SEBOLEH-BOLEHNYA ELAKKAN PENCERAIAN

in , by Nadia Johari, 12:46:00

hai assalammualaikum



Satu lagi kisah seorang artis yang dikatakan ingin bercerai. Apakah sebabnya tu nad tak tau. Memang tak disangka, tengok pasangan ni bahagia dan tiada apa-apa masalah namun tiba-tiba terdengar rumahtangga mereka sedang bergolak. Si suami tidak bersetuju dengan penceraian ini. Memang nad setuju dengan apa yang dilakukan oleh suami. Kalau boleh memang kita nak bahagia dan kekalkan perkahwinan sampai bila-bila. Sebab tu lah talak tidak diberikan kepada perempuan kerana perempuan mempunyai sifat kurang sabar berbanding lelaki.

SUAMI SARI YANTI : SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN PENCERAIAN

Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaiatu Mohd Edy Casmadi akui tidak bersetuju dengan tindakan isterinya yang memfailakn penceraian di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 25 Februari lalu"" Saya tidak bersetuju denagn penceraian " KLIK SINI untuk membaca dengan lebih lancut. Hasil perkongsian hidup mereka berdua selama lima tahu, mereka telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy 4 tahun dan Basit Al-HAq 2 tahun.

Nad juga bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Perkataan cerai memang satu perkara yang amat ditakuti. Kalau boleh dalam hidup ni kita nak kawin cuma sekali seumur hidup. Perkahwinan bukan pengakhiran kisah cinta, tapi merupakan satu permulaan kisah baru yang perlu kita perjuangkan. Pasangan yang berkahwinan  perlulah meletakkan rumahtangga sebagai satu akar kepada segalanya. Setiap pasangan perlu berganding bahu untuk menguatkan rumahtangga itu supaya tidak roboh.

Bersikap Terlalu Mudah untuk Bercerai 
Dahulu, perceraian merupakan perkara yang paling tidak disukai keluarga dan masyarakat umumnya. Namun, keadaan pada hari ini keadaan jauh berbeza kerana kebanyakan orang kini semakin terbuka dan menganggap perceraian itu perkara biasa. Perceraian diterima sebagai pilihan atau jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah, bukannya sebagai jalan terakhir sedangkan perceraian merupakan perkara yang cukup dibenci oleh Allah SWT.

Ancaman Rumah Tangga
1) Kurang pendedahan dan pengetahuan berkenaan dengan konflik rumahtanggan. Apa yang kita tau selepas kawin adalah bahagia sedangkan banyak cabaran dan rintangan selepas kawin. Sebab itu sebelum kawin perlu kuatkan mental dan fizikal.

2) Banyak pasangan tidak jelas dengan punca masalah dan pergaduhan dan saling menyalahkan antara satu sama lain sehingga membabitkan kisah-kisah atau kesilapan lampau.

3) Sukar fahami pasangan. (sebelum kahwin dan selepas kawin adalah berlainan)



Mengekalkan Hubungan



Didikan Agama Rahsia Bahgia Perkahwinan 
Bukan mudah menjaga sesuatu perkahwinan jika tidak berpegang kepada kepercayaan pasangan, kawalan emosi dan menjadikan agama sebagai tunjang motivasi. Pertengkaran sesama suami isteri adalah perkara biasa bak kata pepatah, 'lidah pun kadang-kadang tergigit inikan pula suami isteri'.

Didikan agama tidak pernah hilang meskipun kita semakin meningkat dewasa. Suami isteri perlu menjadikan agama sebagai asas dalam membentuk peribadi yang baik. Semua agama mengajar kita untuk saling menghormati. Hormati pasangan meskipun kadang-kadang pasangan ada membuat salah. Apabila wujud rasa hormat, secara automatik nada suara juga akan lebih rendah tatkala menegur. Apabila menegur dengan suara rendah, sudah semestinya pasangan anda tidak mudah melenting. Memang tidak dinafikan kalau tengah marah pasti suara meninggi, tapi nak rasa selamat baik senyap je.

