hai assalammualaikum


Hard Rock Penang

Berjumpa dengan Norkhiriah di Hard Rock Penang - Kami berjalan di Pulau Pinang ni satu hari, daripada pagi sampai la ke malam..huhu..taknak melepaskan peluang apa tempat yang menarik lagi di Pulau Pinang ni. Malam tu kami pergi pula ke Hard Rock Cafe di Pulau Pinang. Time tu ada pulak pertunjukan Naga di buat. 


Selepas tu, cousin nad tegur, "eh depan ni bukan Norkhiriah ke"..nad apa lagi duk depan sikit saje nak tengo betul ke Norkhiriah..eheh betul la..kak Norkhirian,pelakon dan pelawak tu..nak tegur takut pulak..lepas je habis tarian naga tu nad berani tegur akk Norkhiriah ni..hehe

Kecik molek je akak Norkhiriah ni..cantik..peramah tau..banyak cakap jugakla..walaupun hanya sedikit masa je kitaorang dapat borak disebabkan dia nak cepat..akak Norkhiriah pun tengah bercuti dengan keluarga dia..hehe..suka tengok bibir mongel dia tu..hahhaha...bila teringat kak Norkhiriah, teringat pulak dengan akk Nami Namia,..blogger tu..hehehhe..nad suka samakan akak Norkhiriah dengan akak Nami sebab muka diaorng hampir sama...hhehee...
hai assalammualaikum

Santai-santai di Batu Feringghi - Tak habis lagi dengan cerita percutian di Pulau Pinang ni..hahaha..biasalah, nad nak share tempat yang menarik dekat Pulau PInang ni. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik dekat Pula Pinang ni, tapi nad sempat pergi mana yang dapat jela..Setelah penat berpusing-pusing mencari Lukisan Dinding ( Art Street Penang ) tu, kami semua bercadang untuk pergi ke Pantai. Salah satu pantai di Pulau Pinang yang menarik ialah di Batu Feringghi. Sayangnya nad dengan kawan-kawan yang lain tak dapatla nad mandi disebabkan kami tak bawak baju mandi..huaaaa...geram sangat. Jadi amik gambar (wajib ) dan melihat orang mandi manda jela sambil berangan (aku sahaja)..hahahha


Batu Ferringhi yang terletak di sepanjang laluan tepi pantai barat laut Georgetown dengan deretan resort bertaraf antarabangsa merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang.


Masa nad datang sini, memang ramai pengunjung waktu ni, dengan pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di pantai ni. Mungkin disebabkan raya cina, jadi pelbagai aktiviti yang dijalankan. Berjemur di bawah matahari atau menikmati tiupan bayu dan mencuba aktiviti yang disediakan.


Tak dapat mandi..bergambar di tepi pantai pun jadilah...hohohoho..ada lagi sambungan cerita ni..sabor arr..heehe
Hai assalammualaikum

Lukisan Dinding ( Art Street Penang ) - Selesai sahaja merehatkan diri di Padang Kota Lama, kami semua bergegas mencari tempat yang menarik lagi di Pulau Pinang yang tidak pernah kami kunjungi. Salah satu tempat yang dicadangkan kawan nad ialah tempat Art Street Penang. Ini kali pertama nad pergi dekat Art macam ni, sebelum ni nad tak pernah tau pun ade Art Sreet ni dekat Pulau Pinang,,see nampak sangatla nad ni jarang jelajah satu negeri ni. Lukisan Dinidng atau Art Street Penang ini merupakan satu kumpulan lukisan dinding dan arca yang di lukis dan di pasang di sekitar bandar Georgetown. Seni dinding unik ini memperlihatkan keadaan hidup seharian masyarakat Penang di samping memaparkan unsur humor dan sejarah Pulau ini untuk tatapan pejalan kaki. 


Sambil kami semua mencari Lukisan Dinding (Art Penang Street ) ini, kami semua jelajah Penang ni. Memandangkan waktu ni raya Cina, kitaorang sempatla tengok Orang Cina meraikan raya Cina di Pulau Pinang.




