tempoyak
                            

Selepas dicampur..ini hasilnyer

Orang yang nk dikenakan..hahaha..mengamuk die..



hai assalammualaikum


Sejak aktif berblog, inilah kali pertama nad dengar berkenaan Malaysia Social Media Week ni. Kalau tak sampai ke sudah tak tau apakah benda ni..haha..tu bagusnyer berblog kan. Malaysia Social Media Week atau singkatannya MSMW mencerminkan peranan media sosial sebagai pemangkin dalam pembangunan budaya politik, ekonomi dan sosial negara. MSMW menggalakkan beribu-ribu individu dan organisasi untuk membuat projek, mengatur dan melaksanakan idea-idea asal -melalui media sosial. MSMW merupakan sebuah program yang memberi penganugerahan kepada blogger yang bertukus lumus dalam mengeluarkan idea di dalam blognya.

Bila tengok facebook, ramai blogger yang masuk bertanding mempromote blog mereka untuk diundi. Tahniah nad ucapkan kepada kesemua peserta. Nad tak masuk pun tapi nad ingin menyokong peserta dan mengundi mereka yang nad rasa benar-benar layak untuk menerima anugerah ini. Banyak kategori blogger yang dipertandingkan. Kategori-kategorinya ialah :



Yang sedihnya Kategori blogger best lifestyle dan best micro banyak sangat pilihannya dan semua blog yang terpilih tu semuanyer nad kenal. Jadi memang susah nak membuat pilihan. Apa-apa pun korang semua yang terpilih ni memang terbaik dah..hehhee..

Macam mana nak vote atau undi dalam MSMW 2014?
  1. Pertama sekali kena daftar dulu kat sini.
  2. Tak daftar, tak boleh vote atau buang undi.
  3. Dah daftar, kena aktifkan..Dia akan bagi dekat email.
  4. Selepas itu pergi ke login semua, isi apa-apa yang patut. 
  5. Boleh pilih kategori yang korang berkenan. Pergilah satu-satu kategori.vote jangan tak vote.
  6. Tanda vote hijau itu akan bertukar menjadi warna merah apabila korang dah vote.
  7. Ingat, setiap kategori CUMA boleh vote untuk 1 blog sahaja. (nasib tanya zaza kalau tak semua aku vote..hahaha)
good luck kepada semua..

GIVEAWAY 5K DUNIA SEBENAR SHIDA

in , by Nadia Johari, 22:54:00
hai Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah

Kategori Blogger :

Kategori Onlineshop :

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SATU MALAYSIA

in , , by Nadia Johari, 01:49:00
hai assalammualaikum

Sambutan Tahun Baru Cina Satu Malaysia - Masa nilah nak merasa macam mana meriahnya sambutan tahun baru cina. Masa ni lah nak pakai cantik-cantik..melawo , bermekap..kalau tak pergi kerja hanya pakai t-shirt company, seluar jeans dengan bedak compact je..haha..sebab nad jenis malas bermekap masa keje sebabnya nanti nak solat, mekap buang jugak..hahaa..Hari Jumaat lepas, syarikat nad mengadakan Sambutan Raya Cina di kawasan kerja. Syarikat nad bukanlah besar, namun sifat kekeluargaan antara pekerja sangat erat dan sikap tolong menolong serta kerjasama antara pekerja dan pihak atasan sangat rapat, dengan tagline ONE KAIFAH AND PROLUBE ONE FAMILY. Setiap aktiviti yang dijalankan semuanya berjaya. Kenapa satu Malaysia?..sebab dekat tempat keje nad semua bangsa ada, Chinese, Malay and Indian..oopss tertinggal Bangladesh..hehe. Majlis yang sederhana tapi sangat meriah. Sebelum majlis memang semua pekerja sibuk dengan mendekorasi pejabat, dekorasi luar pejabat. Nad sibuk dalam office, jawab call..sobsob.. Excited dengan semua merah dan lebih excited dengan adanya kepala singa dalam ofis..hahhaa..

