PESAWAT MH370 MENJADI TANDA TANYA

in , by Nadia Johari, 23:02:00
hai assalammualaikum

Pesawat MH370 Menjadi Tanda Tanya-  ISU yang sedang hangat diperkatakan sekarang terutama di media-media sosial ialah mengenai kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 yang membawa sebanyak 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China malam semalam. Orang ramai teruja untuk mengetahui perkembangan terkini pesawat MH370 itu.

Nad tengok dalam Facebook pelbagai status yang dipaparkan seolah-olah maklumat yang diperoleh itu benar-benar sahih, malah secara tidak sedar ada yang menyebarkan berita palsu kononnya pesawat itu terhempas, kehabisan minyak, dirampas pengganas dan sebagainya. Kesan daripada berita yang tidak benar itu dan kekurangan maklumat yang sahih daripada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan sebahagian rakyat semakin tertanya-tanya, apa kejadian yang sebenarnya berlaku?


Oleh itu janganlah kita membuat spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai insiden ini bagi menjaga hati keluarga yang terlibat atau menimbulkan panik di kalangan rakyat. Apa yang nad dengar  Pesawat tersebut masih tidak dapat dikesan sejak dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi tadi selepas dua jam berlepas di kawasan perairan Laut China Selatan sempadan antara Malaysia dan Vietnam. Pesawat itu dikendalikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan, Fariq Ab. Hamid, 27.


Zaharie mempunyai pengalaman sebanyak 18, 365 jam penerbangan dan telah berkhidmat sejak tahun 1981 manakala Fariq mula berkhidmat sejak 2007 dan memiliki jumlah jam penerbangan 2,763. Pesawat Boeing 777 yang hilang itu pula berusia 11 tahun 10 bulan. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi dan  dikesan pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.


Selain Malaysia, empat lagi negara iaitu Vietnam, China, Singapura  dan Filipina turut membantu dalam operasi mencari pesawat itu.


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita berdoa agar pesawat tersebut dan penumpang-penumpangnya di dalamnya ditemui dalam keadaan yang selamat. Namun apa yang perlu diperbaiki ialah penyampaian maklumat yang lebih efisyen daripada pihak yang bertanggungjawab, agar orang ramai tidak terus tertanya-tanya. Semoga pesawat MH370 ditemui.

JOM CANTIK BERSAMA EPHYRA

in , by Nadia Johari, 08:30:00
hai assalammualaikum

Jom Cantik Bersama Ephyra - Lagi beberapa bulan je nak bergelar raja sehari. Persiapan setakat ini alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bagi bakal pengantin semestinya nak kelihatan cantik dan menawan di hari bahagianya. Penjagaan muka seharusnya dijaga sejak dari awal lagi supaya tiada cacat cela yang menghinggap di muka. Sekarang ni banyak produk kecantikan yang ditunjunkkan di laman sosial tetapi pilihan nad ialah ephyra disebabkan nad dah baca ramai blogger telah mencuba ephyra ni dan memang terbukti berkesan. Nad kalau memilih produk memang tengok testimoni dahulu kalau ok, baru nad boleh guna. Nad beli dengan kak Mia, satu trial pack untuk si jejaka mafia dan primium pack untuk nad.

Mesti ramai yang dah dengar tentang epyhra kan..Ephyra merupakan kolagen biasa yang sangat berkesan untuk memutihkan, menganjalkan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia dapat memulihkan kesihatan dalaman. Dirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaiatu Acai Beri, Gam Akasia, l-glutathione,Astaxanthin, Acerolla Ceri, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold dan Superberry. Bukan sahaja wanita yang meminum malah lelaki juga boleh minum ephyra.

Ephyra memang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah seperti :

1) Kulit kering                                             11) Gastrik
2) Kulit kusam & Kendur                            12) Sembelit
3) Pigmentasi                                               13) Resdung
4) Jerawat                                                     14) Alergi Makanan Laut
5) Eczema                                                     15) Masalah Tidur
6) Mudah rasa Penat                                     16) Masalah Senggugut
7) Daya Ingatan Merosot                              17) Kolesterol Tinggi
8) Sakit badan                                               18) Tekanan Darah Tinggi
9) Sakit Sendi
10) Metabolisme Rendah

Dengan adanya kolagen dan bahan-bahan yang terkandung dalam ephyra, ia membantu memperbaharui dan melindungi kulit dengan :