Berkongsi Perasaan
Usah bersikap penting diri sendiri. Jika pasangan dalam kesusahan, bantulah mereka dengan ikhlas dan fahami situasi punca kesusahan yang dialami. Apabila hidup sebumbung, pasangan suami isteri ibarat kembar. Jika pasangan anda sakit, anda juga akan merasa perit. Jika pasangan anda bahagia, semestinya anda turut merasa tempias kebahagiaan. Jika sebelum ini anda atau pasangan anda seorang yang pemarah, jadikan gurauan sebagai aktiviti harian. Percayalah, setiap perkara serius akan menjadi perkara yang menarik tanpa ada rasa amarah. Bayangkan jika anda seorang yang suka berjenaka, pasti hubungan suami isteri bertambah erat kerana berkongsi kisah-kisah lucu yang sememangnya mencuit hati pasangan. Biarlah kita menjadi pasangan happy go lucky!

Kepada setiap pasangan yang sedang dalam dilema dan sentiasa memikirkan perceraian sebagai penyelesaian masalah mereka, fikirlah berkali-kali lagi sebelum membuat keputusan sebegitu. Berusahalah dan berjanjilah kepada diri anda bahawa anda sekali-kali tidak akan berfikir untuk bercerai jika berlaku sebarang masalah dalam perkahwinan kerana ada banyak lagi cara lain yang boleh selesaikan masalah rumahtangga.




hai assalammualaikum

Bukit Bendera Pulau Pinang

Bukit Bendera Tempat Paling Utama Di Pulau Pinang - Hari kedua kami sebelum bergerak pulang ke rumah, kami pergi ke tempat yang sering dikunjungi para pelancong. Tempat ni pun dah lama nad tak pergi dan bila diaorang sebut nama tempat ni pun nad tak ingat langsung rupa tempat ni..hahaa..sadis tak sadis..sampai je tempat ni baru nad ingat selepas nampak keretapi tu..hahaha..seingat nad, nad pergi sewaktu sekolah rendah dahulu..itula rasa yang paling last pergi..selepas tu dah tak pergi dah..dan ini kali kedua pergi...haishh..nasib pergi kalau tak,mesti aku dah  lupa kewujudan Bukit Bendera ni...adoyaiii..



Sampai je dekat sini kene terus beratur untuk beli tiket. Beratur beli tiket dengan beratur nak masuk train lain tau..korang jangan tersalah tengok plak..sebab beratur nak masuk train lagi panjang daripada nak beli tiket..hahhaha..harga tiket untuk orang dewasa seperti dalam gambar.


Selepas beli tiket korang kene beratur pulak untuk menaiki train..masa ni punyala panjag...ape lagi membuang masa dengan mengambil gambar la..hahaha


Bukit Bendera ni yang terletak kira-kira 735m atau 2450 kaki tingginya dari aras laut, mempunyai suhu yang agak sejuk dan nyaman sedikit berbanding tanah rata di bawah .Menurut Wikipedia lagi suhu puratanya di atas sana ialah 21 hingga 27 darjah celcius, dengan bulan paling sejuk ialah antara Jun hingga Oktober dan tinggi sikit pada Disember hingga April. Dah alma tak naik ni, so macam pertama kali la nad naik..so excited tapi dalam pada masa yang sama berdoa takda apa-apa yang terjadi..


Melihat pemandangan dari atas, Ya Allah sangatlah menakjubkan. Kebesaran Allah mencipta alam yang sangat cantik ini. 


kalau dulu pergi masa sekolah tak amik gamabr pun sebab masa tu tak mampu nak beli..sebab tu boleh lupa Bukit Bendera ni..ahhaa..sekarang ade kamera phone..bolehla menyimpan kenangan ni..





Antara tarikan yang terdapat di sini ialah kedai-kedai cenderahati macam baju-baju, cafe-cafe dan gerai-gerai dalam 20 unit, Muzium burung hantu(Owl Museum), naik ‘buggy’ panjang pusing lereng-lereng Bukit Bendera. Makanan dan minuman yang dijual di sini juga berpatutan harganya, ada mi goreng-goreng, nasi goreng-goreng , tomyam, air panas, air sejuk  dan macam-macam lagi. 


Dah puas servey hadiah semua..dah puas makan..pe lagi turun la...leps tu kemas2 nak balik..hehee..percutian yang menarik walaupun tak semua Pulau Pinang pergi..yela tak sempat..2 hari jee...so happy..pasni travel mana pulak ye..hehee..honeymoon time...llalala...
hai assalammualaikum

Makan Malam di Persiaran Gurney Pulau Pinang - Makan Malam selepas penat berjalan sana sini..puas dengan tempat yang di tuju..ape lagi perut pun terasa lapar..berkeroncong..bergendang mengikut irama..hahaha..mulanya nak pergi karaoke untuk melepaskan suara yang sumbang tetapi pusat karaoke tu takde tempat yang menyediakan makanan sekali, jadi terus je pegi mencari makanan dan tiada suara sumbang yang dieluarkan..Makan itu penting, kalau tak fengsan mak tau  ;p...


