TAZKIRAH JUMAAT : JIKA TIADA REZEKI

in , , by Nadia Johari, 12:30:00
hai assalammualaikum

Tazkirah Jumaat : Jika Tiada rezeki - hari Jumaat yang indah merupakan hari penghulu segala hari. Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. 

Berbalik kepada tajuk " Jika Tiada Rezeki "..apa itu rezeki?..Perkataan al-Rizq atau melayu sebut rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama yang diberikan Allah kepada kita. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya. 

Semua orang menginginkan rezeki yang melimpah ruah, namun rezeki bukan datang dengan sendiri, kita harus berusaha untuk mendapatkannya. Jika segala usaha yang kita lakukan tidak dapat juga rezeki, kita janganla mengeluh, namun harus amati kenapa rezeki tidak datang..mungkin ia ada sebab yang musabab Allah beri kita seperti itu. Selalulah berfikiran positif dalam semua perkara.

Mari kita amati contoh Jika Tiada rezeki...




1) Jika tiada rezeki wang ringgit,mungkin diberikan rezki kesihatan. Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia.


2) Jika tiada rezki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia daripada membayar kerosakan yang mahal.


3) Jika tiada rezeki rumah yang besar,mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah puts. Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan. 


4) Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan segala terjaga


5) Jika tiada rezki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


6) Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari, Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka akan datang

p/s : Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa dan Bertawakal.

KOTAK KEDUA EPHYRA SAMPAI

in , by Nadia Johari, 10:26:00
hai assalammualaikum

Kotak Ephyra Kedua Sampai - Maafla sejak beberapa minggu ni memang sibuk sangat. Nak buat itu nak buat ini..Semua nak kene pikir..Almaklumla kalau boleh semuanyer nak dalam keadaan baik dan teratur. Sebelum ni nad ada buat entry berkenaan Ephyra kan.. Selepas tu nad cerita kelebihan produk Ephyra ni..memang terbukti berkesan..Sekarang nad cuba nak kekalkan Ephyra dalam kehidupan seharian.



Alhamdulillah kotak kedua dah sampai..terima kasih abang posmen sebab semenjak dua menjak tiga menjak ni selalau datang rumah anak johari hantar barang..hahaha..terima kasih kawan-kawan yang membantu. Jom cantik beseri bersama Ephyra..

MAKANAN YANG MENGAKIBATKAN MASALAH KULIT

in , by Nadia Johari, 22:53:00
hai assalammualaikum

Makanan Yang Mengakibatkan Masalah Kulit Memang benar kulit boleh menjadi cantik dan sihat sekiranya kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian. Namun kita tidak sedari pemaknanan harian juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti yang kita semua ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga yang memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit berjerawat dan sebagainya. Pencuci muka dan toner sahaja tidak mencukupi sekiranya diet harian tidak dijaga dengan baik. 



Teedapat enam jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi. 

Garam
Sifat garam yang menyimpan air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua. 


Makanan laut

Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumpai laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka jerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukan dua kali seminggu. 

Susu
Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibanndingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit. 

Makanan berkanji
Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat. 


Gula
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua. 

Minuman beralkohol 
Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.

BILA SAHABAT DATANG MEMBANTU

in , by Nadia Johari, 14:54:00
hai assalammualaikum

Hamba Allah Datang Membantu - korang pekabo sihat..haishh lama tak berblogwalking ni..maaf nad tengah sibuk sangat ni haishh..sana-sini nak uruskan..bila penat mata pulak cepat menagntuk..adakah gara-gara Ephyra..hehehe..yela die suruh jaga kecantikan..tidur awal kan bagus..hehee..lagi sembilan hari je lagi..masa berlalu dengan cepat..macam-macam yang berlaku..satu-satu dugaan datang..tapi nad dapat tempuh dengan sabar..sebab setiap kesabaran kita itu akan memberi kita ketenangan.