1) menyokong struktur kulit untuk memperbaiki tona kulit, keanjalan, tekstur dan membantu kelihatan lebih muda

2)  membantu melegakan kesakitan tulang dan sendi dan menguatkan rambut dan kuku

3) menyuburkan kulit untuk mencegah penuaan, mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan dan garis halus dan seterusnya melambatkan proses penuaan

4) melindungi sel-sel terhadap proses pengoksidaan yang merosakkan yang menyebabkan pertambahan melanin pada kulit (pigmentasi)

5) mencipta proses putaran antioksida



Nad mempunyai masalah jerawat dan lesu badan. Biasalah perempuan takkan lepas dengan jerawat dan bekas-bekasnya. Jadi nak mencuba ephyra ni untukmelihat keberkesanannya. Semalam nad baru minum 1 sachet. Airnya manis dan mudah disediakan. Tengoklah nanti sebulan apa hasilnya ye. tungguuuuu..hehehhe..
hai assalammualaikum

Ole-Ole Sabah dan Bantal Comey - Dah berapa kali abang pos laju masuk keluar rumah nad semata-mata nak bagi hadiah daripada blogger-blogger comey ni..hehehe..thank you abang posmen. Sebenarnya ada barang lagi akan di hantar abang posmen ni. Al maklumla sekarang barang beli online je.. Tapi beli dengan orang yang dikenali..hehee..

Yeahh hadiah ni daripada blogger NorAin Yusof. Nad pun baru je kenal dengan dia tahun ni. Orang cakap kawan dengan blogger atau kawan maya memang terus masuk je. Ape kita borak semua diterima dan gelak bersama. Orang cakap sama kepala, gila-gila..hahaha..Nad sebelum ni tak kenal ain tapi lepas kenal baru nad tau die ni femes jugak. Ramai kenal die. Nampak gayanya nad yang tertinggal..hehe..Aritu Ain pergi ke sabah dengan blogger lain. Lepas tu die pm nak mintak alamat. hheehe..Ain bagi nad ole-ole daripada sabah, dapat fridge magnet cantik pulak tu..huhuhu..suka-suka..sukaa..terima kasih Ain..


Ada lagi satu barang nad tunggu iaitu bantal comey daripada blogger adik Liyliz. Budak ni lawa sangat. Geram je tengok pipi die..hahhaa..(tapi takleh dicubit sebab dia sudah besar).. Adik liyliz ni pemakai produk kecantikan Dr K.O...kalau nak tau p la kat blog die pasal Dr K.O..sebab tu muka die lawa gile..Nad ni kadang-kadang orang add kita kat facebook nad jarang cakap thanks add, salam kenalan..kadang-kadang nad terus komen dan like status die. Adik Liyli nad jadi rapat sebab aritu nad penin nak pikir baju untuk belah laki. So mintak pandangan adik liyliz ni..hehee..die kala bab pakaian atau anything memang pro..hahaha..so nad lantik die sebagai pereka designer nad..wakakakka...sampai sekarang rapat..wee..sampai nad puneyr wedding die pulak over excited..hehhee..tak sabar nak dapat bantal comey die ni..hehee

FEAR FACTOR MALAYSIA 2014 EPISOD 2

in , by Nadia Johari, 19:29:00
hai assalammualaikum


Sekarang pukul 9 malam setiap hari sabtu nad akan duduk depan tv nak tengok fear factor. Cabaran kali ini lebih mencabar dan menggerunkan. Sebenarnya motif lain nak tengok Aaron Aziz..hahaha..Di episod lepas, Fify dan Ungku merupakan peserta pertama yang tersingkir dalam Fear Factor musim ini. Dalam episode kali ini, para selebriti dan peserta kumpulan B pula yang akan bertarung. Sama seperti episode lalu, para selebriti telahpun memilih pasangan masing-masing iaitu:

Azura/Rechel, Bambang/Faisal, Izzue/Emri, Shah/Kartini, Shuib/Zakaria, Thanuja/Joy, Yana/Janice dan Zain/Akmal
Sama seperti kumpulan A minggu lalu, pemenang untuk cabaran pertama dan kedua yang memperolehi poin yang tertinggi akan menerima wang tunai RM10,000 dan kumpulan yang menjadi Top 2 akan mendapat imuniti dari pusingan penyingkiran manakala 6 kumpulan yang lain dikehendaki untuk mengharungi pusingan tersebut. 