Tempat Lukisan ini bukan hanya satu tempat sahaja tetapi terdapat banyak tempat dan lorong-lorong yang tertentu. Jadi, korang perlulah  rajin berjalan kaki jika kalau nak melihat kesemuanya sekali. Jika kesuntukan masa, boleh je ke kawasan Lebuh Armenian sahaja kerana sekitar kawasan ini terdapat 5 arca dan lukisan mural yang hampir di antara satu sama lain. Masa ni semua tempat nak bergambar, tak boleh lepas satu pun..hahahha


Pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.




Sedang mendengar apa yang diperkatakan mereka..apakah???


hahahhaa....

kalau nak tau lebih lanjut pasal Art Street Penang ni bolehlah tekan link di bawah..

hai assalammualaikum

Mengurangkan Tekanan Dengan Bercuti d Penang - Cerita ni nad dah tangguh lama sangat..sekarang baru ada masa nak cerita..heheh..Masa Raya Cina bulan dua tu, company nad cuti seminggu, jadi nad dengan kawan-kawan satu kerja buat perancangan untuk pergi bercuti bagi mencuci otak dan minda yang serabut ni. Tempat percutian yang kami pilih ialah Pulau Pinang. Kenapa pilih Pulau Pinang?..Sebab nad dah lama tak keliling Pulau Pinang, walaupun dulu masa study nad selalu lepak dekat Padang Kota, tapi Pulau Pinang ada tempat lagi menarik selain Padang Kota.


Nad dengan 3 orang rakan lain telah bertolak seawal pukul 2 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalulintas..mana taknya masa tu raya cina kalau pergi siang semestinya perjalanan yang singkat mengambil masa yang lama. Sepanjang dalam perjalanan, nad tidur je..hahaa..yela bertolak malam, nak tengok pemandangan gelap je semuanya, jadi tidurla. Kami sampai dalam pukul 6 pagi dan tinggal di homestay . Keesokan paginya kami semua bertolak mencari tempat yang menarik di Pulau Pinang. Tempat pertama sekali ialah tempat yang paling terkenal iaitu Padang Kota.




Padang kota menjadi tumpuan pelancong dan penduduk yang inginkan ketenangan dan menikmati makanan popular Pulau Pinang iaitu nasi kandar ,pasemborcendol dan macam-macam lagi. Kebanyakan pengunjung gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai angin bertiup sambil bersantai. Angin dekat situ memang kuat, memang sesuai la untuk ketenangan sambil melihat pelbagai reaksi orang ramai. Kewujudan Padang Kota yang sinonim dengan sejarah negeri ini menjadi pilihan utama kepada kebanyakan pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Kedudukannya yang berada di tepi pantai bukan sahaja strategik untuk merasai hembusan angin laut petang




Salah satu tempat bersejarah di situ ialah Fort Cornwallis diberi nama sempena nama Gabenor- Jeneral Bengal dalam akhir kurun ke 1700, Charles Cornwallis. Ia menjadi salah satu mercu tanda bersejarah di Georgetown. Fort Cornwallis terletak berhampiran Esplanade, bersebelahan dengan Jam Memorial Victoria.

Dinding kubu setinggi lebih kurang 10 kaki ini dibina dalam bentuk bintang. Perjalanan mengelilingi kubu ini mengambil masa 10 minit. Di dalam kubu ini, anda boleh melihat tinggalan struktur lama yang dibina berkurun lalu seperti sebuah gereja kecil, penjara, kawasan penyimpanan senjata, lampu rumah api yang pernah diguna untuk memberi amaran kepada kapal, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama yanyang mana salah sebuah daripadanya meriam Belanda, dikenali sebagai Seri Rambai, bertarikh 1603. Sesuatu yang menarik berkenaan meriam Seri Rambai, sesetengah penduduk tempatan percaya ia boleh memberi kesan positif terhadap kesuburan wanita.