Kita bersabar bukan sebab kita lemah, tapi kita ingin menjadi lebih kuat. kesabaran bukan bererti diam tak bergerak saat ditimpa musibah. Tapi sabar adalah aktif bergerak mencari kebaikan saat musibah datang dan dalam kesabaran anda akan menemukan indahnya kehidupan. Sesungguhnya kesedihan hanya datang pada orang-orang yang tak bersabar dan setiap orang yang bersabar adalah orang-orang yang lulus dari ujian kehidupan. Ujian pasti datang, dan kesabaran kita menentukan kualitas nilai kita saat ujian itu datang.




Nad bersyukur sangat dikelilingi kawan-kawan yang baik hati. Kesibukan nad dalam membuat persiapan ada insan yang sudi membantu nad ketika dalam kesusahan. Allahuakbar, kawan yang dah lama tak jumpa kira-kira dalam 9 tahun, tiba-tiba menegur kita..Nad memang taku nak tegur die sebab masa sekolah dulu tak penah tegur dia pun walaupun satu kelas..hahaha Nad pun membalas la teguran dia dan kami rancak berborak. Kelainan sikap dia membuatkan nad rasa tergelak..hahaa..kenapa nad gelak..sebab sikapnya yang dulu macam poyo, nakal dan kerek tu la telah bertukar menjadi seorang yang gagah dan.....huish takleh cakap la..wakakaka...hensem tetap hensem..haahha...Sedang dugaan datang, dia datang membantu nad. Memang tak disangka, kawan yang lama tak jumpa datang tolog kita macam ni..huissh terharu siottt..sobosbosb....


Seorang lagi sahabat nad baru kenal tahun ni. Sahabat alam maya yang ku temui, yang banyak dengar masalah diriku..hahahaa...Sahabat yang tak pernah jemu memberi nasihat..Kita tak akan sangka sahabat macam ni akan ada dengan kita..sahabat yang tak pernah berjumpa tapi terlalu baik sampai tak terkata apa-apa. Pertolongan dalam membuat sedikit persiapan dalam majlis ku nanti..Bila nad cakap macam ni, dia bagi idea macam ni..see hebat kan..terharu bila dia tolong buat benda yang kita tak sempat buat...



Sahabat study yang sering menceriakan hatiku..sahabat Universiti Utara Malaysia...love you laa..tak sabar nak jumpa korang semua..terharu korang semua datang dari jauh...sobsobsob...

EPHYRA TERBUKTI BERKESAN

in , by Nadia Johari, 23:53:00
hai assalammualaikum



Ephyra Terbukti Berkesan - Memang patutla Ephyra disukai oleh ramai penggunannya.. sebab mengapa nad cakap macam tu? Sebab nad merupakan salah seorang pengguna Ephyra. Entry pertama kali nad bila dapat produk ephyra ni..huiihuii..teruja mak ko..Yes, setelah sebulan nad menggunakan Ephyra ia memberikan kesan dan hasil yang baik. Memang padan dengan harganya..walaupun mahal tapi berkesan derr..KLIK SINI

Sebelum nad beli Ephyra ni, memang nad tengok orang lain pakai dulu..kalau semua cakap positif masa tu la nad percaya..hahaha...yela banyak produk aku cuba der,, sama je. Jadi dah rasa keyakinan dalam diri nak mencuba produk Ephyra, akhirnya aku beli juga. Nasib airnya rasa oren..nyum..nyum..Selepas nad minum
Ephyra 30 hari, memang ternyata mempunyai perubahan...maafler baru nak buat entry perubahan ni..sibuk la katakan..

1.  Jerawat dan Bekas Jerawat Semakin Pudar
Jerawat semestinya masalah besar bagi wanita. Dulu masa nad form 6 licin je muka. SEmenjak study dekat UUM, tak tau kenapa jerawat boleh naik..makin lama makin teruk..Lepas tu tangan gatal nak guna macam-macam produk..alamatnya memang masakla muka..sampai la praktikal die naik..then lama-lama semakin kurang sebab aku kurangkan penggunaan produk dan makeup..tapi bekas-bekas die takkan hilag terus..pasti ada..huishh memang setiap jam tengok cermin je..kalau korang close up dekat-dekat memang nampak lah jerawat-jerawat dan bekas-bekasnya ini. Lepas nad gunakan Ephyra dan minum selama sebulan nad perasan yang jearawat takda tumbuh besar-besar macam dulu..dan bekas semakin pudar di bahagian muka. Jadi bila pakai make up tu, tak nampak lah ada kesan-kesan tu kan. Kira nampak dia lebih sekata permukaannya. 