Cabaran pertama kumpulan B ialah ‘Russian Swing’ dimana mereka dikehendaki mengambil 12 bendera dari sebuah platform dan meletakkanya di platform asal. Akan tetapi, untuk ke platform bendera tersebut, mereka dikehendaki menaiki ‘Russian Swing’ dan menggunakan momentum serta kerjasama antara 2 ahli pasukan. Cabaran kali ini menjadi lebih susah akibat hari yang hujan, menyebabkan platform dan Russian Swing itu menjadi sangat licin. MAsa ni kumpulan zain memang terbaik.


Cabaran kedua mereka ialah ‘Lidah Berbelit’ dan dalam cabaran ini, para selebriti tidak akan melakukannya kerana hanya pasangan mereka yang akan ‘makan’. Dalam cabaran ini, mereka akan cuba memindahkan lidah lembu yang dilumuri cecair dan ulat dengan hanya menggunakan mulut mereka sahaja. Selepas cabaran kedua ini penentu bagi siapa yang memenangi imuniti dan RM 10,000. Peserta yang berjaya mendapat imuniti ialah Zain Zaidin dan Akmal serta Bambang dan Faisal. Peserta yang memenangi RM 10,000 ialah Bambang dan Faisal. Menangis Faisal sebab isteri dia bakal melahirkan cahaya mata.


Di cabaran penyingkiran, 6 pasangan ini dikehendaki untuk masuk ke dalam sebuah bekas yang dipenuhi najis gajah dan cuba untuk mencari seberapa banyak butiran emas di dasarnya dalam masa 3 minit. Dalam cabaran ini, para selebriti yang dikehendaki untuk melakukannya. Dalam episod kali ini Shah dan Kartini merupakan peserta yang kalah dalam pertandingan akhir tetapi mereka telah terselamat dari penyingkiran kerana dalam episod kali ini tiada penyingkiran. Huntunglaa..


Cabaran malam ni ape pulak..huhu...Nantikan Group A. Jangan lupa pukul 9 malam ni.

BRIM TAMBAH PERBELANJAAN KAWIN

in , , by Nadia Johari, 23:40:00
hai assalammualaikum

BRIM Tambah Perbelanjaan - Orang ramai dah sibuk dengan BRIM yang Pak Najib bagi, penuh setiap wall sebut pasal BRIM. Semua orang sibuk cek bank dah masuk ke belum. Yela sekarang kan nak memudahkan pengguna masukkan dalam bank terus. Mudah ke idok, tepuklah dada tanya hati..hehe..Tapi bagi orang yang bernama nadia ni sempoi je, tak gelabah nak cek BRIM tu dekat bank. Pagi tadi nad nak pergi kerja baru cek, hahaha..nampak tak..nampak tak..lepas cek je..alhamdulillah duit BRIM dah masuk. Walaupun dapat RM300 bagi orang bujang dan bakal nak kawin ni, duit tu dapatla tampung perbelanjaan kawin nad..hehe..walaupun sikit tapi bolehla..dapatla beli barang-barang yang patut. Gunakanlah duit bRIM ini dengan sebaiknya..huhuhu..ringan sikit la beban nak beli barang-barang kawin ni..hhhahaha..

Cara menyemak keputusan permohonan BRIM
Semua pemohon boleh menyemak permohonan anda sama ada berjaya atau tidak


Caranya ialah :

1) Boleh menyemak dengan menghubungi talian 1- 800- 88- 2716 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang (waktu bekerja sahaja..malam orang dah balik..tido..hehe )

2) Melalui emel br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my. Berikan nama penuh anda dan nombor kad pengenalan bagi pihak berkenaan menyemak status permohonan anda.

3) Kalau berjaya alhamdulillah..kalau tak boleh cuba lagi...(macam realiti tv nak undi2)..

p/s: jangan risau yang pernah dapat sebelum ni pasti dapat.