Selain makanan dan tempat bersejarah ini, di Padang Kota ni terdapat beca yang disediakan untuk pengunjung bagi mengelilingi Padang Kota Lama sahaja. Kalau you alls nak pergi jauh-jauh sila kayuh sendiri...hahaha...

Fort Cornwallis diberi nama sempena nama Gabenor- Jeneral Bengal dalam akhir kurun ke 1700, Charles Cornwallis. Ia menjadi salah satu mercu tanda bersejarah di Georget














hai assalammualaikum

Lantern - Mesti korang tertanya-tanya kan apa itu Lantern..ha ni nad nak kongsikan kepada korang semua mengenai Lantern ni. Cerita ni nad ada selitkan masa SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SATU MALAYSIA..dah lama kan cerita ni. Nad tertangguh je atas-sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Nad ada tanya soalan berkenaan Lantern ni dekat kawan chinese, dia cakap nama selain Lantern ialah Kong Ming. Kong Ming festival dibuat untuk melepaskan hajat kita supaya tercapai.
Tanglung Langit, juga dikenali sebagai Kongming Tanglung atau Tanglung Cina, adalah belon udara panas kecil yang diperbuat daripada kertas, dengan pembukaan pada bahagian bawah di mana api yang kecil digantung. Kemudian mereka akan memegang tanglung kertas tersebut sehingga mengembang dan terbang di angkasa. Sebelum Tanglung kertas ini dilepaskan, mereka perlu menulis sesuatu seperti hajat mereka di kertas tersebut supaya hajat mereka tercapai. Mereka dapat menghantar hasrat dan doa-doa mereka ke langit supaya hasrat dan doa-doa mereka mungkin didengar tuhan mereka dengan lebih baik. Hidup mereka juga akan bertambah baik dan kebahagiaan juga akan dilimpahkan ke atas mereka apabila melepaskan tanglung langit ke langit.

Tanglung langit dikatakan digunakan oleh tentera Cina sebagai isyarat beratus-ratus peranti tahun dahulu. Tanglung langit telah dilepaskan ke langit sebagai isyarat atau mesej yang dihantar antara tentera China. Sejarag Tanglung ini Menurut ahli kebudayaan Cina dan ahli sejarah sains Joseph Needham, orang Cina bereksperimen dengan kecil belon udara panas untuk isyarat dari seawal abad ke-3 SM, dalam tempoh Amerika berperang. Secara tradisinya, bagaimanapun, ciptaan mereka adalah disebabkan oleh bijaksana dan strategi tentera Zhuge Liang (181-234 CE)  dimana beliau dikatakan telah menggunakan mesej bertulis pada tanglung langit untuk memanggil bantuan pada kesempatan ketika dia dikelilingi oleh tentera musuh. Atas sebab ini mereka masih dikenali di China sebagai tanglung Kongming (孔明灯, 孔明灯, kǒngmíng Deng). 


Baru-baru ini, Tanglung Langit ini telah menjadi sangat popular kerana apabila melepaskan sesuatu hajat di atas kertas ia memberikan ketenangan jiwa dan kegembiraan dari dalam. Mereka kini menggunakan tanglung langit ini  secara meluas untuk perayaan, majlis, acara dan lain-lain majlis-majlis khas di mana mereka bertindak sebagai tarikan khas yang menyediakan rasa ajaib untuk semua orang di tapak.




hai assalammualaikum

Perjumpaan Singkat Bersama Blogger - Walaupun singkat tapi amat bermakna bila berjumpa dengan kawan alam maya yang kita selalu borak di laman sosial. Perjumpaan yang akan membuatkan hubungan seseorang lebih akrab dan tidak lupa antara satu sama lain. Nad ada buat entry sebelum ni berkenaan hadiah daripada blogger Liyliz ni. dan pada hari sabtu nad dan die merancang nak jumpa.. walaupun tak dapat pegi sbbyeaos 2014 tapi nad dapat jumpa jugak blogger comey ni..hehe