2.  Kitaran haid yang teratur (*bacaan perempuan saje*)
Memang dah lama haid nad kurang teratur..selalu tak ikut tarikh..kadang-kadang terlewat-kadang-kadang tak da langsung selama sebulan. Dalam beberapa bulan kebelakangan ni, alhamdulillah memang period aku teratur. Kerisauan aku terhadap period dah sedikit kurang. Sapa lah tak risau kan...benda penting dalam setiap wanita muda macam nad. Ephyra, mencuci sistem dalaman kita dan langsung takde sakit senggugut.period.


3. Kulit Kusam & Berminyak Semakin Berkurang 
Kulit nad emmang jenis berminyak..kalau lama bermakeup, lama dekat cahaya matahari yang panas kulit nad akan berminyak lebih teruk. Even kadang kat tudung pun ada bekas. Lepas guna Ephyra, aku rasa kulit berminyak aku semakin berkurang. Banyak sangat kurangnya. Dan bila kulit tak berminyak, kulit kusam pun dah takde sebab Ephyra menggalakkan pertumbuhan sel baru. 


4. Beri Tenaga
Ini part yang nad suka..nad ni jenis yang cepat lesu, penat dan sebagainya la..dah macam orang tua dah..setiap hari kerja teruk dan memerlukan tenaga yang kuat. Jadi bila nad minum Ephyra ni badan nad menjadi lebih segar dan bertenaga selepas bangun..Even jalan jauh pun nad masih bermata segar..haha..


5. Membuang Air Besar 
Minum Ephyra yang terbaik ialah pada waktu pagi dan sebelum tido. Jadi nad minum setiap pagi. Selepas minum Ephyra perut ni telah membunyikan satu bunyi yang kurang enak..hahhaa..paham-paham jela. Lepas minum Ephyra, dalam setengah jam lepas tu mesti rasa nak ke tandas. Memang betul-betul melawaskan bahan buangan dan bahan toksik dalam badan. Bila perut lega dan takde toksik barulah rasa fresh setiap hari kan


Minum Ephyra memang banyak kebaikannya tetapi bergantung pada kadar metabolisme badan seseorang. Untuk nad, so far Alhamdulillah sangat sebab hasilnya tidak mengecewakan.



CPUV NUFFNANG : KFC ZINGER RELOADED

in , by Nadia Johari, 13:23:00
hai assalammualaikum

CPUV Nuffnang : KFC Zinger Reloaded - Alhamdulillah hari ni cek nuffnang melekat satu CPUV. Terima kasih kepada yang mengklik nad punyer iklan. Walaupun blog tak berapa hebat dan gah macam orang lain, kalau kita berusaha pasti akan mendapat habuannya..Terima kasih kepada pengunjung yang tak putus-putus singgah. 

http://www.kfc.com.my/main.php 

Set 1 ; Harga RM 9.95 
1)  Zinger Reloaded  
2) 4 Pcs Potato Sides  
3) 1 Soft Drink 

Set 2 ; Harga RM 11.85 
1) Zinger Reloaded  
2) 1 Pcs Chicken 
3) Pcs Potato Sides  
4) 1 Soft Drink

Tengok gamabr pun dah sedap je..pe lagi kalau makan..ajak jejaka mafia la hujung minggu ni....fuh marbelous2...Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari laman KFC  ini ;  Klik Sini
dan facebook KFC pula boleh layari Di Sini
hai assalammualaikum

Petai Busuk Tapi Banyak Kebaikannya - Hai korang, bertemu kita sekali lagi yew. Hari nie, nad nak cerita tentang makanan yang paling nad suka makan sejak kecik lagi. Hakikatnya, nad dah dilatih makan benda-benda nie semua dari dulu lagi.