Nampak je kedai makanan dekat luar, dengan ramai pengunjung. mata tertumpu untuk mencari meja kosong..mak haiiahh penuh weeeii..dah tengah malam pun masih ada lagi orang...tengok meriahnya Pulau Pinang u allss..dapat meja kosong terus order...tapi disebakan kepenatan,malam tu teringin makan char keuw teow jele..masih seronok dengan perjalanan sehari suntuk ni..hahaha..takpela asalkan makan...tempat makanan Persiaran Gurney memang menjadi tumpuan pengunjung.

Gurney Drive adalah tempat terbaik untuk menikmati makanan yang lazat di Pulau Pinang. Persiaran pinggir laut yang terkenal menyerlahkan warna dan suasana di Pulau Pinang - riang, ceria dan meriah. Ia juga dikenali sebagai "Persiaran Gurney" di dalam bahasa Melayu, Gurney Drive menawarkan pelbagai jenis makanan dari masakan tepi jalan hingga ke masakan mewah.


Terdapat banyak medan selera dan gerai penjaja secara terbuka di tepi laut, yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang enak sehingga waktu malam. Makanan tempatan seperti Laksa Penang, nasi lemak adalah antara hidangan yang membuka selera. Medan Selera New Gurney Drive mempunyai kedua-dua bahagian halal dan tidak halal, dan dibuka dari pukul 6 petang. 

so sape-sape nak makan malam tempat yang meriah bolehla pergi ke persiaran gurney ni..malam penuh dengan orang dan sesak memang takyah cakapla..hehe

alhamdulillah lega...kenyang..ape lagi balik rumah sewa la....lalaala..
hai assalammualaikum


Hard Rock Penang

Berjumpa dengan Norkhiriah di Hard Rock Penang - Kami berjalan di Pulau Pinang ni satu hari, daripada pagi sampai la ke malam..huhu..taknak melepaskan peluang apa tempat yang menarik lagi di Pulau Pinang ni. Malam tu kami pergi pula ke Hard Rock Cafe di Pulau Pinang. Time tu ada pulak pertunjukan Naga di buat. 


Selepas tu, cousin nad tegur, "eh depan ni bukan Norkhiriah ke"..nad apa lagi duk depan sikit saje nak tengo betul ke Norkhiriah..eheh betul la..kak Norkhirian,pelakon dan pelawak tu..nak tegur takut pulak..lepas je habis tarian naga tu nad berani tegur akk Norkhiriah ni..hehe

Kecik molek je akak Norkhiriah ni..cantik..peramah tau..banyak cakap jugakla..walaupun hanya sedikit masa je kitaorang dapat borak disebabkan dia nak cepat..akak Norkhiriah pun tengah bercuti dengan keluarga dia..hehe..suka tengok bibir mongel dia tu..hahhaha...bila teringat kak Norkhiriah, teringat pulak dengan akk Nami Namia,..blogger tu..hehehhe..nad suka samakan akak Norkhiriah dengan akak Nami sebab muka diaorng hampir sama...hhehee...
hai assalammualaikum

Santai-santai di Batu Feringghi - Tak habis lagi dengan cerita percutian di Pulau Pinang ni..hahaha..biasalah, nad nak share tempat yang menarik dekat Pulau PInang ni. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik dekat Pula Pinang ni, tapi nad sempat pergi mana yang dapat jela..Setelah penat berpusing-pusing mencari Lukisan Dinding ( Art Street Penang ) tu, kami semua bercadang untuk pergi ke Pantai. Salah satu pantai di Pulau Pinang yang menarik ialah di Batu Feringghi. Sayangnya nad dengan kawan-kawan yang lain tak dapatla nad mandi disebabkan kami tak bawak baju mandi..huaaaa...geram sangat. Jadi amik gambar (wajib ) dan melihat orang mandi manda jela sambil berangan (aku sahaja)..hahahha


Batu Ferringhi yang terletak di sepanjang laluan tepi pantai barat laut Georgetown dengan deretan resort bertaraf antarabangsa merupakan pantai yang popular di Pulau Pinang.