Mulanya rancang nak jumpa dekat midvalley lepas nak cari barang nad. Tapi jejaka mafia cakap perjalanan ke mid mengambil masa yang lama disebabkan jem dan seangkatan dengannya. Jadi nad whatssup dengan liz ni rupanya die nak balik Pahang. Jadi perjumpaan kami telah bertukar di shell gombak menuju ke Pahang tu. Alhamdulillah..jumpa jugak dengan budak omey ni..dahla tinggi..putih..gebu..aumm..aumm..hahaha..masa ni la die bagi bantal omey buatan dia sendiri tu..weeiii..Pertama kali jumpa die apa lagi peluk erat2 ler.so exciting..tapi dapat jumpa sekejap je sebab die rush nak balik Pahang takut jalan jem..pasni ade rezeki jumpa lagi..ok...


terharu bila ade orang nak bagi kite hadiah..surprise daripada adik omey ni..cantik dan kemas je bantal die buat sendiri tu..sape-sape nak tempah boleh la pergi pm die erk..thanks sweetie..

PESAWAT MH370 MENJADI TANDA TANYA

in , by Nadia Johari, 23:02:00
hai assalammualaikum

Pesawat MH370 Menjadi Tanda Tanya-  ISU yang sedang hangat diperkatakan sekarang terutama di media-media sosial ialah mengenai kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 yang membawa sebanyak 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China malam semalam. Orang ramai teruja untuk mengetahui perkembangan terkini pesawat MH370 itu.

Nad tengok dalam Facebook pelbagai status yang dipaparkan seolah-olah maklumat yang diperoleh itu benar-benar sahih, malah secara tidak sedar ada yang menyebarkan berita palsu kononnya pesawat itu terhempas, kehabisan minyak, dirampas pengganas dan sebagainya. Kesan daripada berita yang tidak benar itu dan kekurangan maklumat yang sahih daripada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan sebahagian rakyat semakin tertanya-tanya, apa kejadian yang sebenarnya berlaku?


Oleh itu janganlah kita membuat spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai insiden ini bagi menjaga hati keluarga yang terlibat atau menimbulkan panik di kalangan rakyat. Apa yang nad dengar  Pesawat tersebut masih tidak dapat dikesan sejak dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi tadi selepas dua jam berlepas di kawasan perairan Laut China Selatan sempadan antara Malaysia dan Vietnam. Pesawat itu dikendalikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan, Fariq Ab. Hamid, 27.


Zaharie mempunyai pengalaman sebanyak 18, 365 jam penerbangan dan telah berkhidmat sejak tahun 1981 manakala Fariq mula berkhidmat sejak 2007 dan memiliki jumlah jam penerbangan 2,763. Pesawat Boeing 777 yang hilang itu pula berusia 11 tahun 10 bulan. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi dan  dikesan pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.


Selain Malaysia, empat lagi negara iaitu Vietnam, China, Singapura  dan Filipina turut membantu dalam operasi mencari pesawat itu.


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita berdoa agar pesawat tersebut dan penumpang-penumpangnya di dalamnya ditemui dalam keadaan yang selamat. Namun apa yang perlu diperbaiki ialah penyampaian maklumat yang lebih efisyen daripada pihak yang bertanggungjawab, agar orang ramai tidak terus tertanya-tanya. Semoga pesawat MH370 ditemui.

JOM CANTIK BERSAMA EPHYRA

in , by Nadia Johari, 08:30:00
hai assalammualaikum

Jom Cantik Bersama Ephyra - Lagi beberapa bulan je nak bergelar raja sehari. Persiapan setakat ini alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bagi bakal pengantin semestinya nak kelihatan cantik dan menawan di hari bahagianya. Penjagaan muka seharusnya dijaga sejak dari awal lagi supaya tiada cacat cela yang menghinggap di muka. Sekarang ni banyak produk kecantikan yang ditunjunkkan di laman sosial tetapi pilihan nad ialah ephyra disebabkan nad dah baca ramai blogger telah mencuba ephyra ni dan memang terbukti berkesan. Nad kalau memilih produk memang tengok testimoni dahulu kalau ok, baru nad boleh guna. Nad beli dengan kak Mia, satu trial pack untuk si jejaka mafia dan primium pack untuk nad.