Minah Petai!! Dah boleh bagi anugerah tu dekat nad. Itulah kegemaran nad, walaupun busuk ade nad kisah..hahah..tak boleh nak hipokrit sebabnya nad memang pengemar petai. Kalau ade petai dekat rumah ulam itula nad cari dulu dan mesti ada dalam pinggan masa makan... Korang sume tahu kan bau dia memang terbaik lah, tapi khasiat dia mengagumkan!!! Selalunya nad yang suruh mak atau ayah belikan petai dekat pasar, takpun nad cari sendiri dekat pasar..hahah.. Nad suka petai muda sebab muda lagi ermmm dari yang besar..Nad tak suka yang besar yang oren-oren tu..rasa werrkk. Selalunya nad suka makan petai nie mentah-mentah, kira yang tak masak lagi. Walaupun bau dia yang sangat kuat, habis satu tandas berbau..hahaha..terpaksa la orang rumah sembur dengan pewangi dulu..hahaha

Semalam temankan cousin pergi klinik, sambil tunggu sambil baca majalah then terjumpa mengenai petai ni..hehhee..huiisshh banyak khasiatnya makan petai ni..baru cek tau..cek tau ngap je dalam mulut..hahaha

Nama saintifik petai ialah Parkia Speciosa. Petai mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Dibandingkan dengan epal, petai mempunyai empat kali ganda protein, dua kali ganda karbohidrat, tiga kali ganda fosforus, lima kali ganda vitamin A dan zat besi serta dua kali ganda pelbagai vitamin dan mineral lain..tengok berganda-ganda die punyer khasiat..



Petai mampu:
1) merangsang kuasa otak
Siapa sangka petai yang busuk itu boleh meningkatkan kuasa otak. Seramai 200 orang pelajar di Twickenham, UK telah diberi petai untuk sarapan dan makan tengahari dan keputusan peperiksaan didapati memberangsangkan. Penyelidikan yang dijalankan mndapati, buah yang kaya dengan potasium amat membantu pelajar menjadi lebih cerdas.

2) Menurunkan tekanan darah tinggi dan risiko strok
Petai padat dengan ptasium tetapi rendah garam. Oleh itu, ia amat baik untuk melawan tekanan darah tinggi. Menurut penyelidikan yang disiarkan di dalam "The New England Journal of Medicine" menjadikan petai sebagai diet tetap boleh mengurangkan risiko mati akibat strok sebanyak 40 peratus.

3) Anemia
Petai membantu meningkatkan pengeluaran sel-sel darah merah di dalam tubuh. Ini amat bermanfaat bagi mereka yang mengidap anemia (kurang darah)

4) Gigitan Nyamuk
Petai bukan sahaja untuk dalaman badan malah luaran badan. Gigitan nyamuk memang la tersangatla gatal. Untuk mengatasinya, gosokkan bahagian dalam kulit petai.

5) Sakit Hulu Hati
Petai mempunyai kesan antasid semulajadi. Antasid ialah bahan beralkali yang dapat melegakan keadaan asid yang berlebihan

6) Anti Kemurungan
Orang yang mengalami kemurungan berasa lebih tenang setelah memakan petai. Ini disebabkan petai mengandungi triptofan iaitu sejenis protein yang ditukarkan oleh tubuh kepada serotonin. Ini menyebabkan si pemakan petai menjadi lebih relaks dan berasa girang..ooo patutla nad girang je...hahahahhaha...

7) Merokok
Perokok yang nekad untuk berhenti merokok boleh cuba makan petai. Vitamin B6 dan B12 bergandingan dengan potasium serta magnesium petai akan membantu tubuh pulih daripada kesan nikotin...lehle nad suh tunang nad makan petai kurangkan merokok.