Tema pada hari itu ialah merah. Merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria yang menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.Warna merah disebut hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai  pada hari pertama Tahun Baru Cina dan perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.Warna merah sebenarnya memiliki makna keteguhan, keberanaian, keceriaan dan kemegahan. Warna ini  dikatakan memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina. 



Pelbagai hidangan disediakan semasa Sambutan Raya cina di pajabat nad. Ada mee goreng, mihun, nasi goreng, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tak lupa juga satay dan kambing bakar. Pergh terbaikla. Memang makan habisla.


Setiap orang yang hadir boleh menulis kaligrafi Mandarin. Perkataan telah disediakan di satu papan dan kita menulis perkataan mengikut no yang tertera dekat kain tu. Masa dekat universiti dulu nad ada amik kelas Mandarin untuk bahasa asing. Memang best belajar bahasa mandarin ni, tapi dah lama tinggalkan so lupa dah cara menulis mandarin.hahha. Comel je tulisan nad tu kan. Dapat hadiah tau siapa yang tulis cantik.hehe..Tapi nad tak menang..haaa

Majlis dimulakan dengan pengacara tak diiktiraf, hahaa, Shukri dan Julia. Seorang cakap dalam bahasa melayu dan seoran lagi cakap dalam bahasa cina. Menarik bukan. Persembahan video dan penyampaian hadiah untuk pekerja Chinese yang banyak berjasa kepada Kaifah dan Prolube. Dan yang paling penting ialah cabutan bertuah. Oh my lucky day masa tu, dua-dua nombor terkena.hahha..kenapa dua nombor sebab satu lagi nombor jejaka mafia punyer. Dia hadir sebagai photographer..hheee


Selain itu ade pertunjukan tarian singa daripada pekerja Kaifah dan Prolube..hahhaa..ade tiga persembahan tarian singa tapi satu video je nad nak tunjuk..wakakka..best-best..lagu pun gune lagu chicken dance..wakaka..Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat.

 Dan last sekali ialah mercun dan masa untuk Paper Lantern. Apa itu Paper lantern?..Nanti nad buat satu entry untuk ini ok..hehee..



p/s;..happy together with them..this is my second family..Love u all.


IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

in , by Nadia Johari, 01:19:00
hai assalammualaikum

Giveaway ni nad nampak masa nad blogwalking dekat blog zaza. Menarik pula tengok hadiahnya. Perempuan kalau nampak baju dan shawl, mesti nak punya. Hadiah yang diberi dalam giveaway ni sangat menarik. Jom sama-sama join. Klik banner kalau nak join ok.

http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2014/02/intanberlian-mega-giveaway-2014.html


   Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-


1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

CUSTOM MADE STICKER KERETA

in , , by Nadia Johari, 23:21:00
hai assalammualaikum

CUSTOM MADE STICKER KERETA - Setelah pulang daripada bercuti, arini nad bersemangat untuk membuat entry di dalam blog. Banyak cerita nad ingin berkongsi bersama pembaca di dalam blog. Sebelum nad bercerita tentang percutian nad dan lain-lain cerita, buat pertama kalinya nad melibatkan diri dalam contest yang melibatkan SEO kerana blog nad bukan sehebat blogger lain, dan bukan dalam bidang nad, tapi tak salah mencuba kan . Tuan empunya anjuran contest ni iaitu FARISYA ANASTASYIA ada menjemput nad tapi masa tu rasa was-was plak nak join CUSTOM MADE STICKER KERETA ni, tapi arini keyakinan untuk mencuba itu datang. Adakah aku yang terlast join..hohohoo..

CONTEST SEO CAR STICKERS MALAYSIA

Stickers dalam bahasa melayunya ialah pelekat. Stickers atau pelekat adalah sekeping kertas atau plastik yang dibelakangnya terdapat satu gam yang membolehkan dilekat di satu objek dan biasanya direka dengan pelbagai bentuk. Sesetengah orang suka mengumpul sticker sebagai peribadi.  Sticker boleh dilampirkan untuk melabelkan produk-produk , ciri-ciri produk dan lain-lain.
 