Masa nad datang sini, memang ramai pengunjung waktu ni, dengan pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di pantai ni. Mungkin disebabkan raya cina, jadi pelbagai aktiviti yang dijalankan. Berjemur di bawah matahari atau menikmati tiupan bayu dan mencuba aktiviti yang disediakan.


Tak dapat mandi..bergambar di tepi pantai pun jadilah...hohohoho..ada lagi sambungan cerita ni..sabor arr..heehe
Hai assalammualaikum

Lukisan Dinding ( Art Street Penang ) - Selesai sahaja merehatkan diri di Padang Kota Lama, kami semua bergegas mencari tempat yang menarik lagi di Pulau Pinang yang tidak pernah kami kunjungi. Salah satu tempat yang dicadangkan kawan nad ialah tempat Art Street Penang. Ini kali pertama nad pergi dekat Art macam ni, sebelum ni nad tak pernah tau pun ade Art Sreet ni dekat Pulau Pinang,,see nampak sangatla nad ni jarang jelajah satu negeri ni. Lukisan Dinidng atau Art Street Penang ini merupakan satu kumpulan lukisan dinding dan arca yang di lukis dan di pasang di sekitar bandar Georgetown. Seni dinding unik ini memperlihatkan keadaan hidup seharian masyarakat Penang di samping memaparkan unsur humor dan sejarah Pulau ini untuk tatapan pejalan kaki. 


Sambil kami semua mencari Lukisan Dinding (Art Penang Street ) ini, kami semua jelajah Penang ni. Memandangkan waktu ni raya Cina, kitaorang sempatla tengok Orang Cina meraikan raya Cina di Pulau Pinang.




Tempat Lukisan ini bukan hanya satu tempat sahaja tetapi terdapat banyak tempat dan lorong-lorong yang tertentu. Jadi, korang perlulah  rajin berjalan kaki jika kalau nak melihat kesemuanya sekali. Jika kesuntukan masa, boleh je ke kawasan Lebuh Armenian sahaja kerana sekitar kawasan ini terdapat 5 arca dan lukisan mural yang hampir di antara satu sama lain. Masa ni semua tempat nak bergambar, tak boleh lepas satu pun..hahahha


Pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.




Sedang mendengar apa yang diperkatakan mereka..apakah???


hahahhaa....

kalau nak tau lebih lanjut pasal Art Street Penang ni bolehlah tekan link di bawah..

hai assalammualaikum

Mengurangkan Tekanan Dengan Bercuti d Penang - Cerita ni nad dah tangguh lama sangat..sekarang baru ada masa nak cerita..heheh..Masa Raya Cina bulan dua tu, company nad cuti seminggu, jadi nad dengan kawan-kawan satu kerja buat perancangan untuk pergi bercuti bagi mencuci otak dan minda yang serabut ni. Tempat percutian yang kami pilih ialah Pulau Pinang. Kenapa pilih Pulau Pinang?..Sebab nad dah lama tak keliling Pulau Pinang, walaupun dulu masa study nad selalu lepak dekat Padang Kota, tapi Pulau Pinang ada tempat lagi menarik selain Padang Kota.


Nad dengan 3 orang rakan lain telah bertolak seawal pukul 2 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalulintas..mana taknya masa tu raya cina kalau pergi siang semestinya perjalanan yang singkat mengambil masa yang lama. Sepanjang dalam perjalanan, nad tidur je..hahaa..yela bertolak malam, nak tengok pemandangan gelap je semuanya, jadi tidurla. Kami sampai dalam pukul 6 pagi dan tinggal di homestay . Keesokan paginya kami semua bertolak mencari tempat yang menarik di Pulau Pinang. Tempat pertama sekali ialah tempat yang paling terkenal iaitu Padang Kota.