SIDANG MEDIA SECRETARIES WEEK

in , , by Nadia Johari, 23:40:00
hai assalammualaikum

Sidang media Secretaries Week - Event ni nad pergi disebabkan teman jejaka mafia pergi buat kerja. Pada mulanya nad pun tak tau event ni untuk apa..siap ada artis lagi, nad ingat dia nak buat konsert ke ape..then nad tengok banner baru nad tau event ape..hehe.. Event yang nad pergi ni merupakan Sidang Media Secretaries Week Launcheon yang dianjurkan oleh Qaseh Eimpien Team. Event ini akan dijalankan pada bulan April. Event ini melibatkan artis-artis seperti Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Watie, Erry Putra, Amy Mastura, penyanyi baru Nas Adila, Aliff AF 6 dan ramai lagi.

                                
Event ini akan dijalankan pada di Bendahara Ballroom Bayou Lagoon park Resort Melaka. Event akan diadakan pada bulan April setiap hari Sabtu iaitu dari 5 April - 26 April 2014. Masa ni nad tengah dalam mood honeymoon..hehe.. Bayaran untuk masuk ke dalam adalah dari RM 180 per person sehingga ke RM 500 per person. Untuk pertanyaan lanjut bolehla layari Qaseh Eimpien Team di
Facebook : Qaseheimpienteam
Instagram : qaseheimpienteam

Antara artis yang terlibat

Ramli Sarip
                  

Jamal Abdillah 
( nad segan nak amik gambar dengan Jamal Abdillah..jadi takdela gambar tu.
                    

Watie dan Zoey 
( suami isteri ni romantik sangat..Watie tinggi, Zoey rendah mayb sebab dia pakai kasut tinggi kot.. Zoey memang kelakar )



Azza Ellite



Amy Mastura

Dialah pelakon dan penyanyi yang paling sporting. Amy MAstura memang kepala gila-gila sikit. Nampak je pakaian macam ladies api ganas ni macam nad la..hehehe..Pertama kali nad jumpa die dekat butik Azhar Sulaiman. Azhar kawan jejaka mafia, masa tu nak pilih beg untuk hantaran tunang. Then datang la Amy MAstura dekat butik dia..hehe..Tengok gaya dia jalan pergh..dasyat..haha..nad pernah cerita dekat SINI



Erry Putra
Penyanyi macam cantik dengan macam comel je. oopss dengan klon syasya solero ke..haha



Aliff AF 6 dan Nas Adila
Mula-mula nad kurang pasti sape laki ni, lepas google baru tau die penyanyi AF 6..hehee..handsome tak..



tolong promote..hehhee...siapa-siapa nak pergi, pergila ye,,

CARA HILANGKAN KURAP KUCING

in , , by Nadia Johari, 01:06:00
hai assalammualaikum

Cara Hilangkan Kurap Kucing - Kurap ni sejenis penyakit yang berbintik-bintik yang sering ada di muka kucing. Kurap merupakan masalah utama bila kita ingin dekati seekor kucing tu sehingga kita terllau geli nak pegang dan belai disebabkan takut berjangkit. Perkara ini jugak kadang-kadang menyebabkan manusia tawar hati nak bantu kucing yang berkurap ni terutama yang jenis kurap kronik. 
 
Bagi mereka yang tak tahu nak buat apa bila kucing sakit, mereka lebih suka bawak pergi klinik haiwan yang memerlukan kos yang tinggi sedangkan ada cara yang lebih murah dan percuma untuk membuat rawatan kucing kurap ni. 


 Petua ni pun nad dapat daripada arwah mak mertua nad. Sebab masa first time molly duduk rumah nad, die dah kene kurap sebab dikurung dalam sangkar. Masa tu nad dah cuak nak buat apa sebab molly ni kucing cantik. Lepas tu bawak Molly masuk dalam kereta balik rumah jejaka mafia sekejap cadang nak bawak pergi klinik haiwan sebab kalau dibiarkan kurap akan merebak. 
 
Masa tu singgah rumah jejaka mafia dan mak mertua nad ada kat situ. Masa tu a dia cakap "tak payah bawak pergi klinik takkan baik punyer ". Lepas tu dia ajar cara-cara yang terbaik . Meh sini nad nak bagitau macam mana cara nak hilangkan kurap kucing secara percuma tanpa melibatkan apa-apa kos.

Pertama sekali perlulah memakai sarung tangan dan ambil kucing yang berkurap tersebut. Seterusnya, dengan menggunakan kapas telinga ambil minyak gorengan ikan dan lumurkan minyak gorengan ikan di seluruh badan kucing yang berkurap. Ulangi proses itu selalu sehingga kurap hilang. Biasanya, ia akan mengambil masa selama 1 atau 2 minggu untuk kurap itu hilang.