Sticker boleh digunakan untuk hiasan sama ada di dinding, di kenderaan atau di mana-mana sahaja bergantung kepada keadaan. Mereka boleh datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Dah namanyer Car Stickers mestilah kita nak cerita tentang pelekat di kereta. Pengenalan pendaftaran kenderaan dan butir-butir perkhidmatan adalah dua contoh pelekat di bahagian dalam cermin depan kereta. Tapi gambar yang nad pilih bukanlah di hadapan kereta tetapi di tepi cermin tingkap. 


REVIEW DESIGN CAR STICKER KERETA.


Kalau korang rasa nak sticker kereta yang memenuhi citarasa korang bolehla berhubung dengan mereka seperti yang tertera di bawah ni :
No Telefon:010-2255485 / 012-6953385
Fanpage:Car Stickers Malaysia
Instagram Car Stickers Malaysia:car_stickers_malaysia.
Servis: Printing car Sticker dan sticker biasa

Gambar sticker ni nad amik daripada Instagram CAR STICKERS MALAYSIA. Sticker ini telah memikat hati nad disebabkan bentuknya yang panjang dan kemas untuk bahagian cermin tingkap. Istilah " tetingkap pelekat " biasanya digunakan untuk melekat pada bahagian tetingkap kenderaan. Dengan pelekat kalis air tetingkap pelekat ini juga boleh melekat pada bahagian luar kenderaan. Sekarang nad belum ade kereta lagi, tapi bila ada kereta nanti, nad akan pastikan nad nak letak sticker macam ni dan tulis website blog nad iaitu www.miszrockers.blogspot.com. Terasa gempak kan bila sebelah kereta tengok perkataan ni di kereta kita.

Bagi nad untuk memilih sticker kereta perlulah memilih sesuatu yang ringkas dan padan dengan kereta dengan saiz yang sesuai supaya kereta nampak cantik. Jangan membuat sesuatu yang mencacatkan kereta kita dengan menampal pelbagai sticker yang tidak diperlukan. Sticker yang nad pilih ni memenuhi citarasa nad kerana walaupun ringkas namun terdapat impak yang besar. Kenapa nad cakap macam tu?. Dengan hanya meletak website di tepi kereta beserta simbol "F" ditukar kepada simbol "B" iaitu bermaksud blogger disitu orang akan melihat dan terus masuk ke website kita, lagi-lagi kalau kita blogger. Warna penting dalam pemilihan sticker kereta, cukuplah hanya satu atau dua warna sahaja kerana benda yang paling penting untuk sticker kereta ialah perkataan dan mesej yang hendak disampaikan. .


Contest SEO Car Stickers Malaysia ini
di anjurkan oleh
Farisya Anastasyia

dan ditaja oleh

hai assalammualaikum

Semestinya kalau bab makanan orang pertama yang tersenyum adalah aku..hahha..makan itu penting untuk tumbesaran aku dan penambahan berat badan aku..hahha..dan lagi best bila aku dengar restoran yang ingin dituju merupakan restoran seafood. Nad merupakan hantu seafood...ahhahha..Walaupun waktu itu kita demam, sebut je pasal makan yang menyelerakan, demam yang teruk akan menjadi kurang..hahaa..hebat tak. Hari sabtu lepas, abang nad belanja kami sekeluarga sebab dia dapat bonus sempena tahun baru cina ni. Abnag nad bawa ke satu restoran yang orang ramai cakap makanannya sedap dan memuaskan.

D'King Mee Udang Banjir dan Ikan Bakar Power di Klang Sentral, disitula tempat yang abang nad bawak. Restoran seafood yang menyediakan pelbagai menu yang menarik. Restoran ini terletak di Klang Sentral  berdekatan dengan rumah nad di Meru. Sampai je ke tempatnya nad mula mencari meja sebab malam tu penuh dengan orang bersama keluarga. Tempat yang menarik dan bersih.

Pelbagai makanan seafood disediakan di sini. Dari goreng-goreng, sup-sup semuanyer ada.

