hai assalammualaikum
Satu lagi kisah seorang artis yang dikatakan ingin bercerai. Apakah sebabnya tu nad tak tau. Memang tak disangka, tengok pasangan ni bahagia dan tiada apa-apa masalah namun tiba-tiba terdengar rumahtangga mereka sedang bergolak. Si suami tidak bersetuju dengan penceraian ini. Memang nad setuju dengan apa yang dilakukan oleh suami. Kalau boleh memang kita nak bahagia dan kekalkan perkahwinan sampai bila-bila. Sebab tu lah talak tidak diberikan kepada perempuan kerana perempuan mempunyai sifat kurang sabar berbanding lelaki.
SUAMI SARI YANTI : SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN PENCERAIAN
Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaiatu Mohd Edy Casmadi akui tidak bersetuju dengan tindakan isterinya yang memfailakn penceraian di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 25 Februari lalu"" Saya tidak bersetuju denagn penceraian " KLIK SINI untuk membaca dengan lebih lancut. Hasil perkongsian hidup mereka berdua selama lima tahu, mereka telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy 4 tahun dan Basit Al-HAq 2 tahun.
Nad juga bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Perkataan cerai memang satu perkara yang amat ditakuti. Kalau boleh dalam hidup ni kita nak kawin cuma sekali seumur hidup. Perkahwinan bukan pengakhiran kisah cinta, tapi merupakan satu permulaan kisah baru yang perlu kita perjuangkan. Pasangan yang berkahwinan perlulah meletakkan rumahtangga sebagai satu akar kepada segalanya. Setiap pasangan perlu berganding bahu untuk menguatkan rumahtangga itu supaya tidak roboh.
Dahulu, perceraian merupakan perkara yang paling tidak disukai keluarga dan masyarakat umumnya. Namun, keadaan pada hari ini keadaan jauh berbeza kerana kebanyakan orang kini semakin terbuka dan menganggap perceraian itu perkara biasa. Perceraian diterima sebagai pilihan atau jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah, bukannya sebagai jalan terakhir sedangkan perceraian merupakan perkara yang cukup dibenci oleh Allah SWT.
Ancaman Rumah Tangga
1) Kurang pendedahan dan pengetahuan berkenaan dengan konflik rumahtanggan. Apa yang kita tau selepas kawin adalah bahagia sedangkan banyak cabaran dan rintangan selepas kawin. Sebab itu sebelum kawin perlu kuatkan mental dan fizikal.
2) Banyak pasangan tidak jelas dengan punca masalah dan pergaduhan dan saling menyalahkan antara satu sama lain sehingga membabitkan kisah-kisah atau kesilapan lampau.
3) Sukar fahami pasangan. (sebelum kahwin dan selepas kawin adalah berlainan)
Mengekalkan Hubungan
Bukan mudah menjaga sesuatu perkahwinan jika tidak berpegang kepada kepercayaan pasangan, kawalan emosi dan menjadikan agama sebagai tunjang motivasi. Pertengkaran sesama suami isteri adalah perkara biasa bak kata pepatah, 'lidah pun kadang-kadang tergigit inikan pula suami isteri'.
Didikan agama tidak pernah hilang meskipun kita semakin meningkat dewasa. Suami isteri perlu menjadikan agama sebagai asas dalam membentuk peribadi yang baik. Semua agama mengajar kita untuk saling menghormati. Hormati pasangan meskipun kadang-kadang pasangan ada membuat salah. Apabila wujud rasa hormat, secara automatik nada suara juga akan lebih rendah tatkala menegur. Apabila menegur dengan suara rendah, sudah semestinya pasangan anda tidak mudah melenting. Memang tidak dinafikan kalau tengah marah pasti suara meninggi, tapi nak rasa selamat baik senyap je.
Berkongsi Perasaan
Usah bersikap penting diri sendiri. Jika pasangan dalam kesusahan, bantulah mereka dengan ikhlas dan fahami situasi punca kesusahan yang dialami. Apabila hidup sebumbung, pasangan suami isteri ibarat kembar. Jika pasangan anda sakit, anda juga akan merasa perit. Jika pasangan anda bahagia, semestinya anda turut merasa tempias kebahagiaan. Jika sebelum ini anda atau pasangan anda seorang yang pemarah, jadikan gurauan sebagai aktiviti harian. Percayalah, setiap perkara serius akan menjadi perkara yang menarik tanpa ada rasa amarah. Bayangkan jika anda seorang yang suka berjenaka, pasti hubungan suami isteri bertambah erat kerana berkongsi kisah-kisah lucu yang sememangnya mencuit hati pasangan. Biarlah kita menjadi pasangan happy go lucky!
Kepada setiap pasangan yang sedang dalam dilema dan sentiasa memikirkan perceraian sebagai penyelesaian masalah mereka, fikirlah berkali-kali lagi sebelum membuat keputusan sebegitu. Berusahalah dan berjanjilah kepada diri anda bahawa anda sekali-kali tidak akan berfikir untuk bercerai jika berlaku sebarang masalah dalam perkahwinan kerana ada banyak lagi cara lain yang boleh selesaikan masalah rumahtangga.