Sekarang alhamdulillah..Molly dah sihat dan bertambah cantik tanpa kurap. Petua ni nad guna untuk kucing nad yang lain. Memang menjadi. Thank mummy for this petua. Kalau tak sampai ke sudah tak tau. 

sukati die je landing situ kann..
hai assalammualaikum


Dah beberapa hari tak update blog, mood dah nak kelaut..tapi ade gak blogger tolong tarikkan ke darat..hehhee..asal nak menaip dan blogwalking pasti ade yang mengacau, yang membuatkan jiwa tak tenteram. Apa nak buat inilah hidup. Dah lama nampak iklan Fear Factor Malaysia ni dekat tv, memang tak sabar nak tengok, sebab dulu nad rajin update pasal Fear Factor Selebriti Malaysia sebelum ni.  Rancangan realiti Astro Fear Factor Malaysia bermula 15 Februari 2014 bermula pada 9.00 malam setiap sabtu dan ahad. Fear Factor Malaysia 2014 turut menjadikan Aaron Aziz selaku pengacara atau hos rancangan ini. Siaran turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD

Fear Factor Selebriti Malaysia menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.Kalau sebelum ini peserta adalah dikalangan selebriti, kelainan pada musim ini, 16 orang peserta di kalangan selebriti akan bergandingan dengan orang biasa yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

Senarai rasmi biodata peserta Fear Factor Malaysia musim kedua tahun 2014. Pada kali ini kumpulan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Group A dan Group B. 




Rancangan realiti Astro Fear Factor Malaysia 15 Februari 2014. Siaran turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD bermula pada 9.00 malam setiap sabtu dan ahad. Fear Factor Malaysia 2014 turut menjadikan Aaron Aziz selaku pengacara atau hos rancangan ini.( ooh Aaron ku ). Kejayaan Fear Factor Selebriti Malaysia tahun lepas yang menyaksikan juara Dazrin Kamarudin dan Hairul Azrin membawa pulang RM200,000. Fear Factor Malaysia kali ini dibuat di Amerika lagi kerana segala cabaran yang peserta lalui perlulah ada pakar yang terlatih. Musim terbaru ni terdapat 36 cabaran di  26 lokasi dan hadiah lumayan yang dimenangi sebanyak RM 200,000. 

Cabaran pertama yang dilalui oleh para peserta ialah Jongkat Jongket langit. Dua peserta setiap kumpulan diletakkan di atas itu. Setiap kumpulan perlu mengalihkan bendera satu persatu diberi kepada pasangan. Masa diberi 3 minit. Setiap peserta yang jatuh masa dikira tamat. Cabaran kedua ialah perangkap tikus. Seorang peserta dalam setiap kumpulan akan dimasukkan dalam bakul besar dan di dalamnyer di letak tikus. Seorang lagi peserta perlu mengambil kunci di dalam bakul yang digantung dengan memasukkan buah ke dalam bakul yang disediakan. Cabaran ini telah dimenangi oleh pasangan norman, pasangan sari yanti dan pasangan dira. Pasangan norman dan pasangan sari yanti mendapat imuniti. Pasangan Sari yanti juga telah mendapat RM 10,000. Pasangan yang mendapat imuniti tidak perlu membuat cabaran ketiga. Cabaran ketiga pula ialah jatuh tergelincir. Sebuah kereta yang digantung di ketinggian 30 meter. Setiap ahli pasukan akan bersaing dengan pasukan lain. Peserta itu perlu keluar daripada kereta dan mengambil bendera di luar kereta depan dan belakang kemudian masuk semula dalam kereta dan membunyikan hon supaya masa ditamatkan dan ini merupakan pusingan penyingkiran.



 Episod pertama kumpulan Ungku Ismail dan Fify telah tersingkir.








MAK LAGI RISAU DARIPADA ANAK

in , , by Nadia Johari, 15:47:00
hai assalammualaikum

Sedang anaknya on9 melayan facebook dan blog di bilik, tiba-tiba satu suara menjerit memanggil. "Diah..oohh Diah"..anaknya tak dengar sebab  khusyuk on9 sambil mendengar lagu di laptop..tiba-tiba terdengar lagi suara menjerit memanggil nama "Diah"..."Diah"..Diah yang berada di dalam bilik, terdengar sayup-sayup suara memanggil namanya..Selepas itu dia keluar daripada bilik dan berkata " Mak ade panggil akak ke liza "..Liza pun berkata " ye mak panggil lah"..