Jadi apa lagi..makanla petai untuk kesihatan tubuh badan anda...hehehee./..jangan makan banyak-banyak nanti cakap dengan orang berbau pulak..hehe
hai assalammualaikum


ada sesiapa adik beradik atau sepupu sepapat atau kawan yag nak cari bilik kosong area kampung/ shah alam/ jaan kebun..meh ade bilik kosong ni..rumah pun boleh tahan..kelengkapan semua ada kecuali mesin basuh..hehee..

Description

BILIK UNTUK DISEWA AREA KG. JAWA/SHAH ALAM/JLN KEBUN

KEISTIMEWAAN :
1)DEKAT DENGAN HIGHWAY LKSA (ALAM IMPIAN).

2) BERHAMPIRAN DENGAN GIANT, MYMYDIN, ECONSAVE.

3) 10Min KE BANDAR SHAH ALAM.

4) 10Min ke UPTOWN SHAH ALAM


KEMASUKAN : APRIL 2014


KRITERIA : WANITA MELAYU YANG BEKERJA


BERMINAT BOLEH HUBUNGI ZARITA 012-3344714

Alamat rumah:

NO.29 JLN NAGASARI 36/1B,

TAMAN DESA LATANIA,

SEKSYEN 36,
40470 SHAH ALAM

PERUT MERAGAM HARINI

in , by Nadia Johari, 16:40:00
hai assalammualaikum



haish tak tau kenapa arini perut meragam..semalam cuma makan nasi dengan ikan sambal je..masa datang kerja perut ok lagi..dekat pukul 11 tiba-tiba perut buat hal la pulak..dua kali masuk tandas sampai la rehat..@_@...penatt..penatt..

Time keluar rehat tengah makan, tiba-tiba perut meragam lagi..aduhh makk..apa lagi cepat-cepatla pergi toilet..baru makan separuh perut buat hal pulak..dah kenapa wahai perut..lepas tu habis rhat balik ofice tiba-tiba perut berbunyi lagi..bukan berbunyi lapar..tapi nak buang saham...aarrgghh..terus lari masuk tandas..huhuhuhu....terbongkk-bongkok cek ni ha...fuhh..balik kang baring sapu ubat la..dah lama tak cerry berry ni..fuhh

hai assalammualaikum

Terkejut nad bila ternampak satu artikel mengenai seorang pelakon yang sememangnya semua orang sudah kenal dengan tabiatnya yang sering mengupload video dan gambar yang sangat tidak disukai. Walaupun sudah banyak kali dikritik namun pelakon tersebut tetap memuatnaik suatu gambar yang sepatutnya diupload. Pelakon Sharifah Sakinah telah berani menayangkan perutnya di laman sosial yang boleh dilihat oleh ramai orang. Di bawah merupakan artikel yang nad baca tapi nad tak amik sepenuhnya.

Sharifah Sakinah Ada Sebab Tayang Perut
" Pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan tindakannya yang kerap memuat naik gambar bahagian perutnya di alamn Instagram bukan dilakukan secara senagja untuk menghairahkan sesiapa atau meraih publisiti. Sebaliknya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, tujuannya itu adalah untuk memberi inspirasi dan semangat kepada orang lain setelah melihat perubahan fizikalnya terutama pada bahagian tersebut. "Sebelum mengadakan program kecergasan Sakinah Fitnes yang dianjurkan saya sendiri bersama rakan, bentuk tubuh saya bukannya langsing seperti sekarang. "Malah, tujuan saya memuat naik gambar itu adalah semata-mata ingin menaikkan semangat para peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. "Tiada niat atau tujuan lain dan saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial," katanya kepada Murai. Tambah Sakinah, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya namun berharap pihak yang tidak berpuas hati dengannya hendaklah berfikiran positif. Secara tidak langsung menurut Sakinah, menerusi cara itu dia dapat menarik minat peminatnya dalam memberikan kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. "Populariti itu ada kebaikannya jika ia digunakan dengan cara betul seperti menggalakkan peminat untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan itu yang cuba saya lakukan.

( tak dapat siarkan gambar )

Pemikiran cetek orang sekarang tentan aurat. Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Banyak lagi cara nak tarik orang awam tentang kesihatan dan kecergasan diri melalui cara Islam...


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2