Padang kota menjadi tumpuan pelancong dan penduduk yang inginkan ketenangan dan menikmati makanan popular Pulau Pinang iaitu nasi kandar ,pasemborcendol dan macam-macam lagi. Kebanyakan pengunjung gemar untuk melepak di tembok benteng laut untuk merasai angin bertiup sambil bersantai. Angin dekat situ memang kuat, memang sesuai la untuk ketenangan sambil melihat pelbagai reaksi orang ramai. Kewujudan Padang Kota yang sinonim dengan sejarah negeri ini menjadi pilihan utama kepada kebanyakan pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Kedudukannya yang berada di tepi pantai bukan sahaja strategik untuk merasai hembusan angin laut petang




Salah satu tempat bersejarah di situ ialah Fort Cornwallis diberi nama sempena nama Gabenor- Jeneral Bengal dalam akhir kurun ke 1700, Charles Cornwallis. Ia menjadi salah satu mercu tanda bersejarah di Georgetown. Fort Cornwallis terletak berhampiran Esplanade, bersebelahan dengan Jam Memorial Victoria.

Dinding kubu setinggi lebih kurang 10 kaki ini dibina dalam bentuk bintang. Perjalanan mengelilingi kubu ini mengambil masa 10 minit. Di dalam kubu ini, anda boleh melihat tinggalan struktur lama yang dibina berkurun lalu seperti sebuah gereja kecil, penjara, kawasan penyimpanan senjata, lampu rumah api yang pernah diguna untuk memberi amaran kepada kapal, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama yanyang mana salah sebuah daripadanya meriam Belanda, dikenali sebagai Seri Rambai, bertarikh 1603. Sesuatu yang menarik berkenaan meriam Seri Rambai, sesetengah penduduk tempatan percaya ia boleh memberi kesan positif terhadap kesuburan wanita.




Selain makanan dan tempat bersejarah ini, di Padang Kota ni terdapat beca yang disediakan untuk pengunjung bagi mengelilingi Padang Kota Lama sahaja. Kalau you alls nak pergi jauh-jauh sila kayuh sendiri...hahaha...

Fort Cornwallis diberi nama sempena nama Gabenor- Jeneral Bengal dalam akhir kurun ke 1700, Charles Cornwallis. Ia menjadi salah satu mercu tanda bersejarah di Georget














hai assalammualaikum

Lantern - Mesti korang tertanya-tanya kan apa itu Lantern..ha ni nad nak kongsikan kepada korang semua mengenai Lantern ni. Cerita ni nad ada selitkan masa SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SATU MALAYSIA..dah lama kan cerita ni. Nad tertangguh je atas-sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Nad ada tanya soalan berkenaan Lantern ni dekat kawan chinese, dia cakap nama selain Lantern ialah Kong Ming. Kong Ming festival dibuat untuk melepaskan hajat kita supaya tercapai.
Tanglung Langit, juga dikenali sebagai Kongming Tanglung atau Tanglung Cina, adalah belon udara panas kecil yang diperbuat daripada kertas, dengan pembukaan pada bahagian bawah di mana api yang kecil digantung. Kemudian mereka akan memegang tanglung kertas tersebut sehingga mengembang dan terbang di angkasa. Sebelum Tanglung kertas ini dilepaskan, mereka perlu menulis sesuatu seperti hajat mereka di kertas tersebut supaya hajat mereka tercapai. Mereka dapat menghantar hasrat dan doa-doa mereka ke langit supaya hasrat dan doa-doa mereka mungkin didengar tuhan mereka dengan lebih baik. Hidup mereka juga akan bertambah baik dan kebahagiaan juga akan dilimpahkan ke atas mereka apabila melepaskan tanglung langit ke langit.

Tanglung langit dikatakan digunakan oleh tentera Cina sebagai isyarat beratus-ratus peranti tahun dahulu. Tanglung langit telah dilepaskan ke langit sebagai isyarat atau mesej yang dihantar antara tentera China. Sejarag Tanglung ini Menurut ahli kebudayaan Cina dan ahli sejarah sains Joseph Needham, orang Cina bereksperimen dengan kecil belon udara panas untuk isyarat dari seawal abad ke-3 SM, dalam tempoh Amerika berperang. Secara tradisinya, bagaimanapun, ciptaan mereka adalah disebabkan oleh bijaksana dan strategi tentera Zhuge Liang (181-234 CE)  dimana beliau dikatakan telah menggunakan mesej bertulis pada tanglung langit untuk memanggil bantuan pada kesempatan ketika dia dikelilingi oleh tentera musuh. Atas sebab ini mereka masih dikenali di China sebagai tanglung Kongming (孔明灯, 孔明灯, kǒngmíng Deng). 