Moh ler tengok menu di atas. Tengok harga pun boleh tahan kan..hehe

Selain itu, disini ada disediakan menu mengikut set dengan harga berpatutan. Nama set-set ini sempena nama pahlawan 5 sekawan..

 Tempat memasak berada di depan nad dan open untuk pelanggan melihat dan tempat membuat air...oopss akak ni pandang pulak..hehe. Terdapat bilik solat untuk menunaikan solat.

Malam ni nad dengan keluarga hanya memesan menu utama iaiatu Mee Udang Banjir, Kuew Teow Banjir dan Nasi Goreng Seafood sahaja. Nak pesan set tengok semua orang taknak makan nasi..hohho sebab yang set tu dah biasa makan so kitaorang cubala menu yang special tu.


Semua makanan dalam bentuk mangkuk yang besar. Memang kenyang bila dapat mangkuk macam ni dengan udang yang besar. Sebab ape banjir, tengokla kuah dia,satu mangkuk penuh die bubuh. Nad order Kuew Teow Banjir Special..mesti nak special..hahhaa, serupa seperti char kuew teow. yang lain order Mee Udang Banjir. Ada juga yang order Nasi Goreng Seafood. Menu masakan seafood ni ade tiga jenis..sempoi, special dan extra special.

waktu operasi adalah seperti tertera di atas
Tempat :
Jalan Persiaran Klang Sentral 2
Klang Sentral
Meru, Klang.
(dekat jeee ngan Stesen Bas Sani Express)
hai assalammualaikum

Zamir Juara Mastercheff Malaysia Allstar - Mastercheff Malaysia Allstar nad memang jarang tengok disebakan cerita ni terlalu banyak drama dan aksi yang terlalu over bagi nad. Bila adanyer Azwan Ali dan Michael Ang dan juga Raja Azmi. Maafla ye.hehhe..NAd lebih suka tengok Masterchef Australia sebab diaorang lebih tertumpu pada makanan dan setiap jalan cerita dia kita tengok wow..macam tu. tapi semalam nad takde rancangan yang menarik dekat astro then tertekan 104. Masa tu tengok semifinal punyer..so mesti pikir malam ni last. Then tengok jela..dan yang last ni nad suka tengok sebab apa, bukan sebab die dah last tapi sebab ketekunan mereka membuat makanan appetizer, main course dan dessert. Sangat teliti, sangat menarik persembahan mereka. Ni la yang nad tunggu-tunggu.


Finalis bagi Mastercheff Malaysia Allstar ialah Zamir dan Cellina. Kedua-duanya sama hebat dalam masakan. Barisan juri yang mengadili hidangan kedua-dua peserta itu adalah Chef Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.

Pertandingan kali ini masak di hadapan penonton dan juri akan merasanya. Pertandingan kali ini kedua-dua peserta perlu  masak untuk pembuka selera (appetizer), hidangan utama (main course) dan pencuci mulut (dessert).


Pembuka selera zamir terlah membuat main course manakala cellina telah membuat medley makanan laut


Hidangan Utama pula Zamir telah membuat Sea Bass Gone Wild manakala Cellina telah membuat Antara dua benua


Terakhir ialah dessert, Zamir telah membuat dessert yang simple diberi nama My Finale dan Cellina pula ialah Kek cokelat lava

 Setelah juri meneliti makanan dan memberi komen, akhirnya pemenang bagi Mastercheff Malaysia Allstar telah dimenangi oleh  Zamir. Peluang kedua yang diberikan tidak disia-siakan oleh peserta paling muda apabila diumumkan sebagai juara MasterChef Malaysia All Star sekali gus menumpaskan pesaingnya, Celina Khor. Zamir atau nama sebenarnya, Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, menerima wang tunai bernilai RM55,000 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih.

Zamir sebelum ini turut menyertai Masterchef Malaysia musim pertama namun sekadar berjaya menempatkan dirinya di kelompok 4 terbaik. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zamir atas kejayaan ini. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada Zamir untuk mencapai cita-citanya. Tahniah Zamir!!!
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2