Tiba-tiba mak menyahut.." Eh Diah, mak lupala, ko dah beli belum langsir bilik tidur nanti, cadar macam mana?. Nak guna sapa punya..( dengan nada terkejut)..Diah buat muka selamba, cadar guna abang punya, langsir tu nanti kita cari la. Tengah nak pikir nak buat design apa?. Yela dinding kat bilik tu kan ade lelbih ke depan..Mak pun kata lagi.."Ko taknak guna macam kak ita tu ke, gune kelambu. Diah seraya berkata " eeee tak maula..semak guna kelambu tu..nak pasangnya bukan senang..Nanti nak buka lagi..Diah nak biasa je" Mak kata lagi, tu tikar dalam bilik guna apa? Diah kata lagi..pinjam tikar bulu tu la..semua jimat..hahahhaa.. "..Mak tetap risau..nanti cakap ngan kak ita nak buat macam mana..Diah relaks dan selamba berkata "ok mak"..(padahal dalam hati sebenarnya diah pun lupa..aiyarrkk..)..Tiba-tiba ayah menyampuk "kad ko dah buat...buat dekat mana ?Diah pun membalas " dah..hisham buat kat kaan die ".. Mak pulak " berapa ko buat..Diah 800 macam mak suruh..

Begitulah kisah mak yang terlalu risaukan persiapan anaknyer..Diah tu adalah panggilanku di rumah..hahaha..Aku nampak je relaks..tapi sebenarnya gelabah..tapi still under control lagi..asyik teringat tarikh tu sampai lupe tarikh birthday orang lain..hohoho..apa nak buat..Alhamdulillah..satu-satu persiapan dah siap..pastikan semua yang kita nak ada dalam list..hehee..so taula apa yang perlu ditambah dan terkurang. Selain itu perlulah survey terlebih awal..senang kan kalau dah survey awal tau apa kita nak pilih..hehhe..ok


love you mum..muahh22..

KELAINAN FESYEN WAK DOYOK

in , , by Nadia Johari, 14:02:00
hai assalammualaikum

Kelainan Fesyen Wak Doyok - Siapakah Wak Doyok?..Adakah pakcik nadia johari..atau adakah Wak jiran sebelah rumah nad..ermm..siapa-siapa..?..Nama pun macam orang jawa..hehee..Orang kampung nad ke..jawa pun jawa janji rock..hahhaa..Sebenarnya Wak Doyok ni nad nampak die masa promot Anugerah Meletop Era. Lepas tu ada iklan dia cerita Ke Korean ke kite..tak silap la cerita tu..Tengok gaya memang lain daripada yang lain. Nak tau tak siapa dia..baca sampai habis ok.

Penampilan jejaka ini sedikit berbeza dengan kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Memakai baju berkotak dan seluar jean ketat, aura maskulin era Inggeris tahun 60-an. Bukan itu sahaja, dia turut melengkapkan pesona diri dengan gaya janggut yang dilihat eksentrik pada pandangan mata orang Malaysia.


Nama jejaka ni Muhammad. Azwan Mohd. Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok,  berusia 33 tahun. Anak kelahiran Klang, Selangor..eheh orang kampung nad ler..lor..duk mana ni agaknyer ye..kuikuikui..anak orang jawa ni..ohoiii..Disebabkan penampilannya yang berbeza dengan menyimpan jambang dan kumis eksentriknya itu,  Wak Doyok diterima bekerja secara sambilan di sebuah butik dari Britain iaitu Ben Sherman.


Wak Doyok merupakan pemilik The Garment..iaitu pengamal fesyen mods."The Garment was established in the early 2013 in Malaysia. It is an independent brand driven by passion for street style infused with a strong British influence. The brand tends to create a clean, heritage and classy look while maintaining the local feel. To sum things up, The Garment expresses itself by presenting its own name and identity through the apparels produced." (kome translatela sendiri erk..hehe)

Selain itu, dia juga menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengannya ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.

Tengoklah kehenseman Wak Doyok..Nad lebih tertarik dengan dia dahulu..hehhee
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2