Mesti ramai yang dah dengar tentang epyhra kan..Ephyra merupakan kolagen biasa yang sangat berkesan untuk memutihkan, menganjalkan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia dapat memulihkan kesihatan dalaman. Dirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaiatu Acai Beri, Gam Akasia, l-glutathione,Astaxanthin, Acerolla Ceri, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold dan Superberry. Bukan sahaja wanita yang meminum malah lelaki juga boleh minum ephyra.

Ephyra memang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah seperti :

1) Kulit kering                                             11) Gastrik
2) Kulit kusam & Kendur                            12) Sembelit
3) Pigmentasi                                               13) Resdung
4) Jerawat                                                     14) Alergi Makanan Laut
5) Eczema                                                     15) Masalah Tidur
6) Mudah rasa Penat                                     16) Masalah Senggugut
7) Daya Ingatan Merosot                              17) Kolesterol Tinggi
8) Sakit badan                                               18) Tekanan Darah Tinggi
9) Sakit Sendi
10) Metabolisme Rendah

Dengan adanya kolagen dan bahan-bahan yang terkandung dalam ephyra, ia membantu memperbaharui dan melindungi kulit dengan :

1) menyokong struktur kulit untuk memperbaiki tona kulit, keanjalan, tekstur dan membantu kelihatan lebih muda

2)  membantu melegakan kesakitan tulang dan sendi dan menguatkan rambut dan kuku

3) menyuburkan kulit untuk mencegah penuaan, mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan dan garis halus dan seterusnya melambatkan proses penuaan

4) melindungi sel-sel terhadap proses pengoksidaan yang merosakkan yang menyebabkan pertambahan melanin pada kulit (pigmentasi)

5) mencipta proses putaran antioksida



Nad mempunyai masalah jerawat dan lesu badan. Biasalah perempuan takkan lepas dengan jerawat dan bekas-bekasnya. Jadi nak mencuba ephyra ni untukmelihat keberkesanannya. Semalam nad baru minum 1 sachet. Airnya manis dan mudah disediakan. Tengoklah nanti sebulan apa hasilnya ye. tungguuuuu..hehehhe..
hai assalammualaikum

Ole-Ole Sabah dan Bantal Comey - Dah berapa kali abang pos laju masuk keluar rumah nad semata-mata nak bagi hadiah daripada blogger-blogger comey ni..hehehe..thank you abang posmen. Sebenarnya ada barang lagi akan di hantar abang posmen ni. Al maklumla sekarang barang beli online je.. Tapi beli dengan orang yang dikenali..hehee..

Yeahh hadiah ni daripada blogger NorAin Yusof. Nad pun baru je kenal dengan dia tahun ni. Orang cakap kawan dengan blogger atau kawan maya memang terus masuk je. Ape kita borak semua diterima dan gelak bersama. Orang cakap sama kepala, gila-gila..hahaha..Nad sebelum ni tak kenal ain tapi lepas kenal baru nad tau die ni femes jugak. Ramai kenal die. Nampak gayanya nad yang tertinggal..hehe..Aritu Ain pergi ke sabah dengan blogger lain. Lepas tu die pm nak mintak alamat. hheehe..Ain bagi nad ole-ole daripada sabah, dapat fridge magnet cantik pulak tu..huhuhu..suka-suka..sukaa..terima kasih Ain..


