hai assalammualaikum
Kelainan Fesyen Wak Doyok - Siapakah Wak Doyok?..Adakah pakcik nadia johari..atau adakah Wak jiran sebelah rumah nad..ermm..siapa-siapa..?..Nama pun macam orang jawa..hehee..Orang kampung nad ke..jawa pun jawa janji rock..hahhaa..Sebenarnya Wak Doyok ni nad nampak die masa promot Anugerah Meletop Era. Lepas tu ada iklan dia cerita Ke Korean ke kite..tak silap la cerita tu..Tengok gaya memang lain daripada yang lain. Nak tau tak siapa dia..baca sampai habis ok.
Penampilan jejaka ini sedikit berbeza dengan kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Memakai baju berkotak dan seluar jean ketat, aura maskulin era Inggeris tahun 60-an. Bukan itu sahaja, dia turut melengkapkan pesona diri dengan gaya janggut yang dilihat eksentrik pada pandangan mata orang Malaysia.
Nama jejaka ni Muhammad. Azwan Mohd. Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok, berusia 33 tahun. Anak kelahiran Klang, Selangor..eheh orang kampung nad ler..lor..duk mana ni agaknyer ye..kuikuikui..anak orang jawa ni..ohoiii..Disebabkan penampilannya yang berbeza dengan menyimpan jambang dan kumis eksentriknya itu, Wak Doyok diterima bekerja secara sambilan di sebuah butik dari Britain iaitu Ben Sherman.
Wak Doyok merupakan pemilik The Garment..iaitu pengamal fesyen mods."The Garment was established in the early 2013 in Malaysia. It is an independent brand driven by passion for street style infused with a strong British influence. The brand tends to create a clean, heritage and classy look while maintaining the local feel. To sum things up, The Garment expresses itself by presenting its own name and identity through the apparels produced." (kome translatela sendiri erk..hehe)
Selain itu, dia juga menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengannya ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.
Tengoklah kehenseman Wak Doyok..Nad lebih tertarik dengan dia dahulu..hehhee