Baru-baru ini, Tanglung Langit ini telah menjadi sangat popular kerana apabila melepaskan sesuatu hajat di atas kertas ia memberikan ketenangan jiwa dan kegembiraan dari dalam. Mereka kini menggunakan tanglung langit ini  secara meluas untuk perayaan, majlis, acara dan lain-lain majlis-majlis khas di mana mereka bertindak sebagai tarikan khas yang menyediakan rasa ajaib untuk semua orang di tapak.




hai assalammualaikum

Perjumpaan Singkat Bersama Blogger - Walaupun singkat tapi amat bermakna bila berjumpa dengan kawan alam maya yang kita selalu borak di laman sosial. Perjumpaan yang akan membuatkan hubungan seseorang lebih akrab dan tidak lupa antara satu sama lain. Nad ada buat entry sebelum ni berkenaan hadiah daripada blogger Liyliz ni. dan pada hari sabtu nad dan die merancang nak jumpa.. walaupun tak dapat pegi sbbyeaos 2014 tapi nad dapat jumpa jugak blogger comey ni..hehe



Mulanya rancang nak jumpa dekat midvalley lepas nak cari barang nad. Tapi jejaka mafia cakap perjalanan ke mid mengambil masa yang lama disebabkan jem dan seangkatan dengannya. Jadi nad whatssup dengan liz ni rupanya die nak balik Pahang. Jadi perjumpaan kami telah bertukar di shell gombak menuju ke Pahang tu. Alhamdulillah..jumpa jugak dengan budak omey ni..dahla tinggi..putih..gebu..aumm..aumm..hahaha..masa ni la die bagi bantal omey buatan dia sendiri tu..weeiii..Pertama kali jumpa die apa lagi peluk erat2 ler.so exciting..tapi dapat jumpa sekejap je sebab die rush nak balik Pahang takut jalan jem..pasni ade rezeki jumpa lagi..ok...


terharu bila ade orang nak bagi kite hadiah..surprise daripada adik omey ni..cantik dan kemas je bantal die buat sendiri tu..sape-sape nak tempah boleh la pergi pm die erk..thanks sweetie..

PESAWAT MH370 MENJADI TANDA TANYA

in , by Nadia Johari, 23:02:00
hai assalammualaikum

Pesawat MH370 Menjadi Tanda Tanya-  ISU yang sedang hangat diperkatakan sekarang terutama di media-media sosial ialah mengenai kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 yang membawa sebanyak 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China malam semalam. Orang ramai teruja untuk mengetahui perkembangan terkini pesawat MH370 itu.

Nad tengok dalam Facebook pelbagai status yang dipaparkan seolah-olah maklumat yang diperoleh itu benar-benar sahih, malah secara tidak sedar ada yang menyebarkan berita palsu kononnya pesawat itu terhempas, kehabisan minyak, dirampas pengganas dan sebagainya. Kesan daripada berita yang tidak benar itu dan kekurangan maklumat yang sahih daripada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan sebahagian rakyat semakin tertanya-tanya, apa kejadian yang sebenarnya berlaku?


Oleh itu janganlah kita membuat spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai insiden ini bagi menjaga hati keluarga yang terlibat atau menimbulkan panik di kalangan rakyat. Apa yang nad dengar  Pesawat tersebut masih tidak dapat dikesan sejak dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi tadi selepas dua jam berlepas di kawasan perairan Laut China Selatan sempadan antara Malaysia dan Vietnam. Pesawat itu dikendalikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan, Fariq Ab. Hamid, 27.


Zaharie mempunyai pengalaman sebanyak 18, 365 jam penerbangan dan telah berkhidmat sejak tahun 1981 manakala Fariq mula berkhidmat sejak 2007 dan memiliki jumlah jam penerbangan 2,763. Pesawat Boeing 777 yang hilang itu pula berusia 11 tahun 10 bulan. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi dan  dikesan pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.


Selain Malaysia, empat lagi negara iaitu Vietnam, China, Singapura  dan Filipina turut membantu dalam operasi mencari pesawat itu.


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita berdoa agar pesawat tersebut dan penumpang-penumpangnya di dalamnya ditemui dalam keadaan yang selamat. Namun apa yang perlu diperbaiki ialah penyampaian maklumat yang lebih efisyen daripada pihak yang bertanggungjawab, agar orang ramai tidak terus tertanya-tanya. Semoga pesawat MH370 ditemui.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2