Ada lagi satu barang nad tunggu iaitu bantal comey daripada blogger adik Liyliz. Budak ni lawa sangat. Geram je tengok pipi die..hahhaa..(tapi takleh dicubit sebab dia sudah besar).. Adik liyliz ni pemakai produk kecantikan Dr K.O...kalau nak tau p la kat blog die pasal Dr K.O..sebab tu muka die lawa gile..Nad ni kadang-kadang orang add kita kat facebook nad jarang cakap thanks add, salam kenalan..kadang-kadang nad terus komen dan like status die. Adik Liyli nad jadi rapat sebab aritu nad penin nak pikir baju untuk belah laki. So mintak pandangan adik liyliz ni..hehee..die kala bab pakaian atau anything memang pro..hahaha..so nad lantik die sebagai pereka designer nad..wakakakka...sampai sekarang rapat..wee..sampai nad puneyr wedding die pulak over excited..hehhee..tak sabar nak dapat bantal comey die ni..hehee

FEAR FACTOR MALAYSIA 2014 EPISOD 2

in , by Nadia Johari, 19:29:00
hai assalammualaikum


Sekarang pukul 9 malam setiap hari sabtu nad akan duduk depan tv nak tengok fear factor. Cabaran kali ini lebih mencabar dan menggerunkan. Sebenarnya motif lain nak tengok Aaron Aziz..hahaha..Di episod lepas, Fify dan Ungku merupakan peserta pertama yang tersingkir dalam Fear Factor musim ini. Dalam episode kali ini, para selebriti dan peserta kumpulan B pula yang akan bertarung. Sama seperti episode lalu, para selebriti telahpun memilih pasangan masing-masing iaitu:

Azura/Rechel, Bambang/Faisal, Izzue/Emri, Shah/Kartini, Shuib/Zakaria, Thanuja/Joy, Yana/Janice dan Zain/Akmal
Sama seperti kumpulan A minggu lalu, pemenang untuk cabaran pertama dan kedua yang memperolehi poin yang tertinggi akan menerima wang tunai RM10,000 dan kumpulan yang menjadi Top 2 akan mendapat imuniti dari pusingan penyingkiran manakala 6 kumpulan yang lain dikehendaki untuk mengharungi pusingan tersebut. 


Cabaran pertama kumpulan B ialah ‘Russian Swing’ dimana mereka dikehendaki mengambil 12 bendera dari sebuah platform dan meletakkanya di platform asal. Akan tetapi, untuk ke platform bendera tersebut, mereka dikehendaki menaiki ‘Russian Swing’ dan menggunakan momentum serta kerjasama antara 2 ahli pasukan. Cabaran kali ini menjadi lebih susah akibat hari yang hujan, menyebabkan platform dan Russian Swing itu menjadi sangat licin. MAsa ni kumpulan zain memang terbaik.


Cabaran kedua mereka ialah ‘Lidah Berbelit’ dan dalam cabaran ini, para selebriti tidak akan melakukannya kerana hanya pasangan mereka yang akan ‘makan’. Dalam cabaran ini, mereka akan cuba memindahkan lidah lembu yang dilumuri cecair dan ulat dengan hanya menggunakan mulut mereka sahaja. Selepas cabaran kedua ini penentu bagi siapa yang memenangi imuniti dan RM 10,000. Peserta yang berjaya mendapat imuniti ialah Zain Zaidin dan Akmal serta Bambang dan Faisal. Peserta yang memenangi RM 10,000 ialah Bambang dan Faisal. Menangis Faisal sebab isteri dia bakal melahirkan cahaya mata.


Di cabaran penyingkiran, 6 pasangan ini dikehendaki untuk masuk ke dalam sebuah bekas yang dipenuhi najis gajah dan cuba untuk mencari seberapa banyak butiran emas di dasarnya dalam masa 3 minit. Dalam cabaran ini, para selebriti yang dikehendaki untuk melakukannya. Dalam episod kali ini Shah dan Kartini merupakan peserta yang kalah dalam pertandingan akhir tetapi mereka telah terselamat dari penyingkiran kerana dalam episod kali ini tiada penyingkiran. Huntunglaa..


Cabaran malam ni ape pulak..huhu...Nantikan Group A. Jangan lupa pukul 9 malam ni.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2