hai assalammualaikum
Bukit Bendera Pulau Pinang
Bukit Bendera Tempat Paling Utama Di Pulau Pinang - Hari kedua kami sebelum bergerak pulang ke rumah, kami pergi ke tempat yang sering dikunjungi para pelancong. Tempat ni pun dah lama nad tak pergi dan bila diaorang sebut nama tempat ni pun nad tak ingat langsung rupa tempat ni..hahaa..sadis tak sadis..sampai je tempat ni baru nad ingat selepas nampak keretapi tu..hahaha..seingat nad, nad pergi sewaktu sekolah rendah dahulu..itula rasa yang paling last pergi..selepas tu dah tak pergi dah..dan ini kali kedua pergi...haishh..nasib pergi kalau tak,mesti aku dah lupa kewujudan Bukit Bendera ni...adoyaiii..
Sampai je dekat sini kene terus beratur untuk beli tiket. Beratur beli tiket dengan beratur nak masuk train lain tau..korang jangan tersalah tengok plak..sebab beratur nak masuk train lagi panjang daripada nak beli tiket..hahhaha..harga tiket untuk orang dewasa seperti dalam gambar.
Selepas beli tiket korang kene beratur pulak untuk menaiki train..masa ni punyala panjag...ape lagi membuang masa dengan mengambil gambar la..hahaha
Bukit Bendera ni yang terletak kira-kira 735m atau 2450 kaki tingginya dari aras laut, mempunyai suhu yang agak sejuk dan nyaman sedikit berbanding tanah rata di bawah .Menurut Wikipedia lagi suhu puratanya di atas sana ialah 21 hingga 27 darjah celcius, dengan bulan paling sejuk ialah antara Jun hingga Oktober dan tinggi sikit pada Disember hingga April. Dah alma tak naik ni, so macam pertama kali la nad naik..so excited tapi dalam pada masa yang sama berdoa takda apa-apa yang terjadi..
Melihat pemandangan dari atas, Ya Allah sangatlah menakjubkan. Kebesaran Allah mencipta alam yang sangat cantik ini.
kalau dulu pergi masa sekolah tak amik gamabr pun sebab masa tu tak mampu nak beli..sebab tu boleh lupa Bukit Bendera ni..ahhaa..sekarang ade kamera phone..bolehla menyimpan kenangan ni..
Antara tarikan yang terdapat di sini ialah kedai-kedai cenderahati macam baju-baju, cafe-cafe dan gerai-gerai dalam 20 unit, Muzium burung hantu(Owl Museum), naik ‘buggy’ panjang pusing lereng-lereng Bukit Bendera. Makanan dan minuman yang dijual di sini juga berpatutan harganya, ada mi goreng-goreng, nasi goreng-goreng , tomyam, air panas, air sejuk dan macam-macam lagi.
Dah puas servey hadiah semua..dah puas makan..pe lagi turun la...leps tu kemas2 nak balik..hehee..percutian yang menarik walaupun tak semua Pulau Pinang pergi..yela tak sempat..2 hari jee...so happy..pasni travel mana pulak ye..hehee..honeymoon time...llalala...